DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 11 April 2018

MR & MRS LIAR - BAB 10



“NIA...”
Tania mengangkat pandangan. Putra mendekatinya dengan senyuman.
“You buat apa?” tanya lelaki itu dalam nada mesra. Punggung dilabuhkan di sebelah isterinya.
“Tengok gambar lama ni. Wan yang bagi lepas kita nikah hari tu.”
“Ni gambar siapa?” tanya Putra lantas mengambil sekeping gambar lama itu. Gambar itu ditatap lama. Seorang wanita menarik minatnya. Dapat mengagak siapa wanita itu.
“Mama I.”
Putra memandang tampang isterinya seketika. “Dia cantik. Sekarang I dah tahu dari siapa menurun kecantikan yang ada pada you.”
“Kecantikan kadangkala membawa malang pada seseorang,” ucap Tania rendah.
 “Maksudnya?”
“Mak long tak benarkan I cerita pada orang siapa I sebenarnya. Dia malu sebab keturunan I ni tak baik. Ayah kandung I mati di tali gantung kerana membunuh mama. Lepas dia menjalani hukuman mati, tak ada sesiapa yang tuntut mayat dia. Wan pun tak dapat maafkan dia atas apa yang dia buat pada mama dan I. I tak tahu kubur dia di mana. Mak long selalu kata, ayah jadi begitu sebab mama bukan perempuan baik-baik.”
Putra terdiam mendengar itu. Kasihan. Sisi hidup seolah-olah sudah Tania dapat ditekanya. Penderaan fizikal dan emosi secara bersiri. Setelah terlepas daripada ayah yang kejam, emak saudara pula mengambil giliran. Cuma penderaan itu lebih kepada emosi. Penderaan emosi membuatkan seseorang mudah menjadi rendah diri. Mudah dijajah minda dan hatinya. Putra percaya itulah yang berlaku kepada isterinya.
Puan Sri Karmila itu dikenali daripada kisah lalu ayahnya. Wanita itu dahulu memang senang mendapat perhatian kerana kecantikannya. Berpelajaran tinggi. Tetapi cita-citanya terlalu tinggi. Memilih teman hidup dari kalangan anak hartawan sahaja. Siapa yang lebih kaya, lelaki itulah yang dipilihnya. Jadilah dia seperti sekarang. Dan kini, Puan Sri Karmila melatih Tania menjadi sepertinya.
“Mak long nak I jadi perempuan yang sempurna macam dia. Kalau orang tahu I ni anak seorang pembunuh, mungkin tak ada lelaki-lelaki kaya sudi nak jadikan I isteri. You tahu kenapa mak long tak suka Kamil kahwin dengan I?”
“Sebab you all sepupu?”
“Bukan. Sebab I adalah peluang untuk kami kembangkan kekayaan. Dia nak I jadi perempuan yang pandai mengambil peluang. Cinta tak penting. Yang penting masa depan kami lebih baik jika harta kami lebih banyak.”
Putra diam memandang Tania.
“Kadang-kadang I rasa I bukan sebahagian daripada keluarga mak long. I tak mampu jadi macam dia. I hanya seorang anak yang tak guna,” tambah Tania perlahan.
“Jangan cakap macam tu, sayang. Kita tak perlu malu tentang siapa asal usul kita, Nia. Semua manusia tu sama saja. Miskin boleh jadi kaya. Kaya mampu jadi miskin dalam sekelip mata,” ujar Putra lembut.
Tania menyusun semula gambar itu lalu disimpan di dalam sampul surat.
“Gambar ayah you tak ada?”
Tania menggeleng. “Untuk apa I simpan gambar dia kalau kenangan yang ada dalam fikiran ni sedaya upaya I nak lupakan?”
“I faham, sayang.”
“Waktu I berumur 22 tahun I pernah cuba commit suicide. I dah tak tahan dengan segala macam harapan yang diletakkan sedangkan I tak tahu keupayaan I sebesar mana. Tapi sayangnya waktu tu keberanian tak seberapa. There’s a single things to be consider before committing suicide. Separuh dari diri I tahu Tuhan sangat marah perbuatan itu. Another half of me still want to stay alive.”
Don’t do that again. Di sekelililing you masih ada orang yang perlukan you. Terutamanya I,” ujar Putra lantas mengusap bahu isterinya.
I’ll never do that again,” jawab Tania rendah. Kini dia tahu dia masih mampu meneruskan hidup. Dia yakin dia mampu meneruskan hidup!
“Mak long tahu pasal tu?”
“Tahu. Dia marah I. Perbuatan tu dia anggap memalukan. Lebih memalukan bila doktor mencadangkan I bertemu doktor sakit jiwa. Dia tak benarkan. Bimbang orang
lain tahu sisi buruk keluarga kami,” jelas Tania.
“Hakikatnya setiap orang ada sisi buruknya. Tiada siapa yang terlepas dari itu semua. Tapi kita sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri.”
“Lepas I ke Aussie dulu, kehidupan I berubah banyak. Vivian... she’s a true friend to me. Dia tahu I tak sihat. Dia ajak I buat banyak aktiviti luar di samping pergi berjumpa doktor. Kami buat apa saja yang kami suka asalkan kami happy. Very supportive,” jelas Tania lantas tersenyum sendiri mengenangkan Vivian.
Putra diam mendengar itu. Padanlah Vivian tahu banyak tentang kisah hidup Tania.
“Nia, can I kiss you?”
Tersentak. Tania yang sedang memandang bawah segera mencari anak mata suaminya itu. Bukan main redup lagi mata Putra menatap seluruh pelusuk wajah perempuan itu.
“Dah beberapa hari I tunggu, sayang. Just a kiss. I promise.
Tania terkebil-kebil memandang lelaki itu. Cium di mana tu? Di pipi? Itu tiada masalah. Tetapi kalau di bibir, dia tidak pandai. Dan... malu!
“I tak nak paksa. You tengah preggy. I tak mahu you stress kerana terpaksa ikut kehendak I,” ujar Putra lembut.
Tania tunduk semula. Liurnya ditelan payah. Mahu memberitahu hal yang sebenar, dia takut. Takut Putra membencinya kerana menipu.
“Boleh,” jawab Tania perlahan.
“Boleh?”
Tania mengangguk pula. Namun dia hanya pegun saat lelaki itu mendekatkan wajah kepadanya. Haru-biru  
perasaannya tatkala bibirnya disentuh seorang lelaki buat pertama kalinya. Beberapa detik berlalu, Putra masih asyik sedangkan fikiran Tania melayang entah ke mana.
Janji tinggal janji! Kononnya sekadar ciuman. Tetapi setelah gadis itu hanya diam menyerah, lelaki itu mengambil peluang untuk pergi lebih jauh lagi. Desakan kehendak lelaki untuk memiliki membutakan pertimbangan Putra. Dari atas lantai dia mencempung Tania lalu di bawah ke ranjang. Tania hanya kaku, menyerah dalam keadaan terpaksa. Ketika seluruh tubuhnya dijamah suami, perasaannya mula tertekan tanpa sebab. Sungguh dia tidak rela dengan ini semua.
“Jangan! Sakit! Sakit! Tak nak!” Berhempas pulas Tania menolak lelaki itu. Macamlah yang memeluknya adalah orang asing yang dia tidak kenal. Mahu tidak mahu Putra melepaskan juga isterinya.
Tania bingkas turun dari katil tanpa mempedulikan lelaki itu memandang penuh kehampaan. Setelah meraih pakaiannya, Tania berlari anak ke kamar mandi.
Dan Putra tersenyum sendiri penuh makna. Ingin melihat sejauh mana lagi lakonan Tania.
LELAKI ITU hanya diam tatkala mereka menikmati makan tengah hari bersama. Hanya bunyi dentingan pinggan berlaga kedengaran antara mereka. Tania resah dalam diam. Bimbang Putra marah dia menolak kehendak lelaki itu. Sungguh dia tidak berniat untuk mengecilkan hati suaminya.
“I minta maaf pasal tadi,” ucap Tania perlahan. Putra mengangkat pandangan kepada isterinya itu.
“Tak ada apa yang perlu dimaafkan, Nia.” Putra sekadar menjawab biasa
 “I tak bersedia untuk pergi ke arah itu.”
“Trauma dengan apa yang I buat dulu?”
Lambat-lambat Tania mengangguk. Putra mencapai gelas air. Pandangannya masih tidak mampu berkalih daripada isterinya itu. Semenjak tadi Tania tidak mahu memandangnya.
“Nia, kita tak perlu jadi orang lain. Tak perlu ikut acuan orang lain. Kita hanya perlu jadi diri kita sendiri,” ujar Putra lembut.
“I tahu,” jawab Tania rendah.
“I masih ingat malam kita keluar dinner tu. Rupa-rupanya wallet I ada dalam kereta,” ujar Putra.
“Ya?”
Hmm... I pun tak pasti macam mana boleh ada dalam kereta. Mungkin faktor usia. I lupa I tertinggalkan wallet dalam kereta waktu tu,” ucap Putra.
“Tak apalah. Yang penting tak hilang,” balas Tania biasa. Mulalah serba salah hendak memberitahu hal yang sebenarnya. Dia yang mengenakan Putra ketika itu kerana lelaki itu sibuk memeluknya ketika di dalam lif.
Putra mengerling gelagat isterinya itu. Kemudian pinggan di tolak ke tengah meja. “I dah kenyang.” Spontan lelaki itu bangun membawa gelas airnya dari situ.
Tania menghela nafas perlahan. Cuba meredakan perasaannya yang tidak terteram. Ketiadaan Putra di meja itu, memberi dia peluang mengemas meja dengan pantas. Sedang dia membasuh pinggan di singki lelaki itu muncul di dapur.
Putra meletakkan gelas yang sudah kosong ke dalam singki.
“Tolong basuh,” pintanya lembut. Tania sekadar
mengambil gelas itu tanpa menjawab apa-apa.
Thank you,” bisik Putra sebelum bibirnya melekap di pipi isterinya tanpa diduga Tania. Tania menoleh sedikit ke tepinya untuk memandang lelaki itu. Sekilas dia tersenyum sebagai jawapan. Tetapi bibir Putra lebih cepat melekap di bibirnya.
“Eh!” Spontan Tania mengelak untuk menjauhi lelaki itu. Terkejut!
“Bila you berat mulut nak bercakap, I cium.”
“Tak payahlah!” rengus Tania tidak senang.
“Ada pun mulut tu. Lepas basuh pinggan, temankan I kat depan,” sambut Putra lantas berlalu dari situ. Tania menjeling gelagat Putra.
Namun setelah dia ke hadapan, Tania terpandangkan lelaki itu sedang duduk di hadapan TV sambil menghadap komputer ribanya.
“Esok you kerja ke?” tanya Tania lantas duduk di sebelah lelaki itu.
Putra menoleh sekilas. “Kerja. Banyak kerja I tak siap lagi.”
“You buat apa?” tanya Tania lantas memandang skrin komputer itu.
Putra tidak menjawab. Sebaliknya dia terus menumpukan perhatian pada skrin komputer itu. Sekilas membaca, Tania sudah tahu proposal yang sedang disiapkan suaminya adalah tentang projek Kota Cyber. Mulalah dia terpaku membaca segala detail itu. Itulah maklumat yang perlu dicurinya daripada Putra.
“You tak sepatutnya baca apa yang ada kat dalam ni, Nia.” Tiba-tiba Putra menegur.
Sorry.
Lelaki itu menoleh kepada isterinya. “Dalam business tak ada husband and wife.”
“Ya. I tahu.” Tania buat-buat memandang TV lagi. Padahal hatinya benar-benar mahu membaca lagi apa yang ada pada skrin itu.
“You nak maklumat ni? I boleh bagi. Tapi you kena tidur dengan I dulu,” ujar Putra selamba.
“Eh, I tak naklah!” desis Tania lantas menjeling lelaki di sebelahnya itu.
“Tak nak maklumat ni... atau tak nak tidur dengan I?” ucap Putra sambil tersenyum-senyum merenung isterinya.
“Dua-dua!”
“Betul tak nak? I tengah offer ni. Ni rahsia kita berdua aje,” balas Putra lembut.
Tania diam pula. Hati mula berbelah bagi. Kalaulah dia berjaya mendapatkan maklumat penting itu, sudah tentu mak long akan memaafkan dia. Masalahnya maklumat itu tidak percuma! Sanggupkah dia?
Putra mengerling dengan ekor mata sebelum dia kembali meneruskan kerjanya. Lama mereka berdiam tanpa perbualan. Tiba-tiba dia bangkit meninggalkan tempat duduknya. Tania sempat memandang arah langkah suaminya. Kemudian diperhatikan komputer yang terbiar luas.
Menyedari Putra sedang menghilang di dalam kamar tidur, Tania lekas-lekas mencapai telefon bimbitnya di atas meja kopi. Butang page up ditekan sekali sebelum lensa kameranya ditalakan ke arah skrin komputer riba itu. Namun dia terlupa pula mematikan fungsi ‘flash’ pada kemera telefonnya itu.
Shit!” Kelam-kabut Tania menekan simbol flash. Suaminya masih belum muncul. Tania sempat mengambil gambar beberapa kali sebelum dia kembali menekan butang  
page down untuk ke muka surat terakhir yang ditinggalkan Putra.
Beberapa ketika Tania menunggu di situ, Putra muncul semula dengan satu dokumen di tangan. Lelaki itu duduk semula tanpa menyedari apa yang telah berlaku tadi.
“Sayang, tolong buatkan I air kopi sekejap. I tak boleh buat kerja kalau tak ada air kopi.”
“Okey.” Tania bangun dengan senang hati.
Putra kembali memandang komputernya. Sayangnya, dia perasan muka surat yang ditinggalkan tadi sudah berubah di muka 52. Tadi dia meninggalkan dokumen ini terbuka di muka surat 51.
Putra hanya diam setelah Tania duduk di sisinya. Isterinya meletakkan kopi di tepi komputernya.
“I masuk dalam dulu ya? Tak nak ganggu you buat kerja,” ujar Tania. Putra sekadar mengangguk tanpa membalas pandangan sang isteri. Tania berlalu ke kamar tidur mereka. Punggungnya dilabuhkan di birai katil. Kalut tidak tentu pasal!
Itulah resamnya apabila diri tidak jujur. Apatah lagi untuk memberanikan diri berlaku jujur! 

*** AKAN BERADA DIPASARAN UNTUK KELUARAN JUN 2018**  

No comments:

Post a Comment