KERTAS tisu
dicarik-carikkan. Sakit hati, geram, menyampah, meluat, benci dan seangkatan
dengannya. Semua ada!
“Kamu
ni kenapa, Iman?”
Tegur
Kak Mona yang baru saja muncul di ruang dapur. Dari jauh lagi dia sudah boleh
nampak muncung Iman yang panjang dua depa itu. Kalah muncung itik.
Iman
diam, langsung tidak menoleh kepada Kak Mona. Tangannya masih ralit
mencarik-carikkan kertas tisu. Hati tengah panas ni, janganlah Kak Mona soal
yang bukan-bukan, pula!
Melihat Iman yang masih membatu dengan muka
kelat itu, laju saja Kak Mona geleng kepala. Adalah tu yang tidak kena! Bukan
dia tidak tahu perangai Iman tu. Walaupun boleh dikatakan baru sahaja kenal,
dia sudahpun masak dengan perangai anak saudara Mak Su Normah itu.
“Gaduh
dengan Encik Ajad ke? Dia paksa kahwin?” Kak Mona saja serkap jarang. Punggung
dilabuhkan di sebelah Iman.
Seperti
yang dia jangkakan. Laju saja Iman memberi respon.
“Kak
Mona jangan sebut nama mamat mata sepet tu depan orang, boleh tak? Sakit hati
tau!”
Iman
mendengus kasar.
“Aik,
belum apa-apa dah sakit hati? Kalau dah kahwin nanti macam mana?” Ketawa Kak
Mona sudah meletus. Seronok pula dapat menyakat Iman pagi itu.
Mata
Iman bulat merenung Kak Mona. Geram!
“Amboi,
bukan main lagi gelak Kak Mona, ya. Mengalahkan langsuir terbang! Apa yang
kelakar sangat tu?”
“Ish,
mulut kau ni! Ada ke patut samakan Kak Mona dengan langsuir.” Marah Kak Mona.
Kadang-kadang naik geram juga dia dengan mulut Iman yang langsung tidak
berlapik itu. Cakap main lepas saja!
“Bila
pula orang samakan Kak Mona dengan langsuir? Orang cakap lagi teruk dari tu!” Iman
tergelak kecil.
“Eii,
bencilah!” Kak Mona sudah tarik muncung.
“Alaaa,
relakslah! Gurau pun tak boleh!” Iman merunggut kecil. Tisu di tangannya,
digumpal pula.
“Hmm...
yalah. Cuba cerita dengan Kak Mona, apa yang dah jadi ni? Kenapa muka macam
buah gelugur putik ni? Gaduh dengan siapa?” Bertalu-talu Kak Mona bertanya.
Iman
hela nafas panjang.
“Kak
Mona tahu tak! Dekat luar sana tu ada sekor pacat betina. Yang buat Iman sakit
hati sangat, dia boleh maki-maki Iman sesuka hati dia aje.” Adu Iman
bersungguh. Mukanya semakin cemberut.
“Pacat?”
“Ya,
pacat! Kak Mona tak kenal ke? Kalau dekat kampung tu ada banyak pacat. Tapi
taklah sebahaya pacat dekat luar tu. Pacat dekat kampung hisap darah kotor aje.
Bila dah kenyang, dia jatuh sendiri. Tapi pacat yang dekat luar tu, memang tak
reti nak kenyang. Asyik nak melekat aje! Tambah lagi kalau pacat betina bertemu
dengan pacat jantan.” Iman ketap bibir.
Entah
kenapa rasa meluat bila ingat semula adegan peluk-memeluk di antara Ajad dengan
Tengku Anis tadi. Sakit hati!
“Hee...
Kak Mona tak fahamlah!” Kak Mona tersengih macam kerang busuk. Tangannya sudah naik
mengaru kepala. Memang dia tidak faham. Setahu Kak Mona, dekat rumah Tengku Faridah ni mana ada pacat.
“Hish,
lembablah Kak Mona ni! Tu, pacat-pacat besar yang dekat luar itulah!”
Iman
bangun berdiri, berlalu ke belakang Kak Mona. Tangan mula merayap gatal di leher
kak Mona. Memeluk leher itu, erat dari belakang.
“Baby... I miss you so, much...”
Iman
merenggek manja. Sengaja meniru gaya Tengku Anis yang gedik plus mengada-ngada itu. Pipi Kak Mona
diusap lembut persis perempuan miang sedang menggoda lelaki.
Bergema
terus tawa Kak Mona. Sekarang barulah Kak Mona faham siapa pacat yang
dimaksudkan oleh Iman tadi.
“Wow,
menggoda!” Suara garau berbisik betul-betul di tepi telinga Iman.
Gulp!
Iman
telan liur. Terus tubuhnya menjadi kejang.
“Encik
Ajad!” laju Kak Mona bangun dari kerusi. Tersengih-sengih macam kerang busuk.
Matilah! Ini semua Iman punya pasal.
Iman
masih kaku di situ. Tidak mampu langsung untuk bergerak. Hatta, hendak menoleh
ke belakang pun, dia tidak berani. Tubuh Ajad yang berada betul-betul di
belangkangnya itu dirasakan seperti raksaksa ganas yang akan membahamnya pada
bila-bila masa sahaja kalau dia bergerak.
“Kak
Mona pergi dulu.” Laju saja Kak Mona mahu menyelamatkan diri.
Belum
sempat Kak Mona bergerak, Iman terlebih dahulu menarik hujung baju Kak Mona.
Mana aci macam ni! Tadi bukan main lagi gelak sama-sama. Bila dah kantoi macam
ni, nak lari pula!
“Iman
nak ikut!”
Belum
sempat Iman bergerak, tangan dia pula yang ditangkap kemas oleh Ajad dari
belakang.
Tersentak
Iman! Laju saja dia pusingkan tubuhnya mengadap Ajad.
“Lepaslah!”
Iman tarik tangannya, kuat. Namun, cengkaman
Ajad semakin kemas. Mata mereka bertembung lama. Masing-masing menahan rasa di
jiwa.
Senyap-senyap,
Kak Mona menyusup keluar dari situ. Tidak sanggup untuk menonton drama korea
yang akan berlangsung sekejap nanti.
“Kau
panggil aku apa tadi?” Tanya Ajad tegas. Matanya masih menikam tepat ke dalam anak
mata Iman.
“Mana
ada! Tolonglah, Ajad. Lepaskan tangan aku.” Rayu Iman.
“Kau
cemburu ke?” Ajad jongket kening. Tangan Iman masih digenggam erat.
“Kau
jangan nak perasan boleh, tak? Apa kes pula aku nak cemburu dengan kau! Baby kau tu, memang sesuailah dengan
kau. Gedik plus gatal!” Bidas Iman.
Bibir dikemam kuat, tanda geram.
“Itu
macam ayat orang cemburu aje!”
“Hello!
Apa kes aku nak cemburu dengan kau! Buang masa tau tak? Yang aku nak, kau
lepaskan tangan aku sekarang.” Iman jegilkan matanya kepada Ajad. Geramnya
bertambah-tambah!
“Kau
ni makin marah makin sweet erk! Ini yang
buat aku geram dengan kau ni!” Ajad lempar senyuman. Sebuah senyuman yang amat
menawan, bersama lirikan mata yang penuh menggoda.
Gulp!
Iman telan liur yang tiba-tiba saja terasa laju macam air paip. ‘Mamat mata
sepet! Kenapa kau senyum macam tu? Kau tahu tak, senyuman kau tu boleh buat hati
aku lumpuh! Arrgghhh...’ Hati Iman menjerit kuat. Mata memang tak boleh nak
alih langsung daripada merenung senyuman Ajad. Saat itu juga, jantung Iman sudah
berdangdut hebat.
“Iman,
will you marry me?” Mata Ajad masih
merenung lembut ke dalam anak mata Iman. Kali ini kedua belah tangan Iman
digenggam erat.
Iman
terkedu. Kenapa nada suara Ajad itu macam ikhlas sangat bunyinya? Kenapa hati
Iman tiba-tiba saja berdebar-debar? Kenapa Iman rasa macam nak menangis bila
dengar Ajad melamar dia macam tu? Iman, kau sukakan mamat mata sepet ini ke?
“Aa...
aku...” Iman tergagap-gagap. Matanya mula mencari anak mata Ajad. Mahu mencari
keikhlasan daripada sepasang mata sepet milik Ajad.
Iman
nampak Ajad tahan senyum. Seketika kemudian tawa Ajad sudah bergema kuat.
Bersungguh Ajad ketawa sehinggakan Iman terpinga-pinga.
“Kenapa
kau gelak?” Kening Iman mula bertangkup. Pelik melihat Ajad tiba-tiba saja
ketawa macam godzilla. Tadi bukan main lagi romantiknya. Tangan yang masih
berada di dalam genggaman Ajad ditarik kasar. Terasa diri dipermainankan.
“Kau
suka aku, kan?” Sekali lagi Ajad memuntahkan soalan separuh maut kepada Iman. Seyuman
sinis terukir di bibir Ajad. Matanya pula tidak lepas-lepas dari merenung wajah
comel Iman.
Kali
ini Iman tidak mampu lagi untuk mengawal rasa di hati.
“Kau
dengar sini! Mulai dari hari ini, tolong jangan ganggu hidup aku lagi. Aku
tahu, aku ni cuma orang kampung. Tapi tak bermakna kau boleh permainkan perasaan
aku! Perbodoh-bodohkan aku! Untuk pengetahuan kau, aku memang tak pernah
berangan nak kahwin dengan kau! So,
please stop it! Hentikan gurauan bodoh kau ni, sebelum ada banyak hati yang
terluka.”
Tiba-tiba
saja Iman diserang perasaan hiba. Mata mula berkaca-kaca. Kata-kata Tengku
Faridah tadi kembali terngiang di cuping telinga. Pesanan Mak Su Normah juga,
datang bertamu tanpa diundang.
“Iman...
aku,”
“Cukup,
Ajad! Aku bencikan kau!” Air mata mula jatuh setitis demi setitis di pipi Iman.
Sakit hati yang amat dengan sikap dan perangai Ajad. Kenapalah air mata mahal
Iman menjadi begitu murah di hadapan Ajad? Kenapa dia mesti bazirkan air
matanya untuk lelaki yang tidak berperasaan itu?
“Sorry...” Ajad cuba menggapai tangan
Iman, tapi cepat saja Iman menepis. Riak bersalah jelas tergambar pada wajah
Ajad. Niat Ajad hanyalah untuk bergurau. Tidak sangka pula gurauan dia tadi telah
menguris hati batu Iman. Ajad benar-benar diserang perasaan bersalah.
“Baby...” Tiba-tiba Tengku Anis muncul di antara mereka. Terus memeluk tubuh
Ajad dengan erat. Jelingan maut diberikan kepada Iman.
Laju
Iman kesat air mata yang masih bersisa di pipinya. Saat dia mahu melangkah
pergi, sekali lagi tangannya disambar laju oleh Ajad. Terus langkah Iman mati.
“Lepaskan
tangan aku!” Bentak Iman kasar. Mata Ajad direnung tajam. Dada mula berombak
kencang. Sakit hati! Bertambah-tambah sakit hatinya melihat pacat betina yang
melekat rapat pada tubuh Ajad itu.
Renungan
tajam Iman padanya, Ajad balas dengan pandangan redup. Dia tahu hati Iman sakit
saat itu. Perasaan bersalah sarat di hatinya kini. Kalaulah dia boleh peluk
Iman.. sudah pasti tubuh kecil Iman sudah selamat berada di dalam dakapannya
sekarang.
“Lepaskan!”
Kali ini suara Iman makin meninggi.
“Baby?” Kening Tengku Anis bertangkup.
Tidak faham apa yang telah terjadi di antara Ajad dan Iman.
Dalam
terpaksa Ajad lepaskan juga tangan Iman. Dan tanpa menoleh lagi kepada Ajad,
Iman terus berlalu dari situ. Sakit hati! Itu yang Iman rasa saat ini.
“MAK SU,
boleh Iman masuk?” Tubuh disandarkan pada pintu bilik mak sunya yang terkuak
luas. Mak Su Normah yang sedang ralit melipat kain di lantai itu, menoleh laju.
Kemudian, dia menyambung kerjanya semula.
“Hai,
selama ini tak ada pula nak minta izin. Kenapa malam ni jadi baik sangat ni?”
Perli Mak Su Normah sambil mata masih tertumpu penuh pada kain yang sedang
dilipat.
Diam!
Mak
Su Normah panggung kepala. Muka Iman kembali dicari. Ada riak mendung pada
wajah comel Iman. Dahinya mula berlipat rapat. Tak pernah pula dia tengok muka Iman
mendung macam ni! Ada yang tidak kena ke? Hati Mak Su Normah mula berasa gusar.
“Kamu
ni kenapa, Iman? Mari sini! Duduk dekat mak su,” panggil Mak Su Normah lembut.
Timbunan kain yang berlonggok di atas lantai bilik itu ditolak ke tepi.
Iman
datang mendekat. Duduk bersimpuh di hadapan Maksu Normah. Tangan mula bermain
jari sendiri. Wajahnya tunduk menekur lantai. ‘Macam mana aku nak cakap ni?’
Iman cuba untuk bertenang.
“Apa
dah jadi ni? Cuba cerita dengan mak su! Jangan buat mak su risau.” Lembut Mak Su
Normah bertanya. Terserlah sifat keibuan yang ada di dalam dirinya.
“Mak
su... Iman nak balik kampung, boleh? Iman nak berhenti kerja. Nak balik tinggal
dengan wan dekat kampung.” Tangan mak Su Normah dicapai, lalu digenggam dengan erat.
Berharap sangat Mak Su Normah mengerti perasaannya, sekarang.
Mak
Su Normah sedikit terkejut. Lama juga dia terdiam, seakan sedang memikirkan
sesuatu. Wajah Iman direnung dalam-dalam. Ada rasa kasihan yang terbit dari
lubuk hatinya yang dalam.
“Kenapa
Iman nak berhenti kerja? Tak seronok kerja dekat sini? Hmm... Sampai bila nak
tolong wan dekat kebun tu?” Lembut, Mak Su Normah bertanya. Senyuman nipis
telah terukir di bibirnya untuk melegakan ketegangan yang ada.
“Iman,
mmm... Iman, rindukan wan. Iman kesiankan wan duduk sorang-sorang dekat kampung
tu.”
Iman
serba salah. ‘Logik ke alasan ni? Takkan aku nak cakap dekat mak su aku nak
berhenti kerja sebab mamat mata sepet tu! Tapi, betullah sebab dia. Hmm...
memang aku tak boleh dekat lagi dengan mamat tu. Hati aku ni, Ishh.. macam
tersuka dah dekat dia!’
“Hmm,
Iman! Mak su tak setuju Iman berhenti kerja. Tempat Iman memang dekat sini.
Iman tak boleh ke mana-mana.” Yakin Mak Su Normah bertutur. Pandangan matanya
menikam tepat pada wajah Iman. Walau apa pun yang akan terjadi, dia tidak akan
berganjak dari keputusannya.
“Apa
maksud mak su?” Iman nampak bingung. Bukan nampak bingung, tapi memang dia betul-betul
bingung. Apa maksud Mak Su Normah sebenarnya? Kenapa dia kena terus tinggal di
sini? Macam pelik pula melihat reaksi Mak Su Normah terhadapan permintaannya
itu.
“Mak
su... Mmm... Mak su nak Iman kerja dengan Tengku Faridah. Mak su cuma kesiankan
dia.” Macam tak berapa nak logik saja alasan Mak Su Normah itu, dipendengaran
Iman. Sereta-merta muka Iman naik berkerut.
Mak
Su Normah bangun. Berjalan perlahan menuju ke arah almari kecil. Perlahan
tangannya menarik kotak laci, menggagar liar ke dalam laci almari itu. Iman
perhatikan segala tingkah Mak Su Normah, dengan penuh minat.
“Nah!
Ini hak Iman. Dah lama mak su simpan.” Sebuah kotak kecil berwarna hitam
dihulurkan saat dia duduk betul-betul mengadap Iman.
“Apa
ni mak su?” Iman teragak-agak mahu mengambil kotak yang dihulurkan oleh Mak Su
Normah.
“Ambillah!
Buka dan tengok sendiri.” Mak Su Normah meletakkan kotak kecil itu ke telapak
tangan Iman. Sebuah senyuman nipis terukir di wajah keruhnya.
Dengan
rasa berdebar-debar, Iman membuka kotak itu. Saat kotak kecil itu dibuka, mata
Iman terus bulat. Diam tidak terkata! Muka Mak Su Normah dicari laju. Mata
merenung dalam pada wajah itu, meminta penjelasan.
“Rantai
itu milik ibu kandung Iman. Dah lama sangat mak su simpan. Sekarang, mak su
rasa tiba masanya mak su kembalikan kepada Iman.” Terang Mak Su Normah, tenang.
“Ibu?”
Bergetar suara Iman. Hatinya tiba-tiba terasa sebak.
Rantai
emas yang cantik berkilau itu dikeluarkan dari kotak. Loket berbentuk hati yang
terukir nama itu ditilik lama. Jelas terukir huruf ‘TS’ di situ. Mata Iman mula
berkaca. Rantai itu digenggam kemas, lambat-lambat dibawa ke dada. Ada rasa
yang bermukin di jiwa.
Tumpah
jua air mata yang selama ini cuba disorok kemas. Jatuh setitik demi setitik
menimpa pipi mulusnya. Dari perlahan menjadi lebat, sehingga Iman tersedu-sedu
di situ. Rindunya Ya Allah, hanya DIA yang tahu. Betapa selama ini... Selama
hampir dua puluh tiga tahun Iman merindui seseorang yang dia tidak pernah tahu
kewujudannya di mana.
Hati
Mak Su Normah tersentuh melihat keadaan Iman begitu. Saat ini dia tahu apa yang
dirasai oleh Iman. Pasti jiwa anak itu tersiksa teruk. Kasihan Iman!
“Mana
ibu kandung Iman mak su?” tanya Iman dengan sendu yang masih hebat.
Mak
Su Normah membisu. Apa yang harus dia bagitahu pada Iman saat itu? Mampukah
untuk Iman terima semuanya? Sudahnya, Mak Su Normah memilih untuk berdiam diri.
Hanya Air mata yang lebat di pipinya, selari dengan air mata yang melaju di
pipi Iman.
“Cukuplah
Iman tahu, tempat Iman memang dekat sini. Tolonglah percaya cakap mak su.
Selebihnya, jangan tanya mak su apa-apa lagi!” ucap Mak Su Normah dalam sendu.
Semakin
kuat tangisan Iman.
PINTU
bilik dikuak perlahan. Tiba-tiba saja tekak Iman terasa haus. Selagi dia tidak
basahkan tekaknya dengan air sejuk, selagi itulah dia susah untuk lena. Saat
daun pintu dikuak luas,
“Makkkk!!!”
Hampir tergolek Iman dek terkejut. Terus dia
melekat kejap di pintu bilik. Macam katak pisang melekat di dinding. Mana tak
terkejut! Buka saja pintu, mamat mata sepet sudah tersandar elok di dinding
biliknya sambil berpeluk tubuh. Sejak bila mamat tu jadi jaga tidak berbayar dekat
situ, Iman tidak tahu.
“Ya
Allah! Apa kau buat dekat tepi bilik aku ni? Nasib baik jantung aku ni sihat
lagi!” Iman urut dada. Bibir diketap kuat. Geram pula dia tengok muka Ajad yang
nampak selamba saja. Dia, jangan ceritalah! Rasa macam hendak tegolek-golek
dekat situ. Pukul 2.00 pagi kut!
Ajad
masih diam. Mukanya juga nampak tenang. Langsung tidak terkesan dengan bentakan
Iman tadi. Mata Ajad masih setia menyorot muka Iman. Rasanya sudah dekat
setengah jam kut dia bersandar dekat situ. Tak sangka pula Iman boleh terjojol
depan pintu.
Ajad
tak boleh tidur. Kepala otaknya asyik teringatkan Iman saja. Selagi dia tidak
berdepan dengan Iman, hatinya memang tidak tenang. Sejak peristiwa dekat dapur
pagi tadi, Iman mengelak dari bertembung dengannya. Dia tahu Iman berkecil
hati.
Senyap!
Baik
Iman mahupun Ajad, membisu. Mata masing-masing bersatu. Iman rasa jantungnya
bergetar hebat. Kenapa redup mata Ajad selalu saja bikin hatinya menjadi nanar?
Tak boleh jadi, ni! Kalau lama lagi macam ni, memang jantung dia boleh gugur
dengan sendiri.
Iman ayun langkah melepasi Ajad. Tapi belumpun
masuk tiga langkah, kakinya kaku. Tangannya yang sudah digenggam erat oleh Ajad
itu, menyebabkan lagkahnya terus mati. Laju saja dia pusingkan tubuh mengadap
Ajad.
“Kau
nak apa ni? Lepaskan tangan aku!” Bentak Iman kasar. Mata Ajad direnung tajam.
Tidak berkelip-kelip. Bibir diketap lagi. Suka-suka hati aje pegang tangan anak
dara orang!
Ajad
masih sama. Wajahnya tetap tenang tanpa segaris senyuman. Tangannya masih
menggenggam erat tangan Iman. Mata pula tidak lepas-lepas daripada merenung
wajah Iman. Dia tahu Iman marah. Dia boleh nampak nafas Iman turun naik dengan
laju.
“Iman,
aku minta maaf fasal siang tadi.” Mata Ajad pandang tepat ke dalam anak mata
Iman.
“Okey!
Lepaskan tangan aku. Tak ada permit jangan suka-suki aje nak sentuh atau
pegang-pegang!” Iman tarik tangannya kuat dari genggaman Ajad. Tapi sayang,
Ajad genggam lagi kuat. Sampai Iman rasa sakit.
“Kenapa
kau suka sangat tolok aku?” Suara Ajad sudah tegang. Geram pula rasanya dengan
Iman. Dia cakap baik-baik kut, tadi!
Iman
menghela nafas panjang. Jelas sangat dipendengaran Ajad. Muka Iman juga nampak
kelat bukan main lagi. Kalah buah rambutan putik.
“Baiklah...
Aku cakap baik-baik. Lupa pula! Kau mana nak faham bahasa, kan? Sekarang boleh
tak lepaskan tangan aku dulu. Lepas tu, kita baru kita bincang.” Lembut suara
Iman. Senyuman manis terlebih gula Iman pamerkan kepada Ajad.
“Hah,
macam itulah! Cakap baik-baik macam ni kan sejuk hati aku.” Ajad lepaskan
tangan Iman. Senyuman senget sudah tersunggil di bibirnya. Mata menyorot pada
Iman tidak lepas-lepas. Ini yang Ajad suka tentang Iman. Selalu jual mahal.
Kata orang, makin mahal... makin bernilai. ‘I
like it!’ Desis hati Ajad.
Iman
julingkan matanya ke atas. Menyampah! Tuala yang menutupi kepalanya dibetulkan.
Dia memang sengaja pakai tuala siap-saip. Takut kalau-kalau nanti terserempak
dengan Ajad macam malam sebelumnya. Memang betul pun. Sedar-sedar mamat mata
sepet ni, sudah terpacak dekat luar bilik dia, macam tiang lampu.
“Kau
nak apa ni? Pukul dua pagi kut?” Iman peluk tubuh. Badan masih berdiri tegap
mengadap Ajad. Muka bosan dia pamerkan. Apa sajalah mamat mata sepet ni nak!
Orang dahaga tau tak?
“Emm,
aku tak boleh nak tidur.”
“So,
apa masalahnya sampai jadi jaga dekat depan bilik aku, ni?” Iman kerut dahi.
“Kau
marahkan aku pasal siang tadi ke?” duga Ajad. Tubuhnya masih disandar kemas pada
dinding luar bilik Iman. Kedua belah tangannya menyeluk poket seluar tidur.
Penuh gaya! Semakin lama, Iman rasa gegaran pada jantungnya semakin kuat.
“Ehmm...
marah? Marah pasal apa?” Iman buat-buat tanya. Mana boleh dia lupa. Sakit hatinya
masih bersisa pada Ajad. Suka hati saja mainkan perasaan orang.
“Aku
dengan Tengku Anis tu tak ada apa-apa. Kita orang memang rapat. Lagipun, aku anggap
dia macam adik aje.” Terang Ajad. Harap-harap Iman mahulah percaya.
“Adik?
Oo... panggil Baby, berpeluk bagai,
tu adik?” Iman cebir bibir. Mata dijulingkan lagi ke atas. Meluat. Aik! Kenapa bunyi macam orang cemburu saja ni
Iman?
Tiba-tiba
saja Ajad ketawa. Ketawa yang Iman rasa macam melodi lagu. Indah sangat
ditelinga Iman. Bergetar-getar rasa jantungnya. Kenapalah Ajad nampak kacak
sangat bila dia ketawa macam tu?
“Kau
cemburu?” Ajad bertanya setelah tawanya reda. Bibirnya terkemam-kemam menahan
senyum. Rasa seronok pula bila tengok riak cemburu yang terbias di wajah Iman.
“Aku?
Cemburu? Tak ada maknanyalah!” Muka Iman terasa panas. ‘Aku cemburu ke?
Takkanlah kut! Tapi sakit dekat hati tu memang ada..’ Hati berbisik sendiri.
“Iman,
pasal aku melamar kau tu, aku tak main-main. Aku memang nak kahwin dengan kau!”
Ajad tenang. Rambut hadapannya yang jatuh sedikit ke dahi dikuak ke belakang.
Iman
tergamam. Terkebil-kebil matanya menyorot muka Ajad. Anak mata Ajad dicari
juga. Jangan-jangan Ajad mahu mainkan perasaan dia sekali lagi. Tapi, saat
matanya bertemu tepat dengan anak mata Ajad, dada terasa macam dipalu. Rasa
macam hendak pecah. Sorotan mata Ajad itu, betul-betul menampakkan keikhlasan.
Lama
juga Iman terdiam. Kata-kata Ajad itu cuba dihadam sunguh-sungguh. ‘Ish, Iman!
Mana boleh. Kau dengan Ajad tu, macam langit dengan bumi. Tak ingat ke apa yang
mak engku cakap siang tadi? Jangan cari pasal!’ Hati Iman sudah berdebat
sendiri.
“Tak
payah nak mengarut! Aku tak naklah kahwin dengan kau. Cermin dekat bilik aku ni
dah cukup besar dah! Hari-hari aku tilik diri aku. Kita memang tak sepadan.
Lagipun, dah banyak kali aku cakap, aku sudah ada kekasih hati.” Jawap Iman
yakin.
Senyuman senget dia berikan kepada Ajad. Tapi,
entah kenapa Iman rasa mulutnya berkata tidak selari dengan kata hatinya.
Kenapa hati Iman rasa berbunga-bunga saja bila Ajad cakap dia serius dengan
lamaran tadi?
Ajad
tersenyum lebar. Kata-kata Iman tadi seolah langsung tidak singgah
ditelinganya. Sedikitpun tidak berkesan di hatinya. Kaki menapak perlahan
merapati Iman. Berdiri betul-betul dihadapan Iman. Sampaikan dada Iman terasa
sesak. Jelas wangian tubuh Ajad menjamah rongga hidung Iman. Bergetar terus
jantung Iman. Senyuman manis bermadu yang Ajad hadiahkan buat Iman benar-benar panasaran.
Iman
sudah berpeluh-peluh. Liur diteguk tidak kering-kering. Kenapa lain macam
sangat mamat mata sepet ni? Jantung Iman rasa macam hendak luruh dah. Matanya
terus pandang Ajad. Tidak berkelip. Dia nak buat apa ni?
“Aku
tak tanya persetujuan kau. Aku tak kira sama ada kau rasa aku ni sepadan ataupun
tidak dengan kau. Apa yang aku tahu, walau apapun yang berlaku. Kau tolak aku
sampai tertonggeng pun, aku tetap nak kahwin dengan kau. You are mine! Always be mine,
baby...” Ajad bisik lembut di telinga
Iman.
Dub!
Iman
rasa jantungnya sudah jatuh tergolek. Terus tubuh menjadi kejang. Tidak
bergerak-gerak lagi. Sesaat, dua saat... Iman masih kaku. Ajad tepuk pipi Iman
sekali, sebelum dia kenyitkan matanya kepada Iman dan terus berlalu dari situ.
Iman
tersentak. ‘Adeh! Iman... apa dah jadi dengan kau ni? Takkan tersuka dah kut?’
Dahi Iman berkerut-kerut. Tangan naik pegang dada sendiri. Hilang terus rasa
dahaganya tadi.
No comments:
Post a Comment