DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 23 February 2017

Jujurlah... Sayang! - Bab 6



Heaven. Seronoknya keluar jalan-jalan di
negeri orang. Boleh tak nak lanjutkan cuti lagi?
Aku betulkan topi cantik kat kepala. Panaslah kat
sini. Aku masuk ke dalam kedai menjual segala jenis pakaian
khas untuk orang yang nak beli souvenir. Aku belikan untuk
ma, pa, dan orang-orang yang aku ingat. Waktu aku tengah
sibuk pilih pakaian tu, aku terasa bagaikan ada yang sedang
memerhatikan setiap gerak-geriku.
Aku menelan liur perlahan-lahan. Takkan dah ada
yang jatuh minat kat aku kut? Aku memandang ke belakang.
Dan aku nampak seorang lelaki berjaket kelabu buat-buat
sibuk pandang kereta yang lalu-lalang. Aku kerut kening.
Siapa dia ni? Dek rasa takut, aku terus angkat kaki.
Aku ronda-ronda di depan Kuching Waterfront. Di
depan tempat aku berdiri, ada sungai yang menghubungkan
dengan kampung seberang yang hanya boleh direntasi
dengan menaiki bot penambang.
 “Aira...”
Aku terkedu. Siapa yang menyeru namaku?
Pengintip tadi ke? Oh! Masalah ni!
“Great relief to see you here, as expected.” Noah
senyum.
Aku menjongketkan kening.
“What an unlucky day to meet you here.” Seketika
mata jatuh pada pakaian Noah. Huh? Aku gelak dalam hati.
Lelaki itu memakai baju kemeja berwarna biru lembut yang
digosok rapi, dan hujung lengan bajunya dikancing dengan
cufflinks berbentuk bebola sulaman perak. Dan dia kelihatan
begitu kemas dan segak sekali. Erk! Ni nak pergi meeting ke
shopping?
“Boleh kita pergi sekali?”
“No!”
“Aira, I bukan nak apa-apakan you. We'll just walk
together. That's all.” Noah bagai meyakinkan aku bahawa
tiada apa yang perlu ditakutkan.
Hatiku mengiakan. Betul... kenapa aku hendak takut
pulak? Akhirnya aku mengangguk setuju. Noah dah senyum
sampai ke telinga.
“Apa pendapat you tentang Kuching?” Noah
memulakan perbualan. Mungkin saja mahu rasa berteman
sementelah aku hanya berdiam dari tadi lagi.
“Panas!” Tercetus perkataan itu dari bibirku.
Noah ketawa kecil.
“Panas? Panas sebab I ada atau panas cahaya
matahari ni?”
Dah datang angin sweet talker dia. Lembut gigi
daripada lidah.
 “Kita nak jalan-jalan aje ke? You tak nak beli apa-apa?
Souvenir?”
Memang niat hati nak beli-belah, tapi terbantut tadi
bila terasa diri diekori.
“Awak ada ikut saya tak tadi?” Aku pandang Noah
dan kami sudah berhenti berjalan.
“You mean?”
Aku garu kepala yang tak gatal. “Emmm... tak
adalah... Sebenarnya saya rasa ada orang ikut saya tadi.
Agaknya saya tersilap kut.”
Noah sengih.
“Suami you kut. Kan sepatutnya you honeymoon
dengan dia. Tiba-tiba jalan dengan I pulak. Matilah you, nanti
kena terkam.” Noah senyum mengejek.
Darah menyerbu naik ke muka. Malu.
“Awak ingat kalau saya dah kahwin, saya ni ada masa
ke nak jalan-jalan dengan awak? Karang tak pasal-pasal saya
kena pancung dengan kapak.”
“Eh... bukan hari tu ada orang mengaku ada suami
ke?”
“Hesy... yalah, I was wrong. Masa tu saya tengah buat
lawak.” Aku sengih nakal.
Noah tergeleng-geleng tak percaya. Geli hati dengan
ucapan yang terbit daripada aku agaknya.
“I tahu you tak kahwin lagi,” katanya selamba.
“Eh, mana tahu?” Hairan aku. Jangan cakap dia
siasat latar belakang aku sudahlah.
“I know.” Lelaki itu senyum lebar.
Aku dah geram.
“Mana tahu?”
 “Firasat hati.”
Aku cebik bibir. Yalah tu.
“Saya nak beli kek lapis. Awak tahu tak kat mana
yang murah?”
“Dayang Salhah.”
Aku tersengih. Untung ada teman.

“MAKANLAH YANG taster kat atas rak tu.” Kasihan betul
aku tengok Noah yang berlagak macam tak makan 20 tahun.
Lapar yang amat.
“I rasa yang blueberry ni lagi sedap daripada cheese.”
Dia cubit sikit dan sua ke mulut.
Aku terus berjalan-jalan di dalam kedai yang tak
begitu besar itu. Memang aku terperanjat apabila Noah bawa
aku ke sini. Ingat nak beli kat tepi jalan aje. Tak sangka pula
boleh sampai masuk ke dalam kedai sebegini. Tapi kata Mr.
Sarawakian tu... tempat ni memang popular. Sesiapa yang
datang ke Sarawak nak beli kek lapis, biasanya memang
sinilah tempat yang diaorang pergi.
Aku pandang dinding. Gambar beberapa artis
terkenal tanah Malaysia terpampang kat situ. Ermmm... yang
paling aku kenal ialah Datuk Siti Nurhaliza.
Mata dah jadi rambang, tak tahu nak pilih yang mana.
Nak makan yang taster tu, karang habis juga aku bedal sorang.
Aku tengok Noah. Huh... terus aku terlopong. Nampaknya dia
memang lapar. Dua-dua tangan lelaki itu penuh dengan kek
lapis yang dah dipotong kecil-kecil. Tergeleng-geleng kepala
aku. Mr. Sarawakian ni macam tak kenal kek keluaran negeri
sendiri.
Bakul di tangan diisi dengan kek lapis. Semua enam
jenis kek lapis yang berbeza rasa dan jenis. Aku ke kaunter.
“Bayar untuk I satu.” Noah letak kek lapis Red Velvet
ke dalam bakul. Aku angkat kening. Bila masa pulak aku
setuju nak bayarkan untuk dia ni?
“Kenapa pandang I macam tu? No worries. Nanti I
bayar balik. This one's for my sis.”
“You ni betul lapar sangat ke?”
Noah tayang senyum menggoda.
“Yup. Lepas meeting, I terus ke sini tau.”
“You tu orang Sarawak. Esok-esok pun boleh
berjalan juga ke sini.”
“Tu bukan sebab I.”
“Then? Nak exercise biar keluar peluh
bergelen-gelen?”
“Kan I cakap, I nak keluar dengan you semalam.”
Aku tersentak. Aku mengawal riak wajah dan
buat-buat gelak.
“Meaning?”
“You tak tunggu I kat lobi. I cari tau, then I agak-agak
you mesti ke sini. Sebab kat bandar Kuching, kat sini jelah
tempat nak berjalan pun. Thanks to God I dapat cari you.”
“Yang mengada-ada sangat nak jumpa I ni kenapa?”
Jalan diatur ke luar. Aku dan dia sama-sama
beriringan.
“You know what? I tak tahu kenapa I rasa nak kenal
you dengan lebih dekat lagi.”
Lelaki yang aku puji sampai melangit semalam itu,
aku kerling dengan ekor mata. Boleh tak kalau berhenti bagi
ayat yang tak berapa sedap didengar deria telinga aku ni?
 “I found you a very interesting woman. The first girl
yang buat I gelak bila teringatkan you.”
“Lagi?”
“Apa?”
“Apa lagi yang you rasa tentang I? Kalau dah habis,
boleh I balik sekarang?” sinis.
Meledak ketawa Noah apabila aku mengorak langkah
laju-laju, tinggalkan dia sorang kat belakang.
“Let me drive you to the hotel. Ke you nak jalan-jalan
lagi?” Noah kelihatan sedikit termengah-mengah menyamai
langkah aku.
Aku nak ronda-ronda lagi, tapi Noah ni nampaknya
dah menghancurkan semua rancangan aku. Menyemak kat
sebelah. Aku jalan terus lepas bagi satu kek lapis kepada
Noah. Aku dengar Noah menjerit menyeru namaku tetapi aku
sekadar buat tidak dengar. Tak nak layan.

AJRUN SUDAH bertukar menjadi spesies singa jantan.
Sepanjang malam, muka lelaki itu hanya mencuka sahaja.
Aku pula dibalut dengan kemarahan. Dan dengan ini, Aira
Al-Imani secara rasminya melancarkan perang dengan Ajrun
Azim dengan jayanya.
Alahh... kenapa dengan Ajrun ni? Marah melampau.
Kesalahan kecil macam itu pun marahnya bagai aku membuat
sesuatu yang dimurkai Tuhan. Aku cuma keluar tak beritahu
dia dan balik lambat.
“Kau ingat sikit, kau tu perempuan. Kalau ada
sesiapa nak buat jahat kat kau tengah-tengah bandar tu, siapa
nak tolong? Kau ni gila, tahu... gila!”
Aku mencebik bibir. Menahan rasa pilu yang entah
turun dari mana. Ajrun cakap aku gila. Sampai hati dia. Nak
bergaduhlah tu! Ajrun dah pergi ke mesyuarat dan langsung
tak bye-bye kat aku.
Aku terasa sakit hati dengan Ajrun yang melayan aku
seolah-olah aku ini budak berhingus yang meleleh sampai
ke telinga. Kalau kat KL tu aku boleh jaga diri, kat sini pun
bolehlah! Hatiku masih meradang.
Huh, okeylah... aku boleh terima kalau Ajrun nak
marah aku, tapi bukan bagi ayat-ayat yang terkesan dalam
hati.
Nak aje aku cakap, semalam aku berjumpa Mr.
Sarawakian yang baik lagi handsome dan dialah yang
menemani aku sepanjang aku berjalan. Ya... lelaki Cina tu
baik. Tiba-tiba ada rasa yang menusuk dalam diam. Aku suka
lelaki tu. Hah???
Huh! Aku buka pintu bilik. Tak kira! Hari ni aku nak
keluar juga. Biar Ajrun sakit hati macam apa yang aku rasa
sekarang ni.
Aku berjalan ke arah lif dan mataku membulat di
luar sedar. Oh no... Noah tengah berjalan ke arah lif yang
sama dengan aku. Kepalanya tunduk memandang telefon
bimbitnya. Secepat kilat, aku mengundurkan langkah dan
memusingkan tubuh.
Tangga... tangga... Aku nak turun ikut tangga. Aku
tak nak terserempak dengan dia lagi. Dan bila dah jumpa, satu
per satu anak tangga aku turuni dengan muka monyok. Rasa
menyesal sebab kaki dah mula rasa kejang. Nak tunjukkan
betapa urat-urat kaki dah lama tak exercise.
Darah aku tiba-tiba menyirap. Aku merasakan
seseorang sedang menuruni tangga, berada di belakang. Aku
telan liur. Rasa takut mula menujah hati. Siapakah?
Aku melajukan langkah. Handphone di tangan aku
genggam kemas. Aku sudah bersiap sedia dengan segala
kemungkinan dan mahu menghubungi Ajrun.
Aku meneguk liur. Peluh merecik di dahi. Rasa
hati ini terasa lain macam. Bahaya apakah ini? Aku rasakan
seseorang itu sudah semakin hampir denganku. Aku menoleh
ke belakang dan...
“Arghhh!!!” jeritanku lantang memenuhi ruang
tangga itu.
Aku terbeliak saat mata berpapasan dengan manusia
yang lengkap bertopeng hitam.
“Sayang...” Suara itu memanggilku, berbisik lembut.
Aku menggigil.
“Lepaskan aku!!!” Satu tendangan hinggap di celah
kelangkang lelaki itu. Dan ketika lelaki itu memandangku
dengan renungan tajam lagi berbisa, aku mula mengorak
langkah secepat mungkin. Jari menekan nombor Ajrun.
Ajrun, tolong!!! Hatiku terasa kecut.

No comments:

Post a Comment