DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 15 January 2015

Terima Aku Seadanya - Bab 1

“MOMMY!!!”

Izzara terpanar seketika apabila anak kecil itu menjerit memanggilnya mommy! Dan dia terpinga-pinga apabila si comel itu tiba-tiba memeluk kakinya. Entah anak siapa pulak yang beria-ia memanggilnya mommy ni? Dah tu selamba pulak memeluk kakinya dengan erat!

Hati Izzara disapa rasa hairan dengan tingkah anak comel itu. Kenapa si comel itu seolah-olah mengenalinya? Namun yang menghairankannya, kenapa dia tidak mengenali seraut wajah comel yang mendongak sayu memandangnya? Puas matanya meneroka ke wajah itu. Sungguh! Dia tidak kenal anak kecil itu! 

“Aduhai… anak siapa pulak yang sesat ni?” keluh Izzara dalam hati.

“Rania! I’m here, sayang… She’s not your mommy, Rania. Sini, sayang.” Tiba-tiba kedengaran suara garau yang separuh menjerit memanggil anak kecil itu. Mendengar lelaki itu menyebut nama Rania, barangkali Rania la nama si comel
yang memeluk kakinya itu. Izzara mengalih pandangannya
ke arah suara itu buat seketika. Kemudian dia berkalih pula pada sepasang mata bundar yang cantik milik anak kecil itu.

Berkaca-kaca matanya. Suaranya pula merengek-rengek menyebut mommy! mommy!

“Aduh, menangis pulak budak kecik ni!” desis Izzara lagi.

“Rania….” Sekali lagi suara garau itu menyeru nama si comel. Tapi kali ini lembut saja nadanya. Dan ketika itu, lelaki tersebut semakin menghampiri mereka. Namun si comel itu tetap tidak berganjak dari situ.Dia langsung tidak mengendahkan panggilan itu. Malah semakin erat dia memeluk kaki Izzara. Cara dia memeluk seperti dia enggan melepaskan Izzara pergi jauh daripadanya. 

Riak sayu yang terlakar pada wajah comel itu sudah cukup menggambarkan bahawa dia menanggung rindu yang sangat mendalam terhadap mommynya. Terlalu mendambakan kasih seseorang yang bergelar ibu.



“Rania nak mommy! Please… don’t let mommy go, daddy.” Rayu Rania Arissa sambil merengek-rengek. Dia masih enggan melepaskan pelukannya. Izzara masih terpinga-pinga dan pelik. Kenapa dalam ramai-ramai orang di Sunway Pyramid ni, dia jugak yang menjadi mangsa si kecil itu? Ramai lagi gadis atau perempuan lain kut! Tapi... kenapa dia?

Sungguh! Dia tersepit dengan drama ini. Sudahlah dia ada appointment dengan clientnya sekejap lagi. Tapi amat payah untuk dia melepaskan diri memandangkan Rania Arissa begitu erat memeluk kakinya. Seolah-olah dia itu memang ibunya. Mommynya!

“Ya Tuhan! Kotor pulak seluar aku. Aduh, macam mana ni? Takkan aku nak tolak je si comel ni? Hesy… tak sampai hatilah...” desis Izzara. Seluar panjang Dorothy Perkins berwarna putih yang dipakainya basah tercalit air mata dan hingus si comel itu. Paling meresahkan Izzara apabila anak itu
semakin kuat merengek-rengek dan enggan melepaskannya.

Izzara tertunduk sambil memegang tangan Rania Arissa, cuba memujuk anak kecil itu yang masih menangis. Dia tidak perasan Ghaz Khuzairi yang semakin menghampiri mereka.

“Cik... saya nak mintak...” Ghaz Khuzairi tergamam. Lidahnya kelu. Matanya tertancap kaku pada wajah itu. Izzara pelik, kenapa lelaki itu bagaikan tergamam?

Mata lelaki itu bagaikan helang merenungnya. Eh! Pelik pulak bila lelaki itu tiba-tiba terdiam terkaku di hadapannya. Izzara jadi tidak keruan. Sumpah apakah sehingga dia terpaksa berhadapan dengan situasi begini? Dahlah dia mengejar masa nak bertemu dengan client, malang pula kerana dipertemukan dua makhluk Tuhan yang sangat pelik ini. Si anak tiba-tiba memeluk kakinya dan memanggilnya mommy. Si ayah pula dengan gaya patung cendana apabila melihat wajahnya.

Semakin terpinga-pinga Izzara dibuatnya! Tiba-tiba nak berdrama jejak kasih di pusat membeli-belah ni, dah kenapa? Apa yang dah jadi kepadanya hari ni? Sangat pelik! Kenapa lelaki itu tergamam saat memandangnya? Rambut dia serabaikah? Atau make-up dia comotkah? Eh, dah macam juri Dewi Remaja pulak! Nak menilai begitu dan begini! Izzara membelek jam tangan Tissot miliknya.

“Alamak! Dah terlambat ni. Mati aku!” Keluh Izzara.

“Encik... Encik!” Tegur Izzara kepada lelaki itu yang masih dengan gaya patung cendana. Tegak berdiri di hadapannya. Melihatkan tiada respons daripada lelaki tersebut, Izzara melayangkan pula tangannya beberapa kali di hadapan wajah itu.

Ghaz Khuzairi tersedar. Dengan riak wajah yang menahan malu, dia mengusap-usap perlahan belakang Terima Aku Seadanya tengkuknya. Spontan tingkahnya itu. Demi Tuhan, dia tergamam tatkala melihat wajah milik wanita itu. Hatinya cuba menyangkal. Namun pandangan matanya tidak mampu menidakkan apa yang dilihatnya itu.

“Mustahil dia!” Ghaz Khuzairi bermonolog sendiri.

“Encik, saya dah lambat ni. Saya ada appointment kejap lagi. So, boleh tak encik lepaskan saya daripada si comel ni? Anyway, nama saya Izzara. Just call me Zara.” 
“Oh, maafkan saya. Saya terlupa pulak tentang dia. By the way, nama saya Ghaz Khuzairi. Just call me Ghaz or Khuzairi. Tak usahlah panggil saya encik. Bunyinya macam terlalu formal. Dan si comel ni anak saya, Rania Arissa.” Balas Ghaz Khuzairi dengan segaris senyuman. Kemudian dia mencapai tangan Rania Arissa dan memujuk anaknya itu agar melepaskan pautan pada kaki Izzara.

Tiba-tiba jantung Izzara berdegup kencang. Terpesona seketika melihat senyuman manis Ghaz Khuzairi yang memikat. Dia terpaksa mendongak memandang Ghaz Khuzairi yang lebih tinggi daripadanya. Badan dan ketinggian lelaki itu persis model profesional saja. 

Demi Tuhan! Lelaki di hadapannya itu sungguh kacak dengan badannya yang sasa, berkulit sawo matang dan hidungnya yang mancung. Punya sepasang mata yang agak sepet dengan bulu keningnya yang tebal di sebalik cermin mata yang dipakainya itu. Sungguh berkarisma dan perfect! Macam hero filem pun ada. “Sayang... sini la. Mommy ada kerja. Nanti kalau kerja mommy dah settle, kita jumpa mommy ya. Sini... sayang.” Ghaz Khuzairi yang sudah mencangkung di hadapan Rania Arissa sekali lagi cuba memujuk si comel yang sedang merengek-rengek itu.

Ghaz Khuzairi dapat merasakan Izzara tidak selesa. Malah dia dapat membaca air muka keliru Izzara. Pastilah Nina Harith Izzara keliru. Anak dan si ayah macam berpakat-pakat pulak mengelarnya dengan panggilan mommy. Kenapa pula dia dianggap mommy kepada anak lelaki itu? Lagi pun, bukannya dia kenal dengan Ghaz Khuzairi tu. Aduh! Semakin sesak dada Izzara dibuatnya.

Rania Arissa melepaskan pelukannya pada kaki Izzara. Dia mendongak dan memandang sayu daddynya. 

“Daddy… janji tau, bila kerja mommy dah siap kita jumpa mommy ye, daddy? Rania nak bawak mommy jalan-jalan. I missed mommy so much.” Pinta Rania Arissa yang comel memakai Guess smocked dress berwarna biru muda dan bertali pinggang warna merah jambu. Rambut dark brownnya
yang panjang itu ditocang dua. 

“Okay, my sweetie pie. I’m promise you… bila kerja mommy dah siap, nanti kita jumpa mommy ya. Biar mommy pergi buat kerja dia. Dan kita balik dulu ya, sayang.” Pujuk Ghaz Khuzairi lagi.

Walaupun terdetik rasa bersalah di hati Ghaz Khuzairi kerana mencipta janji, namun dia terpaksa berbuat demikian memandangkan Rania Arissa sukar untuk melepaskan Izzara. Terbit rasa bimbangnya jika dia tidak dapat menunaikan janjinya itu. Pada masa yang sama, dia juga rasa bersalah terhadap Izzara kerana pandai-pandai mencipta janji tanpa meminta persetujuan wanita itu terlebih dahulu. Adakah Izzara akan bersetuju dengan janjinya itu?

Ketika Izzara ingin melangkah meninggalkan kedua-duanya, tiba-tiba tangannya ditarik perlahan. Terhenti langkahnya seketika. 

“Mommy, ada tisu tak? Rania nak tisu, boleh?” Tanya si comel itu sambil tersenyum. Tanpa berfikir panjang, Izzara terus mengeluarkan tisu dari beg tangan Coachnya, lalu diberikan kepada Rania Arissa. 

“Mommy… sorry... Seluar mommy ni dah kotor. SorryTerima Aku Seadanya ya, mommy.” Ucap Rania Arissa sayu. Tangan comelnya kalut mengelap seluar Izzara yang terpalit hingus dan air matanya tadi.

Hati Izzara tiba-tiba tersentuh dengan perlakuan Rania Arissa yang terdidik akhlaknya itu. Sungguh! Izzara kagum dengan didikan yang diberikan kepada si comel itu. 

“It’s okay, sayang. Mommy tak marah. Sebab mommy tahu yang sayang mommy ni tak sengaja. Mommy tahu sayang mommy ni sedih sebab rindu pada mommy, kan? Tak apa. Nanti kalau kerja mommy dah selesai, mommy akan bawak sayang jalan-jalan, okey?” Janji Izzara. Dengan spontan boleh pula dia mengaku dirinya mommy si comel itu. Sempat dia menghadiahkan ciuman di kedua-dua pipi gebu itu dan memeluk erat tubuh Rania Arissa. Terbit perasaan sayang dan kasihnya. Rania Arissa di dalam dakapan Izzara hanya mengangguk laju.

Setelah agak lama berpelukan, Izzara mengungkai perlahan pautannya pada tubuh comel itu. Dia merenung seketika pada wajah suci Rania Arissa dan menguntum senyum. 

Air mata yang masih bergenang di mata bundar itu dikesat lembut. Kemudian, Izzara kembali memeluk Rania Arissa dengan erat. Sungguh! Dia sangat pelik dengan perlakuannya itu.

Izzara juga masih tertanya-tanya kenapa Rania Arissa beria-ia menganggapnya mommy. Yang menghairankan, dia pun mudah saja mengaku si comel itu anaknya. Demi Tuhan, dia sudah jatuh sayang kepada Rania Arissa. Tersentuh hatinya apabila melihat riak wajah sayu dan penuh mengharap itu. 

Ghaz Khuzairi yang sedari tadi menjadi pemerhati hanya mampu melafazkan syukur. Bersyukur dan gembira kerana Izzara memberi respons yang positif. Dia sangat berterima kasih dengan ‘kerjasama’ yang diberikan Izzara. Sekurang-kurangnya Rania Arissa dapat merasa pelukan kasih daripada ‘mommynya’ itu.

Izzara melepaskan pelukan dan menyerahkan Rania Arissa kepada Ghaz Khuzairi.

“Cik Izzara… Kalau tak keberatan, boleh berikan saya your name card atau your contact number? Maaf, saya tak bawa name card saya pulak. Kan, awak dah janji nak bawa  Rania jalan-jalan nanti. So, senang saya nak cari awak. Dan saya minta maaf kalau awak tak selesa bila anak saya anggap awak ni mommy dia. I have a reason why she called you mommy. Nanti saya akan ceritakan pada awak.” Kata Ghaz Khuzairi perlahan. 

Bimbang butir perbualannya didengari Rania Arissa. Izzara kaget apabila Ghaz Khuzairi begitu rapat
dengannya. Rasa nak luruh jantung apabila mendengar suara garau yang perlahan itu berkata-kata. Namun dia faham dengan tingkah lelaki itu. Barangkali bimbang si comel mendengar apa yang diperkatakan. 

“Okay, you owe me an explaination. By the way, saya ni nampak tua sangat ke? Sampaikan anak orang pun mengaku saya ni mommy dia?” soal Izzara sinis seraya menghulurkan name cardnya. Sungguh! Dia geram dan sakit hati kerana lelaki itu pandai-pandai mengikat janji. Sudahnya dia terbabit sama. 

Tak pasal-pasal dia kena mengaku jadi mak orang! 

“Janganlah bimbang Cik Izzara, awak bukannya nampak tua pun. Tapi awak nampak sangat cantik di mata Rania. Mungkin sebab tu dia anggap awak ni mommynya. 

Anyway, I’ll call you later and thanks for your cooperation.” 

Jawab Ghaz Khuzairi dengan senyuman nakal. Makin membara hati Izzara apabila melihat senyuman
lelaki itu. Sudahlah tadi Ghaz Khuzairi selamba membabitkan dia dengan drama mereka dua beranak. Sekarang ni sempat pulak mengusiknya. Nasib baiklah dia ni ala-ala ayu dan sopan. 

Kalau tidak, memang nak kena lempang laju-laju saja muka Ghaz Khuzairi tu. Biar terus tak handsome. Baru padan muka dia! 

Izzara yang memang dah bengang tahap petala itu sempat menjeling geram. Dia terus mengatur langkah. Tak pasal-pasal jatuh sahamnya sekejap. Namun, dia akui hatinya sudah jatuh sayang kepada Rania Arissa. Hati siapa yang tidak jatuh sayang pada anak secomel dan sepetah Rania Arissa itu. 

Manja pulak tu. Bertuahnya kalau dia punya anak secomel Rania Arissa.

Setelah agak jauh melangkah, dia menoleh ke arah dua beranak itu. Sangkanya Ghaz Khuzairi dan Rania Arissa sudah berlalu pergi. Terkejut dia apabila melihat mereka masih di situ. Tiba-tiba hatinya menjadi sayu memandang wajah si comel itu. 

Tangannya itu melambai-lambai ke arahnya. Lalu dia membalas lambaian si manja sambil menguntum senyum. Demi Tuhan, dia suka melihat adegan si ayah mendukung dan memeluk si anak. 

Terserlah sifat penyayang lelaki itu. Izzara berpaling dan meneruskan langkah untuk ke tempat yang dijanjikan dengan clientnya. Masanya banyak terbuang dengan drama tadi. Harap-harap clientnya tak sampai lagi. Jika tidak, tentu dia malu sebab terlambat dan tak menepati masa.

“DADDY... RANIA nak jalan sendiri. Tak naklah daddy dukung.  

Nanti bila Rania jalan-jalan dengan mommy, nanti tak larat mommy nak dukung Rania sebab mommy tak besar macam daddy.” Petah Rania Arissa meminta dengan manja. Tangannya masih melingkar di leher Ghaz Khuzairi. Dahi Ghaz Khuzairi berkerut. Pelik dengan omelan Rania Arissa. Dan beberapa saat kemudian dia tersenyum lalu melepaskan Rania Arissa ke bawah. Haih, dan-dan pulak si anak daranya ini tak nak didukung. Selalunya, merengek-rengek nak didukung dan minta dipeluk. Apabila dah berjumpa ‘mommynya’ terus dia ingin berjalan sendiri. Selalunya si comel ni manja je memanjang.

Ghaz Khuzairi membelek-belek name card yang dihulurkan Izzara sebentar tadi.

“Erm… Izzara Iskandar. Senior Executive of Product Specialist. Excellent Investment Berhad? Macam aku familiar je dengan firm ni!” bisik Ghaz Khuzairi dalam hati. 

“Daddy, boleh tak daddy belikan dress baru untuk Rania? Nanti Rania nak jumpa mommy nak pakai cantik-cantik. Mesti mommy suka! Cepatlah, daddy!” Tangan comel si manja itu menarik tangan Ghaz Khuzairi.

Ghaz Khuzairi melangkah menuruti Rania Arissa yang menarik tangannya. Tergesa-gesa dia menyimpan name card Izzara ke dalam kocek seluarnya. Bibir mengukir senyum melihat keletah anak kesayangannya itu. 

KETIKA MEMANDU pulang, Ghaz Khuzairi masih memikirkan kejadian tadi. Kenapa masa ni jugak perempuan itu muncul? Dia yang bercuti hari ini sengaja mahu meluangkan masa untuk membawa Rania Arissa membeli-belah setelah mengambil si comel itu di tadika tadi. Sungguh! Dia tidak menjangkakan mereka boleh terserempak dengan Izzara. Akan tetapi, kenapa boleh terserempak dengan Izzara tatkala Rania Arissa ada bersamanya? Ya Tuhan, kebetulan apakah ini?

Dia menoleh ke tempat duduk di sebelahnya. Rania Arissa yang sedang leka bermain game Angry Bird di iPadnya itu nampak ceria saja. Barangkali ceria setelah bertemu dengan wanita yang dianggap mommynya. Ketika memilih smocked dress untuk Rania Arissa tadi, beria-ia si manja mahukan dress berona merah cili. Sama dengan warna baju yang dipakai Izzara tadi. Cepat saja si comel bermata hazel itu menangkap warna itu. Nampaknya agak payah untuk Rania Arissa melupakan tentang ‘mommynya’ selepas ini.  Ghaz Khuzairi buntu. Bagaimanakah harus dia menerangkan kepada Rania Arissa? Rania Arissa yang baru berusia 4 tahun itu bukan mengerti lagi tentang kehidupan. 

Mana mungkin anak sekecil itu akan mengerti hakikat sebenar citra hidupnya.

“Ya Allah... macam mana ni? Serabut kepala aku.” Keluh Ghaz Khuzairi.

Ya Tuhan, dia sangat tertekan apabila memikirkan bagaimana cara terbaik untuk menerangkan keadaan sebenar kepada Rania Arissa. Dia tak sanggup membuatkan si buah hati pengarang jantungnya itu kecewa. Demi Tuhan... dia tidak sanggup melihat Rania Arissa bersedih. Tidak terlintas di hatinya untuk membuatkan Rania Arissa begitu. Dia telah berjanji kepada dirinya untuk sentiasa membahagiakan intan payungnya itu. Janjinya telah terpateri sejak Rania Arissa hadir
dalam hidupnya. 

Sesungguhnya, Rania Arissa itu adalah amanah daripada seseorang untuknya. Dia akan cuba sedaya upayanya untuk memegang amanah ini dengan sentiasa membahagiakan dan menggembirakan hati Rania Arissa. Juga memberikan didikan dunia akhirat dengan sesempurna mungkin. Itu janji Ghaz Khuzairi!

1 comment: