PANG!!!
Satu tamparan padu dilayangkan pada
wajah lelaki itu. Riak wajah kacak itu nyata terkejut namun mimik mukanya
dikawal sebaik mungkin. Pelanggan restoran yang berada di sekitar situ sudah
berpaling memandang mereka.
“You memang tak guna!” Dia menujah
muka lelaki itu dalam rasa marah yang sarat namun lelaki itu hanya tersenyum
sinis memandangnya. Seingatnya baru beberapa hari lepas Harraz menghadiahkan
dia gelang, berbual mesra dengannya dan menari dengannya di atas lantai tarian
penuh romantik. Tapi hari ini... semuanya berubah!
“You’re not worth it, Ava. I
nak cari wife, bukan mistress,” jawab lelaki itu sambil berdiri.
Sinis senyuman di bibirnya. Dia kemudiannya melekapkan dua jarinya di bibir dan
kemudian melekapkan pula jari itu ke bibir Ava, membuatkan Ava terus menepis
kasar jari-jemarinya.
“Mistress? Apa maksud you
Harraz?” Kasar Ava
bertanya. Jadi selama ini, Harraz
hanya menganggapnya sebagai perempuan murahan yang tidak layak diperisterikan?
Jika benar itulah anggapan Harraz, kenapa lelaki itu tegar mengambil kesempatan
ke atasnya sejak awal lagi? Memegang dan memeluknya tanpa silu dan akhirnya
meninggalkan dia umpama sampah yang tidak berguna.
“You memang cantik, memang menawan
tapi bukan untuk dijadikan isteri.” Lanjut lelaki itu dalam ketawa sambil
berlalu meninggalkan Ava sendirian di ruang itu. Harraz buat keputusan itu
setelah dia memikirkan masak-masak akan hala tuju hubungannya dengan Ava.
Beberapa hari lalu, Ava mengajaknya
berkahwin. Malah itu bukan kali pertama. Sudah banyak kali gadis itu bangkitkan
hal itu sedangkan dia masih tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen.
Tambahan lagi, kalaupun dia hendak mencari isteri, dia tidak mahu perempuan
seperti Ava yang sudah berkali-kali menukar teman lelaki.
Sejahat mana pun lelaki tetap mahukan
perempuan baik untuk dijadikan isteri. Itu kata-kata orang dan Harraz bersetuju
dengan kenyataan itu.
Jantan celaka! Sumpah Ava dalam hati.
Harraz menghinanya. Memang dia tidak
nampak seperti perempuan baik, yang sempurna menutup aurat dan bertudung litup
tapi setakat ini, dia belum lagi menjual maruahnya kepada sembarangan lelaki.
Memang dia nampak liar, tapi belum ada lelaki yang berjaya menaklukinya! Dan
dia kesal kerana percaya kepada Harraz. Percaya kepada cinta Harraz!
Tiga tahun... Tiga tahun dia menjalin
hubungan dengan lelaki itu, bukan sehari dua! Selama ini dia sangka Harrazlah
lelaki itu, lelaki yang menyemarakkan merah cintanya. Lelaki yang akan
mengakhiri hubungan mereka sampai ke jenjang pelamin. Mungkin Harraz bukan
lelaki
sempurna, namun dia sudah curahkan
segala rasa hatinya kepada lelaki itu. Namun pertemuan kali itu benar-benar
buatkan dia tengadah. Hubungan yang dia sangka merah menyala dengan cinta itu
rupanya palsu belaka. Pudarnya hanya Harraz yang tahu.
Ava perhatikan sekeliling. Pandangan
sinis semua membuatkan dia tidak jadi hendak menangis. Harraz memang lelaki tak
guna! Menabur janji yang macam-macam namun akhirnya meninggalkan dia
terkontang-kanting sendirian. Selama ini bukan main lagi bermain cinta
dengannya. Untung dia masih belum menyerahkan mahkotanya kepada lelaki itu
walaupun acapkali Harraz merayunya.
“Lelaki celaka! Kalau kau boleh
mainkan aku, aku pun boleh mainkan kau!” tekad Ava marah walaupun
sebenar-sebenarnya dia sendiri tidak pasti dengan kata-katanya.
“Aku bukan perempuan lemah Raz... kau
tunggu dan lihat!” bisiknya jauh di sudut hati. Dalam rasa hati yang membungkam,
Ava raih tas tangan dan berlalu.
TIBA DI rumah, Ava hempaskan tas
tangannya ke atas meja, betul-betul di hadapan daddynya yang sedang
santai membaca akhbar.
“Kenapa ni?” tegur Dato’ Hasni.
Ava merengus. Dipandang sekilas ke
arah Dato’ Hasni. Daddy yang sering sibuk dan kurang beri perhatian
terhadapnya. Kebetulan pula malam ini daddynya tidak ke mana-mana,
selalunya tidak lekat di rumah. Umur sudah masuk ke angka 50 namun hidup
mengalahkan orang muda! Marah kepada Harraz membuatkan dia rasa hendak menghambur
segala rasa di dada namun tahu yang semua
itu sia-sia saja.
“Daddy tak keluar?” Soalan
dibalas soalan. Dalam marah, hormatnya masih ada. Kalaulah ibunya masih ada,
tentu saja hidupnya tidak begini. Dato’ Hasni mungkin cuai dalam memberi kasih
sayang kepadanya namun daddynya itu tidak pernah mengabaikan
keinginannya yang lain. Sebut saja apa yang dia mahu, pasti Dato’ Hasni akan
adakan. Semua boleh disediakan oleh daddynya kecuali memanjakan dirinya.
“Tak ada teman malam ni,” jawabnya
tanpa mengalihkan tumpuan pada dada akhbar. Reaksi yang menyebabkan Ava hanya
menjeling wajah lelaki yang bergelar daddy hanya pada nama.
“Ava naik dulu.” Katanya yang malas
bersoal lanjut. Melayan daddynya berbual samalah seperti melayan pak cik
menjual nasi lemak seberang jalan syarikat daddynya. Buah cerita tu ada
namun kemesraan langsung tiada. Jadi apa gunanya dia bersembang lama-lama.
“Khairy nak balik Malaysia.”
Kata-kata Dato’ Hasni membuatkan kaki Ava kaku di mana dia berdiri.
Berdebar-debar dengan nama yang disebut oleh daddynya dan selebihnya
terkejut dengan berita itu.
“Bukan ke Ery sibuk kat sana?”
Khairy, abangnya yang belajar di Australia dan sambung menjalankan perniagaan
di sana dengan berbekalkan modal yang diberikan Dato’ Hasni. Selama pergi 10
tahun lepas, tidak pernah sekalipun abangnya pulang. Berita hanya dikirim
melalui panggilan telefon sahaja. Dan melalui daddy, dia tahu abangnya
membuka business kafeteria untuk orang Muslim di sana.
“Dia nak balik bantu daddy. Business
di sana dia nak tutup.” Lanjut Dato’ Hasni. Dan kali ini kata-katanya
benar-benar membuatkan Ava bertambah terkejut.
“Maksudnya Ery nak menetap di
Malaysia?”
Dato’ Hasni mengangguk. Anggukan yang
membuatkan debaran di
dada Ava makin melonjak. Tidak dapat berfikir dengan tenang, dia teruskan
langkah kakinya menuju ke atas.
Tiba saja dalam bilik, Ava hempaskan tubuhnya
ke dada katil. Siling bilik yang dihiasi chandelier terasa menenangkan
hati yang sedang merusuh. Khairy dan Harraz... kedua-dua nama lelaki itu
berjaya membuatkan jiwanya merusuh malam itu. Harraz lelaki pertama yang
berjaya mengetuk hatinya. Walau baru 3 tahun berkawan namun dia sukakan lelaki
itu. Harraz yang agresif dan tahu apa yang dia mahukan, Harraz yang tegas dan
Harraz yang pandai mengambil hatinya namun makan malam sebentar tadi baru saja
membuktikan Harraz yang selama ini dia kenal rupa-rupanya lelaki tak guna.
Dan... Khairy, satu-satunya ahli keluarga yang
dia ada selain daddynya. Darah dagingnya namun kenapa mendengar berita
abangnya ingin kembali, dia tidak teruja dan gembira...
No comments:
Post a Comment