DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 13 January 2016

TERBIAS BENCI TERSIRAT RINDU - BAB 18

BAB 18


TENGKU FAUZIAH menjengah ke dalam bilik cucu kesayangannya. Semenjak petang tadi lagi Tengku Anis berkurung di dalam bilik. Makan malam pun dia tidak turun. Faham benar Tengku Fauziah dengan perangai cucu kesayangannya itu. Kalau duduk berkurung saja di dalam bilik, adalah tu benda yang tidak kena.
Sejak dua hari lepas lagi Tengku Fauziah perasan perubahan perangai cucunya itu. Dia saja malas mahu bertanya. Bukan tidak pernah Tengku Anis berperangai macam tu. Biasanya sehari saja, mood Tengku Anis akan baik semula. Tapi pada kali ini, lama pula. Itulah yang membuatkan Tengku Fauziah menapak ke bilik cucu kesayangannya pada malam itu.
Saat tubuhnya melolos masuk ke dalam bilik Tengku Anis yang tidak berkunci itu, mulut Tengku Fauziah terus ternganga luas.
“Sayang, apa dah jadi ni?”
Suara Tengku Fauziah jelas terkejut. Tubuh Tengku Anis yang terlentang berbaring di atas tilam empuk itu disorot dalam-dalam. Keadaan bilik yang bersepah itu menimbulkan kerutan pada dahi Tengku Fauziah. Kaca pasu bunga bersepah di atas lantai. Alat make up dan barang penjagaan diri yang selama ini tersusun kemas di atas almari solek turut bertaburan memenuhi ruang lantai. Macam baru sahaja dilanda tsunami.
“Sayang, kenapa ni?” Tengku Fauziah risau. Langkah diatur laju ke arah cucunya yang sedang terlentang merenung siling.
Tiada jawapan daripada Tengku Anis. Dia hanya membatu. Tengku Fauziah yang sudah melabuhkan duduknya di atas tilam di sebelahnya itu, dia buat tidak endah saja. Hatinya masih sakit. Masih marah dengan Tengku Faridah.
“Sayang kenapa campak semua barang ni?” Macam biasalah, Tengku Fauziah memujuk lembut cucu perempuan kesayangannya itu. Faham benar dia dengan perangai kepala angin Tengku Anis. Kalau mengamuk macam tu, adalah kehendaknya yang tidak tertunai.
Diam lagi.
“Serabut dengan kerja pejabat, ya?” duga Tengku Fauziah lagi. Masih sabar menanti jawapan daripada cucunya.
“Bukanlah, tok mi! Anis geram ni. Sakit hati!” Bentak Tengku Anis keras. Tangan menggenggam kemas pada cadar yang sudah bergumpal.
“Hmm... kenapa pulak dengan buah hati tok mi, ni? Siapa yang buat cucu tok mi marah ni?” Tangan Tengku Fauziah sudah membelai lembut kepala Tengku Anis. Baran Tengku Anis itu mesti dilembutkan.
“Tok mi... Anis sakit hati dengan nenda tu. Ada ke patut dia nak kahwinkan Ajad dengan perempuan lain!” Renggek Tengku Anis. Kepalanya sudah mendarat di riba Tengku Fauziah. Gigi diketap kuat. Geram!
“Hah? Dengan siapa?” Tengku Fauziah jelas terkejut dengan berita yang baru disampaikan oleh cucu kesayangannya itu.
“Dengan, Iman! Perempuan kampung yang tidak sedar diri! Anak saudara Mak Su Normah merangkap orang gaji nenda,” jawap Tengku Anis dengan muka meluat. Wajah comel Iman yang sentiasa nampak tenang itu mula terbayang di ruang mata. Makin menambahkan rasa sakit di hati.
“Iman?” Tengku Fauziah kerut dahi. Kenapa dia rasa macam tidak kenal saja.
“Tok mi, tak kenal. Budak tu baru datang dari kampung. Jadi PA nenda dekat rumah besar tu. Entah apa ilmu yang budak tu pakai, Ajad boleh tergila-gilakan dia! Tok miiii... Anis nak kahwin dengan Ajad...” Renggek Tengku Anis, manja.
Mana boleh dia berdiam diri. Dia tidak ikut Mummy dan Daddynya menetap di luar negara pun, semata-mata kerana ingin berada dekat dengan Ajad. Tiba-tiba saja Ajad cakap dia hendak berkahwin dengan perempuan lain. Memang anginlah dia! Tambah-tambah angin bila Tengku Faridah pun menyokong sama.
“Tok miiii...” Renggek Tengku Anis lagi apabila melihat Tengku Fauziah termenung saja.
“Ya, sayang... Tak apalah! Esok Tok mi pergi berjumpa dengan nenda ya? Tok mi tak janji nenda akan ubah keputusan dia. Tapi, tok mi akan cuba,” pujuk Tengku Fauziah sambil tersenyum manis. Kepala cucu kesayanganny itu dibelai mesra. Hanya Tengku Anis sajalah satu-satunya cucu yang dia ada.
Thanks, tok mi...” Tengku Anis tersenyum senang. Neneknya itu, memang tidak pernah menghampakan permintaannya sebelum ini. Dia yakin sangat! Pada kali ini pun, permitaannya akan tertunai juga.

“HAI, Jad! Semenjak dua menjak ni termenung aje. Kau kenapa?” Fahmi, rakan sekerja merangkap kawan baik kepada Ajad sudah melabuhkan punggungnya di sebelah Ajad.
Ajad menoleh sekilas. Duduknya di atas katil bilik hotel Best Westerm, Amsterdam Airport itu dikemaskan. Segaris senyuman dilemparkan kepada Fahmi. Agak-agaknya kalau dia bagitahu Fahmi yang dia mahu berkahwin dan berhenti kerja dalam masa terdekat ini, boleh kena serangan jantung tak kawannya itu?
“Mie. Aku nak berhenti kerja.” Ajad senyum.
“Hah? Kau biar betul?” Bulat mata Fahmi. Rokok Dunhill yang tersepit di jari tidak jadi dibawa ke bibir. Matanya bulat menyorot muka Ajad yang tersenyum dari tadi. Gila! Tak ada angin, tak ada ribut nak kahwin! Siap nak berhenti kerja. Apa cerita?
“Hmm... Betullah ni. Aku nak kahwin!” Rokok Dunhill yang berada di tangan Fahmi itu disambar laju oleh Ajad, lalu dipatahkan.
“Eh, apa kes pulak kau patahkan rokok aku tu? Mahal tau tak?” Berkerut kening Fahmi. Entah apa-apalah si Ajad ni.
“Mie, berapa kali dah aku cakap.. Tak elok merokok! Tak macholah lelaki handsome tapi perokok.” Ajad ketawa kecil. Nampak benar Fahmi tidak berpuas hati dengan dia.
“Hmm... yalah! Ni, apa cerita ni. Kau nak kahwin dengan sapa? Tiba-tiba saja cerita pasal kahwin? Dah tu, nak siap hendak berhenti kerja bagai ni?” Bertalu-talu Fahmi menyoal. Dia malas mahu memanjangkan cerita pasal rokok dengan Ajad. Tahu sangat! Kalau berdebat dengan Ajad, tidak pernah akan menang.
Ajad lemparkan pandangannya keluar tingkap bilik hotel. Cahaya lampu nampak bergemerlapan memenuhi ruang malam. Entah kenapa pada kali ini, mood untuk berseronok di club tidak ada. Selalunya, dia tidak pernah lekat di bilik hotel jika ada waktu senggang. Pasti keluar berseronok dengan pramugari yang cantik-cantik. Terutamanya dengan Marissa.
Tapi, perasaan dia pada kali ini memang lain benar. Sehari berada di bumi orang bagaikan bertahun lamanya. Hanya wajah Iman yang sentiasa memenuhi ruang ingatannya. Hanya wajah Iman yang mengganggu-gugat ketenangannya kini. Arghh! Semuanya tentang Iman.
Weii, kau ni kenapa? Tak pernah-pernah pulak aku nampak macam ni?” Bahu Ajad ditepuk perlahan oleh Fahmi. Terus Ajad palingkan mukakan ke arah Fahmi. Senyuman tipis dikoyakkan buat kawan baiknya itu. Macam mana dia nak bercerita, erk?
Ajad hela nafas panjang.
“Mie, aku nak kahwin dengan perempuan yang aku baru kenal. Kami tak pernah bercinta. Tapi aku memang betul-betul sayangkan dia. Perasaan tu, datang dengan tiba-tiba saja. Susahlah aku nak jelaskan.” Ajad tersenyum senget. Rokok Dunhill yang dipatahkan tadi, dimainkan dengan hujung jari.
“Kau biar betul?” 
Fahmi kerut dahi. Silanya di hadapan Ajad dikemaskan. Niat untuk mengajak Ajad keluar berseronok terus terbantut. Susah nak percaya dengan berita yang baru disampaikan oleh Ajad itu. Bukan dia tidak tahu perangai Ajad. Mana, sukakan komitmen. Tub... tub... nak kahwin! Memang dia bingung sekejap.
“Tak payahlah tengok aku macam tu!” Ajad tunjal kepala Fahmi dengan jari telunjuknya. Tawanya juga sudah meletus.
“Ish, pantang nenek moyang aku!” Tangan Ajad, Fahmi tempis laju. Pantang betul dia main tunjal-tunjal kepala. Muka sudah cemberut. Geram dengan Ajad.
“Ha... ha... ha... rilekslah bro. Tak macholah marah-marah.” Ajad ketawa lepas. Lucu tengok Fahmi buat muka.
Fahmi julingkan matanya ke atas. Tidak kuasa hendak melayan Ajad.
“Ini apa cerita sebenarnya ni? Cuba kau cerita satu-satu dengan aku. Kau nak kahwin dengan perempuan mana ni? Habis tu Marissa tu macam mana?” Fahmi serius semula.
Ajad urut dagu. Mata Fahmi ditentang sejenak sebelum dia membuka bicara.
“Dengan perempuan kampung yang datang bekerja sebagai PA kepada nenda aku. Nama dia, Nurul Iman. Hmm... pertama kali aku terpandangkan dia, hati sudah bergetar sejuta rasa. Orangnya sangat simple. Bertudung litup, keras kepala, tegas, polos dan kadang-kadang naif. Comellah!” Ajad bercerita kepada Fahmi dengan mata yang bersinar-sinar. Wajah Iman terus menari di ruang matanya. Rindu! Itulah yang menggamit perasaan Ajad kini.
Wait! Kau dah parah ni, Jad! Tak pernah pulak aku tengok kau macam ni bila bercakap tentang perempuan. Lagi pelik bila selera kau tiba-tiba saja berubah! Bukan selera kau ala-ala Jessica Alba ke? Macam Marissa tu?” Fahmi kerut wajah. ‘Apa dah jadi dengan mamat ni? Apa yang dah merasuk otak dia ni? Fahmi rasa pelik.
Ajad tersenyun tipis.
“Bro... Seburuk-buruk akhlak lelaki, ia tetap akan memilih wanita yang baik-baik untuk menjadi pendamping hidupnya. Macam tu jugalah dengan wanita. Dia akan cari lelaki yang terbaik untuk dijadikan pendampingnya. Tapi, Allah dah kata... Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.”
“So?”
Makin berkerut dahi Fahmi. Okey! Sejak bila Tengku Amjad Kamil pandai bercakap tentang perkara-perkara macam ni?
So, kalau nak dapat dapatkan pasangan yang baik, kita kenalah perbaiki diri terlebih dahulu ke arah yang lebih baik!” Ajad jongket kening. Senyuman senget diberikan kepada Fahmi.
So?” Makin berkerut dahi Fahmi. Kening bertaut rapat.
“Ish, kau ni! Dari tadi lagi, asyik so, so!” Bentak Ajad mula hilang sabar. Muka binggung Fahmi direnung tajam.
“Yalah! Memang aku tak faham!” Fahmi menarik sebatang rokok yang berada di dalam kotak yang tergenggam kemas di tangannya sejak tadi.
Belumpun sempat rokok itu dibawa ke mulut, sekali lagi Ajad menyambar rokok itu. Kali ini kotak rokok yang berada di tangan Fahmi, disambar juga.
Fahmi ketap bibir. Geram!
Ajad jongket kening sambil mencebir bibir kepada Fahmi. Rokok tadi dimaksukkan semula ke dalam kotak dan diletakkan di bawah bantalnya. Renungan tajam Fahmi yang singgah tepat kepadanya itu, Ajad buat tidak nampak saja. Dia memang tak gemar melihat Fahmi merokok.
“Okey, berbalik kepada topik tadi. Aku pun nak cari calon isteri yang baik. So, mulai dari saat ini, aku akan cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik. Sebab tu aku nak kahwin dengan Iman. Sebab dia seorang perempuan yang baik!” Terang Ajad tanpa pedulikan renungan tajam Fahmi yang singgah tepat pada mukanya itu.
“Habis tu, Marissa?”
“Aku dengan Marissa tak ada apa-apa hubungan pun. Aku mana pernah serius dengan mana-mana perempuan. Semua aku layan sama rata. Cuma Marissa ni rapat sikit dengan aku, sebab dia suka menempel dekat aku. So, aku layankan aje. So far... aku tak ada bagi dia apa-apa harapan pun.” Ajad jongket bahu.
“Oo... gitu? Berpeluk sakan. Bergesel-gesel pipi, tapi tak ada apa-apa, ya?” Fahmi sinis.
Ajad tidak membalas apa-apa. Hanya sengihan kecil yang dihadiahkan kepada Fahmi, kemudiannya.
“Hmm... Aku nak keluar ni. Nak ikut tak?” Fahmi sudah berdiri tegap di hadapannya.
“Malaslah!”
Jawap Ajad sepatah. Tubuhnya direbahkan di atas tilam empuk. Kedua belah tangannya di silangkankan ke atas dahi, sambil mata memandang lurus ke arah siling bilik hotel. Fikirannya mula meneranwang jauh, teringatkan Iman di tanah air. Tanpa sedar senyuman sudah tersunggil di bibirnya.
“Huh! Parah dah mamat ni!”
Fahmi geleng kepala. Jaket kulit dicapai lalu disarung kemas ke tubuhnya. Langkah terus diayun laju menuju ke muka pintu bilik hotel. Meninggalkan Ajad seorang diri di bilik hotel bertaraf empat bintang itu.


No comments:

Post a Comment