DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 23 February 2017

Jujurlah... Sayang! - Bab 5



“YA tuan pakar doktor gigi, saya dah selamat
terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching.” Aku sengetkan bahu untuk menampan telefon di
telinga. Tangan dah penuh dengan segala jenis beg. Semua
Ajrun punya pasal. Ada ke patut paksa akak dia yang cantik
ni pegang semua bagasi dia yang entah apa-apa tu. Memang
penuh satu teksi ni!
“Akak jaga diri elok-elok. Jangan jalan
sorang-sorang.”
“Ya, doktor.”
“Akak!” Suara pa dah naik satu oktaf. Aku
menyembunyikan gelak.
Aku sengih. Nampaknya doktor dah mengamuk.
“Yes, pa... kirim salam kat ma ya. Nanti akak beli
ole-ole banyak-banyak kat pa... Miss you big time, pa.”
Aku buat panggilan lain pulak.
 “Aku dah sampai. On the way nak naik teksi. Tunggu
aku kat lobi.”
Aku berjalan pantas dengan pelbagai jenis beg.
“Ahhh...” Aku hampir menjerit apabila tubuhku
tiba-tiba ditolak dari belakang. Muka aku dah kerut beribu
apabila tengok sorang mamat kat depan aku. Hesy... gilalah
dia ni. Mata letak kat mana?
Dan lelaki yang berkaca mata hitam itu terus
memandang aku dengan renungan yang langsung tak
mendebarkan. Okey! Sah orang ni gila!
“What? No sorry at all?” Aku membentak sedikit
dengan suara keras. Sungguh sakit hati. Dah buat salah tu,
mengaku ajelah. Aku jalan laju-laju ke depan. Langsung tak
tengok lagi mamat gila yang pakai baju kotak-kotak warna
hijau tua itu.
“Grand Margherita Hotel.”
Huh... Aku dengar jejaka berjaket hitam kat sebelah
sebut ayat yang sama dengan aku. Aku mengalih pandang ke
sisi. Wow! Aku dah kaku. Lelaki paling kacak dalam dunia.
Bukan macam lelaki yang tidak beradab tadi. Aku masih
tengok dengan mata yang tak berkelip. Badan sasa, rambut
lurus perang-perang sikit, hidung mancung... cerah... mata
sepet. Err... lelaki bangsa Cina. Waaa... aku dah jatuh hati,
jantung... kepala semua. Boleh tak nak mengurat sekarang?
“Cik, teksi kat depan.”
Aku sengih malu. Ra! Jangan jadi gila kat tengah
airport ni! Kasihan mr. papa dan madam mama kat klinik.
“Banyaknya beg!” Drebar itu sengih-sengih tak
menawan langsung. Aku bengang. Suka hati akulah nak bawa
berapa banyak beg pun. Jangan busybodylah. Hesy, rasa nak
libas kepala otak Ajrun dengan kapak!
Aku perasan satu beg yang tidak sebesar mana ada di
dalam but yang sama. Drebar pun ada beg khas ke? Ni salah
guna ni!
Erk! Aku ternganga. Aku share teksi dengan dia
ke? Control. He's in front of you! Come on, Aira... tactics...
tactics... Goda secepat mungkin! Apa nak buat ni? Buka baju?
Kereta dah bergerak perlahan. Tangan jejaka di
sebelah tengah sibuk merayap pada iPad berwarna hijau. Aku
jeling sikit-sikit. Tapi orang tu macam tak perasan langsung
akan diriku di sebelah. Hati dah berpecah belah. Sedihnya
rasa...
“Handsomenya! Paling kacak dalam dunia.” Ops!
Terlepas, keluar bebas dari mulut. Muka aku macam dah kena
julang kat atas api. Malunya!
“Thank you for the compliment.” Orang kat sebelah
jawab tanpa mengangkat muka.
Apakah? Apa dia cakap tu? Cakap dengan aku ke
atau cakap sorang-sorang? Aku tersasullah tadi, jangan nak
perasan sangat. Aku dah pandang kat luar cermin. Tak nak
tengok sebelah lagi. Sakit jantung dan hati.
“Helo...” Orang itu tiba-tiba bercakap kat telefon
pintarnya.
“No worries. Nanti I datang lawat. Ya... ya... I
datang... esok lusalah... I penat tadi. Ingat tak guna tenaga ke
nak panjat tangga naik kapal terbang?”
Aku kat tepi dah memang nak pengsan dengar
perbualan tu.
Setelah perbualan telefon lelaki itu tamat, suasana
sunyi sepi. Pak cik teksi kat depan mula membuka radio.
Hilang juga rasa tension. Aku pandang ke luar teksi,
menikmati suasana di Sarawak. Not bad! Tak jauh beza
dengan KL. Namun terasa berbahang di Bumi Kenyalang ni.
Boleh demam kalau tak biasa.
Akhirnya tak sampai sejam, teksi berhenti kat depan
hotel. Aku dah tak sabar nak baring kat dalam bilik.
Masa aku nak ambil beg dari dalam but, lelaki itu
pun nak ambil begnya juga. Nasib baik ada bellboy tolong.
“Banyak beg.” Lelaki itu melempar senyum.
Aku hanya angkat bahu. “Banyak komen.”
Lelaki itu terus gelak sampai aku naik bengang.
“Berapa lama kat sini?” Lelaki itu menyoal lagi, lagak
mahu menyambung perbualan. Maaf, aku tak berminat.
“Kamek orang sitok. Mok balit kampung kamek
di Samarahan.” Aku tibai aje cakap Sarawak. Tu pun sebab
belajar daripada Hazel, coursemate selama tiga tahun dari
bumi Kenyalang.
“Really? So, kenak kitak ada sitok? Mun mok
balit kampung, kenak datang hotel? Kenak kitak sik balit
kampung terus?”
Erk! Aku ternganga. Sarawakian! Biarpun ada
pelatnya tetapi rasanya lebih baik daripada aku. Tapi tadi dia
cakap bahasa Melayu. Aira, logiklah dia pandai cakap bahasa
Melayu, kan orang Malaysia wajib ambil periksa kertas Bahasa
Melayu. Aduh!
Aku senyum tak bergula.
“Oh... husband kamek ada kursus sitok. Kamek
datang honeymoon sitok.” Hazel... tolong aku! Kamek dan
sitok aje yang aku ingat. Yang lain tu, dah terhapus daripada
kepala aku.
“Really???” Lelaki itu senyum. Musykil betul aku
tengok senyuman itu. Aku malas nak ambil peduli. Beg yang
banyak-banyak tu, aku biarkan bellboy angkut. Aku berlalu
tanpa pandang lagi lelaki di sebelah. Sebelum jadi apa-apa
yang memalukan diri sendiri, lebih baik diam.
 “Aira...” Aku ternganga apabila dengar lelaki itu
lancar sekali menyebut namaku.
Aku menghentikan langkah. Aku dan dia dah saling
tenung diri masing-masing. Macam mana dia tahu nama aku?
“Don't you remember me?”
Aku dah kecut perut apabila lelaki Cina itu semakin
mendekat.
“Ex... excuse me... you better stay away from me,”
pintaku. Tak tahu kenapa aku boleh tergagap-gagap pula ni.
Namun kata-kataku tak diendahkan.
“Don't you know how sweet you are, Aira?” Mungkin,
riak terkejutku membuatkan lelaki itu tambah berani untuk
mendekat. Lelaki itu sekadar senyum dari tadi. Sewel!
“Saya rasa awak gila.” Aku menepis badannya dengan
beg di tangan. Tiba-tiba sahaja dia menyeluk saku seluar
dan menghulurkan sesuatu kepadaku. Aku memandangnya
hairan.
“Business card I. Manalah tahu you nak call I ke
apa. I can be good company.” Dia masih menghulurkannya
kepadaku, namun aku biarkan. Dia selit kad itu di bahagian
beg galas aku.
“Apa yang you buat ni? I tak kenal you pun.”
“Aira...” Lelaki itu seperti hendak menyentuh
tanganku. Aku terus melompat.
“Hei, jangan nak melampau.” Aku menjerkah
dengan suara yang masih terkawal. Berani dia nak sentuh
tangan anak orang.
“Sorry but then thanks for the shaver, Aira.”
Koff... koff... Aku terpacak tak tahu nak kata apa lagi.
Mataku membulat ke arahnya. “Kad tu, kalau you nak pinjam
tandas, boleh telefon I. Senang.” Lelaki itu bergerak masuk ke
dalam hotel dengan beg sandang di bahu.
Beg di tangan jatuh ke lantai.
“Tandas? Shaver? Shaver means he's? So, he is...”
Sungguh aku keliru macam nak pengsan atau terjun masuk
ke gaung. Oh... betapa malangnya nasib diri.

“TAK NAK ingat! Tak nak ingat! Sekian...”
“Kau apa hal, Ra? Sakit otak? Angguk-angguk,
geleng-geleng.”
“Nothing. Weh, esok aku nak jalan kat Kuching. Beli
kek lapis, gelang ke... apa-apa je...”
“Esok aku ada kerja sampai petang. Kena bincang
pasal...”
“Bila masa aku kata nak pergi dengan kau? Aku pergi
sendirilah.”
“No way. Ma dengan pa tak bagi aku tinggalkan kau
sorang-sorang. Aku nak pergi makan dengan officemate aku
ni. Nak ikut tak?”
Yes, ada peluang!
“Tak naklah. Malas.”
“Habis tu, nak makan apa?”
“Tak apa... dah makan kat dalam flight tadi.”
“Okeylah. Jangan gatal tangan nak tarik selimut aku
malam ni ajak keluar makan sudah.” Dia beri amaran.
“Kalau kau nak makan, oder kat bawah je. Jangan
pergi mana-mana tanpa aku. Kau tu bukan boleh percaya,”
sambung Ajrun lagi.
 “Kau tu lagi tak boleh dipercayai daripada aku,” balas
aku.
Ajrun tarik tombol. “Bye sayang.”
“Blahlah kau!”
Mata dah lekat balik pada televisyen flat skrin kat
dinding. Bosan pulak tak buat apa-apa. Esok aku bercadang
nak jalan-jalan. Ampun ya, ma... pa... akak tak ikut arahan.
Kalau tunggu Ajrun tu, memang berjambanglah akak kat
dalam ni.
“Errr... jambang!” Muka aku dah berubah. Manusia
petang tadi masuk ke dalam kepala. Sungguh tak sangka,
mamat berbulu dan lelaki petang tadi itu adalah orang yang
sama. Aku betul-betul rasa malu apabila teringat peristiwa
tadi. Kenapa agaknya kami selalu berjodoh dalam keadaan
yang sungguh tak sensasi lagi hangat?
Dahlah tadi aku buat-buat pandai cakap Sarawak.
Mesti lelaki tu gelakkan aku.
Tapi kan... macam mana dia boleh bertukar jadi
jelmaan sekacak tu? Dapat ilham dalam mimpi ke nak
bercukur? Sungguh kacak lagi bergaya. Rambut pun dah
lurus dan pendek. Handsome. Dah tak berbelit-belit macam
apa entah. Tak ada juga versi Phua Chu Kang.
Telefon IDD di atas meja berbunyi tiba-tiba. Ajrun
ke? Jangan susahkan aku!
“Jangan cakap kau tinggal barang dan suruh aku
hantar sana. Sekian.” Aku dah jerit awal-awal.
“Aira Al-Imani.”
Errr! Sejak bila Ajrun panggil aku guna nama penuh
ni?
“Siapa?”
“Noah.”
 “Noah?”
“Yes.”
“I think you've got the wrong number. Sebab saya
tak kenal dan tak pernah ada kawan nama tu,” balasku sopan.
“Takkanlah tak ingat, dear...”
“Hei... siapa awak ni? Penceroboh?”
“Stop jumping into conclusions, baby!”
“Baby???” Keras suara aku.
Suara garau itu gelak kecil.
“I panggil macam tu pun marah?”
Kening dah nak bercantum dua. Apa kena ni?
“Yes as I’m not your baby...”
“You'll be my dearest baby one day, who knows?”
“You ni sah gila, kan?” marahku. Mabuk gamaknya.
“You cakap apa? I gila?”
“Kenapa? You terasa ke?”
“Yup. Me... Mr. Shaver terasa.”
Mr. Shaver? Aku tergamam. Dia? Errr... nama dia
Noah ke?
“Saya... tak... tak kenal.”
Noah di hujung talian gelak.
“Nampaknya you tak baca kad yang I bagi pada you.
Aira, jangan malu dengan I. I am okay with you.”
But I’m not okay with you.
“Saya mengantuk, nak tidur!”
“Aira... a few minutes please. You dah banyak buat
dosa dengan I. Tak nak tebus balik ke?”
Apa??? Sakit jiwa betul lelaki ini. Ni mesti nak ungkit
pasal ayat-ayat yang pernah aku katakan kat dia.
Gegendang telinga aku pecah lagi dengan ketawa
Noah. Aku pelik. Lelaki kat hujung sana tu ada impian nak
jadi kanak-kanak ke? Asyik gelak, macam hidup dia bebas
daripada sebarang masalah.
“I nak ajak you keluar petang esok, I tunggu you kat
lobi, boleh?”
Aku macam tak percaya. “Saya dah gila...”
“Hah?”
“Kalau ikut awak keluar.”
“Aira!”
“Ma dan pa saya pesan jangan buat benda-benda
pelik kat sini. And... since saya ni terkenal sebagai anak yang
mematuhi arahan ma dan pa, so it is so impossible for me to
accept your offer. Thanks but no thanks.”
Aku terus matikan perbualan. Memang gila. Gila
sebab dah terlibat dengan manusia yang entah apa-apa.
Aku mencapai kad di atas meja.
Haip... apa yang telah terjadi ni? Kenapa aku sampai
terjebak dengan lelaki seperti dia? Ah! Pening kepala aku
memikirkan betapa aku sudah memalukan diri sendiri di
hadapan lelaki itu.

No comments:

Post a Comment