DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 11 April 2018

KAHWIN PAKSA KE ? - BAB 8


UDARA dingin penyaman udara yang baru sahaja terpasang tidak terasa langsung kerana dia sudah mula berpeluh-peluh. Wajah tanpa senyum Emir dipandang sekali lagi sebelum liur ditelan.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Sebab kedai tak buka lagi sebenarnya,” tutur Dian setenang yang mungkin sambil anak matanya menghala ke arah jam dinding yang baru sahaja menunjukkan pukul 9.30 pagi. ‘Manalah si Wawa ni? Rasa nak semput tunggu dia sampai.’
“Encik Ariq nak berjumpa dengan cik,” tutur Emir formal. Terlalu formal sehinggakan tiada segarit senyuman di bibirnya. Pesan Ariq, jangan senyum manis di depan Dian. Sebab itulah dia rasakan yang Ariq itu pelik!
“Hah? Bila?” soal Dian pantas. Degupan jantung mula bertukar had laju. Dah lebih had laju sebenarnya!
“Sekarang. Dia tunggu cik di kafe sebelah.”
Tanpa menunggu jawapan Dian, Emir terus
melangkah keluar meninggalkan Dian yang jelas sedang terkejut.
‘Bertuah betul encik setiausaha ni! Bukannya nak tunggu aku cakap setuju ataupun tidak. Dia boleh blah macam tu je!’ omel Dian dalam hati. Dia sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sekarang ini ada dua kemungkinan yang sedang berada dalam kepalanya.
Kemungkinan 1: Ariq sebenarnya nak berjumpa dengan Bibah disebabkan dia terus balik tanpa menunggu keputusan diumumkan petang semalam. Nak ucapkan terima kasih kut!
Kemungkinan 2: Ariq sebenarnya sudah tahu yang Dian ini calon kahwin paksa tak jadinya. Jadi, dia datang untuk membuat perhitungan terakhir. Mampus kalau kemungkinan yang ini betul!
Dian menarik keluhan kerana kemungkinan nombor dua itu lebih menakutkan. Sekali lagi tangan kanannya naik menggaru kepala yang tidak gatal.
Bunyi loceng pintu yang berdenting membuatkan dia hampir melatah. Berderau darahnya.
“Wawa! Awak buat saya terkejut jelah!”
Wawa menanggalkan headphone yang melekap di tepi telinga sebelum dia memandang Dian yang jelas sudah pucat lesi.
“Bos yang letak loceng dekat pintu masuk tu. Takkanlah bos sendiri terkejut?” soal Wawa dengan dahi yang berkerut. Dia melangkah ke kaunter sambil meletakkan beg silang ke dalam laci di bawah kaunter. Kenapa hari ini bosnya nampak cuak semacam? Anak mata mengerling ke arah jam dinding yang baru menunjukkan pukul 9.45 pagi.
“Wa, saya nak pergi kafe sebelah. Kalau saya tak balik dalam masa setengah jam, awak kena datang selamatkan saya
tau,” pesan Dian tanpa mempedulikan soalan Wawa sebentar tadi.
Terus Wawa ketawa. Sah, bosnya ini terkena Monday blues!
“Kelakarlah bos. Gaya bercakap tu macam nak pergi buat perhitungan dengan musuh,” balas Wawa dengan tawa yang masih bersisa. Telatah Dian yang nampak tidak senang duduk itu diperhatikan melalui ekor mata.
“Saya pergi dulu. Wish me luck!” Dian terus melangkah keluar dari kedai dan mengatur langkah ke Pahlawan Kafe di sebelah kedainya. Bak kata mat salih, ‘it’s now or never!’
“DIAN!” SUARA yang tiba-tiba menyapanya sebaik sahaja dia berada di muka pintu Pahlawan Cafe membuatkan Dian hampir melompat sekali lagi. Kus semangat!
“Luth.” Dian menarik senyum kepada Luth Hannan, tuan punya Pahlawan Cafe yang sedang mendukung anak perempuannya yang bernama Khayla.
“Awal datang kafe? Belum breakfast?” tegur Luth dengan ramah. Dia perasan riak wajah gelisah milik Dian.
“Dah breakfast kat rumah.” Dian sengih lagi sambil tangan sempat mencuit pipi montel Khayla yang kembung dengan lolipop bersaiz besar. Tenang rasanya sebaik sahaja terpandangkan wajah comel Khayla yang baru berusia setahun itu.
Luth menjongketkan kening memandang ke arahnya.
“Nak jumpa orang sebenarnya,” terang Dian dan
Luth tersenyum lebar. Dah agak dah!
That handsome guy yang tengah duduk dekat hujung corner kafe tu ke?” usik Luth dan Dian mencebik.
“Dian masuk dululah. Nanti kirim salam dekat Kak Uya,” balas Dian, mahu cepat-cepat melangkah masuk. Semakin lama dia berdiri di muka pintu kafe ini, semakin banyak pula kemungkinan pelik yang berlegar-legar dalam kepalanya. Stres!
“Dian.”
Langkah kakinya terhenti sekali lagi.
“Jangan lupa tangkap gambar dia. Tu mamat racer yang famous tu, kan?” pesan Luth perlahan. Bukannya dia tidak tahu yang Ariq Huzair itu popular disebabkan bakat dan rupa. Sayangnya F1 tahun ini adalah yang terakhir untuk lelaki itu.
“Hah?”
“Dian kan Instafamous. Mesti banyak likes kalau Dian upload gambar tu dekat Instagram nanti.” Luth sempat tersengih sebelum dia berlalu ke arah keretanya yang terparkir di hadapan kafe.
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM... RABBI YASSIR WALA TU’ASSIR... Hasbunallahu wani’mal wakil...’ Punyalah bersungguh-sungguh dia membaca doa-doa tersebut berulang kali sambil melangkah ke arah meja di mana Ariq Huzair berada. Lelaki itu sedang asyik menatap skrin telefon pintarnya dengan kaki yang disilangkan.
Dup dap dup dap! Punyalah kuat jantung Dian mengadakan konsert di dalam
 Ehem!” Dia berdeham perlahan memandangkan Ariq sedang asyik dengan telefon pintarnya. Tipikal generasi sekarang.
“Eh, morning! Please, have a seat.” Ariq tersenyum sambil meletakkan telefon pintarnya di sisi meja. Lebar senyumannya sebaik sahaja Dian melabuhkan duduk di hadapannya. Finally!
Fuhhh... lega!’ Dian berdesis sendiri sambil tersenyum lega memandang senyuman manis Ariq. Kemungkinan nombor dua sebentar tadi dipadamkan terus dari kotak fikiran. Dia yakin yang Ariq ini memang tidak tahu.
“I tak tahu you suka coffee or tea. So, I tak orderkan air you lagi,” tutur Ariq sambil melambaikan tangan ke arah Tuah.
Tuah datang dengan menu dan iPad di tangan. Jelas kelihatan riak tanda tanya di wajah Tuah apabila terpandang Dian dan Ariq yang sedang duduk semeja. Pantas Dian menggelengkan kepalanya supaya Tuah tidak bertanya soalan-soalan yang tidak sepatutnya.
Hot latte satu.” Dian senyum dan memulangkan kad menu kepada Tuah. Degupan jantungnya kembali menyanyikan lagu encore apabila Ariq merenungnya lama. Tanpa sedar, dia menelan liurnya sendiri.
“Kenapa tak tunggu sampai event habis semalam?” soal Ariq tenang sambil tangannya mencapai cawan putih yang berisi Americano yang berwarna hitam pekat. Sengaja dia merenung riak wajah manis yang sedang duduk di hadapannya. Sengaja mahu membuatkan Bibs, eh... Dian tidak senang duduk.
Sekali lagi Dian menarik nafas lega mendengarkan soalan Ariq. Yakin, memang Ariq tidak tahu identiti sebenarnya.
“Saya rasa tak berapa sihat. Cuaca semalam panas
sangat sampai saya rasa sakit kepala,” jawab Dian setenang yang mungkin. Sebenarnya dia pulang awal semalam kerana abah sudah menelefon bertanyakan mengapa dia tidak sampai di rumah lagi.
I see... sayangnya you balik awal. Tak dapat bergambar dengan Nico Hulkenberg.”
Terus mata Dian membulat. Mana Ariq tahu pasal Nico Hulkenberg?
“Kawai beritahu semalam.” Ariq tarik senyum melihat telatah Dian yang nampak terkejut. Tahu pun cuak!
Jeda seketika memandangkan Tuah datang membawa air latte yang dipesan. Dian tersenyum melihat latte craft yang berbentuk teddy bear. Sangat comel!
“Terima kasih, Tuah.”
My pleasure. Enjoy your drink Kak D!” Terus Tuah berlalu.
Membulat mata Dian memandang Tuah yang sudah berlalu ke dapur kafe yang terletak di bahagian belakang. ‘Errr... Kak D? Matilanakkkkk...
Perlahan-lahan dia mengangkat wajah memandang Ariq tetapi lelaki itu kelihatan bersahaja menghirup Americano miliknya.
‘Selamat lagi. Ariq tak perasan kut!’
Dian mengeluarkan iPhone dari dalam poket seluar dan menghalakan lensa kamera ke arah latte yang terukir cantik. Kejap lagi dia akan upload di Instagram D a.k.a. Dian Eryna.
Usai mengambil gambar, telefon pintar disimpan semula ke dalam poket seluar. Dia hampir terlupa yang Ariq sedang duduk di hadapannya. Mulalah rasa rama-rama berterbangan di dalam perut muncul semula
 “Kenapa awak nak jumpa saya hari ni?” soal Dian sambil kedua-dua belah tangannya memegang cawan putih yang berisi latte.
Ariq tidak terus menjawab sebaliknya merenung Dian dengan lama sekali lagi. Mont Blanc di pergelangan tangan kanan ditilik. ‘Your play time has ended, lady!’
‘Dia ni dah kenapa pulak?’ Dian masih berlagak tenang dan terus menyisip lattenya.
You are such a good actress, Dian Eryna. Sepatutnya you dah boleh menang Oscar Award.”
Terus Dian angkat wajah, berlawan pandangan mata dengan sepasang mata milik Ariq yang sudah bertukar tajam. ‘Dia sebut apa tadi? Dian Eryna?’
Burrrr...
Latte yang dihirup oleh Dian sebentar tadi sudah tersembur keluar. Lebih tepat lagi, sudah tersembur tepat ke wajah kacak Ariq yang sedang duduk di hadapannya.
‘Matilanakkk..’


No comments:

Post a Comment