DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 10 April 2018

KAHWIN PAKSA KE ? - BAB 1




“DIAN.”
Dia berpura-pura tidak mendengar suara mendayu-dayu Kawai yang sedang duduk di hadapannya sambil menayang riak wajah yang resah. Anak mata masih tunak pada skrin leper komputer riba sambil jari-jemari rancak menaip.
“Ini peluang yang datang sekali seumur hidup, babe! Kau tak perlu bayar apa-apa. Free of charge. Semuanya ditanggung beres.” Kawai atau nama sebenarnya Khawarizmi masih tidak berputus asa memujuk sejak tadi.
Pandangan mata dialihkan dari skrin leper MacBook sebelum dia memandang wajah putih bersih Kawai. Kawai seorang lelaki metroseksual yang sangat mementingkan penampilan diri. Jika Kawai berjalan, seakan terasa seperti kedai minyak wangi bergerak.
“Kawai.”
Kawai menjongketkan keningnya sambil menayang
senyuman semanis mungkin.
‘Lembutlah hati hang, wahai Dian Eryna oiiii.’ Doa Kawai dalam hati kerana dia sudah hampir kering idea untuk memujuk.
“Aku memang teringin nak pergi tengok Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix. Angan-angan ni dari dulu lagi, tapi aku tahan diri sebab tiket mahal sangat. Lagipun tahun ni last year F1 ada dekat Malaysia.”
Kawai koyak senyum lebar.
“Haaa... sebab tu aku kata peluang ni sekali seumur hidup. Silap-silap hari bulan, kau boleh bergambar dengan Nico Hulkenberg sebab dia pun join this year.”
Dian senyap. Dalam kepalanya sudah terbayang-bayang imej kacak Nico Hulkenberg, pemandu kereta lumba untuk pasukan Renault Sport F1 yang berasal dari Jerman itu. Kalau boleh bergambar dan dimuatkan ke laman sosial, semakin kuatlah pengaruhnya sebagai blogger dan instagrammer yang sedang meningkat naik sekarang.
Tempting much tapi benda yang kau nak aku tolong ni benda yang gila, bro...” balasnya sambil menggaru-garu pipi kanan yang tidak gatal. Tak tahulah permintaan Kawai ini boleh digunakan konsep high risk, high return ataupun tidak.
“Isy, aku bukan suruh kau pergi hospital sakit jiwa.” Kawai sudah tergelak-gelak.
“Dah tu? Yang kau suruh aku jadi gadis litar F1 tu dah kenapa? Buang tabiat? Atau kau ada dua kali Jumaat je lagi?” sindirnya dan Kawai terus ketawa kuat.
“Aku minta kau ganti sekali je, Dian. Elly suddenly tak dapat join and we are running out of time... untuk cari pengganti. Kau je harapan aku sekarang ni.”
“Kau gila ke apa? Aku pakai tudung kut!” Dia
menunjukkan shawl yang menutupi mahkotanya. Manalah tahu Kawai tidak tahu apa yang sedang tersarung di kepalanya.
“Aku tahulah kau pakai tudung.”
“Dah tu? Kau nak suruh aku pakai skirt pendek, baju lengan pendek dan pakai tudung? Macam tu? Kau gila ke apa?”
Pantas Kawai menggelengkan kepalanya.
Outfit kali ni seluar panjang dengan T-shirt. Sebab itulah aku berani minta tolong kau.”
“Tapi Kawai, benda ni benda gila tau. Kalau abah aku tahu, mampus! Mampus aku kena lanyak dengan kereta lumba F1.” Raut wajah abah yang tegas itu terbayang-bayang di hadapan mata Dian.
“Tapi ni darurat, Dian. Pleaseeeee...”
Sekali lagi dia memandang lama wajah Kawai sebelum perlahan-lahan melepaskan keluhan.
“Dian, pleaseeee...”
“Satu hari je, kan?”
Kawai pantas menganggukkan kepala.
“Kau akan terangkan pada aku apa yang aku kena buat?”
Kawai angguk lagi.
“Kau takkan suruh aku buat benda-benda pelik, kan?”
Angguk lagi.
“Boleh ke aku percayakan kau ni?”
“Dian, ni Khawarizmi kut! Kau kenal aku dah berapa lama?” balas Kawai pantas.
“Lama jugaklah. Mula dari zaman kau selekeh
sehinggalah kau dah pandai bergaya macam ni,” balasnya selamba dan Kawai gelak.
So, deal?” soal Kawai semula.
Yeah.”
Great! Thanks, Dian.”
Make sure aku boleh jumpa dan tangkap gambar dengan Nico Hulkenberg.”
Kawai ketawa semula.
“Aku rasa kalau kau tahu siapa yang kau kena assist on that day, kau takkan teringat dekat Nico dah.”
“Aku kena assist siapa?”
“Ariq.”
“Ohhhh...”
“Kau kenal Ariq ke? Professional racing driver baru dari Mercedes-AMG.”
“Entah, tak kenal. Aku mana kenal drivers daripada semua team.” Dia tarik sengih. Yang pasti, dia hanya kenal yang handsome sahaja!
“Yalah, kau cuma kenal Nico Hulkenberg.” Kawai sudah menjulingkan biji mata ke atas dan Dian terus tergelak kecil.
“Esok datang untuk briefing. Cancel appointment kau untuk food tasting dekat mana-mana restoran atau kafe.”
“Amboi-amboi... selamba minta aku cancel appointment!”
“Cik kak, event Grand Prix ni salah satu important event negara kita tau. Tahun ni pulak tahun akhir untuk Malaysia. Semangatlah sikit.”
Okey, seorang Khawarizmi mahu memulakan ceramahnya berkenaan dengan semangat patriotisme. Dian 7
koyak sengih memandang Kawai yang kelihatan sangat bersemangat.
“Ariq right?” soal Dian, bercadang mahu menghentikan bebelan Kawai yang seperti tidak menemu titik noktahnya itu.
“Hah?”
“F1 driver yang aku kena assist tu?”
Yup. Nanti kau akan jumpa dia during the race.”
Ariq? Tiba-tiba jantungnya mengepam darah dengan laju sehinggakan dia sendiri dapat merasakan betapa kuat degup jantungnya sendiri.
Chill, Dian Eryna... di Malaysia ini bukan hanya ada seorang sahaja lelaki yang bernama Ariq. Mungkin ada beratus-ratus lelaki yang bernama Ariq dan tentulah Ariq a.k.a pemandu F1 ini bukanlah Ariq yang dia kenal. Lojik, kan? Lagipun Ariq versi yang dia kenal hanyalah anak orang kaya yang kerjanya menghabiskan beras di rumah!
“KAWAI.” DIAN mula membetulkan letak T-shirt berwarna kelabu yang tersarung di badan. Cuaca panas terik membuatkan kulit wajahnya terasa terbakar. Panas gila!
Dia memandang ke sisi dan kelihatan beberapa orang gadis litar F1 memakai T-shirt yang dipadankan dengan skirt pendek. Seksa!
“Kawai,” dipanggilnya lagi.
Terus Kawai yang sibuk sejak tadi berpaling.
“Kau dah kenapa, Dian? Gaya macam orang nak terkucil. Yang kau nak nervous ni kenapa? Bukannya kau 8
yang kena berlumba sekejap lagi.”
“Aku rasa awkward. Ramainya orang.” Anak matanya menerawang ke sekitar Sepang International Circuit yang mula dibanjiri oleh orang ramai.
Terus Kawai ketawa.
“Aku tengok kau lawa je hari ni. Kalau hari-hari pun kau lawa macam ni, mesti ada mamat ataupun sekurang-kurangnya abang dud terpikat dekat kau.”
“Abang dud?”
“Abang dudalah.” Kawai terus ketawa kuat.
Dian mencebik. Sewel punya kawan!
Tiba-tiba telefon bimbit Kawai berdering dan raut wajahnya terus bertukar serius. Sesekali anak matanya melirik ke arah Dian yang kelihatan tidak senang duduk. Nervous sangat mengalahkan orang yang nak berlumba kereta!
“Okey, Dian. Standby. Ariq dah sampai,” ujar Kawai sebaik sahaja panggilan telefon itu berakhir.
Dian senyum sambil cuba menenangkan diri. Yalah, macam mana nak tenang kalau dia ini gadis litar F1 versi bidang terjun? Errrr... dan versi Muslimah juga. Memanglah kerja gila! Mampus dia kalau abah tahu!
“Kawai!” Suara lelaki yang tiba-tiba menegur itu membuatkan Dian dan Kawai sama-sama berpaling. Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai yang lengkap dengan persalinan racing berwarna putih dengan logo Mercedes-AMG di dada kanan dan ditambah dengan logo-logo yang lain termasuklah Petronas.
Tidak semena-mena Dian terus ternganga berserta dengan pakej mata membulat. Biar betul! Tidak berkelip-kelip dia memandang lelaki tinggi lampai yang sedang mengatur langkah penuh gaya ke arahnya dan Kawai.9
 Bro! Looking good!” Terus kedua-dua lelaki itu berjabat tangan dengan erat.
Oh by the way, inilah Ariq Huzair. Ariq, this is...
“Bibs.” Pantas Dian memotong percakapan Kawai.
Berkerut-kerut dahi Kawai memandang Dian tetapi Dian hanya menayang riak wajah yang sangat selamba. Bibs mana pulak ni?
“Bibs? Uniknya nama!” Ariq Huzair menarik senyum.
Yeah, Bibah in full. Panggil Bibs je,” balas Dian bersahaja membuatkan kening Kawai semakin bertaut memandangnya.
Your voice sounds familiar.”
Komen Ariq membuatkan jantung Dian kembali berdegup kencang.
Is that so?” Dia sengih, cuba berlagak tenang sambil tergelak-gelak sopan.
Yeah, macam I pernah dengar sebelum ni.” Sepasang anak mata Ariq memandang lama wajah Dian. Dia cuba mengingat jika dia pernah berjumpa dengan gadis bertudung di hadapannya ini.
“Kalau dekat dunia ni 7 orang boleh mempunyai iras wajah yang sama; mestilah suara pun boleh ada yang sama, kan?”
“Betul.” Ariq tarik senyum.
Bro, kau punya mekanik panggil tu,” balas Kawai sambil mulut dimuncungkan ke arah belakang Ariq.
Alright. See you guys later.” Terus Ariq berlari ke dalam.
“Dian.”
Dian pura-pura tidak nampak wajah berkerut seribu
milik Kawai.
“Sejak bila nama kau jadi Bibs? Or in full Bibah?”
“Sejak aku tahu yang Ariq tu ialah Ariq Huzair.”
“Hah?”
Dian tidak menjawab tetapi anak matanya mengikut langkah kaki Ariq sehinggalah lelaki itu hilang dari pandangan matanya.
Ariq Huzair, calon kahwin paksa dia yang tak jadi!

No comments:

Post a Comment