DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 11 April 2018

TUKANG MASAK CIK MAFIA - BAB 5









 
“ADIK... abang nak cakap dengan adik sekejap.” Syed Haidar menggamit Suhaila ke dapur sebaik sahaja selesai solat terawih.
Suhaila muncungkan bibir tapi tetap digagahkan kaki melangkah mengikut abangnya. Memang sah dia akan dimarahi. Mujur suaminya, Khalis sudah memaafkan dia.
“Abang nak marah adik ke?” Suhaila terus ajukan soalan sebaik saja sampai di dapur.
Syed Haidar terdiam. Dia tidak pasti sama ada dia marah atau tidak. Namun apa yang pasti dia risaukan Suhaila. Sebagai abang dia langsung tak kenal adiknya sendiri.
“Mama kata abang kemalangan tadi. Abang okey ke?” Sekali lagi Suhaila ajukan soalan. Syed Haidar tidak mahu menjawab, lebih baik dia melancarkan soalan terlebih dahulu.
Kelihatan senyuman di hujung bibir Syed Haidar. Belum pun sempat dia menjawab, Suhaila sudah pesongkan tujuan pertemuan yang dia rancang. Nampak gayanya adiknya
ini terlebih dahulu dalam mode menyerang.
“Kita duduk dulu...” Syed Haidar menarik kerusi untuk Suhaila.
Suhaila akur dengan arahan abangnya. Dilabuhkan punggung. Matanya mengekori kelibat abangnya. Tiada tanda-tanda Syed Haidar akan duduk. Sebaliknya, mengambil dua biji muk dari atas rak.
“Adik nak minum apa? Abang buatkan.”
“Adik nak Milo panas.”
Syed Haidar mengangguk. Dia segera menyediakan minuman untuknya dan Suhaila. Banglo Tengku Zabidi dan apartmen milik Khalis sudah menjadi rumah kedua baginya. Tak ada masalah untuk dia masuk ke dapur membancuh air sendiri ataupun memasak.
“Nah.” Syed Haidar meletakkan muk yang masih berasap ke atas meja. Ditarik kerusi bersebelahan dengan Suhaila duduk. Dia memusingkan badan untuk menghadap adiknya.
“Sekarang abang kena jawab soalan adik. Abang marah adik ke?” Suhaila membiarkan muk di atas meja. Kedua belah tangan disilangkan ke dada.
Rasanya dia bakal kena marah dengan ramai orang malam ini. Mungkin sekejap lagi Badri akan sembur dia sekali lagi. Tapi mujur juga Badri sedang sibuk membuat persiapan membakar lemang. Dan sudah tentulah suami tersayang dikerah untuk belajar dan menolong Badri.
“Adik nampak muka abang tengah marah atau tengah senyum?” Syed Haidar buat muka kosong. Roman mukanya langsung tidak beriak.
“Muka macam tahan sembelit je adik tengok.”
Syed Haidar tergelak. Ada sahaja keletah nakal Suhaila yang membuatkan dia geli hati. Dia cuba buat muka
selamba tapi dikatanya sembelit pula.
“Muka handsome macam ni cakap tahan sembelit? Sampai hati adik, kan.”
“Alah, abang ni. Kalau nak marah tak payahlah mukadimah segala bagai. Marah jelah. Adik sedia menerima kemarahan abang.” Suhaila seakan mendesak. Dia rasa bersalah kerana membuat semua orang risau. Mujur ibu, mama dan papa tak cakap apa-apa. Semuanya kunci mulut.
Syed Haidar menarik kedua-dua belah tangan adiknya. Sebelah tangannya menggenggam erat tangan Suhaila dan sebelah lagi mengusap kepala adiknya yang berbalut tudung. Sebuah senyuman diukirkan.
“Abang tak berniat nak marah adik. Tapi lepas ni tolong jangan buat macam ni. Abang tak dapat nak bayangkan apa perasaan abang kalau jadi apa-apa kat adik. Abang baru jumpa adik abang yang dah hilang sejak tiga puluh tahun lalu. Abang tak nak kehilangan adik lagi. Abang baru nak bermanja-manja dengan adik... baru nak curah kasih sayang kat adik.”
Suhaila tunduk. Tersentuh hatinya mendengar kata-kata abangnya. Dia menyesal kerana terlalu ikutkan kata hati. Dan lebih menyesal kerana dia asyik terlupa bahawa dia punya seorang suami yang mencintainya dan juga seorang abang yang sentiasa menyayangi dia. Dia sudah punya keluarga sendiri bukan keseorangan seperti setahun yang lalu.
“Abang nak adik fikir keluarga adik dulu sebelum buat apa-apa. Adik bukan berseorangan lagi sekarang ni. Adik ada abang...”
“Adik minta maaf... adik dah buat abang risau.” Suhaila terus rebahkan kepalanya ke dada Syed Haidar. Dia menangis perlahan. Mempunyai sebuah keluarga merupakan impian semua anak yatim sepertinya. Sekarang Allah sudah  
kurniakan dia keluarga dan seharusnya dia hargai semua ini.
Hamboi Bibik Milenium... tersentuh hati ke?” Khalis tiba-tiba muncul.
Suhaila angkat kepala. Baru dia nak bermanja-manja dengan abangnya, suaminya muncul pula. Dia sudah berkira-kira mahu makan Maggi Goreng Istimewa Cef Haidar. Nampaknya terpaksalah dibatalkan. Suaminya melarang dia makan Maggi.
“Senang-lenang nampak. Lemang dah masak ke? Meh sini sayang nak cuba lemang yang dibakar oleh buaya tersohor, Tengku Khalis Aiman.” Suhaila hulur tangan. Tahu dah memang suaminya lari daripada membakar lemang. Nampaknya kesungguhan Khalis hanyalah mainan. Bukan salah lelaki itu kalau dia tak mampu bertahan lama membakar lemang. Anak manjalah katakan.
“Buaya tersohor dah jadi pencinta yang setia tau. Jangan diungkit sejarah lalu.” Khalis tarik kerusi dan duduk. Matanya tiba-tiba terliur melihat Milo panas yang terhidang. Dengan selamba dicapai muk dan meneguk minuman isterinya tanpa meminta izin.
“Orang tak minum lagi...” Suhaila hanya mampu melihat cawannya yang sudah kosong. “Bie jahat! Gigit jari dia.” Pantas Suhaila tarik jari tangan Khalis dan memasukkan ke dalam mulutnya. Digigit jari Khalis sekuat hatinya.
“Aduhhh, bibik... kejamnya!!!” Khalis mengaduh sakit. Nak tolak isterinya tak sampai hati pula. Biasanya Suhaila gigit main-main. Tapi kali ini gigitannya serius.
“Adik... sudahlah. Tak baik gigit suami. Abang buatkan Milo yang baru.”
Mendengar kata-kata abangnya, Suhaila berhenti daripada menggigit jari Khalis. Dan sepantas kilat Khalis menarik jari tangannya. Dibelek jarinya yang sakit. Kelihatan bekas gigi kesayangannya
 Bibik dah jadi drakula. Ganazzz.” Khalis tersengih. Sengaja mengusik isterinya.
Bie... melampaulah. Nasib baik abang nak buatkan Milo yang baru. Kalau tak memang sayang gigit jari bie sampai puas.” Suhaila tarik muka dan berpaling ke arah lain.
“Adik... tak baik masam muka dengan suami. Jangan marah-marah lagi.” Syed Haidar segera bangun. Selagi dia tak buat Milo memang berperang besarlah kedua-dua makhluk ni. Mujur hanya perang acah-acah.
“Abang Syed... adik Khalis nak air Milo jugak.”
“Eiii, tak malunya dia. Syed Haidar abang kitalah. Pergilah buat air sendiri!”
“Adik, sudah. Abang buat dua ni.” Syed Haidar menggeleng kepala melihat gelagat Suhaila dan Khalis. Saling usik-mengusik tak kira masa. Bercinta dengan gaya mereka sendiri. Bergurau pun dengan cara tersendiri. Sesiapa yang melihat pasti akan menyangka mereka bergaduh. Tidak seperti Cik Mafia yang ganas tu. Cik Mafia lagi...
“Cik Mafia disaster.” Tiba-tiba terluah nama itu semasa Syed Haidar mengacau minuman. Entah kenapa nama itu muncul.
“Siapa Cik Mafia?” Suhaila dan Khalis bertanya serentak.  


No comments:

Post a Comment