DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 19 January 2015

Pengarah Cinta Terbaik - Bab 16



HAMPIR terbuka luas mulut Citra saat melangkah masuk ke dalam dewan hotel yang begitu besar dan mewah. Kalau tidak silap Citra, hampir dua ribu tetamu yang dijemput untuk meraikan majlis resepsi itu nanti. Sungguh Citra kecut perut apabila membayangkan suasana majlis yang gah itu nanti.
“Berapa yang awak habis itu majlis ni?” soal Citra sambil berbisik di sebelah Rasfal.
Rasfal berpaling dan tersenyum nipis.
“Lebih daripada sepuluh ribu,” balas Rasfal.
Lebih daripada sepuluh ribu? Mulut Citra terlopong. Lelaki itu sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk majlis perkahwinan yang tidak akan berpanjangan ini? Kalau Citra cukuplah diadakan kenduri doa selamat. Itu sudah memadai.
“Banyaknya tu. Awak tak rasa membazir ke? Kita kahwin bukannya lama. Nanti awak nak bayar gaji saya lagi,” ujar Citra sambil membuntuti langkah Rasfal menuju ke arah pelamin yang sudah dihias cantik.
“Kau anggaplah apa yang berlaku sekarang ini umpama dalam filem. Semua yang aku lakukan ini ibarat seperti modal untuk filem aku. Kau tak payah bimbang, semua yang aku lakukan ini untuk kepentingan aku dan aku takkan menyesal,” balas Rasfal sambil matanya memandang ke kiri dan kanan. Bimbang jika ada yang mencuri dengar perbualan mereka berdua.
Citra hanya menganggukkan kepala. Tiba-tiba, matanya menangkap kelibat Atif dan Qammar yang sedang membincangkan sesuatu. Kelihatan Qammar tekun mendengar arahan daripada Atif.
“Abang Qammar!” panggil Citra sedikit teruja. Sejak arwah ibunya meninggal, baharu hari ini dia berpeluang untuk bertemu dengan Qammar. Rasa rindu untuk menatap wajah tunang tersayang hilang begitu saja apabila Qammar memandang ke arahnya.
“Saya nak jumpa Abang Qammar sekejap, boleh?” pinta Citra pada Rasfal yang berdiri di sebelahnya. Lelaki itu hanya mendiamkan diri.
“Atif! Qammar!” panggil Rasfal lalu menggamit kedua lelaki itu untuk supaya datang ke arahya.
Citra tersenyum apabila Qammar dan Atif berjalan menuju ke arahnya. Matanya setia memandang wajah Qammar yang suram tanpa senyuman sedangkan bibir Atif sudah melebarkan senyuman.
“Apa khabar pengantin baru?” soal Atif sambil bersalaman dengan Rasfal.
“Pengantin baru abah kau,” balas Rasfal kemudian mereka berdua ketawa. Rasfal menumbuk lembut bahu Atif. Kehadiran Qammar tidak diendahkan Cuma sesekali matanya melirik pada Citra yang kelihatan begitu gembira kerana dapat bertemu dengan Qammar.
So far macam mana dengan progress majlis ni? Semua dah settle ke?” soal Rasfal sambil memandang wajah Atif dan Qammar.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Cuma bahagian audio dan kamera yang belum set up lagi. Bahagian lighting dah siap sepenuhnya,” terang Atif.
“Saya cuma perlukan dua hari untuk siapkan bahagian kamera. Insya-Allah, akan siap before bos bersanding,” ucap Qammar pula.
Rasfal hanya menganggukkan kepala.
“Atif, ikut aku sekejap,” ujar Rasfal sambil mengajak Atif untuk meninggalkan Citra dan Qammar. Dia tahu tentu ada yang perlu dibincangkan antara Qammar dan Citra.
“Kita nak ke mana?” soal Atif pelik.
“Ikut jelah. Banyak bunyi pulak kau ni,” bebel Rasfal sambil menarik tangan Atif.
“Aku bagi kau peluang tapi jangan nak lebih-lebih. Ingat sikit yang kau tu isteri siapa sekarang,” Rasfal memberi amaran sambil berbisik.
Citra menganggukkan kepala tanda faham. Dia hanya mampu menghantar kelibat Rasfal dan Atif dengan pandangannya sebelum anak matanya kembali beralih pada laman wajah Qammar yang kelihatan muram.
“Abang tak sihat ke? Citra tengok macam tak gembira je,” Citra bersuara.
“Tunang mana yang akan gembira kalau tunang dia akan bersanding dengan lelaki lain. Seksa abang tengok Citra dengan bos sedangkan abang lebih berhak pada Citra. Citra cintakan abang kan?” luah Qammar.
Citra mengeluh kecil.
“Memang Citra cintakan abang tapi siapa yang setuju untuk Citra terima tawaran bos dulu kalau bukan abang. Berapa kali Citra cakap yang benda ini mengarut tapi abang nak Citra terima juga. Sekarang abang tengoklah, kita jauh terpisah. Walaupun Citra ada depan mata abang tapi kita tak dapat bersama,” keluh Citra.
“Tolong jangan ungkit apa yang berlaku, Citra. Abang tahu abang yang hasut Citra untuk terima tawaran bos tapi demi kepentingan ibu. Abang tak nak tengok Citra jatuh sakit sebab bekerja keras kumpul duit untuk operation ibu. Abang sayangkan Citra dan kalau boleh abang tak nak tengok Citra terbeban walau sikit pun,” balas Qammar.
“Selagi abang berada di sisi Citra, selagi itulah Citra takkan rasa terbeban. Sekarang kita dah tak boleh undurkan masa ataupun hentikan semua ini. Citra harap abang dapat tunggu Citra sampai perkahwinan ini tamat,” ujar Citra sambil meraup wajahnya.
Qammar terdiam. Dia memandang wajah Citra. Selama dia kenal Citra semenjak di bangku sekolah menengah lagi, dia tahu Citra memang seorang gadis yang baik malah gadis itu jarang sekali membantah kata-katanya.
“Abang pasti akan tunggu Citra. Citra tu jangan pula lupakan abang lepas kahwin dengan lelaki kaya. Dahlah pelakon, popular pulak tu. Abang ni apalah yang ada,” ujar Qammar seolah berjauh hati.
“Abang ada hati Citra yang tak pernah Citra beri pada sesiapa pun,” pintas Citra dengan suara yang ceria.
Qammar tergelak kecil. Dia tersenyum manis pada Citra yang kelihatan ayu dengan tudung syiria berwarna oren.
“Kalau Citra sayangkan abang, abang nak minta sesuatu dengan Citra boleh tak?” soal Qammar perlahan. Dia memandang ke kiri dan kanan. Dia mendekati Citra.
“Apa dia, bang?” soal Citra pelik.
“Abang nak pinjam duit sikit boleh?  Kereta abang asyik meragam jelah. Tentu bos ada bagi Citra gaji kan?”
“Duit yang bos abang bagi hari tu mana?” soal Citra.
“Duit tu abang dah bagi pada adik abang. Dia orang nak buat belanja sekolah. Citra tahulah kan, sekarang ni sekolah banyak aktiviti, duit pun kena banyak keluar,” ujar Qammar cuba menyakinkan Citra.
“Tapi sekarang ni Citra tak ada banyak duit, dalam dua ratus adalah,” balas Citra jujur.
Qammar tersenyum manis. Umpannya sudah mengena. Tidak susah untuk memujuk gadis lurus seperti Citra. Gadis itu tidak pandai membantah ataupun melawan kata-katanya.
“Dua ratus pun dua ratuslah. Nanti Citra bagilah kat abang separuh gaji Citra. Gaji abang sebagai cameraman ni berapalah sangat. Dahlah abang ni banyak tanggungan,” keluh Qammar sambil menayang muka sedih.
Sayu hati Citra mendengar rungutan tunangnya.  Dia tidak menyangka yang Qammar mengalami kesulitan duit.
“Insya-Allah, kalau Citra dapat gaji, Citra tolong abang. Abang kan tunang Citra tentu Citra takkan biarkan abang hidup susah,” balas Citra lembut.
Qammar hanya tersenyum manis. Dalam hati dia melonjak kegembiraan kerana selepas ini dia tidak perlu tentang duit kerana dia sudah menemui lubuk yang sesuai.

KENAPA kau biarkan mereka berdua tu berdua-duaan? Kau tak takut ke kalau reporter nampak?” bebel Atif sambil menjuihkan bibirnya ke arah Qammar dan Citra yang sedang berbual mesra.
“Nak takut apa? Aku kan ada dekat sini. Lainlah kalau dia orang berdua-duaan di belakang aku. Boleh jugak aku marah,” balas Rasfal selamba. Dia duduk di atas kerusi yang tersedia di hadapannya.
“Kau ni memang tak ada perasaan kan?” ucap Atif geram. Dia turut melabuhkan punggung di sisi Rasfal.
“Kenapa pulak kau cakap macam tu?”
“Yelah, isteri sendiri bercakap dengan lelaki lain kau boleh buat tak tahu je. Kalau orang lain memang dah dapat penumbuk lelaki tu. Cubalah tunjuk yang kau ambil berat pada isteri kau tu,” balas Atif seakan tidak berpuas hati.
“Dia cuma isteri sementara jadi tak perlulah aku beria sangat. Lagipun Qammar tu tunang dia, biarlah dia jumpa tunang dia puas-puas,” jawab Rasfal seolah tiada hati dan perasaan.
Atif melongo seketika. Terkebil-kebil dia memandang wajah Rasfal. Dia tidak menyangka jawapan itu yang terkeluar daripada mulut Rasfal.
“Tunang apa bendanya? Bekas tunang. Dia isteri kau walaupun hanya di atas kertas. Tanggungjawab dia pada kau dan tanggungjawab kau pada dia tetap sama seperti suami isteri yang lain. Cuba kau alihkan fikiran kau daripada dunia drama kau, barulah kau boleh nampak realitinya,” bidas Atif.
Rasfal tersenyum sinis.
“Inilah yang aku malas nak cakap pasal kahwin. Asyik-asyik tanggungjawab. Kau tahu kan aku tak suka terikat dalam satu hubungan yang lama. Rimas tahu tak. Sampai sekarang aku tak dapat nak fikir macam mana lelaki dan perempuan boleh hidup dalam satu jangka masa yang lama. Kalau aku tentu bosan gila. Cukuplah sekali ni je aku kahwin lepas ni aku tak nak terikat dengan mana-mana perempuan,” balas Rasfal.
Mata Atif membulat.
“Kau tak boleh tolak fitrah kau sebagai manusia, Ras. Satu hari nanti kau tetap perlukan teman hidup yang dapat menjaga kau hingga akhir hayat kau,” ujar Atif masih tegas dengan pendapatnya.
No, no…aku tak perlukan semua itu. Ya, memang aku tak nafikan yang perkahwinan itu satu fitrah tapi perkahwinan itu tak ada dalam kamus hidup Ras Haqeemi. Hidup aku hanya untuk karier aku dan tak ada ruang untuk benda lain. Aku setuju dengan cadangan kau untuk ambil Citra sebagai isteri sementara aku dulu pun disebabkan aku tahu dia sudah bertunang, jadi lepas berpisah dia boleh hidup dengan tunangnya. That’s it,”
That’s it? Kalaulah semua itu boleh berjalan seperti apa yang kau rancang alangkah mudahnya hidup ni. Kau kena ingat Ras, memang kau boleh tulis tentang jalan cerita hidup kau untuk dijadikan drama tapi kau tetap tak boleh menulis jalan hidup kau sendiri sebab kita masih ada pengarah yang lebih berkuasa,” balas Atif cuba menasihati Rasfal.
Rasfal terdiam. Memang benar kata-kata Atif tapi mampukah untuk dia menerima seorang wanita asing untuk dijadikan isteri? Jawapannya tentu tidak.
“Aku masih berpijak pada bumi yang nyata, Atif. Cuma aku…”
“Itulah masalah kau, cuma...cuma…aku nak cakap kau ni pernah kecewa dengan perempuan, rasanya kau tak pernah bercinta. Bercakap dengan perempuan pun macam bercakap dengan musuh, aku tak tahu macam mana reporter boleh cakap yang kau ni playboy. Confuse aku. Kau ni ada masalah dengan perempuan ke?” soal Atif lagi.
Rasfal hanya tersengih. Namun, sengihan mati apabila matanya terpandang Citra seakan menghulurkan sesuatu pada Qammar yang diambil daripada beg tangannya. Rasfal mula curiga. Bebelan Atif sudah tidak kedengaran di telinganya.
Stop, stop. Aku nak balik dululah,” ujar Rasfal mematikan bebelan Atif.
Atif terdiam. Dia memandang wajah Rasfal yang kelihatan seperti kelam kabut.
“Awalnya nak balik. Hantaran kau tak check lagi,” balas Atif.
“Kau tolong check bagi pihak aku. Aku percayakan kau,” jawab Rasfal lalu bingkas bangun meninggalkan Atif yang melopong melihat tingkah Rasfal yang kelihatan tergesa-gesa.
“Entah apa kena dengan mamat sekor ni,” bebel Atif lagi sambil menggelengkan kepala.

DAH habis bersembang dah?” sampuk Rasfal tiba-tiba menyebabkan Citra dan Qammar terkejut.
Citra berpandangan dengan Qammar sebelum air liurnya ditelan. Wajah Rasfal yang kelat itu cukup menceritakan yang lelaki itu sedang menahan marah.
“Dah, bos…” balas Qammar dengan nada tersekat. Janganlah dia tahu aku pinjam duit daripada Citra. Detik hati Qammar.
“Baguslah. Citra, jom balik!” ajak Rasfal sambil menarik lengan Citra.
Citra tersentak. Dia melihat wajah Qammar yang sudah berubah apabila Rasfal memegang tangannya. Citra juga turut rasa bersalah.
“Tapi kita belum…”
“Tak payah nak banyak cakap, banyak hal lagi yang kita kena settle. Jom balik,” ajak Rasfal.
“Citra pergilah ikut bos. Lain kali kita jumpa lagi,” ujar Qammar perlahan. Bunyi seperti orang kecewa.
Rasfal mencebik. Sesuka hati dia je nak jumpa isteri orang. Ingat aku nak benarkan ke? Bebel hati Rasfal.
“Okeylah. Abang jaga diri baik-baik,” ujar Citra sambil langkahnya hampir tersadung apabila lengannya ditarik oleh Rasfal. Rela atau tidak, akhirnya dia meninggalkan Qammar. Sayu hatinya apabila melihat wajah Qammar yang kelihatan kecewa.
‘Satu hari nanti kita akan bersatu juga, abang.’ Desis hati Citra.
“Nak tengok apa lagi ni? Tak puas lagi ke jumpa tadi?” soal Rasfal sedikit kasar.
Citra hanya mendiamkan diri. Dia hanya mengikuti langkah Rasfal yang menariknya sehingga ke kereta.
“Aku nak kau terus terang dengan aku, apa yang kau bagi pada Qammar tadi?” sambung Rasfal sebaik saja mereka berdua berada di dalam kereta.
Citra tidak menjawab. Jantungnya berdebar dengan soalan yang diajukan oleh Rasfal. Dia bimbang lelaki itu akan melenting jika mengetahui dia memberikan Qammar duit.
“Saya…saya…saya tak bagi apa-apa pun,” bohong Citra dengan suara yang tersekat-sekat. Dahinya berpeluh malah tapak tangannya juga berpeluh. Dia resah dalam diam.
Rasfal tersenyum sinis. Dia tahu Citra berbohong. Melihat air muka gadis itu, dia sudah tahu.
“Aku bukan budak kecik yang boleh kau tipu. Cepat cakap apa yang kau bagi pada Qammar?!” sergah Rasfal membuatkan bahu Citra terhinjut.
Errr…saya bagi Abang Qammar pinjam duit. Kereta dia rosak,” terang Citra dengan suara yang tersekat-sekat.
Rasfal terdiam. Lama matanya menatap wajah Citra. Dia mengetap bibir.
“Kau percaya ke?” soalnya.
“Saya sentiasa percayakan Abang Qammar. Dia tak pernah menipu saya,” balas Citra jujur.
Rasfal hanya menggelengkan kepala. Kesian betul Citra, langsung tak tahu perangai Qammar yang sebenarnya bagaimana. Kalaulah gadis itu tahu tentu hancur lumat hatinya mengenangkan tunang yang disangka baik tetapi ternyata bohong belaka.
“Jangan terlampau percaya nanti kau juga yang menyesal. Aku bukan nak masuk campur urusan kau tapi aku tak nak kau menderita nanti. Gaji yang aku bagi pada kau tu untuk kau simpan bukannya untuk kau habiskan pada orang lain,” ujar Rasfal. Suaranya kembali mengendur. Enjin keretanya turut dihidupkan.
“Abang Qammar bukan orang lain, dia tunang saya. Dia bakal suami saya,” tegas Citra.
Rasfal menjeling. Dia mencebik.
“Tunanglah sangat. Sedarlah sikit sekarang ni kau dah jadi bekas tunang dia,” balas Rasfal tidak mahu mengalah.
“Tak kiralah bekas tunang ke, apa ke, yang penting hanya dia yang saya ada sekarang ni. Dia masa depan saya, hidup saya…” ujar Citra membela Qammar.
Rasfal mendengus. Sakit pula telinganya mendengar kata-kata Citra untuk Qammar. Macamlah hebat sangat!
Stop it, please. Nak bernanah telinga aku dengar. Kau nak bercinta ke, nak apa ke janji kerja kau buat dengan sebaik mungkin dan jangan nak menimbulkan apa-apa gosip dengan lelaki lain termasuk tunang kau tu. Aku tak suka!” ucap Rasfal.
“Baiklah, bos. Saya ingat,” balas Citra akur dengan keputusan Rasfal.
Rasfal mendengus apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Sepantas kilat dia mencapai telefonnya dan menekan punat jawab.
“Hello!” sergah Rasfal dengan kuat. Sudahlah hatinya panas dengan dengan kerenah Citra sekarang ada orang pula yang nak cari pasal dengannya.
“Hello, kau ni siapa hah? Kalau tak ada kerja yang berfaedah, jangan kacau aku!” marah Rasfal dengan suara yang meninggi. Pantas, talian dimatikan. Telefonnya dicampak begitu saja.
Citra menelan air liur melihat wajah Rasfal yang bengis. Dia kecut perut untuk menegur. Akhirnya dia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.


No comments:

Post a Comment