DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 11 January 2016

JODOH UNTUKKU - BAB 45

Bab 45
Selesai makan malam, semua memilih untuk bersantai di ruang keluarga. Rasa tak kena pulak kalau nak terus tidur walaupun jam dah menginjak ke pukul 10. Ye lah, tak elok tidur dengan perut penuh sebab badan kita memerlukan banyak tenaga untuk menghadam makanan. Kalau dah tenaga tu digunakan untuk proses penghadaman, berapa kalori je tenaga yang tinggal untuk tidur.

 Yup, inilah fakta yang masih ramai tak tahu iaitu badan kita memerlukan tenaga untuk tidur! Bila sedikit je kalori yang tinggal untuk tidur, tu lah penyebab badan kita akan terasa penat bila bangun tidur nanti. Okay, Ain dah melalut.

“Ain, ummi dah panggilkan Nek Pah datang mengurut pagi esok. Seminggu lebih dah Ain bersalin. Elok sangat dah nak berurut.”

“Owh. Tu lah. Ain baru nak tanyakan ummi kalau-kalau ummi ada kenal sape-sape yang pandai mengurut kat sini. Ummi dah panggilkan tu, eloklah. Kalau tak Ain ingat nak import Mak Ndak datang sini.” Kalau dekat area rumah Ain, memang orang selalu panggil Mak Ndak untuk mengurut.

“Ain, abang nak keluar jumpa kawan kejap ni. Nanti kalau ada apa-apa call je abang.” Fuadi yang tengah tergesa-gesa nak keluar dijeling sekilas. Dengan baju dan seluar sukan lengkap tersarung di badan, kasut sukan pula baru diambil dari almari kasut, hmmm..kemana lagi kalau bukan nak main futsal. Hmmm.. Lelaki. Kahwin la 2, 3 sekalipun, anak dah berderet ke, kalau dah minat tu, memang dilayan jugak.

“Memang abang tu selalu keluar main futsal ke ummi?” Tak pernah pulak Ain tahu yang Fuadi ni suka bersukan jugak.

“Kalau dia balik sini, memang selalu la keluar. Nak buat macam mana, ramai sangat geng-geng dia kat kampung ni.” Hmmm..rasanya banyak lagi yang dia tak tahu pasal Fuadi. Nak buat macam mana, mereka kahwin pun tak sampai setahun lagi. Bila sebut setahun, bunyi macam dah lama jugak. Tapi, dalam setahun tu, kalau nak dibilang, berapa lama je mereka duduk sekali. Tak tolak lagi dengan saat-saat hitam masa kematian Danish dulu.

Sebut pasal Danish, terus Ain teringatkan Sofea. Dari tadi, memang tak berenggang langsung Sofea dari Aqil. Walaupun mata tengah fokus pada tablet ditangan, pantang Aqil menggeliat sikit, terus tangan dia menepuk-nepuk perlahan Aqil sampai terlena balik. Dia rindukan Danish ke? Tiba-tiba Ain rasa bersalah dengan Sofea. Teringin dia nak berbicara dari hati ke hati dengan Sofea. Tapi, mengenangkan ayah dan ummi yang turut bersama dia di situ, terpaksalah dia lupakan seketika hasrat dia tu.

Suasana di situ terus berlalu dengan hanya ditemani suara-suara pelakon dari televisyen. Sesekali dengar juga ummi dan ayah tergelak kecil bila ada babak-babak yang mencuit hati mereka. Ain, walaupun mata dia terarah pada drama di depan mata, tapi fikiran dia masih cuba membayangkan kehidupan yang dia akan lalui sepanjang seminggu ni. Penghujungnya, sudah pasti masih samar-samar.

“Hmmmm…dah lewat ni. Ummi dan ayah masuk bilik dulu ye. Ain, kamu tu jangan tidur lewat sangat.” Akhirnya, selepas sejam berlalu, saat yang Ain tunggu tiba jugak. Sabar Ain menanti hinggalah kelibat ayah dan ummi hilang ke dalam bilik tidur mereka.

“Ain, boleh tak Aqil tidur dengan saya malam ni?” Belum sempat Ain nak buka mulut, pertanyaan dari Sofea terlebih dahulu membuatkan dia tersentak. Serius! Ain terkedu. Biar betul Sofea ni.

“Kenapa?” Pendek soalan Ain. Yang sebetulnya dia tak tahu apa nak tanya sebab pertanyaan Sofea memang luar biasa!

“I thought you don’t mind. Sebab tu Ain setuju balik rumah ni.” Suara Sofea pun macam terkejut dengan pertanyaan Ain. Okay. Sekarang Ain dah mula tak sedap hati. Apa sebenarnya tujuan Sofea balik sini?

“I’m here sebab ‘your abang Fuadi’ said that you want to see Aqil. That’s all. Is there anything else I should know?”

“Saya ingat Ain akan bagi saya ruang nak bersama Aqil.”

“Yup. In fact dari tadi lagi you got that ‘ruang’. But, I don’t expect la sampai nak bawak tidur sekali. Like, seriously?” Ain masih cuba mengawal suara dia sehabis boleh. Tak nak la awal-awal lagi dia dah nak buat perang dingin dengan Sofea. Mungkin ada salah faham sikit kot sekarang ni.

“ Ain, sekali ni je saya minta. Bila tengok Aqil, he’s remind me of Danish. I really miss that moment when Danish was still with me.” Bila tengok muka Sofea sekarang ni, tipulah kalau Ain tak rasa bersimpati. Tapi, Ain masih mahu menjaga ‘barrier’ antara Aqil dengan Sofea sebab dia tak mahu melakukan sebarang kesilapan yang boleh membuatkan dia kehilangan Aqil.

“Saya minta maaf. You should know that ‘this relationship’ has its own limit.”

“Ain, selama ni saya tak pernah salahkan awak atas kematian Danish. Saya ingat awak faham apa yang saya rasa selama ni. You should understand me very well because you’re a mother. Takkan la awak tak boleh nak bertolak ansur dengan saya sikit pun Ain.” Sebak suara Sofea membuatkan Ain tergamam.

Sofea tak pernah salahkan dia? Ain rasa macam ada air dingin yang dah menyimbah dia, membawa pergi semua rasa bersalah yang dia tanggung selama ni. Ya. Dia faham macam mana rasa kehilangan sebab dia pun dah pernah merasainya.

Tapi, nak bagi Aqil dekat Sofea, Ain rasa samalah macam dia rela berkongsi Aqil. Tidak, cukuplah dia dah berkorban selama ni. Cukuplah dia dah lepaskan suami dia untuk Sofea!

“Ain minta maaf.” Cepat-cepat Ain ambil Aqil dari baby cot untuk masuk ke bilik. Tiba-tiba Ain jadi takut. Takut yang dia akan turut kehilangan Aqil. Tergesa-gesa Ain melangkah ke bilik. Keadaan dia yang masih dalam pantang langsung tak dihiraukan. Masuk saja ke bilik, terus saja ditekan butang ‘lock’ dekat pintu.

Sofea! Ain dapat rasakan yang Sofea memang ikhlas dengan kata-kata dia. Tapi, Ain tak bodoh untuk menilai maksud halus yang Sofea cuba sampaikan. Ain minta maaf. Aqil milik Ain. Title ‘mak tiri’ yang Sofea pegang belum cukup kuat untuk membolehkan Aqil menjadi milik dia selagi Ain masih ada.

Tok! Tok! Bunyi pintu diketuk mengejutkan Ain yang masih tidur-tidur ayam. Berhati-hati Ain bangun tak mahu mengejutkan Aqil yang sudah terlena.

“Dah tidur ke?” Buka je pintu, Fuadi sudah terpacak di depan bilik. Segar muka dia macam baru lepas mandi. Ain kerling sekilas jam di dinding. Pukul 12. Baru balik la kot. Tapi, kat mana pula dia mandi? Hmmm..terus terlintas api cemburu di hati Ain bila mengingatkan yang Fuadi pastinya menggunakan bilik dia di atas untuk mandi.

“Ada apa?” Sedikit kasar nada Ain bila hati mula dihambat cemburu.

“Nak tidur la.” Fuadi sudah melangkah ke dalam bilik sebelum badan direbahkan ke atas katil.

“Tidur je la kat atas. Dah lama tak jumpa. Takkan tak rindu kot.” Sinis suara Ain. Badan dia sudah kembali dibaringkan di tempat tadi.

“Yang kat atas lepas ni abang akan selalu jumpa. Tapi yang kat bawah ni, kejap lagi abang dah nak tinggal. Mestilah abang nak lepaskan rindu dengan yang kat bawah ni.” Fuadi sudah mengiring badan ke arah Ain. Sempat lagi dicium ubun-ubun Aqil yang tidur ditengah-tengah antara dia dengan Ain.

Dada Ain rasa sedih tiba-tiba. Ya. Tak lama lagi mereka akan berpisah lagi. Tak kisah la apa kesudahan hubungan mereka, selepas satu minggu Fuadi akan tetap tinggalkan dia. Yang membezakan hanyalah status yang Fuadi dan dia akan pegang bila Fuadi habis study nanti. Samada masih suami isteri, ataupun sudah menjadi duda dan janda. Opss..Lupa pulak yang Fuadi kan ada dua isteri. Lepaskan seorang, masih ada seorang lagi. Tak payah la dia nak pegang gelaran tu.

“Ain, can’t you give Sofea a chance to be a mother again? Even just for a night.” Soalan Fuadi yang secara tiba-tiba kembali membuatkan Ain tersentak. Badan yang tadinya sudah berbaring kembali bangun bersandar di kepala katil. Tajam pandangan dia pada Fuadi yang sudah turut bangun dari pembaringan.

“Tak sangka la pulak sampai dia boleh mengadu dekat abang.” Kepala Ain sudah mula berbahang. Terus hilang simpati yang dia rasakan pada Sofea tadi.

“Abang tak rasa apa yang dia minta tu salah. Tak boleh ke Ain berkorban sikit?” Suara Fuadi masih perlahan. Cuba berdiplomasi dengan Ain. Amboi, demi Sofea, terus hilang taring ye.

“Berkorban sikit? Tak cukup lagi ke apa yang dah berkorban selama ni? Ni lah orang cakap. Bagi betis, nak paha. Cukup baik dah tu Ain bagi dia peluang nak jumpa Aqil dekat rumah ni. Seminggu dia kat sini. Banyak lagi kot masa yang dia ada. Tapi kalau dah sampai nak bawak ke bilik tidur, memang over la.” Ain sudah berapi.

“ Ain, apa bezanya. Aqil dah tidur. Bukan boleh buat apa pun. Sama je dia tidur dengan sape pun.” Huh, sakitnya hati Ain dengan Fuadi ni. Lelaki, semuanya nak ambik mudah.

“Abang sepatutnya cakap ayat tu dekat Sofea. He’s still a baby and fully breastfeeding. Kan ke susah kalau dia terjaga nanti.”

“We are responsible for what she had gone through Ain. Tak boleh ke Ain tolong kurangkan rasa bersalah abang ni. Tak susah pun permintaan dia kan. Kita tak pernah kat tempat dia. Kalau abang sendiri ni pun masih terkesan dengan kematian Danish, apa lagi Sofea. Kalau dengan cara ni boleh hilangkan rasa rindu Sofea pada Danish, why not kita cuba Ain.” Suara Fuadi sudah kedengaran sedikit mendesak.

“Ain tak pernah kat tempat Sofea? Mungkin abang dah lupa yang Ain pun dah merasa kehilangan anak sendiri. Sebab tu la Ain tak sanggup nak hilang Aqil pulak. Hari ni bila dia mintak nak tidur dengan Aqil, abang dah desak-desak Ain sampai macam ni sekali. Lain kali kalau Sofea mintak nak ambik Aqil dari Ain, abang nak desak Ain suruh berkorban jugak ke?” Suara Ain dah bergetar menahan rasa sebak di dada.

Ya, cukuplah dia kehilangan Auni. Fuadi mungkin boleh lupa sebab memang Fuadi tak pernah jumpa Auni pun. Kehadiran Auni pun dia tak pernah ambik tahu. Ain ni yang kandungkan Auni selama ni. Tapi last-last hanya beberapa minit je sempat jumpa. Sakitnya kehilangan takkan pernah Ain lupa.

Tak mampu lagi Ain nak berbalas kata dengan Fuadi. Kepala dia tiba-tiba sakit sangat. Terus badan direbahkan kembali ke katil. Badan dipusingkan ke arah tepi. Tak mahu biarkan air mata dia menjadi tatapan Fuadi.

Fuadi yang tadinya turut nampak terkedu dengan apa yang Ain cakapkan sudah turut merebahkan kembali badan ke katil.

‘I’m so sorry Ain. Ya Allah. Why do I always need to make a choice?’ Kenapa setiap kali perlu memilih, setiap kali tu jugak la dia akan lukakan hati Ain. Akhirnya, Ain dan Fuadi dua-dua terlena dengan hati yang terluka.

Rasa haus yang amat sangat menyedarkan Ain dari lena. Buka je mata, mata dia terus tertancap pada jam di dinding. Hmm..baru pukul 3. Teringatkan hal malam tadi, hati Ain kembali walang. Badan yang tadinya mengiring terus dikalihkan ke sebelah kanan.

‘Aqil!’ Menggila debaran di dada Ain bila melihatkan tempat pembaringan Aqil dan Faudi dua-dua kosong. Ya Allah! Dugaan apa lagi ni?



25 comments:

  1. Aduhhh...mcm nak gugur jantung...cik writer...ni suspen giler....

    ReplyDelete
  2. Aduhhh...mcm nak gugur jantung...cik writer...ni suspen giler....

    ReplyDelete
  3. Jahatnya fuandi..sbbkan ko melayan bini muda yg tua tu sanggup ko sakitkan hati ain..

    ReplyDelete
  4. next chpter kat mana..ilhamkrgkraf atau lovenovel?? :)

    ReplyDelete
  5. Lame dah menunggu ni...hope next chptr x lae sgt kene tunggu

    ReplyDelete
  6. Next pleaseeee. -pembaca setia-

    ReplyDelete
  7. Adoiii la..... Ai pulak yang hangat hati dgn Fuadi n Sofea pompuan sihir nie....... Eiiiiiiiii....... Gerammmmmmm

    ReplyDelete
  8. Habis dah kata miss writer..tunggu buku terbit bln 4@5

    ReplyDelete
  9. huhuhu..suspen la....menusuk jiwa....huhuhu

    ReplyDelete
  10. Rase mcm da lame tunggu kisah ain & fuadi...x sabar nk tau ape hubungan sebenar fuadi & sofea...😉

    ReplyDelete
  11. akak writer nak lagiiiii!!!!!!!!!!! pleaasee??! tak sabar nak tahu cerita yang sebenarnyaaa...cerita ni banyak sangat suprise...hehhehee..i like~

    ReplyDelete
  12. tak guna la... eeeee... gigil rasa tangan nie nak bahan...

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Bila nak sambung lg cik writer...rindu ngan ain.....

    ReplyDelete
  15. Dah baca novel dia..tak puas hati sebab alasan fuadi mcm tak blh terima.. alasan dia lebihkan sofia..

    ReplyDelete
  16. Cik penulis x der sambunganya lg ke...atau dah di bukukan ke....

    ReplyDelete
  17. Cik penulis x der sambunganya lg ke...atau dah di bukukan ke....

    ReplyDelete
  18. novel ni dah di bukukan..boleh beli dekat kedai buku atau boleh order dengan penerbitan lovenovel

    ReplyDelete
  19. Salam sis ba nk update next N3

    ReplyDelete
  20. Next chapter pleaz..suspens nk thu apa jd

    ReplyDelete