DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 11 April 2018

MR & MRS LIAR - BAB 3




“MANA you pergi semalaman tak balik, Nia?” tegur satu suara setelah Tania masuk ke dalam rumah.
Tania yang baru sahaja menutup pintu segera menoleh. Macam nak pengsan dia saat itu. Puan Sri Karmila dilihatnya sedang berdiri di atas anak tangga memandang ke arahnya dengan seribu persoalan yang laparkan jawapan.
“Nia keluar dengan Vi,” jawab Tania perlahan.
“Siapa benarkan? You tak ada minta izin untuk keluar. Semenjak bila pandai-pandai buat keputusan sendiri?” Nada Puan Sri Karmila kian garang. Tania tunduk tidak mampu menjawab. Namun kakinya digerakkan ke arah tangga.
“You tidur rumah Vivian ke malam tadi?” tanya Puan Sri Karmila saat Tania melintas di tepinya.
Lambat-lambat Tania mengangguk. “Nia naik dulu, mak long,” ucap Tania perlahan.
Lama wanita tua itu memerhatikan gerak-geri Tania. Semacam sahaja perasaannya. Anak buahnya jarang keluar
sehingga semalaman tidak pulang. Tania seperti sedang menyembunyikan sesuatu.
“Nia...” Puan Sri Karmila mengetuk pintu bilik tidur Tania. Sejurus kemudian pintu itu dibuka dari dalam.
What happened to you?” tanya Puan Sri Karmila serius.
Nothing...”
You’re lying.” Puan Sri Karmila menolak pintu itu agar terbuka lebih luas. Seterusnya dia melangkah masuk sambil memandang sekeliling.
“Pergi mana dengan Vi semalam?” tanya wanita awal 50-an itu lagi.
“Pergi kelab dengan Vi.”
“Kelab? Kelab apa?” Terbuntang sedikit mata Puan Sri Karmila mendengar itu.
Tania diam pula. Serba salah hendak menjawab yang benar. Kalau dia berbohong pun apa gunanya? Emak saudaranya dengan mudah akan tanyakan sendiri kepada Vivian jika dia sudah mula curiga.
“Nia, cakap dengan mak long. Apa yang you sembunyikan sebenarnya? You pergi mana tak balik semalaman?” desak wanita itu bersungguh.
“Nia... err...” Tania menelan liur amat payah.
“Apa dia yang susah benar nak jawab ni?” tempelak Puan Sri Karmila geram.
“Nia cuma ikut Vi pergi Slattern House.”
“Apa tu? Disco?” tempelak Puan Sri Karmila dengan kerutan di kening. Tania segera mengangguk.
“Semenjak bila pulak Nia pandai pergi tempat macam tu? Keluar senyap-senyap tak beritahu!!!” Mendadak
naik nada Puan Sri Karmila. Tania diam lantas menunduk. Dia tahu emak saudaranya ini pun tidak tahu bahawa Kamil pun biasa jadi pengunjung di kelab itu.
“Tempat macam tu hanya untuk perempuan jahat! Perempuan kotor! You tak boleh pergi ke situ lagi! Mak long tak benarkan you keluar lagi. Faham!!!” tegas Puan Sri Karmila meninggi sebelum dia keluar semula dari situ.
“Tapi Putra ada di situ. Sebab tu Nia ke sana,” ujar Tania sebelum wanita itu menjauh. Spontan Puan Sri Karmila menoleh semula dan langkahnya terhenti. Lama dia memandang wajah Tania. Fikiran mula bercampur baur, bersimpang-siur daripada pendirian asal.
So, apa progressnya?” tanya Puan Sri Karmila sedikit lembut.
“Nanti Nia beritahu mak long.”
Puan Sri Karmila mengangguk sebelum kembali mendekati Tania. “You nak jadi macam mak long, you mesti bijak, Tania. Grab the chance. Tapi ingat... jaga diri baik-baik,” ucap wanita itu perlahan.
Tania hanya mengangguk sebelum dia menunduk. Jaga diri baik-baik? Bicara emak saudaranya itu bergema lagi dalam fikirannya. Rasanya... pesanan itu sudah terlambat!
BEBERAPA hari berlalu, sudah berkali-kali Putra menghubunginya sehingga dia jadi amat tertekan. Takut untuk meneruskan hidup. Kali itu Tania memaksa diri untuk menjawab setelah dia diugut oleh Putra. Bimbang lelaki itu datang lagi ke rumahnya.
“You nak apa asyik call I?” bentak Tania dalam nada tertahan.
 “Janganlah marah. I cuma nak tanya keadaan you,” balas Putra perlahan.
“Tak payah sibuk nak ambil tahu! I belum nak bunuh diri lagi! Just leave me alone!” tempelak Tania kasar.
You know I can’t do that,” jawab Putra sedikit mendayu.
Why? Tak puas hati lagi nak kenakan I ke?”
“Nia, you ingat I ni jahat sangat ke?”
“Memang you jahat! I tak pernah jumpa lelaki sekeji you! Please stop calling me. I tak kuasa nak layan you bersembang!” ujar Tania lantas talian dimatikan. Aman hidupnya!
Tetapi itu hanya seketika. Selepas waktu makan tengah hari, tiba-tiba Tania mendapat pesanan WhatsApp daripada Putra yang dia ada di tempat dia menurunkan Tania tempoh hari. Mulalah haru-biru hidup Tania dibuatnya. Sementelah Kamil pula ada di rumah! Kalaulah Kamil tahu apa yang terjadi, alamatnya gegak-gempitalah hidupnya nanti.
Senyap-senyap Tania turun dari kamarnya ketika semua orang sedang leka.
“Nia nak pergi mana?” tegur satu suara sebelum Tania sempat melepasi pintu utama.
Berderau darah Tania mendengar suara itu. Lambat-lambat dia menoleh kepada Tan Sri Falaq. Lelaki tua itu sedang berdiri di atas anak tangga memandang kepadanya.
“Nia nak ambil angin di luar, pak long.”
“Kan panas kat luar tu?” Tan Sri Falaq mengerling jam di dinding. Awal benar Tania mahu mengambil angin. Baru jam dua petang.
“Kat depan ni aje,” ucap Tania lembut.
Tan sri Falaq segera mengangguk. Kemudian dia meneruskan langkah untuk turun. Tania lekas-lekas menyelinap keluar. Bimbang emak saudaranya atau Kamil pula yang ternampak.
Sebaik sahaja keluar dari pintu pagar, Tania sudah terpandangkan kereta milik Putra bergerak perlahan ke arahnya.
Get in,” suruh Putra sebaik sahaja memberhentikan keretanya di hadapan Tania. Dia terus melarikan keretanya pergi dari situ setelah gadis itu duduk di sebelahnya.
How are you, sayang?” tanya Putra cukup lunak.
“You nak bawak I pergi mana?” Tania tidak mempedulikan pertanyaan lelaki itu. Tidak berkesan langsung untuk menghakis kebenciannya.
“Temankan I lunch. You dah makan? Kalau belum, kita lunch sama ya?” ucap Putra dengan sedikit senyuman.
Tania mengerling jam di papan pemuka kereta itu. Sudah jam 2 petang. Lelaki ini belum makan? Biarpun Tania tidak memberikan persetujuan Putra tetap terus memandu sehingga kereta itu akhirnya berhenti di sebuah restoran di tepi jalan.
“Sini bolehlah ya? I dah lapar ni,” ujar Putra. Tania terus mengangguk. Restoran ini tidaklah jauh benar dari rumahnya. Dia rasa lebih selamat.
Order?” pelawa Putra setelah dia selesai membuat pesanan untuk dirinya.
Tania pantas menggeleng. “I’m not hungry.”
Orange juice,” ucap Putra kepada si pelayan. Pelayan itu mengangguk lantas mengambil menu untuk segera pergi.
“You dah makan tadi?” suara Putra kedengaran sekadar berbasa-basi.
Tania terus pegun tidak memberi reaksi. Putra memandang lama raut gadis itu. Ketara benar ketidakrelaannya. Fikirannya mula berpusar mencari jalan penyelesaian antara mereka berdua. Sudah tentu dia tidak rela terus dibenci oleh Tania.
“Nia, I tahu lepas apa yang berlaku, keadaan kita tak berapa baik.”
Tania terus-terusan juga berdiam. Kata orang silent treatment itu mampu memberi kesan kepada seseorang. Begitulah juga yang berlaku kepada Putra. Resah diperlakukan seperti ini.
“Nia, talk to me, baby. Jangan buat I macam ni.”
“I tak suka you ugut-ugut I, paksa I ikut kehendak you.”
“Kalau ada tolak-ansur antara kita, I tak perlu buat macam ni, sayang. I pun tak suka berkasar dengan you.” Lunak bicara yang diluahkan Putra sebagai balasan.
“You nak apa sebenarnya daripada I? You nak I jadi teman wanita sementara you, supaya senang you bawak I ke rumah you macam hari tu?” tukas Tania lantas mengalihkan tatapan matanya ke arah Putra.
Putra pula yang berdiam. Pelipisnya digaru berkali-kali. Tania menjeling tajam lelaki itu sebelum dia bersandar di kerusinya. Lebih senang memandang ke arah lain daripada terus menahan perasaan atas sikap pura-pura baik lelaki itu.
“I minta maaf pasal apa yang berlaku dulu, Nia. I don’t want to hurt you,” ucap Putra seketika kemudian.
“Nasi dah jadi bubur,” desis Tania agak perlahan. Maaf yang sudah tiada ertinya. Harga dirinya sudah tergadai. Masin kata-kata si Jazli tempoh hari. Tempat itu bukan tempat orang baik-baik. Manusia hidup bebas di dalam situ. Seks bebas, dadah berleluasa. Dia yang naif akan lekas binasa.
Sekali lagi dia mengutuk dirinya kerana membiarkan dirinya berada di dalam neraka itu.
“Sayang, I akan tebus kesilapan I. I promise,” ucap Putra lembut.
“Tebus macam mana? Turn back time? You ada time machine ke?” bidas Tania.
“I tak sampai hati biarkan you macam tu aje lepas apa yang berlaku. Apa lagi yang you nak I buat? I tengah cuba bina keserasian antara kita berdua, Nia.”
“Oh, baiknya you ni...” desis Tania separuh mengejek berserta dengan tawa kecil. Mengapa tidak lelaki ini buat seperti ini sebelum memilih untuk menidurinya dalam keadaan dia tidak sedar?
So, you nak I biarkan you macam tu saja ke? Perempuan lain takut ditinggalkan macam hampas yang tak ada guna. Tapi you... bila I nak sentiasa dekat dengan you, I nak ambil berat tentang you, you balas dengan ejekan. You tak suka, tak apa Nia. I boleh pergi jauh daripada you,” balas Putra mula panas hati akibat diejek-ejek gadis itu.
Tania pula yang terdiam dibalas bicara itu. Entah kenapa dia merasa dirinya kosong. Hanya kerana dia sudah tidak gadis lagi, patutkah dia membiarkan dirinya bergantung harap kepada lelaki persis ini? Lelaki seperti Putra adakah akan mengerti apa yang menghantuinya saban hari?
“Nia, I’m sorry. I tak berniat nak pandang rendah pada you atau mana-mana perempuan lain. Malam tu sesuatu yang bermakna untuk I, Nia.”
I don’t know how long I lay down on my bed. Keep telling myself try to forget whatever happened to me that night. It was just a bad dream. Try to ignore all the things that didn’t feel right. I want to cry but it’s too late. There’s nothing left to cry about,” luah Tania perlahan.
 “I faham, sayang. You anggap malam tu salah I, biar I perbetulkan kesilapan I,” balas Putra sedikit lembut.
No. You don’t understand. Macam mana lelaki seperti you mengerti apa yang I alami kalau semudah itu you membuat keadaan jadi begini? You nak perbetulkan macam mana?” bidas Tania semula.
Putra terdiam sambil menghela nafas panjang.
For the whole day, I just keep thinking about that night. I must have serious issues if I’m dreaming stuff like that. It’s horrible.” Kala itu suara Tania mula mengendur. Berkalang sendu dan hiba. Kala itu dia ingin menangis sahaja agar segala beban yang ditanggungnya segera ringan.
Let me take care of you. I cuma nak selalu dekat dengan you. I dah beritahu banyak kali, I sukakan you. I cuma nak you beri peluang pada I untuk dampingi you. I tak sejahat yang you sangkakan. I bukan kaki perempuan,” ujar Putra lembut.
Tania diam sambil matanya terus memandang ke arah lain. Lebih mendamaikan memandang ruangan restoran yang lengang, memandang pekerja-pekerja restoran yang sedang melakukan kerja di sekeliling mereka daripada menatap wajah Putra. Dia tahu lelaki ini tidak mungkin akan memahami keadaan dirinya.
I’m not the one I used to be. And this is my fault,” bisik Tania sendiri. Betapa dia kesal kerana semua ini bermula daripada dirinya sendiri. Bukankah dia yang memang memasang umpan agar lelaki itu datang kepadanya? Bukannya dia tidak tahu Putra lelaki jenis apa. Salah siapa? Tania memejam mata rapat-rapat. Tidak senang lelaki di hadapannya sedang memerhatikan dirinya.
“Nia, you terlalu membiarkan fikiran you pergi jauh kepada yang tak sepatutnya,” tegur Putra.
I can’t help it.” Tania membalas bicara itu tanpa
perasaan.
There’s a lot of thing I want to do for you. Just give me a chance.
“Ya ke? Tengoklah nanti macam mana,” ejek Tania tanpa memandang lelaki itu. Sempat memandang ke tepinya. Pelayan datang meletakkan minuman.
Good girl. Biar I beri nasihat sikit. Kalau you nak belajar jadi gadis kelab, jangan pergi dengan orang lain. Pergi dengan I,” Putra tersenyum senang.
Tania tergelak entah kenapa mendengar bicara lelaki itu.
“Kenapa you ketawa? Lucu?” Kening Putra berkerut pula.
“You suruh I pergi kelab dengan you. Esoknya I akan bangun dari katil you lagi?”
Berubah sedikit riak di wajah Putra. Terasa dibedil oleh bicara yang menyakitkan.
“Itu lebih baik daripada you bangun dari katil lelaki lain pulak lepas ni, kan? Atau you tak kisah?” perli Putra membuatkan kemarahan Tania mendadak naik. Oren jus yang diletakkan pelayan di hadapannya dicapai lalu disimbahnya ke arah Putra.
Putra tersentak besar tanpa dapat melakukan apa-apa.
Loser! Sekarang baru I sudi maafkan you!” ucap Tania lantas dia bangun dan berlalu dari situ. Terkebil-kebil Putra memandang dalam keadaan dirinya basah kuyup. Pelayan mula kelam-kabut mahu membantu pelanggannya yang sudah lencun dengan air jus oren.
Stubborn girl!” bisik Putra sendiri.

No comments:

Post a Comment