DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 24 March 2019

Aku Bukan Penggoda - Prolog


“YEAY... abang handsome datang!” Seorang
gadis kecil berlari ke kereta yang baru berhenti di hadapan
rumahnya. Bukan main gembira lagi dia melihat seorang
remaja lelaki keluar dari kereta itu.
“Adik comel...” Pipi gebu adik comel dipicitnya.
Rindu. Dia tidak punya adik perempuan. Sebagai anak tunggal
tentunya dia mendambakan seorang adik untuk dibuat kawan
bermain.
“Abang bawa apa untuk adik hari ni?” Adik comel
teruja mahu tahu apabila melihat abang handsomenya
membawa plastik berisi mainan.
“Kapal terbang kontrol.”
Mata adik comel membulat. Dia suka. Baru minggu
lepas dia meminta abang handsome bawakan kapal terbang
kontrol yang dilihat di iklan TV. Permainan ini nampak
menyeronokkan. Lagi seronok jika main bersama abang
handsomenya.
“Jom kita main. Abang ajarkan.”
Gelagat mereka berdua diperhatikan oleh orang tua
masing-masing.
“Setiap hari Uya tanya bila abang handsome nak
datang. Rindu katanya. Bila besar nanti dia nak kahwin
dengan abang handsome katanya.” Mendengar cerita si ibu
adik comel, yang lainnya ketawa.
“Kecil-kecil lagi dah pandai.”
“Itulah, budak-budak zaman sekarang ni lebih
terbuka. Kecil-kecil lagi dah tahu sebut pasal kahwin.”
Mereka semua ketawa.
“Kalau betul ada jodoh mereka bila dewasa nanti, kita
restukan saja. Lagi bertambah rapat hubungan persaudaraan
kita nanti.”


No comments:

Post a Comment