“KAWAI!”
Suara Ariq yang berbunyi lantang itu
membuatkan langkah kaki Kawai yang mahu diatur ke kawasan khemah penganjur
terhenti. Terus dia terasa tidak sedap hati apabila Ariq sedang mengatur
langkah ke arahnya.
“Dah habis press conference ke?” soal
Kawai sambil tersenyum, cuba membuang rasa tidak sedap hati sendiri.
Ariq angguk. Bukan senang dia nak lepaskan
diri daripada soalan-soalan tanpa henti para wartawan. Keputusannya untuk
bersara secara tiba-tiba membuatkan keadaan agak gamat sebentar tadi.
Telinganya hanya mendengar perkataan ‘kenapa’ yang terlalu banyak digunakan
oleh para wartawan. Pening!
“Amacam?” soal Kawai.
“Yang penting last race aku ni puaskan
hati main sponsors. Diaorang dah sponsor aku banyak, jadi
aku kenalah tunjuk super good performance. Kiranya aku bersara dengan
bermaruah jugaklah,” jawab Ariq sambil
sebelah tangan memicit perlahan kawasan bahu yang terasa sengal.
“Sayanglah kau dah retire for good.”
Ariq senyum. Telinganya sudah lali dengan
perkataan itu.
“Eh, by the way...”
Kawai mengangkat wajah. Tiba-tiba dia rasa
tidak sedap hati itu muncul semula disebabkan cara Ariq memandangnya sekarang.
Jangan-jangan Ariq nak tanya tentang Dian.
“Aku nak tanya pasal budak perempuan yang
pakai tudung tu.”
Kan dah kata! Kawai menelan liur. Mampus!
“Siapa?”
Ariq tergelak-gelak.
“Dia seorang je gadis litar hari ni
yang bertudung, bro.”
Kawai tayang sengih dan tayang gigi sambil
dalam kepala sedang merangka ayat-ayat untuk menyelamatkan identiti Dian
daripada calon kahwin paksa tak jadi gadis itu a.k.a. Ariq Huzair Cheah.
“Ohhh... Bibs ke? Kenapa dengan dia?”
“Kau kenal dengan Bibs tu ke? Memang nama
sebenar dia Bibah?”
Sekali lagi Kawai telan liur. Sudahlah dia
tidak berapa handal untuk menjadi tukang cover.
“Aku tak kenal sangat dengan Bibs tu, Ariq.
Yang aku tahu dia memang kenalkan diri dia sebagai Bibah or Bibs for short.”
Ariq mengerutkan dahi memandang Kawai sambil 18
anak matanya merenung tajam wajah lelaki di
hadapannya ini yang nampak gelisah.
“Tapi aku dengar kau jugak yang scout
dia as part-timer untuk assist aku hari ni, kan?”
Untuk sekian kalinya Kawai menelan liur lagi.
“Haah.”
“Tapi kau kata kau tak kenal dia. Then mana
kau jumpa dia?”
Ariq berpeluk tubuh sambil menjongketkan
kening memandang riak wajah Kawai yang semakin berubah.
Terkebil-kebil Kawai mendengar soalan-soalan
Ariq yang semakin menjeratnya. Kenapalah calon kahwin paksa tak jadi si Dian ni
banyak sangat menyoal?
“Instagram... sebab Bibs tu Instafamous. Bro,
aku nak terciritlah. Chow dulu. By the way, congrats!”
Cepat-cepat Kawai angkat kaki sambil tangan kiri menekan-nekan perutnya. Yang
penting, dia selamat daripada asakan soalan-soalan Ariq. Dan yang lagi penting,
telinganya selamat daripada menerima bebelan panjang berjela seorang Dian Eryna
jika Ariq mengetahui identiti sebenar Bibs.
“BABE, SERIUS ke ni?”
Dian terus membulatkan biji mata mendengarkan
nada suara Nana yang tiba-tiba kuat. Dia dan Nana sudah lama berjiran sejak
keluarga masing-masing berpindah ke kawasan perumahan ini. Rumah mereka hanya
dipisahkan oleh pagar batu yang sederhana tinggi. Selalunya dia dan Nana akan
menggunakan tangga untuk bersembang di tepi pagar rumah masing-masing.
“Suara
kau tu control sikit. Dengar dek abah aku, mampus aku! Dahlah dia tak
tahu aku pandai-pandai jadi gadis litar. Ni dia tak tahu aku jumpa Ariq tapi
Ariq tak kenal aku,” bisik Dian perlahan sambil sesekali dia menoleh ke
belakang.
Yalah, abah dia tu macam spy. Pesara
polislah katakan.
“Kau pasti ke mamat racer yang kau assist
tu Ariq Huzair Dato’ Azhar Cheah? Calon kahwin paksa tak jadi kau tu? Mamat
yang kau kata kerjanya menghabiskan beras kat rumah?”
Sekali lagi anak mata Dian membulat.
“Nana! Kau tertelan mikrofon ke apa?”
Nana terus ketawa mengekek. Bergoyang-goyang
tangga yang menjadi tempatnya berdiri.
“Aku terkejut ni, noks!”
Dian hanya menggelengkan kepala melihat
telatah Nana. Banyaklah dia punya noks! Ngok ngek adalah!
“Dia tak kenal kau, tapi boleh pulak kau
kenal dia? Bukan korang tak pernah jumpa ke?” Kali ini dahi Nana sudah
berkerut seribu.
“Kau lupa ke mak cik? Kan aku selalu stalk
mamat tu dulu.”
Nana sambung ketawa sambil menganggukkan
kepalanya berulang kali. Dian dan idea-idea gilanya takkan pernah habis.
Kelakar pula jika diingatkan semula.
“Yalah, kau excited bila abah kau suruh
kau kahwin paksa dengan dia. Kau siap baca novel kahwin paksa, tengok drama
kahwin paksa lagi. Serius, kelakar gila! Konon-konon fefeeling heroin,”
balas Nana selamba. Kan dia dah kata, Dian dan idea-idea gilanya boleh buat
Harley Quinn yang gila tu pun kalah!
Dian mengetap bibir memandang Nana yang sudah
merah padam wajahnya kerana terlalu banyak ketawa sejak tadi. Cubalah kalau
cakap itu berkias sikit. Sudahlah mengata dia depan-depan.
“Mulut kau ni memang tak ada insurans, kan?
Aku tolak tangga kau nanti, memang kau akan jatuh ditimpa tangga sungguh!”
balas Dian geram.
“Kau pernah dengar tak ada satu quote ni;
quote tu cakap, your best friend is your best mirror. Jadi, aku
tengah jadi cermin kaulah sekarang ni. Aku cuba pantulkan perangai gila kau tu.
Orang tak nak kena paksa kahwin, tapi kau pulak nak. Tak ke gila namanya
tu?”
“Eh, okey apa! Ada orang sakit kepala nak cari
calon suami. Aku tak payah susah-susah, sebab abah dah tolong carikan. Pilihan
orang tua ni berkat sehingga ke jannah, tahu tak!”
“Sebab tu aku kata kau ni sewel binti gila!”
Dian mencebik.
“Anyway, berbalik pada cerita pasal
Ariq tadi... sejak bila pulak dia jadi professional racer? Bukan kau
kata dia tu anak orang kaya yang tahu menghabiskan beras dekat rumah je ke?”
soal Nana.
“Manalah aku tahu. Itu hasil stalk aku
tahun lepas. Manalah tahu Allah bagi hidayah dekat dia; dia berazam nak beli
beras sendiri dan tak habiskan beras mak ayah dia dekat rumah?” balas Dian
selamba dan Nana ketawa lagi.
“Kau ni memang otak sengetlah, Dian.”
Automatik tangan Nana naik mahu menolak bahu Dian namun tak kesampaian kerana
Dian dah menjerit dulu.
Yalah, kalau bukan Nana yang jatuh ditimpa
tangga, tak pasal-pasal Dian pula yang jatuh ditimpa tangga.
“Kau pasti dia memang tak kenal kau langsung?”
soal Nana lagi.
Dian menganggukkan kepala. Harap-haraplah Ariq
memang tak kenal dia langsung. Dia sudah berlakon sehabis baik tadi.
“Tapi dia tahu nama kau, kan?”
“Aku tipu nama aku.”
“Hah?”
“Aku beritahu nama aku Bibs, in full Bibah.”
Nana ketawa lagi sambil jari telunjuknya
membuat isyarat berpusing di tepi kepala. Nak cakap Dian gila.
“Dia percaya?”
“Percaya.” Dian sengih. Percayalah kut!
“So, macam mana?”
“Macam mana apa?”
Nana terus menepuk dahi sendiri. Kadang-kadang
si Dian ni boleh tahan juga lurus bendulnya.
“Ariq Huzair itulah. Kau tengok dia tu macam
mana?”
Jeda seketika dan Dian cuba mengingati seraut
wajah lelaki berdarah kacukan Melayu-Cina itu. Sungguh dia tidak sangka yang
dia bertemu dengan Ariq Huzair pada hari ini. Rasa-rasanya macam lagi handsome
daripada gambar-gambar yang dia pernah stalk dulu.
“Aku rasa dia tu macam pelik sikit,” jawab
Dian. Wajah si kawan baik dipandang lama.
“Biasalah... kalau dekat litar, ramai
gadis-gadis litar yang pakai seksa-seksa. Biji mata lelaki lain asyik melekat
dekat diaorang aje. Tapi...”
“Tapi?”
“Ariq
tu tak pandang sangat pun geng tu. Kau tahu dia pandang siapa?”
“Kau?”
Dian terus tergelak. Memang beruntung
sangatlah kalau Ariq pandang dia, tapi memang elek!
“Mekanik dia.”
“Mekanik dia perempuan?”
Dian senyum memandang Nana.
“Lelaki.”
Terus bulat mata Nana memandangnya.
“Babe, aku dah tahu kenapa Ariq tak nak
kahwin paksa dengan kau.” Sekali lagi Nana mahu menolak tangga Dian namun Dian
terlebih dulu sudah menjerit dengan kuat.
“Ariq tu gay kut?” bisik Nana dengan suara
yang perlahan.
Dian
terasa tangga yang sedang dipanjat bergoyang-goyang. Terasa seperti mahu
terjatuh ke bawah. Tsunami datang secara tiba-tiba ke?
No comments:
Post a Comment