SUASANA bising dalam banglo tiga tingkat itu benar-benar
mengganggu Haydar. Jika tidak kerana ajakan Najib melepak di situ, pasti dia
tidak mahu mensia-siakan masa di situ. Tapi memikirkan yang kawannya kata dia
juga perlukan hiburan, dia turutkan saja.
“Parti apa ni?” soal Haydar yang
kehairanan. Nak kata parti hari jadi, kenapa berlainan sangat teruja
rakan-rakan yang lain? Sewaktu Najib mengajak tadi, dia sangka parti-parti
biasa saja tapi bila dah sampai, terkejut juga dia melihat ada bir yang
terhidang atas meja.
“Bachelor party,” jawab Najib
bersahaja. Wajah Haydar dipandang dalam senyum. Dia tahu lelaki itu terkejut
dengan jawapannya. Lelaki suci seperti Haydar mana suka parti-parti begitu.
Memang sengaja dia tidak cerita betul-betul masa mengajak lelaki itu keluar
tadi. Kalau cerita, dia pasti sangat Haydar akan menolak.
“Seriously?” Haydar tak
percaya.
“Dar, sekali-sekala orang macam kau pun
perlukan hiburan tau. Bukan kerja 24 jam.” Najib ketawa kuat.
“Aku nak balik.” Haydar terus
bangkit. Kalau setakat parti bujang, dia masih boleh terima lagi tapi kalau dah
ada arak atas meja, dia tak mahu tumpang sekaki. Sekali dengan dia pun ikut
berdosa sebab bersubahat.
“Relaks dulu bro, tunggu acara
kemuncak. Intro pun belum lagi, kau dah nak cabut.” Najib tarik tangan
Haydar yang sudah hendak berdiri.
“Jib, kau tengok sana tu, penuh
dengan bir. Aku tak nak subahat Jib. Dosa sendiri pun dah banyak, nak tambah
dengan dosa subahat lagi. Tak nak aku.” Haydar bangkit juga namun belum sempat
dia melangkah, pintu utama banglo itu terbuka dari luar. Terus semua mata
tertumpu ke situ. Seorang lelaki dan dua orang perempuan seksi berjalan masuk.
“Jemput masuk.” Lelaki yang
mengiringi kedua-dua perempuan itu mengunjurkan tangannya, menjemput kedua-dua
‘bunga’ di kalangan kumbang itu masuk. Tersenyum-senyum kedua gadis seksi itu.
“Itu bintang dah sampai, kau jangan
balik dulu Dar. Aku tahulah kau alim tapi tak boleh ke sekali ni aje kau
langgar pantang kau tu sekejap. Enjoy apa yang terhidang depan mata,
esok-esok kau taubatlah.” Kata-kata Najib menyebabkan Haydar hanya menjeling
tajam. Rasa hendak diluku saja kepala kawan sekerjanya itu yang langsung tidak
rasa bersalah tatkala menuturkan kata-kata itu. Dibuatnya tiba-tiba dia keras
kejung dalam banglo tu, sempat ke nak bertaubat esok-esok?
Hati Haydar mendesak supaya dia
angkat kaki namun punggungnya kembali melekat di sofa. Tidak dapat tidak, mata
lelakinya gatal juga meneroka wajah dan tubuh perempuan seksi yang baru masuk
tadi. Sedar-sedar saja
lagu yang membingit sudah dimatikan
manakala lelaki tadi sudah berucap sepatah dua kata. Memperkenalkan dirinya
sebagai wakil bakal pengantin lelaki yang menganjurkan parti tersebut, yang
juga merupakan pemilik rumah banglo tiga tingkat itu.
Usai ucapan lelaki itu, para lelaki
bersorak-sorak sambil menepuk tangan.
“Malam ni kita ada tetamu istimewa
khas untuk bachelor kita yang akan menamatkan zaman bujangnya.” Tersenyum
lelaki itu berkata sambil mata tunak memandang ke arah dua orang wanita yang
ada di hadapannya. Peliknya, seorang daripada perempuan itu nampak seperti
kurang selesa saja gayanya.
“Call girls ni kita jemput
khas untuk entertain bachelor boy kita.” Lanjut lelaki itu sambil
ketawa, manakala yang lain-lainnya bersorak dan sambung bertepuk tangan
termasuk Najib. Hanya Haydar saja yang nampak janggal dengan semua yang sedang
berlaku. Arak? Call girls? Apakah semuanya ni? Sah ini parti bujang liar
yang bertujuan untuk menggalakkan maksiat, sesuatu yang dia cuba jauhi sebaik
mungkin.
Haydar ingin bangun dan keluar tetapi
waktu itu semua orang sedang mengerumuni si bujang yang dirai untuk memotong
kek. Dia rasa dia takkan lepas ke arah pintu sementelah kek itu diletakkan di
meja tepi sebelah pintu utama. Kalau dia keluar pasti tumpuan akan beralih
kepadanya pula.
Hesy, tak boleh jadi! dengusnya dalam
hati.
Hendak tak hendak Haydar terpaksa
bersabar sehingga masanya sesuai untuk dia cabut. Pedulikan Najib yang
nampaknya seperti orang dah lupa diri. Habis upacara potong kek, lagu dimainkan
semula dan masing-masing pergi ke arah meja yang terhidang pelbagai jenis
makanan lalu
membuat pilihan dan duduk. Ada juga
yang tanpa segan silu mengambil tin bir lalu dibawa ke ruang sofa. Dilihatnya
dua orang perempuan tadi sibuk melayan bachelor boy bercakap-cakap.
Seorang daripadanya memeluk erat pinggang lelaki bujang itu sambil ketawa
manja.
Haydar hanya gelengkan kepala. Beginikah
nilai seorang perempuan di mata lelaki? Murah dan tidak bermaruah.
“Kau nak apa-apa?” Teguran Najib
membuatkan lamunan Haydar terhenti. Dia pantas berpaling ke arah Najib yang
sedang memegang sepotong piza dan setin Coke di tangan.
Haydar geleng.
“Aku nak balik.”
“Relakslah, kita tengok girls tu
menari dulu.” Najib juihkan bibir ke arah perempuan tadi namun Haydar langsung
tidak palingkan wajah. Begini rupanya sikap Najib. Selama ini dia tidak tahu
Najib seperti itu. Tahu yang lelaki itu memang ramai girlfriends tapi
bahagian yang Najib ambil port tentang parti-parti bujang ni dia memang
tak tahu menahu.
“Tu, kau tengok yang pakai dress merah
tu.”
Haydar pandang ke arah yang
dimaksudkan Najib.
“Itulah bakal adik ipar kau, anak
Dato’ Hasni.” Kata Najib bersahaja. Lelaki-lelaki sepertinya kenal sangat
dengan Ava. Ava seperti Paris Hilton, terkenal dengan sikap liarnya. Macam
burung merpati pun ya juga, nampak jinak tapi sukar nak tangkap.
Haydar pandang ke arah anak gadis
Dato’ Hasni yang diberi gelaran minah belen. Kekasih adiknya. Dilihat
dari penampilan, memang tidak hairanlah perempuan itu mendapat gelaran
sebegitu. Diperhati wajah perempuan itu lama. Tidak berkulit cerah, namun
wajahnya sekali imbas
kelihatan seperti pelakon Hollywood,
Halle Berry. Memang cantik.
“Kita tengok habis dulu, baru blah.”
“Kau nak tengok, kau tengok. Aku
banyak lagi kerja lain nak buat. Aku balik dulu.” Tanpa endahkan reaksi Najib,
Haydar terus angkat punggung. Dia kemudiannya berjalan menghala ke pintu,
melintasi dua orang gadis yang melayan lelaki bujang tadi. Namun dia terkejut
apabila salah seorang daripada perempuan itu, dipaksa untuk duduk dalam
kelompok lima orang lelaki di satu sudut sofa yang lain.
“Sorry guys, I bukan call
girl okay.” Terdengar suara perempuan itu berkata-kata sambil menarik-narik
tangannya yang dipegang erat oleh salah seorang lelaki yang kelihatan seperti
sudah mulai mabuk. Lelaki itu memaksanya duduk.
“Relakslah dear... kami nak
berkenalan aje, bukan nak buat apa-apa.” Sahut salah seorang daripada mereka
sambil meraih tangan perempuan itu yang lagi satu.
“Please... lepaskan tangan I.” Rayu
perempuan itu yang nampak seperti takut-takut.
Takut? Hati Haydar berdebat sendiri.
Kalau takut takkan sanggup datang ke tempat sebegitu. Dia tersenyum sinis.
Namun belum sempat dia habis berdebat...
“Helo, boleh tolong I?” tegur Ava
yang sejak tadi memerhatikan Haydar berdiri lama walau sedar dia dalam
‘kesusahan’. Rasa menyesal menyelinap dalam dada apabila teringat kembali
keputusannya yang bersetuju mengikut Ariana ke situ. Kalau dia tahu ramai
lelaki dan perempuannya hanya mereka berdua, memang taubatlah dia tak mahu
ikut. Semua ini gara-gara Helena, potong janji temu mereka malam itu
sehinggakan dia bersetuju mengikut Ariana ke parti bujang entah siapa-siapa.
Terkejut Haydar dengan teguran itu.
“Saya tak nak terlibat.”
Ava terkejut. Terbuntang biji
matanya. Wah, ini pun kategori jantan tak guna juga ke, dayus spesies teman lelakinya;
Harraz. Wajah pun serupa Harraz juga, bisik hatinya. Ada perempuan nak kena
rogol depan mata, dia kata tak nak terlibat? Tak boleh jadi ni. Ava terus
berlari dan memeluk tubuh lelaki itu.
“You kena selamatkan I,” ujar gadis
itu. Tidak merayu, lebih kepada arahan. Daripada dipeluk lima lelaki sekali
gus, dia memilih untuk memeluk seorang lelaki. Untung-untung selamat daripada
lelaki-lelaki mabuk tadi.
Haydar terkejut bukan kepalang sebab
tiba-tiba dipeluk perempun begitu. Dia rasakan bagai terkena renjatan elektrik.
Spontan tubuh gadis itu ditolak. Tindakan lelaki itu membuatkan Ava membuat
telahan spontan. Lelaki itu bukan lelaki biasa. Lelaki itu langsung tidak
mengambil kesempatan! Lelaki itu tidak sama seperti lelaki lain.
“I tahu you lelaki budiman dan lelaki
budiman takkan biarkan perempuan lemah macam I kena rogol.” Lanjut Ava yang
perasan riak terkejut pada wajah lelaki itu. Dipeluk perempuan saja kut,
bukannya dipeluk hantu, omel Ava dalam hati.
Haydar tidak pedulikan kata-kata
gadis itu sebaliknya dipandang wajah Najib yang sedang terlopong memandangnya.
Tanpa lanjutan kata, Haydar terus keluar ke pintu utama namun cepat saja
perempuan itu mengekor di belakangnya.
“Hei, nanti dulu!” panggil Ava yang
berlari anak mengejar langkah lelaki yang dipeluknya spontan tadi. Terus dipaut
lengan lelaki itu sehingga terhenti langkah lelaki itu.
Haydar pantas berpaling memandang
wajah gadis itu. “I don’t mean to be rude tapi rasanya tak sopan
perempuan macam awak peluk lelaki bukan muhram macam saya.” Ditolak tangan
gadis yang memaut lengannya.
“Tolong hantar I balik,” pohon Ava apabila
lelaki itu berjalan meninggalkannya di belakang. Jarang-jarang dia jumpa lelaki
yang dingin begitu, tidak mempedulikan perempuan seksi dan yang penting sekali
tidak mengambil kesempatan walaupun peluang terbuka luas. Itu yang dia berani
menggedik dengan lelaki itu.
Terhenti langkah Haydar. Apa hal nak
kena hantar bagai ni? bebelnya dalam hati.
Kenapalah dalam dunia sekarang masih
ada perempuan yang begini. Yang tidak takutkan lelaki, yang tanpa usul periksa
mudah mempercayai spesies bernama lelaki.
“Boleh kan?” soal Ava selamba.
Dimaniskan wajahnya supaya lelaki di hadapannya ini tergoda namun lelaki itu
hanya tersenyum sinis sambil menggeleng kepala dan terus meninggalkan dia
terkulat-kulat sendiri.
Terbuntang mata Ava memerhatikan
tingkah lelaki yang iras seperti Harraz. Punyalah manis dia lemparkan senyum,
selamba saja lelaki itu tidak mengendah. Tak boleh jadi ni.
Sejurus Haydar buka pintu, Ava terus
terpa masuk ke dalam kereta lelaki itu, membuatkan sekali lagi lelaki itu
terkejut.
“Like it or not, you are going to
send me home handsome.”
Ava duduk selesa. “Bila nak jalan ni? Panas tahu tak?” soal Ava apabila kereta
yang dinaiki masih belum dihidupkan enjinnya. Dia bukakan sedikit butang baju
kemejanya dan skirt pendeknya ditarik supaya hilang rimas.
Haydar tertelan air liur namun
cepat-cepat dia capai kot dari kerusi belakang lalu dicampak atas paha Ava yang
terdedah.
Perempuan begini yang Harraz nak
jadikan isteri, memang silap betul! kata Haydar dalam hati. Ini memang spesies
tak tahu malu, bisiknya sendiri. Dihalau pun masih mengekor.
“Saya ni lelaki normal dan iman saya
tak kuat mana. Kalau tak nak jadi apa-apa, tolong sopan sikit.” Haydar hidupkan
enjin kereta dan masukkan gear.
Ava ketawa halus. “Alimnya you ni.”
Mampukah
lelaki sopan ni nak apa-apakan dia? Jeling dia pun tidak, inikan nak robek baju
dia? Mustahil! desis hatinya.
No comments:
Post a Comment