DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 15 January 2015

Terima Aku Seadanya - Bab 3

PAGI ini Izzara terlambat bangun daripada biasa gara-gara bergayut sakan dengan Qaleef malam tadi. Dia melangkah ke dapur dengan wajahnya yang berseri-seri. Maklumlah rindu yang sarat di dada sudah terlebur kini. Sampai saja di dapur, kelihatan Shamzlin sedang leka bersarapan. Yang menghairankan Izzara, tersedia pulak seteko air milo panas, roti bakar dan telur separuh masak di atas meja makan.

“Good morning, gorgeous! Kau mimpi anak raja mana malam tadi, Sham? Rajin semacam je kau pagi ni.” Sapa Izzara. Kerusi di meja makan ditarik lalu dia melabuhkan duduknya mengadap Shamzlin. Wajah Shamzlin yang bersahaja itu dipandang seketika. Kemudian dia mencapai sebiji epal hijau  lalu digigitnya. Entah sudah dibasuh ke tidak epal yang diambilnya dari dalam bakul di meja makan itu. Tak senonoh betul Izzara ni. Main ngap saja, kan! 

“Hesy! Anak raja mana pulaklah yang hingin masuk dalam mimpi aku. Bukan nak kata anak raja, si Fahrin Ahmad tu pun belum tentu sudi nak masuk dalam mimpi akulah. 

Entahlah... tiba-tiba mood rajin aku datang pulak pepagi ni. Itu yang aku prepare segala ni.” Selamba Shamzlin menjawab. Sebiji mug diambil. Air milo dituang lalu dihulurkan kepada
Izzara.

“Apa-apa pun thankslah ye sebab sediakan breakfast ni. Kalau abang aku yang kat US tu ada sini, memang aku suruh dia pinang kaulah. Mana tau ada rezeki aku nak beriparkan kau, kan? Kalau anak raja ke, si Fahrin Ahmad tu ke, tak nak kat kau… aku jamin yang abang aku tu sure berkenan. Sudahlah rajin dan cantik, engineer pulak tu.” Izzara sudah tersengih mengusik.

“Amboi!!! Bukan main lagi kau merepek. Agaknya abang kau tu pun dah ada girlfriend kat sana. Memandai je nak kenenkan orang. Entah-entah perempuan yang bertudung macam aku ni, abang kau tak pandang sikit pun. Yelah, dah lama kat US tu. Sure taste dia nak yang seksi-meksi macam orang putih sana.” Balas Shamzlin bersahaja.

“Hesy, abang aku tu baiklah. Lagi pun mustahil dia nak rembat minah salih kat sana buat isteri. Mama aku dah warning dia awal-awal. Tak mahu bermenantukan minah salih. Kau tak pernah lagi jumpa abang aku, kan? Kalau kau tengok muka dia, sure kau tangkap cintan punyalah. Handsome tau! Fahrin Ahmad pun kalah...” Ujar Izzara sambil mengunyah roti di tangannya. Siap menaikkan ‘saham’ abangnya itu. Shamzlin hanya memasang telinga. Bersahaja riak wajahnya. Seperti tidak teruja pun.

“Iyelah. Pandai-pandai kau je nak ‘pasang’ jalan abang kau tu. Eh, Zara... abang kau tu memang jarang balik Malaysia ke?” soal Shamzlin dengan riak wajah yang tertanya-tanya.

“Abang aku tu memang jarang gilerlah balik Malaysia. Sebab tu kau memang tak pernah jumpa dia kalau kau datang rumah aku. Mama dan papa aku pun dah pening dengan dia tu. Ingatkan bila dah habis study, dia balik sini tolong papa aku tu. Alih-alih dia sibuk nak kerja kat sana pulak. Katanya nak cari pengalaman dulu. Nasiblah, Abang Iqram aku ada tolong papa.” Cerita Izzara kepada Shamzlin yang setia mendengar.

“Kau tu mengata abang kau. Tapi kau tu pun sama jugak. Tak nak kerja dengan papa kau tu. Yelah, daripada kau susah-susah kerja bawah orang lain, baik kau kerja dengan papa kau tu je.” Sela Shamzlin. 

“Aku bukan tak nak bantu papa aku tu. Kalau boleh, aku nak berdikari. Nak cari experience dulu. Lagi pun papa aku memang tak kisah kalau aku nak cari experience kat tempat lain dulu. Kalau aku dah ready nanti, aku kerjalah dengan dia.” Terang Izzara. Sememangnya dia memilih untuk mencari pengalaman di luar dahulu sebelum dia bekerja dengan papanya pula. Mahu merasa sendiri bagaimana susahnya membina kerjaya sendiri. Adakalanya kesusahan itu memberi motivasi kepadanya untuk terus berusaha.

“Eh? Yang kau bangun lambat pagi ni, kenapa?” Shamzlin hairan bila Izzara lambat bangun pagi ini. Jarang Izzara begini.

“Erm… tu la, aku memang dah terlambat ni. Tapi aku baru teringat yang aku ada appointment dengan client pukul sepuluh pagi nanti. Nasiblah semalam aku bawak balik dokumen untuk client tu. Hmm… semalam aku sembang dengan Qaleef la.” Tersungging senyuman di bibir Izzara apabila nama sang kekasih disebut. 

“Eh, Qaleef bila nak balik sini? Lama lagi ke kursus dia kat Sheffield tu?”

“Katanya sepuluh hari. So, lagi lima harilah dia kat Sheffield tu. Kau bayangkan, Sham. Dah empat hari dia kat sana, baru nak call aku. Mana tak meroyannya aku ni, Sham. Risau aku ni, Tuhan ajelah yang tahu... Nak pecah dada aku ni risau dan rindu kat dia. Tapi syukurlah, dia okey je kat sana.” 

“Eh... eh... over betul orang bercinta macam kau ni, kan. Siap nak pecah dadalah konon. Hesy! Menyampah pulak aku!” sela Shamzlin sambil mencebikkan bibirnya. 

“Amboi! Sedap je kau mengata aku ni over. Tak kisahlah aku over ke apa, janji Qaleef sayang aku. Ko hader?” Izzara tersengih. Sengaja mahu menyakat sahabatnya yang sudah mencebikkan bibirnya itu. Buat seketika, Izzara berjeda. Hilang sengihannya. Namun dia tetap memandang Shamzlin.

“Sham… Sebenarnya aku ada sesuatu nak beritahu kau. Tentang aku dengan Qaleef.” Serius Izzara bersuara senada dengan riak wajahnya. Shamzlin yang agak leka menikmati roti bakar terus terhenti mengunyah. Dia terus membetulkan posisi duduknya dan menayangkan riak muka ingin tahu. Mood busy body dia dah datanglah tu!

“Apa yang kau nak beritahu aku ni? Kau ada problem dengan Qaleef ke? 

“Entahlah, Sham... aku tak tahu macam mana nak story kat kau pasal ni. Segan pun ada ni, nak beritahu kau.” 

“Hey, babe! Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba nak segan dengan aku? Apa sebenarnya yang kau nak beritahu aku ni? Just say it, dear.” Lembut nada suara Shamzlin memujuk. 

Kemudian, Shamzlin bangun lalu mengambil tempat duduk di sebelah Izzara. Tangan Izzara dicapai lalu digenggam erat. Cuba menenangkan sahabatnya itu yang seolah-olah terbeban dengan masalah berat. 

“Hesy, kau ni... saja tau nak buat aku suspens! Amendenya problem kau ni Zara? Jantung aku rasa nak gugur dah ni tengok air muka kau tu. Qaleef... apa yang kau dah buat pada Zara ni??? Orang sekarang ni bukan boleh percaya sangat kalau dah syok bercinta. Main taram je kalau dah sayang. Ya Allah, kau lindungilah si Zara ni.” Izzara memandang tepat pada wajah Shamzlin. Dia menghela nafasnya seketika. Seolah-olah mencari kekuatan meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“Qaleef la, hari tu...”

“Apa yang Qaleef dah buat pada kau, Zara? Dia buat benda yang tak senonoh ke? Hesy, aku macam tak percaya pulak Qaleef macam tu la Zara.” Belum sempat Izzara berkata-kata, Shamzlin dah menyampuk. Lancar mulut Shamzlin mengandaikan masalah Izzara. Terlopong Izzara mendengarnya. Geram pun ye jugak!

“Wei! Kau ni dah kenapa cakap merepek macam tu? Kau dengar dululah apa yang aku nak beritahu kau ni. Jangan nak merepek, boleh tak?” Izzara memukul lembut bahu Shamzlin. Gila kalau dia tak sentap mendengarkan andaian yang bukan-bukan tentang Qaleef itu.

“Hehehe… I’m so sorry, babe! Aku bukan nak menuduh. Tapi aku risau tengok muka kau tu. Macam berat je problem kau.” Shamzlin tersengih sambil menayangkan muka sucinya.

“Okay, let me make it straight to the point. Qaleef melamar aku masa di KLIA hari tu. Kalau aku setuju, balik dari Sheffield nanti dia nak bawak parents dia datang merisik aku. Dan aku sememangnya dah bersetuju.”

“Oh my gosh! Biar betul, Zara? Anyway, congratulations! Dah tu, apa masalahnya kalau dia melamar kau? Kau jangan cakap yang hati kau dah berbelah bagi semenjak jumpa bapak si comel tu? Siapa entah nama mamat tu? Hah… Ghaz Khuzairi, kan? Kau jangan buat hal, Zara... Takkan kau dah tangkap cintan dengan bapak orang kut? Dahlah kau kata dia tu handsome.” Sedap mulut Shamzlin berkata yang bukan-bukan. Memang sah nak makan pelangkung Izzara minah ni. 

“Ya Tuhan... kau ni dah kenapa nak merepek yang bukan-bukan ni, Sham? Kau kena sampuk ke ni? Pelik semacam je kau pagi ni. Ghaz Khuzairi tu tak ada kaitan langsung. Sebenarnya, aku happy je bila Qaleef melamar aku hari tu. 

Tapi dalam masa yang sama hati aku ni macam tak bersedialah, Sham!” Jelas Izzara sambil menjegilkan mata bundarnya. Geram dengan kata-kata merepek Shamzlin. 

“Aduh, Zara... pasal apa pulak kau tak ready? Kau sedar tak umur kau tu dah 28 tahun? Tak ready apanya? Kau kata aku pelik. Tapi kau tu yang pelik! Elok je Qaleef tu ajak kau menikah, tapi kau pulak yang tak ready.” Kata Shamzlin dengan riak muka keliru.

“Ini bukan soal umurlah, Sham. Yang aku maksudkan adalah soal tanggungjawab apabila dah berkahwin nanti. Seriously, aku risau soal menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang sempurna dan ibu yang boleh memberi didikan sempurna kepada anak-anak. Kadang-kadang aku tertanya-tanya pada diri, mampu ke aku ni mencapai matlamat perkahwinan aku nanti? Kalau nak compare aku dengan Qaleef tu, dia jauh lebih baik daripada aku ni. Malah dia yang banyak mengubah gaya hidup aku. Aku rasa tak mampu dan tak yakin, Sham.”  Luah Izzara perlahan.

“Ya Allah, Zara... kenapa kau boleh fikir macam tu? Zara, kau pandang aku. Dengar sini. When life gets difficult, when the tasks become tiring, when your heart is giving up, don’t give up. Ingatlah, tentu Allah ada rencana yang lebih baik untuk kau kerana Allah itu sebaik-baik perancang. Kau jangan terlalu memikirkan bahawa perkahwinan itu sesuatu yang membebankan. Kau kena fikir positif, Zara. Kau kena fikirkan bahawa perkahwinan itu tujuannya untuk mendapatkan keredaan Allah. Kalau kau pilih untuk mendapat keredaan Allah, Insya-Allah perkahwinan kau nanti pasti menjadi mudah. 

Aku tak nafikan, kadang-kadang dalam perkahwinan tu pun ada dugaan dan rintangannya. Namun, kau kena ingat. Allah tu selalu ada bersama kita. Allah akan bantu asalkan kau selalu berdoa. Berserahlah kepada-Nya. Jangan waswas, Zara. Sebab waswas itu datangnya daripada sifat syaitan.” Shamzlin berjeda seketika. Kemudian, dia menghela nafasnya.

“Biasalah tu. Bila kita ingin melakukan sesuatu kebaikan, pasti syaitan akan sentiasa menghasut kita. So, kau kena yakin setiap perkahwinan itu ada hikmahnya. Dan aku pasti, Qaleef boleh bimbing kau nanti. Kau kena ingat Zara, nak dapatkan seorang lelaki sebaik Qaleef tu bukannya senang. Aku yakin yang Qaleef boleh jadi suami yang baik. Dan kau harus tahu bahawa kebahagiaan sesebuah keluarga adalah di tangan suami. Suamilah peneraju dan nakhoda rumah tangga. Tugas dan amanah yang dipikul oleh suami sangat berat daripada tanggungjawab kita seorang isteri. Aku yakin, Zara… Qaleef mampu menjadi nakhoda yang baik dalam rumah tangga korang nanti. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang merumitkan atau menyusahkan, Zara. Tetapi seseorang itu yang merumitkan dan menjadinya susah kalau salah gaya atau caranya.” Panjang lebar Shamzlin bertazkirah.

Izzara merenung pada raut wajah Shamzlin. Dia menghela nafasnya. Dia kagum sebenarnya dengan apa yang disampaikan oleh sahabatnya. Tak sangka pulak, minah kalut tu boleh bagi tazkirah yang agak bernas. 

“Aku bukan bermaksud perkahwinan itu sesuatu yang rumit. Cuma aku risaukan diri aku ni. Risau tak mampu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Mungkin betul juga cakap kau tu. Perasaan waswas aku ni datangnya daripada godaan syaitan kut. Tapi dah rasa lega sikit hati aku ni, dengar tazkirah panjang lebar kau tu, Sham. Kau pun tahu kan, betapa aku cinta dan sayang pada Qaleef? Cuma aku risau tak dapat jalankan tanggungjawab aku dengan sempurna nanti. Okeylah... mulai sekarang, aku akan berfikiran positif dan serahkan segalanya kepada Allah. Terima kasih, Sham. Sayang kau sangat!” ucap Izzara dengan senyuman manisnya. 

“Zara… perasaan cinta dan sayang suami isteri akan menjadikan pasangan itu bertanggungjawab dalam mengemudikan rumah tangga mereka. Tanggungjawab dalam perkahwinan adalah amanah yang ditanggung di dunia dan disoal di akhirat. Kau dan Qaleef tu dah lama kenal. Cinta dan sayang tu dah ada antara korang berdua. Rasanya tak ada  masalah untuk korang pikul tanggungjawab tu bersama. So, kau kena yakin. Qaleef kan ada. Insya-Allah, nanti dia boleh guide kau. Dah... jangan fikir lagi yang bukan-bukan. Fikir positif, babe! Jangan risaukan masa depan kau. Jalani kehidupan kau sekarang ni sebaik mungkin. Nikmati segala keindahan yang kau boleh kenang nanti. And as your bestie, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau dan Qaleef.” Ikhlas Shamzlin menuturkan pendapat dan nasihat buat sahabatnya itu. 

“Thanks, Sham! You’re so awesome, babe! Kau buat aku benar-benar terharu ni. Tiba-tiba aku rasa nak peluk kau, Sham!” Izzara bangun lalu memeluk Shamzlin. Sungguh, dia sangat terharu dengan pendapat dan nasihat sahabatnya itu.

“My pleasure, dear. Apa gunanya kawan, babe!” balas Shamzlin sambil menelek jam di tangannya.

“Oh my gosh! Zara, dah 8:30 pagi rupanya! Aku dah lambat nak ke ofis ni!” Terkocoh-kocoh Shamzlin bangun dan menuju ke arah singki. Mug yang digunakannya tadi dibasuh.

Kemudian dia meluru masuk ke bilik untuk mengambil beg tangan dan kunci keretanya.
Izzara tercengang dengan gerak laku Shamzlin yang tiba-tiba kalut semacam.

“Uikss! Tadi baru je sopan-sopan alah mentazkirahkan aku. Tapi sekarang lambat sikit, dah kalut semacam.” Bisik Izzara lalu tersenyum mengenangkan betapa kalutnya sahabatnya itu.
Izzara segera mengemas meja dan ke singki untuk membasuh mug. Kemudian, dia ke ruang tamu. Sementara menunggu masa untuk keluar bertemu dengan client, dia mencapai iPad untuk memeriksa e-mel. Manalah tahu ada e-mel penting daripada clientnya. Terutama yang berkaitan dengan urusan jual beli saham.

Pagi-pagi begini sebelum market trading bermula
pada pukul 9 pagi, selalunya Izzara akan study pasal pasaran saham terlebih dahulu melalui market news atau morning news yang diterimanya daripada Research Department. Izzara akui, dia perlu rajin mencari maklumat tentang selok-belok pasaran saham. Mudah baginya nanti untuk berurusan dengan client yang selalu bertanya tentang pasaran saham terkini.

Setelah selesai membaca market news dan mengemelkannya kepada client, Izzara menilik jam di tangan. Dia harus bersiap-siap untuk keluar memenuhi appointment dengan clientnya pada pukul 10 pagi nanti. Setelah memastikan semua barang dan dokumen dibawa bersama, Izzara melangkah ke keretanya. Ketika Izzara ingin menghidupkan enjin, deringan telefon kedengaran di dalam beg tangan. Tergesa-gesa dia mengambil telefon bimbitnya itu. 

“Nombor siapa pulak ni?” Izzara tertanya-tanya, namun punat hijau ditekan juga.

“Helo…” sapa suara garau yang membuat panggilan.

No comments:

Post a Comment