MATAHARI mula
menampakkan diri. Suara kicauan burung begitu rancak, bagaikan melodi indah di
pagi hari. Walaupun matahari sudah bersinar galak, rumput yang menghijau di
hadapan matanya itu masih nampak basah dek embun jantan yang duduk bertenggek
pada malam tadi.
Iman
sedut nafas dalam-dalam. Terasa sungguh segar dan nyaman. Begitulah suasana
pagi di Kampung Janda Cantik, Kuala Kangsar, Perak. Sentiasa aman dan damai.
Rasa sayang pula Iman mahu tinggalkan semua itu. Hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri. Baik lagilah negeri sendiri!
Nafas
yang tadinya tenang, dilepas kasar. Tiba-tiba saja dada Iman berasa sesak.
Matanya lurus pada sesusuk tubuh milik Wan Bedah yang sedang mencantas pelepah
pisang kering di hujung sana. Seperti selalunya, sesudah subuh lagi Wan Bedah
sudah menapak ke kebun pisang miliknya. Kata Wan Bedah, kalau lambat pergi...
nanti panas. Bila matahari sudah terpacak di atas kepala, satu kerja pun tak
jalan.
Mak
Su Normah pula, subuh-subuh hari lagi sudah menghilangkan diri. Bila Iman
bertanya ke mana perginya Mak Su Normah, hanya kebisuan Wan Bedah saja yang dia
dapat. Sudahnya, terpaksalah dia ikut Wan Bedah ke kebun pisang pada pagi buta
ini. Nanti kalau tinggal dia berdua saja dengan Ajad di rumah, bimbang benda
lain pula jadinya.
Iman
capai ranting kayu yang berada di hujung selipar jepunnya. Jari mula
mematah-matahkan ranting kering itu. Duduknya dia atas tunggul kayu di
tengah-tengah kebun pisang itu dibetulkan. Perasaannya memang langsung tidak
tenang.
Dari
subuh tadi, sepatah kata pun Wan Bedah tidak menegurnya. Marah benar Wan Bedah
dengan kejadian malam tadi. Walau berbuih mulut Iman bercerita mempertahankan
diri, Wan Bedah tetap begitu. Tetap dengan keputusannya. Keputusan yang
benar-benar membuat onar di hati Iman. Terngiang lagi di telinganya amarah Wan
Bedah malam tadi.
“Wan
tak kira! Wan nak kamu berdua bernikah! Kenapa dengan kamu berdua ni? Dah tak
tahu nak bezakan dosa dengan pahala dah?” Turun naik nafas Wan Bedah. Mata
mencerlung garang kepada Iman dan Ajad. Tidak pernah lagi Iman nampak Wan Bedah
marah macam tu.
“Wan,
salah faham ni. Iman dengan Ajad tak buat apa-apa, wan.” Iman membela diri.
Berpeluh-peluh juga dahinya. Matanya liar mencari wajah Mak Su Normah. Nak
minta bantuanlah kononnya. Tapi Mak Su Normah hanya diam tak berkutik. Siapa
yang berani lawan cakap Wan Bedah. Garangnya, macam singa tua.
“Tak
payah nak tegakkan benang yang basah! Sampai bila pun tak akan tegak. Ajad!
Kamu nak ke kahwin dengan budak Iman ni?” Kali ini mata Wan Bedah jatuh tepat
pada muka Ajad yang sejak tadi, hanya diam menekur tanah.
Terangkat terus muka Ajad. Itu, dia! Sepasang
mata miliknya terus bersinar, menyuluh ke muka Wan Bedah. Kalah sinaran bulan
di langit sana.
“Eh,
nak!” Laju saja dia menjawap. Terangguk-angguk kepalanya sambil tersengih lebar
memandang Wan Bedah. Dalam hati sudah menjerit suka. Pucuk dicita, ulam
mendatang!
“Hah?”
Terlopong mulut Iman dengan Mak Su Normah. Masing-masing terus berpandangan di
antara satu sama lain. Wan Bedah pula, cuma mengangguk lega.
Itulah
cerita yang berlaku malam tadi!
“Hish,
memang gilalah!” Iman ketap gigi. Geram yang amat pada mamat mata sepet tu.
“Siapa
yang gila?” Ajad sudah duduk di sebelahnya.
“Makkk!!!”
Iman terpekik, kuat. Macam hendak tercabut rasa jantungnya. Ish, mamat mata
sepet ni. Suka sangat buat macam tu. Muncul dan pergi sesuka hati dia saja!
“Kau
ni, kan! Selain dari terjerit-jerit macam ni, dah tak ada kerja lain erk, kau
nak buat?” Sinis Ajad. Kaki seluarnya jeans yang dipakainya dilipat tinggi. Takut
kotor pula bila terkena rumput yang masih basah itu.
Iman
mendengus kecil. Ke mana saja dia pergi, pasti mamat mata sepet ini menempel.
Kenapalah dia ditakdirkn bertemu dengan mamat tiga suku ni? Belum pun seminggu
dia kenal dengan mamat mata sepet ni, macam-macam hal dah jadi.
“Kau
buat apa dekat sini? Nanti kalau wan nampak, kena lagi!” Bentak Iman keras.
Muncungnya sudah panjang. Sakit hati jangan cakaplah, hanya Allah saja yang
tahu. Boleh pula Ajad berlagak tenang.
Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku malam tadi.
“Cari
kaulah! Petang ni ikut aku balik K.L. Esok aku dah nak kena masuk kerja. Aku
nak kau ikut aku balik Kuala Lumpur juga macam mana pun. Kalau terpaksa heret
kau pun, aku sanggup.” Tegas Ajad.
Iman
buat muka lagi. Mata melirik tajam kepada Ajad sambil mulut memuncung panjang.
Dalam hati membara saja dengan perangai Ajad. Macam askar jepun. Tahu nak paksa
orang aje!
“Amboi,
muncung! Kalau ikut hati aku yang geram ni, dah lama aku kerjakan bibir kau tu!
Asyik nak tarik muncung aje, kerjanya.” Ajad tersenyun senget. Memang dia geram
sangat-sangat dengan bibir munggil Iman tu.
“Hah?”
Terjongket tinggi kening Iman. Matanya bertemu tepat dengan anak mata Ajad.
“Gila!”
bentak Iman lagi. Muka yang sudah terasa panas itu, dia palingkan ke arah lain.
Malu wehh!
“Gila,
kau cakap! Kau tengoklah sikit masa lagi. Semua milik kau, akan jadi milik aku.
You are mine!” Ajad kenyit mata
sambil ketawa kecil.
“Jangan
terlampau yakin. Kalau kau kahwin dengan aku, pacat gedik kau tu nak campak
dekat mana?”
“Pacat
gedik? Apa benda pacat tu?” Ajad kerut dahi. Tangan menampar nyamuk yang
hinggap di lengannya.
“Huh!
Pacat pun tak kenal. Datang dari planet mana kau ni?” sinis, Iman. Matanya
melirik sekilas pada kaki Ajad. Eh, Sekejap!
Sesaat,
dua saat... sorotan mata Iman masih melekat di situ. Beberapa kali matanya dikerdipkan.
Sah! Tidak semena-menanya, Iman ketawa besar.
“Eh,
kau ni kenapa? Kena sampuk ke?” Ajad kerut dahi. Mata meliar ke segenap ruang
kebun pisang yang rata-rata pokonya sedang berbuah. Seram pula rasanya. Orang
selalu kata, dekat kampung banyak benda-benda mistik! Janganlah, Iman kena
sampuk.
“Itulah
pacat!” Mulut Iman sudah memuncung pada kaki Ajad.
“Hah?”
Laju Ajad memandang pada kakinya. Gulp! Dia telan liur. Binatang apa ni?
Dahi
Ajad berkerut. Binatang kecil yang berwarna coklat itu nampak begitu selesa di
celah jemari kakinya. Sesekali dia berasa sakit dan gatal.
“Weh, Iman. Tolonglah, buang.” Muka Ajad
sudah cuak. Geli gelemang rasanya.
Iman
katawa lepas. Lucu melihat muka cuak Ajad. Tubuh sasa, tangan kekar... tapi,
takut pacat!
“Kau gelakkan apa lagi? Cepatlah buang binatang ni!” Ajad renung Iman
tajam. Rasa macam nak telan aje Iman hidup-hidup dekat situ. Muka dia jangan
ceritalah. Cuak gila!
Makin besar ketawa Iman.
“Kau ni, pacat yang kecik macam tu kau takut pulak! Kalau yang besar, tergedik-gedik tu, kau suka!” Sinis Iman.
Pacat di kaki Ajad dipandang saja. Biar Ajad rasakan!
“Ee... pacat besar mana pulak
ni? Cepatlah buangkan. Aku geli ni!”
Ajad pandang pacat yang sedang syok berumah di celah jari kakinya. Bahunya bergerak-gerak kegelian.
“Padan muka! Kau kan suka pacat.. Jadi, kau buanglah sendiri!” Iman
ketawa lagi. Menonong saja dia berjalan maninggalkan Ajad yang terkulat-kulat
di situ.
“Iman!” Jerit Ajad geram.
“Jagalah, kau! Kau, tunggulah! Nanti biar aku pulak yang jadi pacat... Aku akan hisap darah kau sampai kering!”
Ajad ketap bibir. Geram. Sebatang kayu kecil diambil untuk menguis pacat dari celah
jari kakinya.
TENGKU FARIDAH termenung panjang di kerusi rehat dalam tanam mini orkid miliknya.
Wajahnya keruh saja dari malam tadi. Sesekali ternampak kerutan pada dahinya.
Semenjak akhir-akhir ini, ketenangannya selalu saja terganggu. Bayangan silam
selalu saja datang bertamu. Membuatkan hati dan perasaannya menjadi ketat.
Album gambar lama yang tergenggam kemas di tangannya, dipandang sepi.
Mata tuanya terasa panas seakan mahu menumpahkan isinya. Tapi dikeraskan jua
mata dan hatinya agar mutiara jernih yang sedang memenuhi kolam matanya kini tidak
gugur. Ada sebak yang sedang bermukin di hati. Ada sesal yang sedang beraja di
sanubari. Apakah dia masih mahu mengulangi sejarah lama?
Satu helaan nafas yang panjang dia lepaskan. Walaupun berkali-kali dia
melakukan itu, nafasnay tetap juga terasa semput. Pertengkaran kecil di antara
dia dan cucunya, Tengku Amjad Kamil tempoh hari kini kembali bermain di layar
mata. Benar-benar menjerut resah di hati tuanya.
“Ajad, nenda nak Ajad ambil alih syarikat kita tu. Dah lama syarikat
kita serahkan pada orang lain untuk uruskan. Jawatan CEO tu, sampai sekarang masih
kosong! Dulu Ajad janji dengan nenda, Ajad nak ambil alih syarikat tu. Tapi
sampai sekarang, Ajad belum tunaikan janji.” Tengku Faridah tentang muka Ajad.
Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran cucunya itu. Tapi, dia
memang sudah tidak ada siapa-siapa lagi yang boleh diharapkan, melainkan Ajad.
Sampai bila dia mahu harapkan Tengku Anis, sedangkan dia adalah pemegang saham
terbesar di syarikat itu.
“Selagi nenda tak batalkan niat nenda untuk jodohkan Ajad dengan Anis,
Ajad tak akan jejakkan kaki Ajad ke syarikat tu. Lagipun, Ajad tak ada sebarang
hak ke atas syarikat tu!” Ajad tegas. Matanya tidak lepas dari menilik telefon
pintar di tangannya. Dari ekor mata dia tahu Tengku Faidah sedang merenung
tajam kepadanya.
“Kenapa Ajad tak suka Anis? Dia cantik! Bijak! Lagipun, Ajad dengan
Anis tu dah lama kenal. Dah rapat sangat.” Tengku Faridah masih berkeras dengan
niat asalnya. Dia memang bersungguh-sungguh mahu jodohkan Ajad dengan Tengku
Anis. Cucu saudaranya itu bukan calang-calang orang. Cantik. Pandai. Memang
cukup pakej. Cuma... manjanya saja terlebih sikit.
“No, nenda! Ajad dah anggap
dia macam adik. Ajad tetap dengan keputusan Ajad. Kalau nenda mahu Ajad uruskan
syarikat tu, izinkan Ajad berkahwin dengan Iman. Kalau tidak, Ajad tidak
teragak-agak untuk keluar dari rumah ni,” ugut Ajad.
Tengku Faridah rasa tercabar.
“Apa yang kamu berkenan sangat dengan budak Iman tu? Kenal tak sampai
pun dua minggu dah bising-bising nak kahwin!” Geram Tengku Faridah. Dia tahu
sangat perangai Ajad! Kalau ‘A’ kata Tengku Amjad Kamil, maka sampai bila-bila
pun tidak akan bertukar menjadi ‘B’.
“Tak payah tanyalah nenda. Memang banyak istimewanya dia. Cara dia, tak
sama langsung dengan perempuan-perempuan yang pernah Ajad kenal. Dia pandai
menjaga maruah diri. Walaupun nampak kasar, tapi dia mempunyai hati yang sangat
lembut. Dan yang paling penting, Ajad selesa dengan dia.”
Ajad berhenti sejenak.
“Setiap kali Ajad pandang muka dia...
perasaan Ajad jadi tenang. Ajad rasa seolah-olah sudah lama mengenali dia.
Perasaan sayang tu, tiba-tiba saja muncul! Renungan mata dia, kening dia,
senyum dia... persis benar dengan seseorang. Nenda tak rasa macam tu ke?” Ajad
renung muka Tengku Faridah bersungguh.
Riak wajah Tengku Faridah serta-merta berubah, keruh. Jadi, bukan dia
seorang sajalah yang berperasaan begitu? Selama ini, Ajad juga merasakan hal
yang sama?
“Kalau nenda izinkan Ajad berkahwin dengan Iman, nenda nak Ajad
berhenti jadi pilot dan tumpukan perhatian pada syarikat kita. Boleh ke Ajad
janji?” Lemah suara Tengku Faridah terlantun. Dia tahu, sekeras mana pun hatinya,
keras lagi hati Ajad.
“Okey! Tapi, nenda juga kena berjanji... Jangan sesekalinya menyakiti
Iman. Kalau nenda sakiti Iman, sama juga macam nenda sakiti Ajad.” Tutur Ajad,
nekad.
Tengku Faridah terdiam.
“Mmm, lagi satu. Kalau lagi
cepat Ajad kahwin dengan Iman, lagi cepat Ajad akan uruskan syarikat tu.” Ajad
tersenyum lebar. Matanya dikenyitkan kepada Tengku Faridah. Bahu Tengku Faridah
dipeluk sekejap sebelum dia berlalu dari situ.
Bukk!
Album gambar lama terlepas dari tangan Tengku Faridah, terus menyembah
tanah. Sekeping gambar budak perempuan terkeluar dari album. Gambar lama! Baru
saja tangannya mahu mencapai gambar itu, ada tangan lain terlebih dahulu yang
mengambilnya. Tengku Faridah panggung kepala.
“Nah, mak engku.” Kak Mona menghulurkan album gambar lama dan sekeping
gambar yang dipungut dari atas tanah tadi kepada Tengku Faridah. Secalit
senyuman terlorek di bibirnya.
“Mona. Terima kasih.”
Album gambar dan sekeping gambar lama yang dihulurkanoleh Kak Mona,
Tengku Faridah sambut. Dia tersenyum kecil, cuba sembunyikan perasaan sedih
yang sedang bersarang di hatinya kini.
Walaup macam mana pun, dia tidak boleh nampak lemah di hadapan Kak
Mona. Di hadapan pekerja-pekrjanya yang lain juga. Hati seorang Tengku Faridah,
mestilah sentiasa kental. Sentiasa mahu menang! Tapi kenapa dengan Ajad, dia
selalu saja kalah?
Walaupun darah yang mengalir di dalam tubuh Ajad itu, bukanlah dari
darah keturanannya, tetapi perasaan kasinya kepada Ajad sangat mendalam. Apakah
disebabkan perasaan sayang dan cintanya kepada orang yang bertanggungjawab membawa
Ajad ke dalam keluarga mereka begitu mendalam, yang membuatkan kasihnya kepada
Ajad juga sangat mendalam?
Setiap kali dia mencurahkan kasih sayangnya kepada Ajad, dia berasa
bahagia. Seolah-olah dia sedang mencurahkan kasih sayang kepada insan yang
tersangat dia rindui. Insan yang sudah begitu lama lenyap dari hidupnya. Yang
dia sendiri tidak tahu di mana kewujudan insan itu, saat ini. Masih hidupkah
ataupun telah tiada buat selama-lamanya. Ya! Kehilangan itu berpunca dari dia
sendiri. Kerana kesilapan masa silam itulah, sakitnya dia tanggung sampai ke
saat ini.
Namun, jauh di sudut hatinya... dia dapat merasakan bahawa insan itu
masih ada. Kerana itulah, sampai sekarang dia tidak pernah lupa untuk masukkan
duit ke dalam akaun insan kesayangan dia itu. Tengku Faridah tidak mahu insan
kesayangannya itu hidup susah. Bukan dia tidak rindu! Bukan juga dia mampu
untuk mengupah orang supaya mencari. Tetapi, hati wanitanya keras macam batu.
Egonya, setinggi gunung kinabalu.
“Mak engku okey ke?”
Tanya Kak Mona, prihatin. Dia perasan riak keruh yang terbias pada
wajah Tengku Faridah itu. Walau selebar manapun senyuman Tengku Faridah
layangkan, riak keruh pada wajahnya masih belum dapat disembunyikan.
“Ehemm... Okey! Saya okey, Mona. Cuma rasa sunyi sikit. Agak-agaknya,
bila mereka nak balik ke sini Mona?”
“Mmm...
katanya petang nanti mak engku. Mungkin malam nanti baru mereka sampai. Tengah
hari ni mak engku nak makan apa? Saya nak masak ni.” Kak Mona masih setia
berdiri di tepi Tengku Faridah.
“Mmm...
masaklah apa pun Mona.” Jawap Tengku Faridah lemah. Selera makannya memang
tidak ada. Walaupun Kak Mona masak masakan di raja sekalipun, seleranya untuk
makan memang ke laut dalam.
“Baiklah,
mak engku. Kalau macam tu saya masuk dululah, ya? Mak engku jangan lama-lama
dekat sini. Matahari dah mula tinggi ni, nanti sakit pulak berjemur tengah panas.” Kak Mona tersenyum nipis. Kalau macam
inilah gayanya Tengaku Faridah, faham sangatlah dia! Tentu ada sesutu yang
mengganggu hati majikannya kala ini.
Tengku
Faridah mengangguk perlahan, sambil tersenyum kelat. Jarinya menyentuh lembut
gambar budak perempuan yang terkeluar dari album gambar tadi. Dibawa rapat ke dada. Hanya itu sajalah
satu-satunya gambar yang masih berada di dalam simpanannya. Yang lain semua
sudah dibakar. Ada sesal yang bermukim di lubuk hatinya.
Dadanya
terasa begitu sesak. Sesak dengan penyesalan yang tinggi menggunung. Perasaan
rindu tiba-tiba datang mengasak hebat di tangkai hatinya. Kolam mata terasa
semakin panas. Akhirnya, gugur juga mutiara jernih yang cuba ditahan dari tadi.
Semakin lama, semakin lebat. Dan akhirnya, dia teresak-esak di situ.
No comments:
Post a Comment