DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 11 April 2018

TUKANG MASAK CIK MAFIA - BAB 1



Adik abang dah pergi cari buluh sendiri.
BUNTANG mata Syed Haidar membaca pesanan WhatsApp yang dikirimkan adik iparnya. Biar betul adiknya senekad ini. Takkan nak masuk hutan dengan perut memboyot? Gara-gara mahu makan lemang yang dibakar sendiri, Suhaila hilang waras. Tidak fikir keselamatan diri dan kandungannya.
Syed Haidar cuba menumpukan perhatian pada pemanduan. Namun hatinya resah memikirkan Suhaila. Telefon di tangan dijeling sekilas. Ikon kunci ditekan. Cuba membalas mesej Khalis sambil memandu. Sekejap mata ke arah handphone dan sekejap menjeling ke depan. Tiba-tiba dia terperasan tubuh seseorang di hadapan keretanya.
Streettt!!!
Mendecit bunyi brek. Syed Haidar hampir tersembam ke arah stereng. Handphone di tangan tercampak entah ke mana. Dia perasan tadi ada orang di hadapan keretanya namun sekarang sudah tiada. Digenggam stereng erat. Dia langgar orang tadi ke? Peluh merecik di dahi.
Untuk beberapa ketika dia menunggu di dalam kereta. Kalau betul dia sudah langgar seseorang, baik dia duduk diam-diam dalam kereta. Tak fasal-fasal nanti dia kena belasah dengan orang ramai. Dia memandang kiri kanan. Kenapa tak ada sesiapa pun menyerangnya? Orang berjalan selamba sahaja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Hairan.
Kepalanya dipusingkan ke kiri dan ke kanan. Betulkah dia langgar manusia? Entah-entah dia langgar hantu! Tapi kalau hantu biasanya boleh tembus. Mesti dah tembus kena langgar. Lagipun mana boleh nampak hantu siang hari macam ni. Kepala yang tidak gatal digaru.
Tok! Tok! Tok!
“Oh mak aku cantik!” Diurut dada. Bunyi ketukan pintu cermin kereta buat dia hampir melompat.
Tok! Tok! Tok!
Pintu cermin diketuk berkali-kali. Syed Haidar menoleh ke kanan. Seorang lelaki sedang mengetuk cermin keretanya sekuat hati. Dia buat tak tahu. Kalau dia keluar habislah dia. Lebih baik dia duduk diam-diam dan tunggu polis datang.
Tok! Tok! Tok!
Kali ini ketukan lebih kuat. Lelaki yang berada di luar keretanya sudah menunjuk penumbuk ke arahnya. Penumbuk comel lote pun nak tunjuk ke. Bukan dia takut pun. Tapi kalau dia tak takut kenapa tak nak keluar lagi dari kereta. Pasti lelaki ini anggap dia pengecut. Tali pinggang keledar dibuka kemudian pintu kereta ditolak perlahan.
 “Kau bawak kereta pakai mata atau pakai lutut!” Tanpa sebarang salam lelaki itu terus menarik kolar baju kemeja Syed Haidar.
Syed Haidar terdengar suara halus daripada mulut lelaki itu. Kedudukan mereka agak dekat membolehkan dia menilik wajah lelaki itu. Nampak ayu dan cantik. Diamati lelaki di depannya kini. Kenapa dia nampak wajah itu seakan wajah perempuan? Spesies dua alam ke?
“Hoi! Aku tanya ni, jawablah!!!”
“Pa... pa... pakai mata,” jawab Syed Haidar gagap. Terkejut dengan tengkingan yang ala-ala gengster. Suara halus macam perempuan. Memang sah perempuan! Perempuan acah-acah lelaki. Tak padan dengan fizikalnya yang kecil molek. Memang sesuai kalau dia panggil Cik Mafia.
“Mata tu letak kat lutut ke sampai tak nampak orang melintas? Aku ni manusia tau bukan ayam sampai kau tak nampak!” Mata dibuntangkan tanda sedang marah.
Syed Haidar tak perasan marah Cik Mafia. Matanya sibuk menjelajah segenap inci wajah gadis itu. Tipikal gadis Melayu, tak terlalu gelap dan tak terlalu cerah. Kening cantik terbentuk... pipinya mulus tanpa sebarang cela. Gigi putih bersih tersusun cantik. Matanya pula berwarna hitam pekat. Rambut pendek macam lelaki. Pakai cap warna merah. Eh, sampai ke cap pun ditilik.
“Kenapa kau tengok aku macam tu?” tempik gadis itu.
Syed Haidar menggosok telinganya. Sebelah tangan menahan pergelangan tangan gadis tu dari terus menarik kolar bajunya.
“Lutut aku dah luka, tahu tak. Seluar kesayangan aku pun dah koyak. Ni semua kau punya fasal!”
Syed Haidar kembali ke dunia nyata.
 ‘Aduhai... kenapalah gadis secantik ni ganas sangat. Tak reti adab sopan dan budi bahasa langsung! Memang sah tak akan masuk senarai calon Puan Haidar. Eh, dah kenapa pula aku boleh terfikirkan calon Puan Haidar saat genting macam ni. Ramai perempuan lain yang lebih bagus daripada gengster kecik ni.’
“Maaf cik...” Syed Haidar hanya mampu meminta maaf.
“Maaf, maaf. Kau ingat dengan maaf kau lutut aku ni boleh sembuh? Luka kat tapak tangan aku ni boleh baik? Boleh jalan dengan maaf kau... telan je! Tak pun campak je kat semak sana!”
Suara ibarat halilintar Cik Mafia membuatkan Syed Haidar kecut. 100 peratus sah memang tidak boleh dibuat bini. Memang tinggal tulang saja nanti. Dahlah lehernya sakit sebab menunduk. Nak tolak Cik Mafia nanti dia pula nampak kejam.
“Apa yang kau tilik tu? Kira berapa banyak jerawat aku eh? Kau dengar tak apa aku cakap ni!”
“Dengar. Habis tu saya nak buat apa? Minta maaf pun tak jalan.” Soalan itu yang muncul dari mulut Syed Haidar. Saat-saat begini otaknya jadi beku. Tidak mampu berfikir apa yang patut dia buat. Semua ini sebab Cik Mafia. Kena sergah saja terus hilang kebijaksanaannya.
“Kau dah langgar aku, tentulah kau kena hantar aku pergi klinik, bijak... Kenapalah bengap sangat!”
“Okey, saya bawak pergi klinik. Tapi tolong lepas dulu.”
Cannot brainlah orang macam kau ni. Harap muka je handsome tapi otak empty!”
Sebaik sahaja kolar baju dilepas, Syed Haidar meraba-raba lehernya. Mujur tak cedera. Setiap inci tubuhnya 4
adalah aset yang mampu mendatangkan duit. Sebarang kecederaan boleh mendatangkan kerugian pada kerjayanya. Sebagai seorang selebriti dia harus jaga penampilan.
“Aduhhh...”
Syed Haidar terkejut apabila tiba-tiba Cik Mafia terduduk di hadapannya. Takkan cedera teruk kut. Tadi nampak okey saja. Dia bertinggung di sebelah gadis yang dilanggarnya tadi. Gadis itu sedang memegang lututnya yang berdarah. Syed Haidar melihat dengan lagi dekat. Nampak kulit merah jambu. Agak teruk juga luka Cik Mafia. Ngeri pula rasanya.
“Apa pandang-pandang? Nak kena tumbuk ke?”
Syed Haidar alih pandangan ke arah lain. Dia patut bagi gelaran Cik Mafia Halilintar ni. Asyik memetir saja. Tidak reti cakap elok-elok!
“Papah aku!”
“Hah?” Syed Haidar angkat kening. Betulkah apa yang dia dengar?
“Papah aku!”
“Kenapa saya mesti papah awak? Tadi elok je jalan dari depan semata-mata nak ketuk cermin. Siap tunjuk penumbuk bagai.” Syed Haidar menolak permintaan Cik Mafia. Kalau dia turut nanti ada pula yang menuduhnya ambil kesempatan. Lagipun haram sentuh anak dara orang. Dahlah Cik Mafia pakai T-shirt lengan pendek dengan jean saja.
“Tadi aku tengah marah... tak ingat sakit. Sekarang aku sakit sangat sampai susah nak jalan. Jangan sampai aku hilang sabar. Tak fasal-fasal kepala kau kat bawah kereta nanti. Dah langgar orang tu cubalah bertanggungjawab sikit. Kau yang salah sebab bawak kereta sambil guna telefon. Kalau aku report polis habis kau nanti. Lagi-lagi yang buat report perempuan lemah macam aku.”5
 “Perempuan ke?” gumam Syed Haidar.
“Apa kau cakap? Kau kutuk aku eh.” Jari telunjuknya hanya berjarak seinci dari hidung seksi Syed Haidar.
Syed Haidar mendengus. Kalau tak dilayan permintaan Cik Mafia memang dia tak boleh nak ke mana-mana. Susah sangat nak papah, dia terus mencempung tubuh kecil molek gadis itu. Alang-alang tak boleh berjalan lebih baik dia papah.
“Eh, kenapa dukung aku ni?”
“Awak tu katik... payah pulak saya nak papah. Tak seimbang tau. Sorang tinggi melangit sorang kecik molek. Diam jelah.”
 


No comments:

Post a Comment