DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 23 February 2017

Jujurlah... Sayang! - Bab 7



MATAKU terasa silau menahan cahaya yang
menerobos masuk. Berkerut keningku menahan rasa perit.
Aku memandang sekeliling. Kosong. Tiada sesiapa di bilik itu.
Allah! Aku bangkit. Apa dah jadi? Tangan memegang kepala
yang tiba-tiba berdenyut. Aku cuba mengingat apa yang telah
terjadi.
“Ra... kau dah bangun.” Suara Ajrun kedengaran dari
balik pintu.
Aku pantas panggung kepala.
“Run... apa dah jadi dengan aku?” Aku turut cemas
melihat riak Ajrun yang jelas tidak senang itu.
“Kau tak ingat ke, Ra?” Ajrun pandang aku dengan
riak muka pelik. Dia menyentuh ubun-ubun kepala aku.
“Jangan cakap yang kau amnesia tiba-tiba...” Ajrun masih
merenung aku dengan tajam.
Aku mencemik.
“Banyaklah kau punya amnesia. Kalau lupa ingatan,
macam mana aku tahu nama kau,” balasku sedikit geram.
Ajrun gelak. Dan peristiwa tadi muncul dalam
benakku. Siapa lelaki bertopeng itu?
“Kau agak siapa, Ra?”
Aku geleng. Ketakutan merajai hatiku. Bimbang
kalau-kalau aku diintip seseorang tanpa sedar.
“Aku tak tahu. Dia pakai to... peng. Dia nak buat
sesuatu pada aku. Lepas tu...” Aku cakap tergagap-gagap
dengan air mata yang sudah mula berjurai di pipi.
“Dahlah tu... calm down. Kau dah selamat.” Ajrun
menarik aku ke dalam dakapan. Belakangku ditepuk-tepuk.
Aku menangis teresak-esak di bahu Ajrun.
Membayangkan bagaimana lelaki bertopeng itu cuba
menyentuh tubuhku, aku merasakan lututku mula menggigil
sampai terasa urat saraf semakin longgar.
“Siapa? Siapa yang nak buat perkara tak senonoh
pada aku agaknya, Run?” Aku seakan menyoal diri sendiri.
Aku pernah berbuat khianat pada orangkah?
“Ra! Relaks, okey. Kau dah selamat kat sini. Dia
dah tak boleh ganggu kau.” Ajrun kesat air mata di pipi aku.
Rambut yang mengganggu muka aku, dia rapikan.
“Aku dah okey.” Aku tarik nafas panjang-panjang.
Tangan masih menggenggam tangan Ajrun yang menyamai
kedudukanku kala ini.
“Dia tarik tudung kau ke?”
Aku angguk.
“Bila dia tekup mulut aku... aku tepis. Masa tu kita
orang bergelut. Dia sempat tarik tudung aku. Eh, mana
tudung aku?” Aku pandang Ajrun. Baru perasan yang tudung
aku tiada.
“Kat tangga agaknya. Tak sempat nak ambil.”
 “Kurang ajar punya manusia. Tu tudung kesayangan
aku, tahu tak?”
Ajrun memicingkan sebelah mata.
“Whatever. Kita buat laporan polis dulu dan lepas tu
kau boleh berehat.”
“Tak nak. Aku nak balik rumah sekarang...” rengekku
dengan muka kasihan.
“Tiket belum booking. Sabarlah, Ra.”
“Tak nak. Aku nak balik sekarang. Aku takut ni.”
Muka dah bertukar merah, menahan tangisan.
Ajrun mengeluh. Keras jiwa betul.
“Okey, nanti aku booking ticket untuk kau dan call
pa.”
“Kenapa nak call pa pulak?” Aku mengerutkan
kening.
“Habis tu, siapa nak ambil kau kat airport?”
“Kau tak nak balik ke?” Aku pandang Ajrun.
“Aku tak habis kerja lagi.”
“Tak naklah. Aku nak balik dengan kau. Telefon bos
kau sekarang jugak. Kalau dia tak bagi, memang mentallah
dia tu.” Di luar sedar, aku memberontak marah dengan suara
yang agak kasar.
“Ra... aku rasa kau tak stabil sekarang ni. Aku hantar
kau masuk bilik dulu.”
“Tak nak!” Suara aku dah perlahan semula. Tiba-tiba
aku rasa sedih dan sayu sebab Ajrun macam tak ambil peduli
pun pasal rasa takut dalam hati ini. Kenapa aku kena ada adik
kembar yang tak memahami aku ni?
Eh, sekejap! Kalau Ajrun nak hantar aku balik ke
bilik, jadi kami di mana sekarang? Aku pandang kiri kanan.
Baru perasan ini sememangnya bukan bilik kami. Lebih besar
dan lebih kemas.
“Where are we now, Run?” Mata aku penuh tanda
tanya.
“Why don’t you just stay, Aira. I'll get two bodyguards
to protect you.”
Aku terpempan pada saat suara asing itu masuk ke
telinga. Aku kehilangan kata-kata, terpaku di situ. Macam
biasa aje suara itu memecah gegendang telingaku. Aku
mengalihkan pandangan. Ternganga aku.
“You!!!” jeritku. Dan waktu itulah baru aku perasan
betapa ramai manusia yang sedang menyaksikan drama
sinetron air mata Aku-Ajrun sebentar tadi.
“Ma...” Aku sudah memeluk dan membongkokkan
diri.
“Ra... what happened?” Tanganku dicekup Ajrun.
“Kenapa bodoh sangat kau ni hah, Ajrun? Apasal
kau tak beritahu awal-awal yang ramai manusia kat dalam
ni? Kau tahu tak, aku tak pakai tudung. Tak pakai tudung!!!
Faham tak?” jeritku kuat di telinga Ajrun.
Air mata berderai jatuh. Rasa dah hilang harga diri.
Malunya... hendak diletak kat mana muka aku ni?

AKU MASIH termenung memikirkan peristiwa yang
menimpaku. Takut pun ada. Sudahlah ini kali pertama
aku bercuti ke Sarawak. Tiba-tiba berlaku sesuatu yang tak
disangka macam ni.
Semenjak peristiwa tu, memang aku dah tak dapat
nak keluar dari bilik tanpa berteman lagi. Ah! Kalau ikut
cerita Ajrun, aku pengsan ketika bergelut dengan lelaki
bertopeng itu dan nasibku baik kerana Noah yang melihat aku
kelam-kabut menuju ke tangga itu mengikut dari belakang.
Oh tidak! Muka aku dah membera bila dengar cerita
Ajrun itu. Nampaknya Noah perasan yang aku cuba lari
daripadanya. Okey... malunya!
Lantas, dalam erti kata lain, Noah yang
menyelamatkan aku, mendukung dan membawa aku
ke biliknya. Noah tidak sempat hendak mengejar lelaki
bertopeng itu kerana lelaki itu lari lintang-pukang apabila
ternampak Noah.
Noah memaklumkan kepada Ajrun apabila dia
ternampak telefon di tanganku sedang mendail nombor
Ajrun. Dari situlah Ajrun tahu keadaan aku. Pantas adik
aku yang tercinta itu masuk ke bilik hotel Noah, bersama
kawan-kawan sepejabatnya yang semuanya lelaki.
Perbualan dengan Noah tidak sampai 24 jam tadi
terbayang di ruang mata. Ah! Menyampahnya aku bila
mengingat muka nakalnya itu.
“Terkejut I bila nampak Ajrun datang-datang je bilik
I, terus peluk dan cium you.”
Aku jeling dia.
“I tak sangka Ajrun yang ada dalam contact nama
you tu ialah pekerja I. Ketua Jurutera 2. Never crossed in
my mind that you are his twin sister.” Noah memulakan
perbualan apabila semua dah keluar dari bilik itu. Kini hanya
tinggal kami berdua. Aku pegang hujung selendang yang
diberi Ajrun. Nasib baik Ajrun bijak, membawa selendang
untuk aku.
Aku membisukan diri. Tidak tahu kenapa aku kekok
dengan lelaki Cina ini. Tidak selesa apabila mata sepet itu
merenung tajam ke arahku.
 “You berdua tak nampak iras pun.”
“Tak semua twins sama. Lagipun dah namanya
kembar lain jantina dan kembar tak seiras,” jawabku geram.
Lelaki itu tersenyum. Matanya yang sepet itu
bertambah sepet jadinya.
“Nice drama anyway. Manja.” Dia tersenyum nakal.
Aku ketap bibir. Dia ni nak apa sebenarnya? Sindir?
Perli?
“Ajrun mana? I don’t feel comfortable talking to a
stranger.”
Noah mendekat apabila dengar aku cakap macam tu.
Aku telan liur apabila langkah kaki dia dah semakin mendekat.
Aku cuak. Hati aku dah berdebar lain macam.
Berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim macam ni
alamatnya pasti ada yang ketiga. Yang tak diingini.
“Are you sure that I am still a stranger to you?”
Noah menuturkan ayat itu. Aku menahan debar.
“Ajrun! Ajrun!” Aku jerit kuat memanggil Ajrun.
Hanya Ajrun sahaja harapan aku saat ini. Seketika, hati aku
membentak geram. Mana Ajrun ni? Kata nak keluar sekejap
je. Kenapa dia tinggalkan aku dengan bos dia yang tak boleh
blah ni?
“Syhhh... I'm not going to touch or do anything to
you. Don't worry. I boleh keluar sekarang kalau you nak. But
are you sure you will be okay on your own? I was so worried
for you.”
Dalam takut, sempat lagi aku mencebik. Kenapa nak
risau pasal aku?
“I rasa kita patut laporkan kejadian ni pada polis,”
usulnya mengundang rasa tidak senang dalam hatiku.
“I tak mahu. Full stop.”
 “Aira... your life is in danger. Please reconsider your
decision.”
“I tak mahu. I tak mahu susahkan hati keluarga I kat
KL sana tu. Yes, tadi memang menakutkan. Tapi sekarang I
rasa dah tenang dan semuanya akan kembali pada asal.”
“Benda ni boleh berulang kalau you tak ambil
langkah untuk protect diri you. Lelaki tu memang target you.
I dapat rasakan dia memang nak buat sesuatu yang buruk
pada you. You get what I mean right?”
“Tak apa. Nanti dah balik, I will be safe. Insya-Allah.”
“Aira...”
“Saya nak balik bilik. Mana Ajrun?”
“Just stay here, dear. Ajrun akan datang sekejap lagi.
Lagi satu, kalau esok you nak jalan-jalan, you boleh telefon I
melalui Ajrun. I boleh sediakan bodyguard untuk temankan
you.”
Aku malas hendak mendengarnya. Apa dia ingat,
setelah berlaku kejadian ini, aku masih punya hati untuk
keluar lagi? Aku masih takut. Memang aku rasa menyesal
sebab tak dengar nasihat Ajrun. Konon hendak tunjuk protes.
Sekali kena, menyesal bukan main.
“Atau kalau you nak, I pun boleh temankan...” Manis
bergula senyuman Noah.
“Kenapa rajin sangat nak tabur budi kat I ni? Who
are you?”
Noah angkat kening tanda tak percaya dengan soalan
aku.
“You nak tahu siapa I?”
“Yes!” Aku mengengsot lagi ke tepi apabila Noah
mengatur langkah ke arahku.
“Bos Ajrun yang mental!” ujar Noah lalu terus
berlalu.
Aku terlopong tak percaya. Argh!!!

“RA! Apa kau berangan tu? Jangan fikir lagi pasal tu. Orang
gila kut yang ganggu kau tu. Sekarang, stop thinking about
what happened, okay?” Ajrun gosok bahu aku.
Aku sengih dan pandang sebelah.
“Aku dah baiklah. Cuma aku rasa sakit kepala dan
nak tidur,” jawabku.
Ajrun yang sekadar pakai seluar pendek separas lutut
itu menekan alat kawalan jauh TV.
“Ermmm... tu yang aku nak dengar. Kau okey! Lega
hati aku tau.” Ajrun mengusap dada sendiri. Amboi! Bukan
main lagi adik aku ni.
“Cuma aku confuse, kenapa lepas kes tu, kau selalu
sakit kepala?” tukas Ajrun, tapi aku tak memberi reaksi.
“Kau pergilah tidur, Ra. Have a good rest. Jangan
fikir lagi pasal lelaki bangsat tu.”
“Ermmm... sorry tau, Run. Aku menyesal tak dengar
cakap kau.” Aku tersengih manja. Ajrun menjulingkan
matanya ke atas. “Itulah, cakap orang muda tak nak dengar.
Nak juga ikut kepala sendiri yang tak berapa betul tu,” bebel
Ajrun.
Aku tak menjawab sebab sedar kesalahan sendiri.
“Weh, aku dah cakap terima kasih dekat bos aku
sebab tolong selamatkan kakak aku yang tercinta ni. And
I expect you to do so too... as a token of appreciation atas
kebaikan dia yang dah tolong angkut kau masuk ke bilik.”
Aku pandang Ajrun dengan muka tak berperasaan.
“Perlu ke?”
Ajrun bulatkan mata.
“Perlu. Sangat-sangat. Dan aku rasa kau patut pergi
urut belakang dia malam ni.”
“Apa maksud kau tu?”
“Ehhh... mestilah. Sah-sah dia sakit pinggang dua
tiga hari sebab angkut kau tadi. Kau tu berat macam anak
gajah kut.” Ajrun cakap sambil gelak.
“Ajrun!!!” jerit aku kuat.
Ajrun ketawa rancak. Langsung tidak hiraukan
kemarahan aku. Dia tahu, selalunya aku marah-marah sayang
aje pada dia.

No comments:

Post a Comment