DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 24 March 2019

Kerana Aku Memilihmu - Bab 2

“ESOK sayang free tak?”
Sedang Ayana mencuci pinggan, Johan datang
mendekat. Memeluknya erat dari belakang dan bertanya. Satu
kucupan dilepaskan ke pipinya. Dibiarkan kerana dia suka
setiap kali suaminya peluk begitu. Rasa disayangi.
“Hmmm... kenapa?” balasnya dengan pertanyaan.
Sedikit menggeliat apabila kucupan Johan beralih menyentuh
batang lehernya. Menggetarkan naluri kewanitaannya.
“Sebab malam ni abang lupa anniversary kita, so
esok abang nak ajak sayang keluar.”
“Nak pergi mana?”
“Tengok movie. Dah lama kita tak tengok movie
berdua.”
Betullah tu. Sejak Arisa dan Ariz ada, mereka sudah
tidak pernah lagi menonton berdua. Masa hujung minggu
dihabiskan bersama anak-anak. Menonton wayang, kenalah
ikut minat anak-anak. Dan pilihan anak-anaknya pula selalu
cerita kartun dan superhero. Kadang-kadang Ayana sampai
tertidur dalam panggung wayang kerana cerita begitu
langsung tidak menarik minatnya.
“Sayang buat pilihan. Nak tengok movie apa?”
Saat Johan menyerahkan pilihan kepadanya, mata
Ayana mula bersinar. Sudah lama dia tidak menonton sesuatu
yang menjadi kegemarannya sejak dulu. Inilah masanya.
“Hmmm... Aya nak tengok romantic movies.” Dalam
banyak pilihan, cerita romantik menjadi pilihannya. Walau
tahu suaminya tidak berapa menggemari cerita begitu. Bosan
katanya!
“Abang... bolehlah. Kita tengok romantic movies
ya? Dah lama Aya tak tengok cerita romantic berdua dengan
abang. Selalu tengok cerita kartun aje,” luah Ayana. Sedikit
membebel sebenarnya. Setiap kali keluar menonton wayang,
dia terpaksa beralah demi minat cahaya mata mereka.
Lagipun tidak sesuai mahu menonton cerita romantik di
hadapan Arisa dan Ariz yang baru berusia 8 tahun itu.
Terlepas tawa Johan. Luahan sang isteri tidak ubah
seperti satu aduan. Dia tahu Ayana memang berjiwa lembut.
Disebabkan jiwa yang sarat dengan kasih sayang itulah Ayana
gemar menonton sesuatu yang membelai jiwa.
“Hesy, abang ni! Ketawa pulak. Boleh ke tak ni?”
gumam Ayana. Geram mendengar tawa Johan yang singgah
ke lubang telinga.
“Betul ke sayang nak tengok romantic movies?”
Bersungguh-sungguh, Ayana mengangguk.
“Okey, jom!”
Belum sempat Ayana mengelap tangan yang basah,
Johan sudah mencempungnya. Membuatkan jeritannya
terlepas keluar. Terkejut dengan tindakan tak dijangka
daripada suami tersayang.
“Abang! Buat apa ni?” gumam Ayana. Mujur tak
melayang semangatnya diperlakukan begitu. Johan memang
suka buat sesuatu yang tidak terjangkau dek akal fikirannya.
“Sayang kata nak tengok cerita romantik, kan?
Abang nak bawalah ni.”
“Yalah... tapi itu kan esok. Bukan malam ni.”
“Tapi kalau nak tengok malam ni pun tak jadi
masalah kan?”
“Abang...” rengek Ayana minta dilepaskan. Namun
Johan langsung tidak mengendahkan. Elok sahaja lelaki itu
membawanya naik ke tingkat atas menuju ke bilik beradu
mereka.
Perlahan-lahan, Johan merebahkan tubuh Ayana
di atas tilam. Manakala dia memilih posisi di atas Ayana.
Rambut yang menutupi sebahagian wajah isteri tersayang
dikuak dengan jari-jemari. Anak mata Ayana direnung dalam.
Senyuman herotnya terukir.
“Errr... abang kata nak ajak Aya tengok cerita
romantik. Yang abang bawa Aya dekat bilik kita ni kenapa?”
Ayana mula tidak keruan. Daripada renungan mata suaminya
itu, dia seakan dapat membaca kehendak hati Johan. 10
tahun melayari hidup bersama, masakan dia tidak tahu isi
hati suaminya ini.
“Apa kata kita buat cerita romantik sendiri? Pahala
dapat, seronok pun dapat.” Ayat Johan menyatakan keinginan.
Sedari tadi dia mengawal perasaan. Melihat Ayana yang seksi
dengan gaun merah menyala, dia cuba bertenang. Mengawal
nafsu jantan yang mendatang. Tidak mahu tergopoh-gapah.
Biarlah makan malam berlalu terlebih dahulu. Kemudian,
selesai saja makan malam mereka, dia takkan lepaskan Ayana
daripada pelukannya.
“Abang!” Ayana pura-pura marah. Dada Johan yang
terdedah itu dipukul perlahan. Konon tak suka. Padahal dia
pun naik merenyam sama macam lelaki di hadapannya ini
juga.
“What? Sayang nak ke tak nak ni?”
Hangat muka Ayana. Soalan Johan memerangkapnya.
Antara keinginan dan rasa malu.
Johan tersenyum. Dia tahu Ayana juga menginginkan
tuntutan yang sama. Cuma rasa malu mengunci mulut
isterinya itu. Dia cukup kenal Ayana. 10 tahun mengahwini
wanita ini, dia tahu isterinya seorang yang pemalu. Terutama
melibatkan hal dalam selimut.
Ayana menggigit bibir. Wajah si suami kian
mendekat. Mata saling berpandangan. Dibiarkan saja Johan
terus membelainya. Biarlah malam ini berlalu indah buat
mereka berdua. Malam meraih 10 tahun bahtera rumah
tangga.
‘Semoga hubungan ini kekal sampai ke syurga.’ Itu
doa Ayana yang tidak putus dipanjat ke hadrat Ilahi.

JOHAN MENGIRING ke sisi. Merenung sejenak Ayana yang
sudah lena dibuai mimpi. Bibir si isteri yang seolah-olah
tersenyum itu mencuri tumpuan. Entah apa yang dimimpikan
sehingga tidur isterinya itu bersulamkan senyuman semanis
gula. Jauh di lubuk hati, dia bahagia setiap kali melihat
senyuman wanita kesayangannya. Wanita yang amat dicintai.
Benarkah dia amat mencintai Ayana?
Tiba-tiba soalan itu mengetuk minda. Membuatkan
nafasnya dihela. Berat. Tunak pandangan yang dilabuh kepada
Ayana beralih pula ke permukaan siling yang memutih.
Sebelah tangan diletak di dahi. Ada sesuatu yang sedang
berlegar dalam fikiran.
Petang tadi, sewaktu dalam perjalanan pulang, dia
berhasrat mahu memberitahu Ayana satu perkara yang sudah
6 bulan disimpan dalam diam. Berterus terang kepada Ayana
adalah jalan terbaik. Namun sebaik melihat isterinya di depan
mata, dia tergamam. Lidahnya kelu. Penampilan Ayana yang
menggoda akhirnya membuatkan dia tersungkur. Perkara
yang ingin diberitahu hilang saat dia dan Ayana hanyut dibuai
asmara.
Tidak mahu mengejutkan sang isteri, perlahan-lahan
dia mengalihkan tangan yang melingkari pinggangnya
itu. Kemudian, penuh hati-hati Johan bangun daripada
perbaringan. Telefon pintar yang terletak di atas meja hias
dicapai. Sengaja dia mematikan telefon pintarnya tadi.
Tidak mahu hubungan mesranya bersama Ayana diganggu
panggilan luar.
Langkah terus dibawa ke luar bilik. Telefon pintar
yang sudah kembali ke mood aktif segera memuntahkan bunyi
beep berulang kali. Tanda ada berpuluh-puluh WhatsApp dan
panggilan masuk diterima. Namun dalam banyak panggilan
masuk dan WhatsApp, dia lebih menumpukan perhatian pada
satu nombor itu.

You kat mana?
Kenapa tak jawab text I?
You tak rindu I ke?
I miss you so much.
Please... reply my text.
Kenapa you off handphone?
You dah tak sayang I!


Dan, banyak lagi teks WhatsApp daripada perempuan
yang sama.
Ya! Perempuan.
Johan punya perempuan lain selain Ayana.
Disebabkan perempuan itulah dia mudah lupa sekarang.
Tumpuan dan perhatiannya tidak lagi kepada Ayana seorang.
Ada orang ketiga mula mencuri ruang dalam hatinya.
Pantas Johan membalas teks WhatsApp daripada
perempuan itu. Tidak mahu si dia di sana merajuk dengannya.
Tak larat mahu memujuk.
Sorry, sayang. Kita jumpa esok ya.
Hantar.
Sesaat kemudian, telefon pintarnya mula
mengeluarkan bunyi. Panggilan daripada perempuan yang
sama. Cepat-cepat Johan menjawab panggilan sambil
melangkah menuruni anak-anak tangga. Dia terus ke ruang
dapur yang sunyi.
“Okay, sorry. I salah. Tak patut off handphone. Tapi
I harap sangat you faham. I tak boleh keluar malam ni. Aya
perlukan I.”
Perbualan antara Johan dan perempuan di hujung
talian mula memecah kesunyian. Sesekali, bebola matanya
melirik ke anak tangga. Takut kalau isterinya tiba-tiba turun
dan mendengar perbualannya. Ini bukan masa sesuai untuk
Ayana tahu kewujudan orang ketiga dalam rumah tangga
mereka.
“Please, sayang. Jangan macam ni. I janji jumpa you
esok. Okey?”
Lelaki dengan janji memang tidak dapat dipisahkan.
Begitu juga dengan Johan. Ditabur janji kepada si dia di
hujung talian dengan harapan dapat memujuk kekasih hati.
“Ya, I takkan mungkir janji. Esok kita jumpa. You
tidurlah. Dah lewat malam ni. Good night.” Setelah berjaya
memujuk Marsha, perbualan ditamatkan.
Marsha Ellyna Datuk Hilmi. Gadis berusia 25 tahun
yang berjaya masuk ke dalam hati Johan. Gadis yang berjaya
membuatkan dia lupa janjinya kepada Ayana. Gadis yang
perlahan-lahan membuat keinginan untuk berkahwin lagi
muncul dalam diri. Bukan dia tidak cuba menolak, namun
dia tewas apabila hati tidak mampu menepis godaan.
Bunyi beep mencuri ruang pendengaran.
Mengembalikan pandangan Johan ke muka skrin telefon
pintar yang terletak di atas counter top.

Jangan lupa mimpi I.

Pesanan ringkas daripada Marsha buat Johan meleret
senyum. Namun cuma seketika, saat anak matanya berlabuh
ke wajah Ayana di muka pintu yang memisahkan ruang dapur
dan makan, dia terjeda.
Sejak bilakah Ayana berdiri di situ? Adakah Ayana
mendengar perbualan dia dengan kekasih gelapnya? Soalan
demi persoalan mula mengetuk minda.
Dan Ayana, matanya tunak merenung Johan yang
nyata terkejut dengan kedatangannya.

No comments:

Post a Comment