DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 11 April 2018

TAKRUT - BAB 10








SEMENTARA itu, Hana sudah berada di dalam
bilik Wafiq. Sebaik sahaja dia membuka pintu, dilihatnya
Wafiq sedang tidur mengiring ke arah tingkap. Wafiq
berselimut dari kaki hingga ke leher. Hanya rambut sahaja
yang kelihatan dari belakang. Haidar pula tidak kelihatan.
“Tuan. Ini bubur nasinya.” Dia bercakap. Bimbang
pula kalau Wafiq tidak sedar akan bubur yang diletakkan di
situ. Tetapi Wafiq langsung tidak berkutik. Lelaki itu tetap
mengiring ke arah tingkap tanpa sebarang bunyi. Berdengkur
juga tidak.
“Tuan... saya tinggalkan bubur tuan di sini ya,”
ulangnya lagi bercampur takut. Selalunya dia hanya masuk
ke bilik itu sekiranya ditemani Zuwaidah. Itu pun untuk
kerja-kerja pembersihan. Dia dan Lucy sememangnya tidak
dibenarkan terlalu bebas keluar masuk di mana-mana bilik
tidur.
Sekali lagi kata-katanya tidak bersambut. Dalam
keadaan serba salah, dia menyentuh sedikit bahu Wafiq.
 “Tuan...” katanya terketar-ketar. Sejujurnya dia takut
Wafiq melenting.
Bahu Wafiq tersentak lalu dia menoleh ke belakang
tetapi sebaik sahaja Hana melihatnya, Hana terus terjerit dan
terduduk di atas lantai. Sekujur tubuhnya menggigil kuat.
“Hana?” tegur Wafiq yang baru keluar dari bilik air.
Dia terkejut apabila terdengar suara perempuan menjerit di
dalam biliknya. Kemudian dilihatnya Hana sedang terduduk
di atas lantai dengan mata yang buntang.
“Kenapa?”
Hana toleh ke arah Wafiq yang masih bertuala.
Kemudian menoleh pula ke atas katil yang kini kosong.
Selimut yang menyelimuti Wafiq tadi juga elok berlipat
kemas. Dia terpinga-pinga kerana tadi dia melihat bukan
Wafiq yang tidur di situ tetapi Tuan Badruz.
Melihatkan keadaan Hana yang pucat lesi, Wafiq
segera mengagak sesuatu.
“Tak apalah. Awak keluar dulu,” katanya tanpa mahu
tahu apa yang telah berlaku.
Hana kelam-kabut bangun meninggalkan bilik.
Sewaktu tiba di tangga, dia ditegur Haidar yang baru keluar
dari bilik bacaan.
Sekali lagi dia terjerit dan lari selaju-lajunya turun
ke bawah dengan peluh yang merecik-recik.

SETIBANYA DI bawah, Hana terus mencari Lucy di bilik
basuh. Kepada Lucy diceritakan apa yang dilihatnya tadi.
Mereka berdua ketakutan.
“Semua kerja dah siap?” tegur Zuwaidah yang baru
pulang dari rumah Pak Arip. Dalam sehari, pelbagai cerita
yang didengar sehinggakan dia sendiri sudah rasa cuak untuk
masuk ke rumah ini. Semena-mena Hana dan Lucy pula
meromok berdua di dalam bilik basuh. Pening kepalanya
bertambah.
Hana dan Lucy terkebil-kebil.
“Puan, tadi Hana...” Lucy membuka mulut.
“Kamu dah hantar bubur pada tuan? Tuan dah
bangun?” Zuwaidah terus teringatkan hal itu.
Hana mengangguk laju.
“Yang duduk berhimpit-himpit di dalam bilik basuh
ni kenapa pula?” Zuwaidah hempas nafas.
“Tadi Hana... Kamulah cerita...” Lucy menoleh ke
arah Hana.
Dahi Zuwaidah berkerut.
“Cerita apa? Cepatlah. Sekejap lagi nak masak pula,”
gesa Zuwaidah.
Mahu tidak mahu, Hana menceritakan hal yang
berlaku di bilik Wafiq. Zuwaidah terdiam lama mendengarnya.
Nampaknya hal ini semakin menjadi-jadi. Gangguan di
mana-mana dan pada bila-bila masa.
“Kalau macam tu, jangan ke mana-mana seorang.
Sentiasa buat kerja berdua.” Itu sahaja nasihat yang dapat
diberikan Zuwaidah. Dia tahu dia tidak mampu menghalang
hal-hal seumpama ini daripada berlaku dan dia yakin
gangguan akan terus berlaku sekiranya tiada tindakan yang
diambil.

HAMID TIBA semula di rumah besar ini hampir pukul 4
petang. Sampai sahaja, dia terus mencari Zuwaidah.
“Wafiq macam mana?”
“Dah baik sikit. Dah makan ubat. Dah makan bubur
tapi tak banyak.” Zuwaidah terus melaporkan satu per satu.
Melihat wajah Hamid, terasa ringan sedikit beban di bahunya.
Lega sedikit perasaan yang ditanggung.
“Saya nak tengok dia dulu.” Hamid terus beredar.
Daripada air muka Zuwaidah, dia tahu ada sesuatu yang
sedang berlaku di rumah ini. Dia risau kalau tidak melihat
dengan mata sendiri.
“Tuan Haidar ada bersama Tuan Wafiq.” Zuwaidah
memaklumkan sebelum Hamid beredar jauh.
Hamid angguk faham. Dia sudah tahu daripada
pengawal yang bertugas malam tadi. Dia gembira dengan
kedatangan Haidar. Sedikit sebanyak Haidar boleh menemani
Wafiq dalam tempoh yang kritikal begini. Tidaklah Wafiq
kesunyian.
“Nanti saya nak bercakap dengan awak,” katanya
sebelum naik ke tingkat 2 mencari Wafiq.
Zuwaidah angguk patuh.

MY YOUNG man... what happened?” Hamid terus bertanya
sebaik sahaja terlihat wajah Wafiq di atas katil. Haidar pula
sedang duduk di sofa, membaca majalah.
Wafiq tersenyum pahit. Meskipun suhu badannya
sudah turun berbanding pagi tadi, namun dia tahu demamnya
masih belum kebah. Masih terasa sakit di sini sana dan pening
kepala yang belum hilang. Nafas yang dihembus juga masih
panas.
“Orang takut makan ubat, memang macam itu, pak
cik.” Haidar bangun menghulur salam kepada Hamid.
Huluran salam itu disambut Hamid sebelum duduk
di birai katil di hujung kaki Wafiq. Kaki Wafiq yang masih
berselimut disentuh. Masih berbahang hingga ke luar selimut.
“Kalau sakit kenalah makan ubat. Itu ikhtiar. Tuhan
suka hamba-hamba-Nya yang berusaha.” Hamid hela nafas
berat. Dia cukup kenal sikap Wafiq sejak kecil.
Wafiq bergumam.
“Ayah kamu dah tak ada. Mulai sekarang kamu mesti
jaga diri kamu sendiri. Usia pak cik pun tak jauh beza dengan
ayah kamu. Mungkin esok lusa, giliran pak cik pula pergi.
Siapa nak tengok-tengokkan kamu?”
“Jangan cakap macam tu, pak cik.” Haidar tersengih
memujuk.
Wafiq tersenyum nipis. Nasihat Hamid meresap ke
dalam hati. Dia tahu dia tidak boleh mengharapkan sesiapa
lagi untuk menjaga dirinya. Semua orang ada kesibukan
masing-masing; ada tanggungjawab lain.
“Sikit saja ni. Esok lusa baiklah.” Dia membalas.
Dia tidak mahu sesiapa pun risau tentang dirinya. Dia sudah
besar. Dia boleh berdikari.
“Demam rindu kut?” Haidar tersengih.
Wafiq tidak membalas. Kepala masih berdenyut tetapi
dalam keadaan begini, dia semakin merindui ayahnya. Kalau
dulu, setiap kali dia sakit ayahnya akan tidur menemaninya.
“Kalau esok tak banyak berubah, kita panggil Uncle
Bashir semula, okey?” Hamid meminta persetujuan Wafiq
tetapi dia harap Wafiq cepat pulih. Masih banyak hal-hal yang
perlu diuruskan.
 “Okey.” Wafiq tidak membantah.
“Pak cik masuk bilik dulu. Nak solat asar.” Hamid
minta diri setelah berpuas hati dengan keadaan Wafiq. Dia
juga mahu mandi dan bertukar pakaian sebelum bercakap
dengan Zuwaidah pula.

“FIQ,” PANGGIL Haidar selepas Hamid meninggalkan bilik
itu.
Wafiq yang sedang membelek telefon di tangan
hanya mengangguk tanpa memandang. Setelah 3 bulan tidak
memegang telefon bimbit, dia kekok. Seolah-olah terlalu
banyak perkara yang perlu ditapis dari pandangan mata.
“Aku nak tanya ni,” sambung Haidar.
“Tanyalah.” Wafiq masih tidak menoleh ke arah
Haidar. Matanya leka menatap status-status di halaman
Facebook. Ternyata dalam masa 3 bulan, terlalu banyak
perkara yang berlaku dalam kalangan kawan-kawannya.
Ada yang sudah berkahwin, ada juga yang sudah meninggal.
Pesanan di aplikasi WhatApps dan telegram sudah mencecah
ribuan angka.
“Kenapa kau tidur kat lantai pagi tadi?” Haidar terus
pada perkara pokok. Sejak menjumpai Wafiq terlentang di
atas lantai, hatinya rasa terkilan.
Pertanyaan Haidar membuatkan Wafiq tergamam
seketika. Dia tutup telefon lalu mencampakkannya ke tepi.
Dia termenung teringatkan kejadian malam tadi. Hatinya
perlahan-lahan menjadi sayu.
“Kau pengsan ke?” Haidar masih berteka-teki.
Wafiq menafikan tetapi tetap enggan menceritakan

*** AKAN BERADA DIPASARAN UNTUK KELUARAN JUN 2018**  



No comments:

Post a Comment