“KAU jangan main-main, Izrin... Aku sepak muka kau tu
nanti.”
Izrin garu pipi, pandang kiri kanan. “Nak cakap betul, aku
pun cuma dengar atas angin. Tapi memang ada yang cakap-cakap, si EX5 tu makwe
baru Encik Hisham.”
Terbeliak mata Liyana. Mana mungkin. Mana mungkin Zarra buah
hati Hisham. Takkan Hisham mahu tinggalkan Kartini yang serba ada, serba
cantik, serba lengkap? Orang bodoh saja yang buat macam tu.
“Kau kan, memang tak boleh diharap. Aku suruh pasang
telinga, bukan reka cerita, mangkuk.”
Izrin helakan nafas. Memang dia buka telinga, buka mata.
Hasilnya, itulah yang dia dapat. “Weh, kalau tak ada angin, manakan bergoyang
pokoknya Yana oiii...”
Wajah Izrin dipandangnya. “Maksud kau?”
Bebal juga minah ni. Ingatkan belajar masuk universiti otak
genius tujuh lapis, rupanya karat kebodohan
tu ada lagi.
“Maksudnya, kalau benda tak ada, takkan ada cerita. Mesti
ada puncanya, sebab tu ada angin yang bawa cerita tu datang. Faham?”
Liyana pangku dagu. Biar betul? Takkanlah. Tak mungkin.
“Ni, kau siasat benda ni betul-betul. Aku tak nak sampaikan
cerita yang tak berpaksi, nanti ada Miss Tini tu bambu aku. Tak pasal-pasal
makan maki.”
Izrin bangun, jongket ibu jari. “Aku tahulah. Tu, jejaka
pujaan dunia ada kat situ. Pergilah,” usiknya sambil muncungkan mulut.
Cepat-cepat Liyana bangun, betulkan baju dan senyuman.
“Dia aku punya, faham?”
Izrin gelak, geleng kepala. “Beranganlah kau. Dia punya
makwe, keliling bangunan tau.”
Liyana mendengus. Peduli apa dia. Makwe lain, dia bakal
suri, bakal isteri. Kena faham tu. Cepat-cepat dia melangkah, bimbang Zachary
hilang dari pandangan.
“Hai you, busy ke?”
Zachary hadiahkan senyuman. “Busy tidak, lapang pun tidak.
Yana dari mana? Lunch?”
Liyana angguk. “Yalah, kesian kita lunch sorang-sorang. Tak
temankan Yana pun...” Dia layukan mata, juihkan bibir.
Ketawa Zachary melihatnya. Dilipatnya lengan baju, tanda
sedia mulakan kerja.
“Sorang apanya? Penuh je coffee-house ni I tengok.”
Isy... tak faham ke apa yang dia cakap? Liyana
muncungkan bibir. “Memanglah ramai, tapi yang semeja dengan
Yana mana ada. Nak tunggu Zach, sampai kiamat tak dapat kut. Hot guylah
katakan...”
Sengaja dia rendahkan nada, berlagu sayu.
Ketawa besar lelaki itu. Aduhhh... kacaknya. Kalau bukan
kerana dia wanita sofistikated, dia peluk saja Zachary.
“Kalau dah tahu, tak payahlah Yana tunggu. My seat is only
for my girl.”
“Me?” soalnya teruja.
Zachary pamerkan gigi. “When it comes to matters of the
heart, a bit of soul searching is required. Understand?”
Liyana senyum lebar. “Of course. I harap it’s gonna be me.”
Dia pandang Zachary dengan renungan paling lembut.
Lelaki itu angkat ibu jari. “Okey Miss Yana, I nak sambung
kerja dulu. Have a good day ahead!” Zachary lambaikan tangan, tinggalkan Liyana
yang masih tersenyum memandangnya. Hahaha... Ya ampun, mohon jauhkan dia
daripada gadis itu.
BERDENTING BUNYI tumit kasut itu menghentak lantai marmar.
Langkahnya stabil dan penuh gaya. Dress biru polos itu dia gayakan dengan
sepasang tumit tinggi putih. Kaca mata hitam jenama Coach juga masih terletak
cantik. Dia leretkan senyuman.
“Good morning, Miss Tini.”
Kartini hanya senyum, teruskan langkah. Well, dia terlalu
sibuk untuk berhenti. Masa baginya terlalu bernilai untuk dia luangkan pada
manusia yang tidak penting.
Hisham.
Hanya Hisham yang ada dalam diari hidupnya. Sudah lima hari
pertemuan antara mereka berdua berlalu. Jadi, hari ni, dia datang ke sini. Apa
salahnya, sesiapa pun boleh datang ke sini, bukan? Lebih-lebih lagi, dia anak
Tengku Adnan.
Punat lif ditekannya. Bila pintu itu dibuka, dia terkaku
seketika.
“Tini?” Wajah lelaki di hadapan Kartini itu nyata terkejut.
Kartini lemparkan senyuman. Memang sudah jodohnya dengan
Hisham.
“Hai. Breakfast jom,” pelawanya riang.
Hisham terkedu.
“Please... for old time’s sake...”
Hisham lepaskan nafas. “Okey, Tini jalan dulu. Sham ke
restroom kejap.”
Hatinya melonjak riang namun dia menahan senyum. “Okey, Tini
tunggu ya.”
Dia berlalu pergi, melangkah penuh elegan. Huh, dia kan
Kartini. Siapa mampu menolak, kan?
Tini datang. Abang cuma temankan dia sarapan. Zarra jangan
salah faham ya. Antara kami dah tak ada apa-apa hubungan. Miss you so much.
ZARRA JELIRKAN lidah pada telefon pintarnya. ‘Weekkk...
macam aku kisah.’ Dia sambung kerjanya yang terbantut
sebentar tadi. Telefonnya berbunyi lagi.
Miss you so much. Nanti jumpa, ya.
Eee... sibuklah. Zarra letakkan kembali telefon pintar itu
ke dalam poket. Namun ada senyuman terukir di bibirnya. ‘Gila. Aku dah sewel
ke?’
HANYA DIAM yang mampu berkata-kata. Hisham teguk kopi
perlahan-lahan. Lambat sahaja rasanya waktu berjalan.
“You tak nak breakfast sekali ke?” tanya Kartini lembut.
Matanya menyorot Hisham yang diam dari tadi.
Geleng. “Sham dah sarapan kat rumah. Umi tanakkan pulut
dengan daging masin.”
Kartini senyum, sambung suap sedikit roti bakar ke mulut.
Jus jambu batu itu diteguknya beberapa kali.
“Mesti sedap, kan? Bila you nak ajak I dinner kat rumah you,
jumpa family you?”
Hisham terkedu seketika. “Tini...”
Kartini senyum senget. “As a friend, salah ke?”
Lelaki itu garu kepala, geleng. Tiba-tiba telefon pintarnya
bergetar.
Tak kisah. Datinglah sampai kiamat.
Tersenyum dia. Kata tak kisah, tapi kenapa balas
WhatsAppnya? Hisham sembunyikan senyum.
“Who is that?” soal Kartini ingin tahu. Dia nampak
kilas senyuman Hisham sebentar tadi.
“Somebody. Kerja. Kenapa?”
“Nothing. Manalah tahu, new girlfriend you ke...” Sengaja
dia mengumpan. Mahu dia mendengar jawapan Hisham.
Huh, boleh ke dia jawab dengan jujur? Hisham ketuk jari pada
meja. “Yup. My new girlfriend.”
Kartini lap mulut, teguk jus sehingga habis. “Fine. I’ll let
you play with her in these two months. Lepas tu, you know whatlah kan...”
Perlahan Hisham bangun, seluk tangan ke dalam poket. ‘Tini,
bilalah kau nak faham ya...’
“Sham jalan dulu. Enjoy your day.”
Kartini gigit bibir, senyum sendiri.
‘Pergilah, terbang sebebas mungkin. Suatu hari nanti, kau
akan kembali pada aku. I can promise you that,’ tekadnya.
TENGAH PENAT, bila makan memang best. Nasi sejuk dengan
kicap pun sedap, inikan nasi goreng daging masin. Lagi kick. Dua tiga suap dia
makan sekali gus. Lapar, nak buat macam mana. Kalau Puan Aini ada, mesti
emaknya itu cakap dia tak layak jadi menantu sesiapa. Hahaha... tengok
betislah, mak. Tak perlu berlakon bagai, jadi diri sendiri. Kalau betul orang
sukakan kita, dia terima kita seadanya, kan? Gila, dia tanya siapa ni? Tanya
nasi goreng? Zarra sambung suap senyum sendiri.
“Sedap? Kalau sedap, abang nak sikit.”
Zarra angkat muka sambil nganga. Bila pula Hisham ada
tercatuk kat depan dia ni?
“Tadi dah breakfast dengan mata air kan?” Matanya mengecil
melihat Hisham yang tersandar pada kerusi. Buat apa datang ke sini? Nanti tak
pasal-pasal jadi bahan gosip, idea mengumpat.
Zarra tutup Tupperware. Nantilah sambung makan.
“Eh, Zarra nak pergi mana?”
“Berak. Nak ikut?” Sibuk saja. Nak duduk situ kan? Duduklah
diam-diam.
Hisham tutup mulut tahan ketawa lepas mendengar jawapan itu.
Dia geleng kepala perlahan-lahan. Kalau umi dengar jawapan bakal menantunya
tadi, nescaya sakit jantung juga gamaknya.
“Pergilah. Abang habiskan nasi goreng ni ya.” Dia buka
Tupperware lalu ambil sudu yang digunakan Zarra tadi.
Ya Rabbi... memang cari pasal betul jantan ni. “Oi! Tu mak
kita buat bekal untuk kita pagi tadi tau. Nak makan, buat sendirilah...”
“Tadi cakap nak ‘melabur’, pergilah.”
Zarra menjeling geram. ‘Aku seligi juga dia ni.’
“Jangan makan habis, saman karang. Faham?”
Wanie yang baru selesai solat tergelak melihatnya. Jadi
memang betul Encik Hisham dengan Zarra ni ada ‘something’. Mahu dia ketawa
kuat-kuat tengok gelagat si Zarra yang naik angin. Yang Encik Hisham pula cool
saja. Tahan pula telinga dia kena bambu dengan Zarra.
“Assalamualaikum, selamat tengah hari, Encik Hisham.”
Hisham menyeringai. “Waalaikummussalam, Wanie. Janganlah
macam tu, panggil saya Sham saja.”
Hahaha... Nak mati? Tahu dek Miss Tini, mampus dia kena
pecat on the spot. Tapi, sekarang ni Miss Tini tak ada kan, jadi apa salahnya.
Berani ke dia?
“Zarra, cakap tadi lapar kemain, tu nak gi mana tu?”
tanyanya hairan. Nasi goreng di dalam Tupperware itu masih banyak lagi.
“Dia nak pergi ber...”
“Buat airlah. Sibuk je.” Cepat saja Zarra potong cakap.
Karang mug di tangan ni ada yang makan orang. Dia tuangkan peket Nescafe
Caramel Latte ke dalam mug.
“Nah, minum cepat. Lepas tu blah!” kata Zarra tegas. ‘Dahlah
tibai nasi goreng aku, pastu menyibuk pulak kat sini. Kalau spy Kartini nampak
nanti macam mana, tak ke susah?’
Sayang juga kat dia ya. Kalau tak, takkan siap bancuh air.
Hisham berdeham kecil, hirup air itu perlahan-lahan. Dia senyum lebar. “Panas.
Mana boleh minum laju-laju. Abang tunggu sejuk, abang pergilah.”
Banyaknya alasan... adoi...
Zarra bangun, senyum lagi lebar dari tadi. Diambilnya mug
itu lalu dibawa ke pantri. Panas ya, tunggu kejap. Dia buka peti sejuk, kaut
air batu lalu diletakkan ke dalam mug. Kemudian berlenggang dia berjalan sambil
tersenyum-senyum.
Wanie yang dilihatnya mahu ketawa, dijelingnya sampai diam.
‘Ketawalah, aku curah air ni karang.’
“Ni Encik Hisham, dah sejuk. Minum cepat-cepat, nanti jangan
lupa berambus. Pergi. Blah.”
Hisham tutup mulut. Kalau dia menjawab karang ada yang makan
lantai. Dialah, siapa lagi. Mug itu diangkatnya lalu dibawa ke mulut. Sedikit
demi sedikit dia menghirup. Perlahan lalu dihabiskan sekali gus.
“Okey, terima kasih. Nanti abang datang lagi. Sedap
air Zarra buatkan untuk abang. Esok buat lagi ya.”
“Esok cuti. Jangan datang sini.”
“Cuti? Bagus tu. Kita pergi jalan-jalan nak?” soal Hisham
dengan senyuman.
Laaa... dia ni memang memerang betul.
“Tak kuasa. Baik tidur lagi banyak faedah.”
Hisham bangun, dekatkan diri dengan Zarra yang masih
berdiri. Bersebelahan namun cukup hampir.
Wanie tutup mulutnya yang ternganga luas. Mak Jan dan Nani
juga nganga.
Hisham tunduk, dekatkan bibir pada telinga di sebalik
tudung. “Abang rindu Zarra. Bye.” Kemudian dia berlalu, berjalan sambil senyum
lebar kepada semua yang ada di situ. ‘Hai hati, aku mahu menari!’ soraknya
dalam hati.
Zarra? Masih kaku berdiri dengan jantung yang masih berdegup
laju. Bibir yang diketap kuat buat dia buka mata.
‘Mak!!! Zarra dah naik gila!’ jeritnya dalam hati.
DILLA KETAWA sambil tepuk-tepuk lutut. Melampaulah tu. Lili
pula berkerut-kerut kening memandang dia. Zarra urut dahi. Sakit hatinya masih
belum hilang, tambah pula dengan gelak kejam si Dilla.
“Habis tu, kau buat apa, kau tampar dahi dia tak?”
“Kau gila, nak aku kena pecat?”
Dilla masih lagi ketawa. Aduhai... makan hati goreng
kicaplah Miss Bitchy. Paling best, si Zarra ni yang lagi power.
“Takkan dia pecat.
Kalau kau kena pecat pun, kau dapat job baru. Lumayan gitu,” balas Dilla
serius.
Berkerut dahinya. “Kerja apa?”
Dilla senyum. “Jadi mem. Jadi bini dia.”
Dilemparnya bantal ke arah Dilla. Kurang ajar!
“Hah! Diam. Kalau diam tandanya setuju weh...”
“Aku diam sebab aku kentutlah...”
Dilla bantai gelak lagi. Zarra bangun, geleng kepala. Sakit
hatinya kian bertambah. Tak guna punya kawan. Masuk ke bilik, dia terus baring
di katil.
“Kak Zarra...”
Lili. Dia tongkat bahu, tepuk tilam minta Lili baring di
sebelahnya.
“Kak Zarra serius ke dengan Encik Hisham tu?” soalnya dengan
pandangan yang penuh tanda tanya.
Zarra kerlipkan mata. “Kenapa, Lili suka dia eh?”
Lili gelak sambil geleng. “Kalau serius, adalah yang patah
hati nanti. Kesian dia.”
Buntang seketika biji mata. Siapa lagi yang cukup gila
berkenan kepada Zarra?
“Siapa yang bodoh sangat tu?”
Lili ketawa, peluk Zarra erat-erat. “Rahsia.” Dia bangun,
cubit pipi Zarra kuat-kuat. “S.E.C.R.E.T”
Pirahhh... kalau rahsia pun bukan dia hairan. Zarra pejamkan
mata, berlayar tanpa sedar ke alam mimpi paling indah.
CEPAT-CEPAT dia menyorok di balik tiang yang besar itu.
Liyana tahan nafas, mengintai dalam diam. Perlahan dia menarik telefon pintar
miliknya keluar. Be careful, Yana. Ini mungkin peluang yang kau nanti-nantikan.
“Zarra habis syif lagi sejam kan? Ikut abang kejap,” pinta
Hisham kepada Zarra yang berdiri di hadapannya.
Zarra pandang kiri kanan. “Pergi mana?”
“Adalah. Ikut abang kejap... Boleh?”
Zarra tarik nafas. Kalau cakap tak boleh pun, bukannya
Hisham faham. Kadang-kadang dia fikir lelaki di hadapannya ini tuli agaknya.
“Sekejap tu lama mana?”
Hisham buat-buat tengok jam, tersenyum nakal. “Selamanya?”
jawabnya sambil sengih.
Ni yang dia malas ni. Zarra buka langkah. ‘Aku tanya
betul-betul, jawab main-main. Berdirilah kat situ sampai malam.’
Disambarnya tangan Zarra lalu ditariknya lembut.
‘Wehhh! Apa pegang-pegang orang ni? Nak neraka free-free ke
hoi?’ Disentap tangannya namun genggaman Hisham kian erat.
“Abang, nanti orang nampaklah. Lepaslah...” pintanya. Zarra
telan liur. Nasib baik laluan itu jauh dari pandangan, kalau tidak matilah dia.
“Kalau Zarra setuju, abang lepas. Kalau tak, abang pegang
Zarra, heret Zarra sana sini, mau?”
Apa? Ingat dia orang tawanan ke?
“Yalah, Zarra ikut. Lepaslah. Nak makan penumbuk? Mau?”
Hisham ketawa, lepaskan genggaman. “Kalau Zarra tumbuk,
abang pegang tangan Zarra sampai balik. Mau?”
Isy... malasnya dia nak melayan lelaki ni. “Zarra banyak
kerja. Kita bukan bos macam awak. Dah, tepi.”
Langkahnya dibuka ke tepi, memberi laluan pada Zarra yang
menyinga. “Miss you so much. Tunggu abang nanti.”
Jalannya terus sahaja. Zarra dengar tapi dia malas mahu
menoleh. Bukan apa, hatinya terlalu berbunga. Aduhai... memang sah dia sudah
gila. Sewel. Hilang akal!
Sementara itu, di balik tiang, Liyana tahan nafas. Dia diamkan
diri. Perlahan dia menjenguk. Tiada. Zarra mahupun Hisham sudah berlalu. Dia
senyum sinis. Jadi benarlah. Benarlah kata angin, rupanya pokok yang dikatakan
itu memang bergoyang.
Good job, Yana. Well, sorry, Miss Tini. Nampaknya dia
sendiri kena sampaikan berita ini. Dia mahu melihat rupa Kartini nanti. Liyana
senyum lagi, ketawa kecil lalu berjalan pergi.
“APA YANG penting sangat sampai tiba-tiba call I ni? Better
be good news, kalau tak...”
Hahaha... Liyana ketawa dalam hati. ‘Good news. Good news kepala
lutut kau.’ Tak sabar dia mahu lihat rupa Kartini nanti, namun dia keruhkan
wajah. Nak hidup, kena pandai berlakon. Kalau tak, jadilah katak bawah
tempurung sampai bila-bila. Dia mahu jadi rama-rama. Cantik, jadi pujaan.
“Kau ni kenapa, senyum sorang-sorang? Cakap ada hal penting,
cepatlah,” desak Kartini kurang sabar. Tergesa-gesa dia ke kafe itu. Baru saja
berkira-kira mahu ke spa untuk manjakan diri. Kalau benda kecil, dia tonyoh 218
kepala Liyana. Jangan ingat dia tak berani buat.
“Miss Tini, calm down. I takkan panggil you kalau hal tak
penting, cuma I rasa you kena get ready.”
Kartini silangkan kaki, kecilkan mata. “Ready for what?”
Liyana hulurkan telefonnya, mainkan video itu di hadapan
Kartini.
“Ready for this.”
‘DAMN. DAMN, damn! Damn that bitch! Perempuan kampung tak
sedar diri.’ Pedal minyak ditekannya kuat. Berdesup kereta itu membelah jalan,
meninggalkan debu yang berterbangan. Jalan ini dianggapnya umpama Zarra,
dilenyeknya sampai lumat.
‘Sial kau! Rupanya kau yang menggoda Hisham dalam diam. Muka
macam perempuan suci. Puiii! Ini Kartini. Kau mahu kenal siapa Kartini? Well,
wait and see.’
‘DARI TADI senyum je. Sepak muka tu karang.’ Zarra tongkat
kepala, pandang ke luar tingkap. Tadi dia dah tanya, mana destinasi mereka,
tapi Hisham hanya diam, senyum-senyum. Dia dongak, pandang langit yang membiru
bak hamparan lautan di udara. Cantik dan tenang. Sesekali angin meraba pipi dan
tudung, buat dia tersenyum kegelian.
Kereta itu dirasakan kian perlahan, memasuki kawasan
berpagar yang cantik dengan laman yang luas. Zarra
betulkan tudung, pandang Hisham yang memandangnya.
“Kita dah sampai.”
‘Yalah, kalau tak masakan kau matikan enjin kereta, berhenti
kat sini,’ omelnya dalam hati. Rumah siapa ni? Ini bukan rumah ya. Banglo. Tak
pun vila. Besarnya. Buat dia rasa kerdil. Zarra perlahan keluar dari perut
kereta.
“Umi nak jumpa Zarra.”
Allah... terhenti jantungnya seketika. Serasa darah menyerbu
ke muka. Kaku dia terpasak kaki di situ, tak mampu dia mahu melangkah. Betulkah
keputusan yang dibuatnya hari ini? Zarra pejamkan mata, cuba mencari kekuatan.
“Zarra!”
Terbuka kelopak matanya. Tubuhnya dipeluk erat tanpa sempat
dia berkata-kata. Kaku dia. Hangat pelukan itu buat dia sedikit hiba. Bibirnya
digigit kuat, menahan sebak yang tiba-tiba datang membuak.
Hajah Kalsom sapu air mata. “Jom masuk. Mak cik dah masak
siap-siap. Makan dulu, nanti kita sembang. Mak dan nenek sihat? Lain kali ajak
mak dan nenek sekali. Kamulah Sham, lain kali bawa mereka semua sekali. Banyak
mak cik masak tu, entahkan habis atau tidak...”
“Umi... umi... tarik nafas, berhenti bercakap. Jom masuk
dalam. Zarra, jom makan, abang lapar.”
“Amboi, abang apanya... Bila kamu kahwin dengan dia? Jom
Zarra, kita masuk. Abi pun ada kat dalam. Kak Ina dengan Hafdi tak balik.
Hisham ajelah yang ada. Malang nasib kamu.”
Aduh... sedapnya uminya mengata dia. Hisham tolak daun
pintu. Abinya ada di muka pintu, jongket-jongket kening sambil senyum nakal.
“Sukalah tu umi kamu. Malam ni bolehlah abi tidur lena.”
Hisham ketawa lalu toleh ke belakang. Entah apa
yang umi bebelkan, namun dia pasti, umi gembira. Dia? Dia
rasa mahu terbang.
“TAK PAYAH susah-susah, Zarra. Tinggalkan je kat dalam
singki, biar si Hisham saja yang basuh.”
‘Ai, aku pulak yang kena. Ini sudah lebih, umi. Kalau ya pun
seronok, biarlah Zarra buat. Latihan untuk jadi isteri dan menantu yang baik
tu. Apasal pulak aku. Mana macho jantan basuh pinggan. Basuh kereta lainlah.’
Berkerut dahi Hisham mendengar arahan Hajah Kalsom tadi.
“Tak apa, mak cik dah penat masak, biar Zarra tolong yang
mana patut.” Zarra teruskan membasuh. Hatinya kian gementar, kalau boleh, dia
mahu terus pulang.
“Jangan, mari duduk. Mak cik ada perkara nak cakap dengan
Zarra. Tolong... sekejap saja.” Hajah Kalsom kuit Zarra, tarik kerusi di
sebelahnya. Sudah lama dia menunggu saat ini, setiap masa dia mimpikan
pertemuan ini.
Berhati-hati Zarra duduk. Hisham juga. Abi dilihatnya
perlahan berlalu ke ruang tamu dengan senyuman penuh makna.
“Ampunkan Hisham ya, Zarra. Apa yang Hisham buat pada Zarra
dulu, memang buat jantung mak cik dan pak cik kamu bagai disiat-siat. Kalau
ikutkan hati pak cik kamu, dia pancung Hisham masa tu, campak dalam sungai.
Kamu... kamu yang menanggung derita. Kamu langsung tak bersuara pada orang
lain, lapor pada polis. Kamu tanggung semuanya sendiri. Ya Allah... ampunkan
Hisham... Ampunkan kami semua, Zarra...”
Air mata Zarra tumpah jua. Sudah dia rasakan hal ini akan
timbul namun dia masih teguh pada mulanya. Wajah
mendung Hisham, riak kesal Hajah Kalsom buat matanya
berbalam-balam.
“Abang tak layak untuk keampunan, untuk kemaafan Zarra...
tapi tolong, tolong maafkan abang. Maafkan kami sekeluarga. Abang janji, abang
buat yang terbaik untuk Zarra.”
Zarra masih lagi menangis, tak mampu berkata-kata. Runtuh
rasanya topeng keberanian yang sentiasa dia pakai selama ini. Dia sudah
berjanji dengan dirinya, dia tidak mahu menangis kerana peristiwa itu namun
hari ini, dia gagal. Kerana Hisham, kerana bencinya kian luntur, mengalir pergi
entah ke mana.
“Zarra... izinkan Hisham memperisteri Zarra, muliakan Zarra
sepanjang hidup, hingga ke akhir hayat...” Tersekat-sekat kata-kata orang tua
itu. Butir percakapannya bergilir sebak. Mahukah Zarra?
Zarra sapu pipi, sapu hidung. “Zarra tak layak, mak cik...”
Hisham geleng, renungannya tajam dan berkaca-kaca. “Abang
yang tak layak untuk Zarra. Abang yang hina, yang jijik, abang tak layak untuk
Zarra. Berikan abang peluang, Zarra. Berikan abang peluang untuk tebus segala
kesilapan.”
Zarra menutup mulut, membiarkan air matanya mengalir dan
mengalir lagi. Merenung sepasang tangan yang menggeletar dikocak emosi.
Perlahan dia mengangkat wajah, menentang mata Hisham yang turut berkaca-kaca.
Wajah itu, tulus dan penuh kesal. Bibirnya diketap beberapa kali. Tangannya
masih diramas Hajah Kalsom yang juga masih dalam sendu yang perlahan.
Hisham pandang, renung jauh ke dalam mata itu. Masih
mengharapkan jawapan.
Sementara itu, bibir Zarra bergetar dalam sebak,
dalam seribu rasa yang bercampur baur. Perlahan namun nyata.
Dia angguk, Sekali, dua kali.
Dadanya mahu meletup, namun Hisham sempat menarik nafas.
“Zarra benar-benar sudi?” soalnya dalam suara yang sedikit garau.
Angguk sekali lagi.
Allahuakbar.
Hisham pegang dada, senyum dalam air mata lelaki yang
setitis jatuh ke lantai.
‘Allah, Kau satukanlah kami selamanya,’ pintanya.
TIADA KATA yang mampu mereka berdua tuturkan. Bintang sudah
mula menjenguk, bersinar malu dari kejauhan. Kereta itu meluncur tanpa
halangan.
“Terima kasih.”
Zarra perlahan panggungkan kepala, lirikkan mata pada Hisham
yang tersengih.
“Hmmm...”
Alahai... hmmm sajakah? Hisham ketawa, capai tangan Zarra
lalu bawa ke dada.
“Oit! Mana boleh pegang-pegang. Masuk neraka, mau?” marah
Zarra separuh hati namun dia tahu jantungnya sedang bergoncang.
Aduhhh... soalan itu lagi. Hisham sengih. “Lepas kahwin
nanti, abang pegang Zarra sampai lebam,” ugutnya separa serius.
Zarra jelirkan lidah. Elehhh... ingat dia takut ke?
Masuk ke pekarangan kuarters, kereta itu berhenti perlahan-lahan.
“I’ll miss you.”
Zarra angkat penumbuk namun senyum lebar dalam hati.
Hisham gelak lalu tolak gear. ‘Selamat malam, sayang. Esok
ketemu lagi.’
Kereta itu meluncur lalu menghilang dalam pekat malam.
“Dating ke?”
Opocot mak kau! Nasib baik dia tak tumbang di kaki lima ini.
Zarra angkat penumbuk, kali ini pada Zachary yang tercatuk di bangku bawah
pokok. Buat apa malam-malam kat bawah pokok? Bertapa ke? Malam tempoh hari pun
dia ada jumpa Zachary macam ni.
“Ya. Ingat you sorang ke pandai dating, Mr. Zachary...”
Zachary lemparkan senyuman, menampakkan barisan gigi yang
putih dan teratur. ‘Aduhai... handsomenya mamat ni. Bertuahlah siapa jadi
isterinya nanti,’ puji Zarra dalam hati.
Zarra duduk di bangku, lunjurkan kaki yang mulai lenguh.
“Seriously, are you two a couple?” soalnya dalam balam
cahaya lampu jalan. Wajah Zarra yang tersenyum malu menyentak jantungnya. ‘Kau
gembirakah, sweetie pie?’
“Kenapa, jealous yaaa...”
Zachary ketawa, sembunyikan pedih yang tiba-tiba datang
menjalar di dalam dada. Bodohnya dia. Dia boleh pilih siapa saja yang dia mahu.
Ramai gadis yang terkejar-kejarkan dirinya namun dia sudah jadi buta. Dia hanya
nampak gadis ini. Zarra. Dia hanya nampak Zarra.
Zachary pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam.
“Dia serius atau main-main?” Hah! Entah kenapa dia
bertanyakan soalan yang begitu.
Zarra ketawa. “You ni macam abang yang Zarra tak pernah ada.
Bagus tu...”
‘Abang? Kalaulah kau tahu apa perasaan aku, apa yang aku
inginkan, pasti kau cabut lari. Jauh dari sini.’ Zachary tunduk, sembunyikan
senyuman. Senyuman insan yang patah hati.
“We got some history back then.”
Ops! Kenapa pula tiba-tiba dia terlepas cakap? Zachary
dilihatnya jongket kening, menyoal dalam diam.
“What kind of history?”
Dia telan liur, cuba bangun namun Zachary lebih pantas
menghadang laluan. Terbeliak juga matanya memandang Zachary yang mulai serius.
Aduhhh... kenapalah mulut dia celopar sangat?
“Nothing. Zarra cakap main-main sajalah.”
“Good or bad?” soal Zachary tak mahu mengalah. Tangannya
didepakan.
“Zarra nak lalulah. Rempuh karang...”
“Kalau Zarra rempuh, Zach peluk. Do you dare?”
Ai, lain macam bunyinya. Seriuskah si mamat ni?
“Why do you care?” Kali ini Zarra pula yang bertukar nada.
“I abang you yang you never had, kan?”
Zarra tergelak. Ohhh... sebab itu ke? Zarra angkat penumbuk,
cuba untuk lalu. Zachary masih utuh di situ, tanpa seinci pun bergerak.
“Just answer me, good or bad?” soalnya sekali lagi.
Dia nampak kilas jawapan di mata Zarra sebentar tadi. Dia
mahu tahu. Perlu tahu.
“Fine. Bad, tapi it’s all okay now. We’re going to get
married anyway.”
Allah... apa yang dia jawab ni? Zarra tahan nafas, lemparkan
senyuman. “Zarra naik dulu. See ya.” Kakinya pantas melangkah, mahu cepat
pergi.
“He touched you, kan?”
Kakinya berhenti melangkah. Dingin rasanya tapak tangan
dengan soalan itu. Zarra toleh perlahan memandang Zachary yang berdiri di
hujung sana. Menggeletar tangannya, namun dia cepat-cepat menahan, genggam erat
dalam kepal penumbuk.
Membara dada Zachary. Jadi betul tekaannya. Dia hanya
meneka, membaling tanpa tujuan, tapi mengena. Wajah Zarra yang kepucatan
mengesahkan jawapannya.
“He touched you... Damn, he touched you without your
permission! Am I wrong, Zarra?”
Zarra kaku. Apa sudah jadi? Kenapa segala kata-kata Zachary
itu benar? Perit di telinganya. Dia lajukan langkah, pergi mengadap Zachary
yang keberangan. Nafasnya turun naik. Dalam cahaya yang suram, dia nampak
kemarahan yang membara di mata Zachary.
“Zach, please don’t tell anyone. Zarra mati kalau Zach buat
macam tu. Tolong...” rayunya perlahan. Dia pandang kiri dan kanan, bimbang ada
telinga yang menadah cerita selain mereka.
Zachary duduk, ketawa tanpa sebab. Zarra juga dilihatnya duduk.
“So, sekarang macam mana?”
Macam mana apa?
“Maksud Zach?”
“Apa yang Zarra nak
dia buat?” gesanya dalam serius.
Patutlah. Dia selalu tengok Zarra cuba mengelak daripada
Hisham sejak awal lagi. Zarra yang kepucatan apabila Hisham muncul. Zarra yang
cuba larikan diri apabila Hisham ada. Gerak hatinya meneka sesuatu pernah
berlaku antara Zarra dan Hisham, bukan sekadar orang satu kampung.
Zarra telan liur.
“We’re getting married. Insya-Allah next month.”
Zachary ketawa. Entah kenapa dia ketawa, dia sendiri keliru.
Pastinya Hisham buat sesuatu pada Zarra. Dia mahu tahu, hatinya meronta mahu
mencari kebenaran. Tunggu, dia akan berikan Zarra sedikit masa.
“Congratulations. Make sure dia bahagiakan Zarra...” ‘Kalau
tidak, I’ll kill him!’ sambungnya dalam hati.
Zarra bingkas bangun, tinggalkan Zachary yang merenung
bulan. Sekali lagi dia menoleh, Zachary memandangnya dengan senyuman. Senyuman
paling hambar. Hatinya tiba-tiba bergetar hiba. Tuhan, apa yang sudah dia
lakukan...
No comments:
Post a Comment