DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 22 January 2015

Dekat Padamu - Bab 9

SUARA-SUARA seperti orang bergaduh menggamit pandangannya ke bilik Iskandar yang bertutup
pintunya. Bidai tingkap juga dirapatkan agar situasi di dalam tidak dapat dilihat oleh mereka di luar.
Shafiqa memandang Intan yang memandangnya. 


“Kak Tini.” Perlahan suara Intan dan pantas tangannya mencapai telefon sebaik ia berbunyi. Shafiqa senyap. Memandang ke bilik Encik Zakey yang bertutup. Mujurlah orang tua itu tidak ada, bisik Shafiqa sendiri. Dia melangkah masuk ke cubiclenya semula sambil membawa lakaran yang sudah dicetak dari bilik printing yang terletak di bahagian belakang.

“Ika...” Mazni masuk ke tempatnya sambil menghempas kertas A2 di atas mejanya.


Shafiqa mengeluh sambil memandang wanita itu. Dia baru sahaja melabuhkan  punggungnya di atas kerusi. Baru hendak melihat lakaran yang dicetak sebentar tadi.
Banglo kepunyaan Datuk Zainal. Petang nanti dia terpaksa pergi bertemu dengan lelaki itu untuk menunjuk pelan yang baru siap. Banyak sungguh perubahan daripada pelan asal.
 

Dia benar-benar bengang dengan lelaki yang seusia Encik Zakey itu. Cerewet! Banglo yang sedang direkanya adalah untuk isteri kedua Datuk Zainal. Wah, bertuah sungguh wanita itu!
Hmm... kalau dia diberi 10 orang lelaki seperti Datuk Zainal dan sekaya lelaki itu, lebih baik dia pilih lelaki yang biasa-biasa sahaja. Apabila kaya pasang sana sini. Kalau handsome sangat, ramai pula perempuan yang berkenan.


“Salah Ika,” rengek Mazni memandang Shafiqa.


“Dah salah betulkanlah, bukan tak boleh betulkan?” balas Shafiqa lemah. Pening dia dengan pelbagai masalah. Apalah dengan dia orang ni, bukan baru sehari dua bekerja, dah bertahun-tahun. Buat benda yang sama setiap hari, sungutnya sendiri.


“Bukan sikit, banyak tau,” adu Mazni sambil menggaru kepalanya yang bertudung.


“Habis tu? Nak biarkan aje?” soal Shafiqa. Berkerut dahinya menatap wajah Mazni. 


“Terpulanglah,” balasnya  mudah.

Sakit jiwanya. Ditolak kertas yang diletakkan oleh Mazni di atas mejanya tadi sehingga jatuh. “Ika banyak kerja. Petang ni nak jumpa dengan Datuk Zainal pulak,” katanya tanpa memandang Mazni.


Matanya menerjah setiap lakaran yang dibuat di kertas yang sudah terbentang di atas mejanya. Melihat lakaran itu pun sudah membuat dia pening kepala. Mazni mengutip kertas-kertasnya tadi dan segera keluar dari cubicle Shafiqa menuju ke tempatnya dengan
rasa bengang. 


“You memang tak guna Is!” jerit Kartini yang baru keluar dari bilik Iskandar. Terkejut kakitangan Archkey dengan jeritan wanita itu. Masing-masing mengintai ingin tahu apa yang sedang berlaku sehingga Kartini menjerit sebegitu. Kelihatan Iskandar berdiri di tepi pintu memandang Kartini dengan wajah garangnya. Berombak dada lelaki itu menahan rasa di hati.


Mazni mengetuk partitionnya. Shafiqa senyap, cuba memberi tumpuan setiap inci lakaran yang dibuatnya. Lantaklah kau orang. Peduli apa aku, bisiknya sendiri tidak menghiraukan isyarat yang diberikan oleh Mazni kepadanya.


“I akan tuntut hak I!” Lantang suara Kartini. Bengang dia apabila kad kredit yang hendak digunanya disekat oleh bank atas arahan Iskandar. 


“Hak? Apa hak you? Perhabiskan duit I adalah. You kahwin dengan I, semua dapat. You kahwin dengan jantan tu...” Iskandar terhenti. 


“Tengoklah apa yang dia bagi you nanti,” balas Iskandar dengan suara yang mendatar. Masuk dan menghempas pintu biliknya dengan rasa sebal. Dia sudah tidak peduli lagi. Biarlah kakitangannya tahu perkara sebenar.

Gamam Kartini seketika dengan tindakan Iskandar. Matanya mencerlung memandang mereka yang memandangnya.


“Apa pandang-pandang!” Tengkingnya sambil melangkah keluar dari situ.


Tak lama lagi adalah pintu yang tercabut tu, bisik Shafiqa sendiri. Hmm... pintu, pintu, nasib kaulah sebab jadi pintu, keluhnya sendiri.


Shafiqa menghela nafasnya. Terasa sesak nafasnya menatap pelan rumah Datuk Zainal. Rumah orang tua ni dah berapa kali diubah. Susah sangat suruh dia aje yang buat, gumam Shafiqa sendiri. Terasa bosan membuat lakaran rumah Datuk Zainal yang dirasakan entah apa-apa. Ini semua mengikut kehendak lelaki bertubuh gempal, kawan kepada Encik Zakey.


“Ooo... dia dah ada lelaki lain.” Mazni seperti berkata sendiri. “Macam-macam. Dapat suami yang baik, isteri pula buat hal. Dapat isteri yang baik, suami pula buat hal,” keluh Mazni.


“Kalau semua manusia baik kak, tak meriahlah dunia ni,” sampuk Shafiqa diiringi tawanya sendiri. Hai, entahlah. Entah macam mana nasibnya pula. Isu-isu sebeginilah yang membuat dia masih belum terfikir untuk berteman mahu pun mendirikan rumah tangga. Misinya sekarang adalah hendak membantu Shafiq yang akan keluar tidak lama lagi.


“Ika busy ke?”


Suara Iskandar benar-benar mengejutkannya. Dia mengangkat mukanya. Iskandar dengarkah apa yang dikatakan tadi. Alamak, matilah aku, gumamnya sendiri.


“Err... busy juga,” jawab Shafiqa dengan mata terkebil-kebil memandang Iskandar yang berwajah kelat. Mujurlah kau handsome, tak senyum pun masih handsome lagi, desisnya sendiri. 


“Lunch?”

“Tak kut, pukul 2.30 Ika ada appointment dengan Datuk Zainal” jelas Shafiqa sambil menunjukkan pelan rumah lelaki itu yang akan dibina atas sebidang tanah di
Puchong. 


“Abang ikut Ika nanti.” Iskandar berlalu.


“Haa?!”



 


DATUK ZAINAL mengangguk-anggukkan kepalanya memandang pelan rumahnya di visual 3D Studio Max yang direka oleh Shafiqa di komputer ribanya. Dipandangnya gadis di hadapannya. Tak sia-sia dia mengupah Shafiqa, dia mahu rumah untuk isteri keduanya serasi dengan jiwa seorang wanita yang seusia Shafiqa.

“Hmm, kalau boleh I nak you tambah lagi satu bilik, untuk jakuzi.”


Lelaki itu senyum memandang Shafiqa yang berada di hadapannya. Lawa gadis di  hadapannya, lebih cantik daripada isteri keduanya. Alahai, mengapalah dia lambat
bertemu dengan Shafiqa, desisnya sendiri.


Shafiqa memandang Iskandar yang duduk bersebelahannya yang asyik memerhati Datuk Zainal dari tadi. Entah apa yang difikirkan oleh lelaki itu. 


“Kenapa Datuk tak beritahu sebelum kami buat lakaran terakhir?” soal Iskandar sedikit tegas. Bengang. Hampir seminggu Shafiqa membazir waktunya dengan melakar rumah lelaki itu dan kini hendak ditambah itu dan ini. Itu pun sudah banyak sangat perubahan yang dilakukan oleh Datuk Zainal. Nampaknya tiada gunalah lelaki itu melantik Shafiqa menjadi arkiteknya. 

“Kami terpaksa membuat tambahan kos pada lakaran terakhir ni,” jelas Iskandar. Matanya masih menatap Datuk Zainal. Dapat dilihat lelaki itu asyik memerhati Shafiqa, bukan pada penerangan yang dibuat oleh gadis itu. Sesekali matanya merayap ke dada Shafiqa. Gatal sungguh orang tua ni! Mahu sahaja ditumbuk muka lelaki yang hampir sebaya ayahnya.

Shafiqa memandangnya sambil mengerut dahi seperti mengisyaratkan sesuatu.

“Ooo, ya ke?” soal Datuk Zainal sambil membetulkan duduknya yang agak tenggelam dek kerana badannya yang agak gempal. Iskandar mengangguk tanpa menghirau renungan
Shafiqa. Biarlah! Sebelum itu tak mahu pula cakap nak itu dan ini. Berhempas pulaslah Shafiqa menyiapkannya kerana Datuk Zainal adalah teman kepada ayahnya. Konon-konon
nak secepat yang mungkin. 


Akhirnya lelaki itu terpaksa berpuas hati dengan lakaran yang sudah dibuat oleh Shafiqa, hanya tambahan untuk bilik jakuzinya. Shafiqa berjanji akan meyiapkan dalam masa dua hari lagi. Dan pelan itu akan diberikan kepada lelaki itu kelak.

“Shafiqa dah ada sesiapa ke?” soal Datuk Zainal sambil berjabat tangan dengan gadis itu menandakan berakhirnya perbincangan mereka.


“Ooo... dia bakal isteri bongsu saya,” celah Iskandar tanpa senyuman. Dia menghulurkan tangannya kepada Datuk Zainal. Ada ke dia tanya begitu pada Ika? Hangat hatinya sebaik mendengar soalan lelaki itu. 


Ternganga Datuk Zainal, begitu juga Shafiqa. Mamat ni betullah, gumam Shafiqa sendiri. Tetapi elok juga, lelaki tua ni memang gatal, tangan aku diramas-ramas.  Tiba-tiba dia merasa geli gelaman. 


“Ika ikut sangat cakap dia. Kenapa?” soal Iskandar sebaik sahaja keretanya bergerak keluar dari parkir kereta di kawasan itu.


Shafiqa memandang Iskandar. “Yang abang sibuk ikut Ika ni kenapa? Tak ada kerja?” balasnya sebagai tidak menjawab soalan Iskandar dan diajukan pula soalan pada lelaki itu. Rimas dia kalau ditemani oleh Iskandar. 


“Kita lunch dulu. Ika belum makan lagi kan.” Dibiarkan persoalan-persoalan itu di situ.
Shafiqa senyap menghela nafasnya. Kalau dijawab ‘tak mahu’ pun Iskandar tetap akan membawanya pergi makan, jadi dibiarkan begitu.


Iskandar membawa Shafiqa ke sebuah restoran Barat. Penat dia berpusing mencari restoran Melayu di daerah yang terkenal dengan pelbagai jenis restoran makan Barat. Hendak tak hendak terpaksa juga mereka masuk ke salah sebuah restoran Barat yang tertampal logo halal di situ. 


Suasana restoran itu agak lengang. Jam sudah menunjuk pukul 4.30 petang. Mana ada orang makan tengah hari pukul 4.30 petang, desis Shafiqa sendiri  “Ika tak tanya kenapa abang bergaduh dengan Kak Tini?” soal Iskandar memandang Shafiqa sebaik pelayan tadi
meninggalkan mereka setelah membuat pesanan. Shafiqa memandang Iskandar.


“Masalah abang. Abang selesaikan sendiri. Buat apa Ika nak campur. Bukan menyenangkan. Lagi mengusutkan adalah.”


Dia tidak tahu mengapa Iskandar bertanya begitu. Haruskah dia terlibat sama dengan masalah rumah tangga lelaki itu. Pelik sungguh Iskandar ni, bisiknya sendiri. Iskandar tersenyum. Dari dahulu begitulah sikap Shafiqa. Bukan jenis yang suka menjaga tepi kain orang. Walaupun telinganya mendengar tetapi tidak suka untuk memperkata atau memperbual masalah orang lain.


“Abang tak tahu apa yang dia beli, sampai lima, enam ribu,” sungut Iskandar sambil melepaskan nafasnya merenung ke luar. Terkejut dia sebaik melihat penyata kad kreditnya
sudah melebihi hadnya. Memang dia jarang menggunakan kad kredit kecuali benar-benar terdesak. Dia sangat pasti Kartini berbelanja menggunakan kad kredit yang pernah diberikan dahulu.


“Ika, bukan nak menghasut abang...” Shafiqa berhenti daripada berkata-kata apabila pelayan tadi meletakkan sudu, garpu dan pisau di atas meja. “Kalau dia tidak fikirkan perasaan abang, diri abang... lebih baik abang bebaskan dia. Insya-Allah, abang akan dapat yang lebih baik daripada dia.”


“Abang nak baik macam Ika.” Iskandar memandang Shafiqa ingin melihat reaksi gadis itu.
Shafiqa menggeleng-gelengkan kepala sambil menggulung-gulungkan rambutnya lalu disepit apabila ada yang berjuntai di tengkuk dan pipi sebelah kanannya.


“Jangan nak berangan.” 


“Kenapa? Ika dah ada boyfriend ke?” 


“Kalau tak ada pun, Ika tak akan pilih abang.” Jeling Shafiqa dengan rasa bengang dengan gurauan Iskandar yang dirasakan gila dan tiga suku. Iskandar senyum. “Kenapa?”

“Sebab Ika dah menyampah dengan abang, tau tak! Tapi jangan kecik hati dengan Ika pulak. Abang yang tanya,” balas Shafiqa.


Kuat ketawa Iskandar mendengar penjelasan Shafiqa. Dia tidak perlu berkecil hati dengan kata-kata gadis itu. Mungkin benar Shafiqa menyampah dengan sikapnya yang suka mengusik dan menduga gadis itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia lebih senang dengan Shafiqa daripada kakitangannya yang lain.


“Puas hati?” 


Iskandar senyum. Namun nasihat Shafiqa masuk juga ke hatinya. Sudah lama dia  memendam rasa pilu dan sedih dengan sikap Kartini. Sampai bila dia harus menjadi seorang suami dayus? Ya, dia dayus membiarkan isterinya berpeleseran dengan lelaki lain. Dia harus membuat keputusan.


“Maaflah bang, kalau abang terasa hati dengan kata-kata Ika tadi. Tapi memang betul, Ika dah menyampah dengan abang.” Serius wajah Shafiqa berkata-kata. Sekali lagi Iskandar ketawa mendengar pengakuan jujur Shafiqa.

No comments:

Post a Comment