DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 23 February 2017

Jujurlah... Sayang! - Bab 9



AKU baru nak tegur ma bila dengar Ajrun cakap
sesuatu.
“Ma... ada nampak shaver adik tak?”
“Shaver apa?”
“Shaver Panasonic. Adik baru je beli.”
“Cuba cari betul-betul.”
“Naaa... Adik dah nak gila cari ni haaa. Ma... mahal
tau adik beli. Dahlah first time nak guna yang ada bateri.”
“Adik letak kat mana? Takkan pa curi pulak.”
“Kat bilik kut. I am not so sure, ma. But it seemed to
have disappeared mysteriously.”
Aku jalan perlahan. Terasa lapar dan nak makan.
“Ra... ada nampak shaver aku tak? Aku tak bukak lagi
kotak shaver tu. Aku beli sebelum pergi Sarawak lagi tau.”
“Errr... sh... shaver apa?”
Ajrun berhenti menyuap nasi goreng ke mulut. Dia
pandang aku sambil memicingkan mata.
“I smell something fishy. Apa hal kau gagap
semacam?”
“Mana ada. Aku tak tahulah shaver apa yang kau
cakapkan ni.” Laju aje aku jawab dan terus tarik kerusi.
Ma dan Ajrun saling pandang sambil mengerut
kening. Mesti diaorang nak cakap aku buang tabiat.
“Hari ni cuti, kan? Kau tolong aku cari shaver tu
sekali.”
“Insya-Allah.” Aku suap roti bakar ke mulut.
Hmmm... Yummy!
Aku dah mula bawa masuk makanan ke mulut.
“Aku peliklah, Ra. Takkan aku salah letak kut.
Sebelum ni mana pernah aku letak rata-rata barang-barang
aku. Tapi macam tak logik je kalau aku nak tuduh kau yang
curi. Takkan kau kejam sangat nak jual shaver tu, kan?
Haiya... Streslah.” Ajrun membebel seorang. Ma dah geleng
kepala tengok Ajrun yang serabut tu.
Aku meneruskan kunyahan. Kasihan pula kat adik
sorang ni. Ampun, adik... kakak tercuri pencukur adik.
Hihihi...

AKU SAKIT hati, sakit mata, sakit jiwa dan semualah. Ajrun
ni memang tak ada kerja lain. Menyusahkan aku. Muka aku
dah masam mencuka.
Hari cuti pun kerja, lepas tu buat-buat tertinggal
laptop bagai. Memang sengajalah tu nak menyemakkan otak
aku pada hari minggu. Patutnya aku tengah layan TV masa
ni. Sabar ajelah.
“Cepatlah, Ra. Aku nak meeting ni, tahu tak?”
“Hoi! Kalau kau nak cepat... balik, ambil sendiri.”
“Yalah! Yalah! Pelan lukisan ada tak?”
“Adalah.” Talian terus diputuskan.
“Akak! Jangan cakap macam tu pada adik. Kan adik
minta tolong tu.” Pa yang tengah membawa kereta, geleng
kepala.
Aku mencebik bibir.
“Pa... jangan back-up adik sangat ya. Nanti akak
merajuk dengan pa.”
“Pa... boleh tak nanti kita pergi... ermmm...” Aku
buat senyum paling jahat.
“Pergi mana pulak ni? Tak ada kerja lainlah tu. Nak
habiskan duit pa!”
“Akak nak beli something untuk adik.”
Pa buat muka pelik.
“Lain macam pulak akak ni.”
“Mana ada. Akak macam biasa je. Okey pa, nanti pa
teman akak tau.”
“No problem. Tapi pa nak pergi klinik nanti. So,
make it fast, okay. Kesian ma sorang-sorang kat sana.”
“Okay, boss... dijamin beres.” Aku tabik hormat.
Aku meluru keluar dari kereta apabila sampai di
pejabat Ajrun, manakala aku membiarkan pa mencari parkir.
Aku naik ke tingkat 15, tempat Ajrun bekerja.
“Where are you?” Telefon ditekap ke telinga.
“Bilik aku, cepat sikit.”
Huh... bahagia aje dia bagi arahan. Ingat aku kuli dia
ke?
Pejabat agak lengang. Maklumlah hari cuti. Ajrun
yang senget tu aje kerja waktu hari cuti. Kalau gaya hidup
Ajrun berterusan macam ni, alamatnya jadi bujang terlajaklah
mamat sorang tu.
Pintu bilik Ajrun ditolak. Ajrun angkat muka. Terus
aku tersengih.
“Nah.” Beg sandang dan kertas kerja diletak di atas
meja Ajrun.
“Thanks sis. You saved my life.”
“You owe me one.”
“Nanti aku bayar.” Ajrun gelak. “Bayarlah sangat,
kan... Ra, boleh tak kau tolong buatkan aku minuman kejap?
Hauslah, dear.”
Aku bulatkan mata. Ada aje yang dia nak suruh aku
buat.
“Yalah...” Walaupun geram, kesian juga aku tengok
Ajrun ni. Mata dah macam panda. Tak cukup tidurlah tu.
Aku ke pantri, membancuh Nescafe untuk Ajrun.
Aku dah ala-ala setiausaha.
“Lin... buatkan coffee untuk...”
Aku tersentak apabila melihat ada seseorang di situ.
“Untuk I...”
Aku lajukan bancuhan. Nak cepat-cepat keluar dari
ruang pantri itu. Terasa sesak pula apabila melihat lelaki itu
di situ. Apa hal pula Mr. Sarawakian ni ada kat sini? Aduh!
Dia kerja jugak ke? Dia ni spesies workaholic macam Ajrun.
Patutlah tak jumpa jodoh sampai sekarang. Hampeh!
Aku senyum segaris. Dah dua minggu tak jumpa
sejak balik dari Sarawak, namun ingatan tidak pernah pudar
terhadap Noah. Atau lelaki itu sudah lekat dalam hati? Oh,
tidak...
“Sejak bila kerja kat sini?” Noah buat suara sarkastik.
“Five minutes ago.”
Aku dengar gelak kecil daripada Noah walaupun aku
membelakanginya.
“Datang sini sebab nak pinjam toilet ke?”
Muka aku membera. Cis, saja nak memalukan
akulah tu!
“I dah insaf. By the way, I datang sini kejap je, nak
hantar laptop adik I.”
“Dan jadi tea lady sekali?”
“Forced to be...”
Noah gelak.
“Selalu juga you kena paksa. Tapi untuk adik you tu,
semua you sanggup, kan?”
“Itulah namanya adik-beradik. Saling sayang antara
satu sama lain. Tak salah, kan? Can you please excuse me?”
Aku minta laluan kepada Noah yang menghadang pintu.
“Buatkan coffee untuk I.”
Aku gelak sumbang. Nak suruh aku buatkan
minuman untuk dia pula? Tak ada maknanya!
“Please... sayang.”
Huh! Berjiwang pulak!
Aku langsung tidak bergerak dengan cawan di
tangan. Jangan harap aku akan memenuhi permintaan tidak
masuk akal dia tu.
“Aira.”
“Apa lagi? You jangan nak create masalah okey. I nak
balik ni.”
“I love you.”
Aku terpempan. Bulat mata aku memandang Noah.
What. The. Heck. Dia gila atau aku? Aku rasa nak pitam dan
pengsan je. No way... Please somebody, please shoot me. Aku
dah tak tahu nak kata apa. Hati bergetar hebat. Pandangan
kami saling bersatu.
“It just happened... I don’t know how and why... I
asyik ingat kat you dua minggu ni. No... I mean sejak you
serbu masuk banglo I.”
Aku bungkam. Mata tidak dapat dilarikan dari
sepasang mata sepet itu. Terasa pijar kedua-dua pipiku
dengan pengakuan Noah. Apakah lelaki ini sudah gila?
“Aira...” serunya bila aku tidak memberi sebarang
reaksi.
“I bersungguh-sungguh... sayangkan you. I yakin
dengan rasa hati I. I really mean it.”
Aku diam membisu. Kaki mengatur langkah tanpa
menoleh lagi. Aku tinggalkan Noah yang sudah garu kepala
yang tak gatal. Aku anggap dia terlepas kata. Tapi... tapi...
Kenapa aku rasa lain macam? Oh... apakah
sesungguhnya rasa itu benar-benar ada dalam hatiku juga?

AKU MENGERUTKAN kening. Mana Ajrun ni? Aku dah
buatkan air, dia cabut lari pulak.
“Aira... buat apa kat sini?” Bon betulkan tali lehernya.
Aku tayang senyum.
“Cari Ajrun. I datang sekejap je ni. Where is he
anyway? Ghaib tiba-tiba.”
“Come... dia ada di meeting room.”
Aku ikut langkah Bon. Ketika sampai di bilik
mesyuarat, aku tersentak. Kaki macam dah kena paku. Ada
beberapa orang di situ selain Ajrun.
Ajrun tayang sengih. Dia angkat punggung.
“Lambat sangatlah kau. Aku dah nak meeting tau.”
Cawan di tangan aku, dia ambil dan disuakan ke mulut.
Dihirupnya seteguk.
“Staf kat sini stok-stok workaholic semua ke?” Aku
tanya sambil tersenyum nipis kepada manusia di bilik itu.
Hanya beberapa orang saja di situ yang aku kenali.
“Nopelah... boss came up with this idea. Work today
and the next two days we are going to be free. Cuti free...”
bisik Ajrun.
Huh, seronok gila! Tiga hari cutilah ni. Serius... aku
cemburu.
“Pergh! Ajrun... bawak girlfriend masuk ofis kut.
Tahulah hari ni patutnya rehat.” Satu suara menyindirku
halus.
Ajrun dah gelak.
“Guys! Ini kakak I.”
Dan muka masing-masing melopong.
“Mudanya!”
“We're twins!”
Mereka tambah melopong.
Aku sengih tak bergula. Tak payahlah buat muka
macam tu der.
Pintu dikuak perlahan. Noah masuk dan serentak
itu juga semua staf turut berdiri. Ajrun dah berjalan laju ke
kerusinya. Hanya tinggal aku yang terpacak di situ. Eh, apa
aku nak buat ni?
Aku tak tahu kenapa kaki aku terasa begitu berat nak
melangkah. Tambah tak tahu nak buat apa apabila terpandang
Noah yang mencerun ke arahku dengan kening terangkat
sebelah.
“What’s up little girl? Are you going to join our
meeting?”
Aku ketap bibir. Menahan geram yang rasa nak
terburai. Mata tajam merenung Noah yang menyandar
bahagia di kerusinya dengan senyum bergayut di bibir. Manis!
Kau ingat aku nak biar aje ke kau bermaharajalela bantai aku
kat sini? No way!
Kerusi kosong di sebelah setiausaha Ajrun, aku tarik
lalu melabuhkan punggung.
“How about a ‘yes’ ?”
Aku nampak staf lain dah terkedu dengan gaya berani
aku. Ajrun tu tak payah cakaplah. Membuntang matanya
melihat kelakuan aku.
“Ra... apa kata kau balik?” suara Ajrun menekan
keras. Geram dengan akulah tu.
Aku jongket kening. Buat pekak sahaja. Telefon
pintar di tangan, aku belek-belek.
“Ra! If you please.” Getar suara Ajrun dah masuk
aura menakutkan.
“It’s okay, Ajrun. Let her be.” Noah senyum senipis
mungkin. Aku rasa nak gelak bergolek-golek di situ, saat itu
juga.
Noah memulakan perbincangan dengan staf-stafnya.
Aku dah rasa nak nangis kerana buat tindakan paling bodoh
dalam hidup ni. Tapi kalau aku keluar... lagilah nampak
terlampau bodoh. Beberapa staf Noah termasuk Ajrun
mengemukakan kertas kerja masing-masing. Sesekali aku
bertembung pandang dengan Noah dan nampak senyuman
nakal Noah ke arahku. Eee... geram betul aku dengan Noah
tu. Nak menyakat akulah tu!
“Great presentation... I love it... and...”
Telefon aku tiba-tiba mengeluarkan bunyi
ringtonenya.
Aku sengih.
“Sorry!”
Oh, pa! Aku berdiri mengejut sehingga berdentum
bunyi kerusi terbalik di belakang. Aku tepuk dahi.
“Helo, pa... pa... ya... ya... akak here... I totally
forgot... What? No! You promised me, pa! Ala... akak kat
dalam ofis adik. Apa akak nak buat ni? Pa dah balik dulu.”
Diam.
“Huh! Adik balik pukul lima nantilah, pa... Jenuhlah
akak tunggu dia. Ala... pa, datanglah ambil akak kat sini. Ma
kan ada dekat klinik. Ya... memang salah akak.”
Aku rasa mata masing-masing dah menala pada aku
yang bersuara manja sambil hentak kaki ke lantai.
“Okey! Hmm... akak faham! Assalamualaikum.”
“Pa dah tinggalkan aku.” Aku pandang Ajrun dengan
muka bengang.
Ajrun angkat kening.
“So?”
“Your car keys. Aku nak balik.”
“Teksi berlambak. Balik je dengan teksi. Kau tak
ingat ke hari tu kau datang ambil aku pukul berapa?” Ajrun
mengungkit hari yang aku datang lambat menjemputnya di
Kota Damansara. Katanya, dia sakit kepala tunggu aku.
Mata aku mencerun ke arah Ajrun. Sakit hati sampai
mata jadi bergenang. Tak kenang budi! Aku bersusah payah
pagi-pagi minggu ini untuk hantar laptop dia, tapi Ajrun
layan aku macam ni. Okay... as you wish!
Aku berdiri di depan Ajrun. Aku seluk poket
seluarnya dan keluarkan dompet dia. Beberapa keping not
biru aku ambil.
“Aku merajuk. Jangan pujuk!”
Aku melangkah pantas. Ajrun yang mungkin terkejut
dengan lagak aku menggaru kepala.
“Ra... merajuk ke? Gurau jelah...” Ajrun gelak di
hujung tuturnya, tapi aku hanya mencemik. Malas nak ambil
peduli lagi.
“Ra... tunggu!” suara Ajrun dah tinggi. Aku buat
pekak sahaja. Aku meninggalkan ruangan itu dengan rajuk
dalam hati.

“STILL SULKING?”
Aku mengerling pada lelaki yang menegurku di
tempat perhentian teksi itu. Nasib baik perhentian ni dekat
aje dengan pejabat Ajrun. Kalau tak, apa nak jadi pun aku tak
tahulah. Aku diam saja. Malas mahu ambil kira, hati masih
terasa dengan tingkah si adik.
“Ajrun nak kejar you, tapi I cakap... I'll talk to you
and comfort you.” Noah menyeluk saku seluar.
Pandanganku menala ke depan. Comfort? Apa
maksud dia? Aku okey ajelah.
“Ajrun mesti tak sengaja cakap macam tu pada you,”
tambah Noah.
Aku mencemik.
“Ajrun tu adik I. I know him better than you. Buat
apa kat sini?” Aku tukar topik.
“La... kan I cakap, I cari you. Jom, I hantar you balik.”
Aku menggeleng.
“I balik dengan teksi.”
“I hantar you. Sekarang ni I free,” ujarnya yakin.
Aku yang waswas jadinya. Mesyuarat tadi nampak
macam serius sahaja. Entah-entah lelaki ini sengaja lari
daripada mesyuarat itu?
“I am heading somewhere. Definitely not home and
I don't need any company.” Aku bertegas. Pintu teksi yang
berhenti betul-betul di hadapan aku buka. Noah yang nampak
tercengang itu tidak aku hiraukan.
Sampai sahaja di pasar raya, aku terus ke tempat
yang aku ingin tuju. Aku membelek-belek pencukur yang
terletak elok di atas rak. Sungguh! Aku tak tahu nak beli yang
mana satu untuk Ajrun. Itulah... rancangan yang dirangka
dalam kepala masa on the way ke pejabat Ajrun adalah seperti
berikut :
1. Pa pilih shaver yang paling sesuai dan
mahal untuk lelaki. (Ajrun)
2. Aku akan minta pa bayar dulu. Nanti aku
akan bayar balik.
3. Bila dah selesai, aku akan minta pa cakap
dengan Ajrun yang shaver itu adalah hadiah
untuk Ajrun sebab Ajrun dah kehilangan
shaver yang dia beli dulu tu.
4. Aku akan balut dan bungkus cantik-cantik.
Kemudian letak atas katil Ajrun.
Aku tersenyum dalam hati. Rancangan itu patutnya
berjaya dengan jayanya, tapi disebabkan perkara yang tak
diingini dah terjadi, maka terpaksalah ia dilupakan begitu
sahaja. Aku pun tak bawa banyak duit. Yang ada cuma not
biru yang dicuri tanpa izin tadi. Esok-esoklah beli, yang
paling penting Ajrun tak boleh tahu pencuri pencukurnya
yang bergaya itu ialah aku. Hehehe... Kesian Ajrun.
“This one is a new model, miss.” Cik jurujual yang
baik hati itu menerangkan tanpa diminta.
Aku mengangguk. Baru ke lama, itu belakang kira.
Sekarang ini aku tidak berduit.
“Beli untuk husband ke, miss?”
“Nope... my baby brother.”
“Why? You curi dia punya, lepas tu you hadiahkan
pada orang lain ke?”
Aku tersentak. Aku berpusing ke belakang dan
terkedu apabila melihat Noah sedang berdiri dekat sekali
denganku. Aku segera menjarakkan diri. Darah naik ke muka.
Malu!
“Hadiah yang you bagi I tu, Ajrun punya ke?”
Kantoi!
“Ai, dah hilang suara?”
Aku menjongket bahu dengan muka selamba
sekalipun jantung berdebar hebat.
“You nak beli untuk Ajrun ke? Nak tebus dosa balik.
Tadi kat pejabat, I dengar Ajrun complain pasal shaver dia
yang tiba-tiba lesap. Bila jumpa you kat sini, baru I faham.”
Amboi! Kat pejabat pun budak sorang tu jaja cerita
ke? Dah sampai tahap kritikal tu.
“I'll help you choose one. If you please.” Noah
mendekat kepada aku semula.
Aku mencongak dalam hati. Rasanya kalau aku kata
tak, lelaki tak tahu malu ni akan terus mengekori aku ke
mana-mana tak? Menyemakkan pandangan sahaja.
“Okey, suka hati you.”
“Thank you.”
“Ada lagi.”
Noah jongket kening, bertanya.
“Tolong bayarkan sebab I tak cukup duit dan hantar
I balik nanti, ya?”
Huh! Noah menatapku dengan rasa tidak percaya.
“Mucho gracias (terima kasih banyak-banyak),”
ujarku sambil berpeluk tubuh.

No comments:

Post a Comment