KOKOK ayam
jantan mula kedengaran, sayup-sayup di hujung telinga. Iman menggeliat
seketika. Mata masih lagi terpejam rapat. Masih bersisa kantuknya. Dingin subuh
yang begitu mencengkam kulit itu juga membuatkan Iman berasa liat untuk bangun.
Sekali
lagi dia mengeliat. Tapi kali ini tingkahnya terus mati. Tangan kekar yang
tiba-tiba saja mendarat di pinggangnya itu terus menyentak jantungnya. Rasa
macam gugur terus. Spontan matanya terbuka. Luas.
Wajah
lelaki yang sedang lena di sebelahnya itu Iman renung tak berkelip.
Berdebar-debar rasa dadanya. ‘Macam mana dia boleh tidur dekat sebelah aku ni?’
Naik berkerut dahi Iman. Otaknya dipaksa bekerja keras untuk mencari jawapan.
“Adeh!”
Iman
tepuk dahi sendiri apabila peristiwa malam tadi mula menjengah kotak memori. Tidak
semena-menanya muka dia terasa berbahang. Ajad yang masih lena itu direnung
lama. Macam tak percaya dia sudah pun berkahwin. Dada bidang Ajad yang tidak
berbaju itu nampak berombak lembut. Tanpa sedar Iman tersenyum sendiri.
Ajad
nampak saja pada luarannya gila-gila, kasar dan menjengkelkan. Siapa sangka, disebalik
perangai gila-gilanya itu, terselit segunung kelembutan dan selaut kemesraan. Entah
kenapa dia berasa seolah-olah pintu hatinya mula diketuk perlahan-lahan.
Perasaan halus mula berputik buat lelaki yang berada di sampingnya kini.
Iman
menarik nafas, dalam. Dengan penuh berhati-hati Iman angkat tangan Ajad dari
pinggangnya. Bimbang kalau-kalau Ajad terjaga dari lena. Kaki mula mencecah
lantai, diayun perlahan ke arah kain tuala yang tersidai di penyidai kayu. Dia
mahu segera ke bilik air untuk bersihkan badan dan bersolat subuh.
AJAD
masih bermalas-malas di atas katil. Mata ralit memandang ke arah Iman yang
sedang membelakanginya. Leka mengirai rambut. Masih ada lagi juntaian air
dihujung rambutnya. Ajad tersenyum, bahagia.
“Iman...”
Panggil Ajad perlahan.
Tingkah Iman mati.
Tubuh dipalingkan kepada Ajad. Menyorot sejenak wajah kacak bermata sepet itu.
“Thanks untuk malam tadi.” Ajad tersenyum lebar. Bahagia yang amat!
Terus pipi Iman menjadi merah. Darah rasa
berlumba-lumba menyerbu ke mukanya. Ish, Ajad ni! Kenapa nak berterima kasih
pula?
“Kau jangan sebut boleh
tak?”
Bentak Iman geram. Tubuh dipusingkan semula
membelakangi Ajad. Berdebar-debar rasa dadanya. Malu! Tak sangka, akhirnya dia menyerah
juga kepada Ajad.
“Kenapa, kau malu?”
Ajad ketawa kecil. Tahu
sangat Iman sedang malu sekarang ini. Tengok pipi Iman yang sudah bertukar rona
itupun, Ajad sudah tahu.
“Err...” Iman mati kata.
Diam sejenak.
“Sayang... Jangan lupa
nanti taruk bedak banyak-banyak dekat leher tu.” Suara Ajad sudah betul-betul
di belakang Iman. Terus jantung Iman berlari laju.
“Kenapa?”
Iman masih belum
pandang Ajad di belakangnya. Masih segan dengan apa yang mereka kongsikan malam
tadi.
“Sebab ada tanda cinta dekat situ.” Jawap Ajad selamba.
Sekali lagi dia ketawa.
“Hah?”
Kelam-kabut Iman barlari ke arah cermin. Saat
matanya menyorot bayang sindiri di cermin, bulat terus mata Iman.
“Ajadddd!”
Jerit Iman kuat.
Iman dengar Ajad sudah ketawa dari muka pintu
bilik. Tuala berwarna biru lembut sudah tersangkut di bahunya. Mungkin dia mahu
ke bilik air. Maklumlah, rumah kampung bilik airnya di luar bilik.
“Itu tanda cinta
dari aku, sayang.” Ucap Ajad bersama tawa yang masih galak.
“Ish, benci!” Iman
hentak kaki berkali-kali.
SUASANA
di meja makan kayu
diruangan dapur rumah Wan Bedah, sepi. Baik Iman, Ajad, Mak Su Normah mahupun
Wan Bedah, masing-masing sedang tekun menjamah sarapan pagi. Sepatah kata pun
tidak terbit dari mulut meraka.
Iman terus menyuap
makanan ke mulut. Dari ekor mata dia tahu Mak Su Normah sedang merenungnya.
Lama. Iman buat tidak nampak saja. Dalam hati dia sudah dapat mengagak kenapa
Mak Su Normah merenung dia macam tu.
Lima
minit berlalu, Mak Su Normah masih pandang Iman dengan pandangn yang pelik.
Siap dengan pakej kening berkerut.
“Mimpi
apa pulak bertudung dalam rumah ni?
Selalunya tak pernah pun?” tebak Mak Su Normah.
Muka
Iman terus terasa panas. Malu yang amat.
”Saja!” jawap Iman dengan muka yang semakin berbahang.
Malu weh, bila Mak Su Normah dah
senyum semacam dua macam pada dia.
Iman dengar Ajad
ketawa kecil di sebelahnya. ‘Ish, kurang asam! Ni, semua kau punya pasal tau tak!
Boleh pulak kau gelak erk?’ Iman menjeling
Ajad. Geram!
“Kau kenapa ketawa?
Sakit jiwa?” Bentak Iman geram. Sakit pula rasa hatinya melihat Ajad gelak
beria. Kalau bukan sebab Ajad, tak adanya dia kena berbungkus begitu di dalam
rumah.
“Iman!”
Suara Wan Bedah tegas.
Mata sudah merenung tajam kepada Iman. Terus Iman tertunduk. Ajad juga sudah
diam tidak berkutik. Siapa yang berani mencelah bila Wan Bedah tengah serius?
Memang tak adalah!
“Kenapa dengan kamu ni?
Siapa ajar panggil suami macam tu? Bercakap dengan suami tu biar beradab
sikit!” marah Wan Bedah. Terus Iman rasa mukanya tebal empat belas inci. Mulut
Wan Bedah memang bisa. Kalau hendak menegur memang tak ada bertampis dah. Main
menonong saja, tidak kira tempat.
Ajad mengerling sekilas
kepada Iman yang sedang tunduk menekur meja itu. Dia tahu pasti Iman terpukul
dengan teguran kasar dari Wan Bedah tadi. Kesian pula Ajad rasa bila tengok
Iman macam tu. Ajad pandang muka Mak Su Normah. Dia nampak Mak Su Normah
memberikan isyarat mata kepadanya. Ajad tersenyum nipis.
“Wan, janganlah marah
Iman macam tu. Ajad tak kisah Iman nak panggil Ajad apa pun. Lagipun kami
memang baru kenal. Mungkin Iman kekok lagi nak menyesuaikan diri.” Bela Ajad.
Dia tidak tahu kenapa, perasaan ingin melindungi Iman dari dulu memang kuat.
Dari pertama kali mereka bertemu lagi.
“Kamu jangan nak bela dia!
Budak Iman ni, memang perangai macam ni!” Bentak Wan Bedah lagi. Geram pada
Iman masih lagi bersisa. Mana tidaknya, dah jadi isteri orang pun, perangai tak
nak berubah lagi. Tetap kasar dan keras kepala.
“Wan, ni! Suka sangat
marah-marah macam tu. Nanti cepat tua, tau tak?” Iman cebir bibir. Macam
biasalah, kalau tidak menjawap memang tidak sah! Tadi bukan main lagi takut.
Bila sudah dibela oleh suami sendiri, mulalah naik toncang.
“Aku memang dah tua
pun!” Wan Bedah geram. Matanya dicerlung tajam kepada Iman. Tak habis-habis nak
menjawap.
“Oo... errk?” Iman
ketawa kecil. Mak Su Normah dengan Ajad pun ketawa sama. Geli hati pula mereka
tengok muka cemberut Wan Bedah.
“Eee... geramnya aku
dengan budak sorang ni!” Wan Bedah sudah bangun.
“Tak nakkkkk...” Iman
sudah berlari macam lipas kudung meninggalkan ruang dapur. Bukan dia tidak
tahu. Wan Bedah mesti hendak pulas telinga dia macam selalu.
Makin kuat pula ketawa
Mak Su Normah dan Ajad bergema.
Wan Bedah juga tergelak
sama.
“Tahu takut!”
IMAN duduk bergayut kaki di atas pondok kayu
di halaman rumah. Matahari mula bersinar garang. Sejak tadi lagi dia duduk sendirian di situ.
Macam-macam perkara yang bermain di fikirannya. Macam-macam persoalan yang
berlegar di benak fikirannya. Tak terjangkau langsung dek akal.
“Hai, jauh termenung?”
“Makkkk...”
Iman terjerit kecil. Tangannya
laju menyentuh dada. Rasa macam nak tertanggal jantungnya. Tengah syok-syok
berangan, tiba-tiba disergah begitu. Memang terkejut beruklah dia!
“Sorry... sorry...” Ajad
tayang sengih. Jelas menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi. Matanya yang
sedia ada sepet, nampak makin sepet. Tapi, kacak tu memang tak boleh lari dah!
“Hmm... Suka sangat
muncul macam tu. Cuba bagi salam baik-baik. Dapat juga pahala!” Tebak Iman
geram. Matanya merenung tajam kepada Ajad. ‘Ingat senyuman dia tu boleh cairkan
hati aku ke?’ Bentak hati Iman, geram. Tapi... Memang dah cair pun... errk...!
Ajad senyum lagi.
Punggung dilabuhkan disebelah Iman. Betul-betul rapat dengan Iman, sampaikan
Iman boleh rasa hangatnya haba dari tubuh Ajad. Tak semena-mena jantungnya yang
baru mahu bertenang itu menggelupur semula.
Perasaan juga rasa
terbuai-buai apabila rongga hidungnya mula menyedut aroma wangian yang terbit
dari tubuh Ajad itu. ‘Aduhai, dia pakai minyak wangi apa ni erk? Rasa macam di
awan-awangan dah aku ni!’ hati Iman berbisik tanpa sedar.
“Sayang, buat apa dekat
sini?” Pinggang Iman dirangkul erat olah Ajad dari tepi.
Bushh!
Iman rasa darah merah
serta merta menyimbah penuh ke mukanya. Panas sejuk, panas sejuk saja rasa
mukanya. Tangan kekar Ajad yang mendarat di pinggangnya tanpa sebarang notis
itu memang boleh buat dia diserang strok secara mengejut.
“Apa pegang-pegang ni?”
Iman cuba tepis tangan Ajad. Malu!
“Dah, halal!”
Ajad ketawa kecil.
Tangan masih utuh di pinggang Iman. Rasa bahagia yang amat. Walaupun pernikahan
di antara dia dengan Iman terjadi begitu pantas, namun perasaan cinta dan
sayangnya kepada Iman benar-benar dalam. Macam sudah bertahun-tahun kenal.
Susah hendak diterangkan dengan kata-kata. Memanglah
kalau ikutkan akal logik, macam tak munasabah langsung! Tapi, perasaan cinta
itu kan milik Allah. Kalau DIA nak bagi, bila-bila masa pun boleh. Macam itulah
halnya dengan kisah Ajad ini. Perasaan sayang kepada Iman itu tumbuh dengan
tiba-tiba saja.
“Kau ni, suka ambil
kesempatan, kan?” Selar Iman, geram.
Ajad tergelak-gelak.
Malas mahu melayan amarah Iman. Dia tahu, Iman marah-marah manja saja tu. Kalau
betul-betul marah, mesti Iman dah lari dah. Bukan dia tidak tahu perangai Iman.
Biarpun baru kenal, perangai Iman itu sedikit sebanyak sudah terakam kemas dalam
otaknya.
“Kau, lagi? Tak serik
kena marah dengan wan tadi?” Tanya Ajad lembut.
Okey! Ini satu lagi
yang Iman pelik. Semenjak Iman sah bergelar isteri kepada Tengku Amjad Kamil
semalam, cara bercakap lelaki ini pun sudah lain benar. Lembut dan mesra.
Memang jauh berbeza dengan mula-mula mereka kenal dulu.
“Habis tu, nak kena
panggil lain ke? Kalau panggil ‘kau’ dengan ‘aku’ aje tak boleh ke?” Iman kerut
dahi. Mata tunak merenung Ajad. ‘Nak kena panggil abang ke? Takkan lah!’
“Good question!” Ajad mencuit hidung Iman. Matanya bersinar galak
merenung anak mata Iman.
“Aku akan panggil kau baby... kau...”
“Tak nak! Aku tak suka
kau panggil aku baby!” Potong Iman, laju.
Muncungnya sudah panjang sedepa. Dia memang tak suka Ajad panggil dia baby. Tak semena-mena muka pacat betina
itu muncul di ruang matanya, setiap kali Ajad panggil dia dengan panggilan itu.
Ajad diam sejenak. Dahi
berkerut macam orang tengah berfikir.
“Alah! Panggil kau
dengan aku ajelah!” Iman masih membantah.
“Nope! Tak romantik langsung. Okey, sebab kau tak suka akau panggil
kau baby, aku akan panggil kau sayang.
Aku pernah dengar ustaz cakap, sunat panggil yang baik-baik untuk pasangan
kita. Dari situlah boleh wujudnya kemesraan. So, aku panggil kau sayang dan kau
akan panggil aku... abang,” putus Ajad.
“Hah? Abang?” Iman
tayang muka pelik. Muka tak setujulah tu.
“Yup! Abang. .A.B.A.N.G...
Muktamad!” Ajad kemaskan lagi pelukannya di pinggang Iman. Muka Iman merah
lagi. Malu... malu... dan malu!
“Tapi, aku...”
“Muktamad! Kalau abang
dengar lagi sayang sebut aku ataupun kau lepas ni, sayang kena denda.” Ajad
tersenyum nakal.
Iman kerut dahi.
‘Adehhh... macam payah aje nak sebut ni. Macam berbelit aje lidah ni nak
menyebut.’ Hati Iman merunggut sendiri.
“Aku...”
Cup!
Belumpun sempat Iman
habiskan kata-katanya, bibir Ajad sudah mendarat tepat pada pipinya. Terus Iman
terjeda. Mata terkebil-kebil pandang Ajad.
“Denda sebab sayang
degil!” Ajad kenyit mata sambil tersenyum manis.
Iman terus kejang.
Hanya jantungnya saja yang terasa melantun-lantun tanpa irama.
No comments:
Post a Comment