DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 24 March 2019

Janda Itu Milik Aku - Prolog 2


DIA pandang wajah itu dengan penuh kasih. 7
tahun dia hilang jejak gadis itu. 7 tahun dia menyimpan rasa
dalam hati. Selama itu jugalah doanya tidak putus buat si
gadis. Agar masih diberi ruang takdir untuk mereka bertemu.
Terlalu banyak yang mahu dia katakan kepada gadis itu.
Akhirnya Allah mendengar doanya saban hari. Di
sini, di tempat yang tidak dijangka dia akan dipertemukan
dengan gadis itu. Melihat bening di wajah itu terasa rindu
yang menghimpit terbang pergi.
7 tahun dia risaukan gadis itu. Dia perhatikan gelak
tawa si gadis. 7 tahun yang lalu dia tidak pernah lihat gelak
tawa itu setelah gadis itu menjadi milik orang. Masih milik
orangkah atau adakah peluang kedua itu miliknya? Wajah itu
berseri indah.
“Mariam.” Perlahan nama itu meniti di bibirnya.
“Dzul?” Buntang mata Mariam memandang sebatang
tubuh itu. Walau tubuh itu sudah berubah namun wajah itu...
Wajah yang tidak akan pernah dia lupakan.
Jantungnya berdegup laju. Kakinya menggigil. Ingin
dia lari tapi kakinya berat bagaikan dirantai.
Hanya mata mereka saling beradu. Dzul masih
belum puas menatap sekeping wajah yang dirindui selama
ini. Yang sering mengganggu lenanya.
‘Allah, aku rindukan wajah ini. Tersangat rindu,’
rintih hatinya.
Mariam resah. Dia tidak mahu berjumpa Dzul lagi.
Malu! Ya, itulah sebab dia membawa diri jauh daripada semua
setelah apa yang terjadi. Tapi nampaknya, takdir mereka tidak
pernah berubah arah. Mereka sepertinya sudah ditakdirkan
terikat bersama.
Selama ini dia terpaksa kuatkan hati untuk
melupakan tapi saat hati sudah reda kenapa dihadirkan wajah
ini kembali? Namun dia sedar siapalah dia untuk menidakkan
aturan Allah. Mariam berpaling dari situ. Dia perlu kuat
untuk pergi.
“Mariam!” panggil Dzul ketika gadis itu mahu
melangkah pergi.
Panggilan Dzul diabaikan. Dia terus melangkah.
Apa yang ada di benaknya kini, dia mahu pergi jauh dari situ.
Kenapa? Dia sendiri pun tidak tahu.
“Yam!” panggil Dzul lagi. Kuat. Hampa. Gadis itu
langsung berpaling dari arahnya.
‘Aku rindukan kau, Yam.’ Bergema luahan itu di
relung hatinya.
Kali ini dia akan dapatkan Mariam. Nekad. Gadis
itu akan menjadi miliknya. Kisah remaja mereka dulu satu
kesilapan kerana dia takut akan dirinya. Takut tidak mampu
melindungi gadis kesayangannya.
Tapi kini... semuanya sudah berubah. Ya, Mariam
hanya milik Dzulfahmi!

No comments:

Post a Comment