DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 11 April 2018

TUKANG MASAK CIK MAFIA - BAB 4


“HAIDAR kemalangan tadi ma.”
“Hah, kemalangan? Haidar tak apa-apa ke?” Datin Hanis bergegas bangun dan membelek tubuh anak tirinya. Tak nampak luka di mana-mana.
“Haidar tak apa-apa. Haidar langgar orang tadi,” jawab Syed Haidar perlahan.
“Langgar orang lagi... orang tu macam mana?”
“Dia okey. Sihat walafiat cuma luka kat lutut sikit. Tak report polis pun.”
Datin Hanis pelik. Kenapa seakan ada sesuatu yang tersirat dari nada suara anak tirinya? Hampir beberapa jam berlalu sejak Khalis menelefon memberitahu perihal Suhaila pergi masuk hutan cari buluh sendiri. Kalau tidak dilaporkan kepada polis, apakah yang Syed Haidar buat sampai berjam-jam lamanya?
“Lamanya... pergi dating ke?” Sengaja menduga anak tirinya.
 “Isy, tak kuasalah nak dating dengan perempuan ganas macam tu. Sikit-sikit nak pukul... sikit-sikit nak tumbuk. Tak nak bagi kerja pun nak tumbuk. Teruk betul perangai, tak padan dengan badan kecik. Nasib baik Haidar ni gentleman, hormatkan perempuan. Kalau tak dah lama Haidar campak dia kat tepi jalan tu. Geram betullah!”
Datin Hanis tercengang. Ini bukan Syed Haidar yang dia kenal. Rasanya jarang dia melihat anak tirinya begitu emo. Apatah lagi marah-marah sampai nak campak orang. Apakah yang terjadi sewaktu kemalangan tadi? Dengan siapakah anak lelakinya kemalangan?
“Haidar pergi mandi dulu... segarkan badan. Lepas tu kita terus gerak pergi banglo Papa Bidi. Kesian Khalis risau tu.”
“Baik ma.” Syed Haidar mahu meninggalkan Datin Hanis terhenti apabila dia teringatkan sesuatu. “Lupa nak salam mama.” Syed Haidar mencapai dan mencium tangan mama tirinya.
Datin Hanis memerhatikan Syed Haidar dengan teliti. Satu lagi perangai pelik anaknya hari ini. Perkara pertama yang biasa dia buat sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah adalah mencarinya untuk bersalaman. Tetapi hari ini masuk dengan muka monyok dan membebel panjang sekali pakej melenting.
ORKED MENOLAK pintu biliknya. Kemudian dia mengunci kembali. Dia bersandar di pintu buat seketika. Setelah melalui hari yang panjang, dia lega kerana akhirnya dia sudah mendapatkan pekerjaan. Kalau diikutkan memang dia malu kerana mengugut cef terkenal, Syed Haidar.
 “Ya Allah... sampai bila aku kena hidup macam ni...” Orked meraup wajahnya.
Perlahan dia melangkah ke sudut bilik dan dilabuhkan punggung ke atas tilam. Bungkusan yang dibawa tadi diletak ke atas lantai. Badannya disandarkan ke dinding playwood. Kemudian tangan mencapai bingkai gambar berwarna biru yang terletak di hujung tilam.
“Mama... papa... adik dah dapat kerja. Doakan adik ya.” Jari-jemari Orked bermain-main dia atas permukaan gambar. Imej seorang wanita pertengahan umur dan juga seorang lelaki yang berusia agak sama.
“Mama, adik rindu mama... adik rindu papa.” Orked membiarkan air matanya merembes laju. Dia berazam untuk memulakan kehidupan baru di tempat yang baru. Semoga semuanya berjalan lancar buat dirinya.
“NANTI KALAU adik balik, jangan marah dia pulak. Jangan desak dia macam-macam. Mood orang mengandung tak menentu.”
Hmm...” Syed Haidar memusatkan pandangan pada pemanduan. Hari ini kebetulan Pak Mat bercuti. Sebab itulah mama terpaksa menunggunya untuk ke rumah Khalis. Dia tidak mengizinkan mama memandu sendiri.
“Cik Mafia tu mengandung kut sebab tu emosi tak stabil. Macam mana aku nak kerja dengan dia?” Tiba-tiba terpacul nama gelaran gadis itu.
“Siapa Cik Mafia?” Datin Hanis terdengar dengan jelas nama yang disebut anak tirinya tadi. Mungkinkah Cik Mafia yang dia langgar tadi? Ada lagi yang belum selesai ke?
Soalan tidak berjawab. Syed Haidar sedar dia
terlanjur kata. Kenapa pula nama Cik Mafia ni muncul? Belum pun mula kerja dengan dia hidupnya sudah huru-hara. Mama sudah terdengar nama itu, memang dia tak boleh berahsia lagi.
“Haidar...”
“Nama dia Orked ma... perempuan yang Haidar langgar tadi. Tak langgar pun, nasib sempat brek. Lutut je luka.”
“Dah kenapa panggil dia Cik Mafia... anak mafia ke?”
“Haidar tak tahu dia anak siapa? Tapi dia tu tak habis-habis nak tumbuk Haidar. Dia tahu Haidar ni lebih tua tapi cakap macam kurang ajar. Nak patahkan hidung Haidar, nak itu nak ini. Lebih teruk ma, dia ugut Haidar. Kalau tak bagi kerja dia nak viralkan fasal kemalangan ni. Kecik besar je Haidar pandang dia. Haish, geram betullah! Baru sebut nama dah sakit hati. Macam mana nak kerja dengan dia. Mahu tak kecoh Heaven Kitchen nanti.” Emosi menyelubungi Syed Haidar.
“Mesti dia comel kan?”
“Memang dia comel pun... cantik.” Syed Haidar tersenyum sendirian.
Tiba-tiba dia tersedar sesuatu dan berpaling memandang Datin Hanis yang sedang ketawa.
“Maaa...”
“Dah... tak payah ma panjang sangat. Tengok bumper kat depan tu. Sempat lagi tilik anak dara orang. Macam dah jatuh hati je.”
Syed Haidar tengadah.  

No comments:

Post a Comment