DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday, 16 January 2015

Terima Aku Seadanya - Bab 5

“NI, Cik Izzara ya?” soal si lelaki itu setelah memandang wanita yang memberi salam kepadanya. Izzara menepuk lembut dahinya. Teringat akan appointment dengan client di hadapannya yang dibuat melalui panggilan telefon semalam. Macam manalah dia boleh terlupa. Nasib baik dia sempat balik ke pejabat setelah memenuhi appointment pagi tadi. Kalau dia terlambat balik ke pejabat tadi, kan haru client ni menunggu lama di sini.

“Ya, saya Izzara. By the way, encik ni Datuk Ghazali ke? Yang telefon saya semalam nak buat transfer shares, kan?” soal Izzara kepada lelaki yang kemas berbaju kemeja berwarna biru itu. 

Kalau betullah lelaki di hadapannya itu adalah Datuk Ghazali, sungguh dia tak percaya. Yalah, selama dia bekerja dan berurusan dengan client terutamanya yang high networth client macam Datuk Ghazali, bukan senang nak berurusan terus dengan mereka ni. Selalunya, setiausaha atau personal assistant mereka yang uruskan. Paling tidak pun, Izzara
sendiri harus datang ke pejabat mereka jika ada perkara penting nak diselesaikan. Kalau nak datang sendiri ke Excellent Investment Berhad sekadar untuk buat transfer shares atau account updating, memang agak payahlah nak jumpa orang yang berpangkat macam Datuk Ghazali ni. Sanggup datang menguruskannya sendiri.

“Haah… sayalah Datuk Ghazali yang telefon Cik Izzara semalam tu. Saya minta maaflah kalau menyusahkan Cik Izzara waktu rehat begini. Saya sebenarnya ada urusan pukul 3 petang nanti. Tu yang saya datang masa ni.” Makin kagum Izzara dengan lelaki di hadapannya itu. 

Memang susah nak jumpa orang berpangkat yang sangat sopan dan merendah diri begini. Lelaki yang kemas penampilannya itu, pada amatan Izzara mungkin seusia papanya. Gaya dan sikap serta sifatnya juga ala-ala papanya. Berkarisma dan sopan serta berlemah-lembut apabila berbicara. 

“Datuk tak perlulah minta maaf. Memang dah tugas saya kena sentiasa ada untuk client. Lagipun saya memang tak keluar lunch pun hari ni. Datuk ada bawak tak dokumen yang saya beritahu semalam untuk buat transfer tu?” Sopan Izzara bersuara. Siap tersenyum manis lagi. 

“Hmm, ada ni... Cik Izzara nak surat beranak anak saya, kan?”

“Haah. Surat beranak anak Datuk. Semalam Datuk beritahu saya yang Datuk nak transfer shares Datuk tu kepada anak Datuk, kan? So, saya perlukan salinan surat beranak tu.”

“Ya, betullah tu. Saya nak transfer shares tu kepada anak saya. Tapi saya terlupa pulak nak buat salinan surat beranak dia. Saya cuma bawak yang original je.” 

“Oh, pasal salinan tu nanti saya uruskan kejap lagi. By the way, Datuk nak transfer berapa kaunter saham kepada anak Datuk tu?”

“Hmm, saya nak transfer lima kaunter saham aje. Tapi saya dah lupa berapa kaunter saham yang saya ada. Kalau tak silap, saya ada dua puluh kaunter saham rasanya.”

“Untuk pengetahuan Datuk, setiap satu kaunter saham yang Datuk nak transfer dikenakan bayaran RM10. So, kalau Datuk nak transfer lima kaunter saham Datuk tu, maknanya Datuk kena bayar RM50. Pasal berapa kaunter saham yang Datuk ada tu, kejap lagi saya suruh CDS (Central Depository System) staf print statement untuk kaunter saham dan berapa unit setiap saham yang Datuk ada. Apa kata kita ke kaunter depan untuk uruskan urusan transfer shares Datuk ni. Mari Datuk, kita ke sana.” Sampai sahaja di kaunter depan, Izzara menjemput Datuk Ghazali duduk di tempat yang dikhaskan untuk client. 

Sementara menanti Datuk Ghazali mengisi borang pemindahan saham, Izzara membuat salinan surat beranak dan kad pengenalan Datuk Ghazali. Usai itu, dia kembali mendapatkan Datuk Ghazali. 

“Cik Izzara… column untuk witness ni, saya perlu isi ke?” soal Datuk Ghazali yang sedari tadi leka mengisi borang. Izzara melihat column yang dimaksudkan oleh Datuk Ghazali
sebentar tadi. “Oh, column ni akan diisi oleh remisier atau dealer.

That means, saya yang akan jadi saksi bagi pihak Datuk. Tak apa, kosongkan column tu. Nanti saya uruskan. Anyway, Datuk confirm ke mahu transfer lima kaunter saham ni pada anak perempuan Datuk?” tanya Izzara merujuk kepada anak perempuan Datuk Ghazali yang bernama Izzati Aisyah. Sedap namanya. Mesti lawa orangnya. 

“Hmm, buat masa ni biar saya transfer lima kaunter dulu. Actually, saya nak transfer shares pada anak saya yang dua orang lagi tu. Tapi diaorang cakap hold dulu. So, saya just proceed untuk Izzati Aisyah ni dululah. Dia ni anak bongsu saya. Masih study lagi kat Universiti Teknologi Petronas. Dia dengan abangnya tak berminat dengan hal-hal business ni. Cuma kakak diaorang yang sulung tu jelah yang berminat tolong uruskan business saya. Tapi dalam soal minat anak ni, saya tak pernah nak paksa. Ikut diaoranglah nak kerja apa pun. Yang penting mereka berjaya dunia dan akhirat. Itu pun dah memadai bagi saya. Oh ya Cik Izzara, ni borangnya. Dan ni RM50 untuk bayaran transfer.” Datuk Ghazali mengeluarkan sekeping wang RM50 dari wallet Hermes miliknya lalu dihulurkan kepada Izzara berserta dengan borang transfer yang telah siap diisi tadi. 

Izzara menyambut borang dan wang bayaran transfer tersebut. Dia meneliti setiap maklumat yang diisikan. Dalam masa yang sama terngiang-ngiang di telinganya keramahan
Datuk Ghazali bercerita tentang anak-anaknya itu. 

“Okey, semua maklumat dah lengkap diisi dan sekarang saya hantar borang ni ke kaunter depan dululah ye, Datuk. Tapi Datuk kena tunggu dalam lima belas minit untuk proses transfer ni. Boleh, Datuk?” Sopan Izzara bertanya. 

“Tak apa, saya boleh tunggu.” Jawab Datuk Ghazali sambil tersenyum. 

“Oh ya, Datuk… Sementara menunggu proses transfer ni siap, Datuk nak minum apa-apa ke? Nanti saya minta tolong tea lady buatkan air untuk Datuk.”

“Thanks, but no thanks… Cik Izzara. Tak perlu susah-susah. Saya dah minum sebelum ke sini tadi.” Izzara membalas senyuman Datuk Ghazali dan melangkah ke kaunter. Setelah hampir lima belas minit, Izzara kembali mendapatkan Datuk Ghazali yang sedang leka membaca THE EDGE yang sememangnya disediakan oleh pihak pengurusan di ruang tersebut. 

“Hmm… transfer dah settle, Datuk. Ini copy untuk rujukan Datuk. Dan yang ini pula receipt payment. Resit bayaran transfer untuk lima kaunter saham tadi.”

“Thanks… Cik Izzara. Rasanya dah tak ada apa lagi, kan? So, I have to go now. Hopefully we will meet again after this, Zara.” Ucap Datuk Ghazali sambil tersenyum.

“My pleasure, Datuk. Sudah tugas saya bantu client. Insya-Allah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Mana tahu lepas ni Datuk nak datang lagi buat transfer shares untuk anak Datuk
yang dua orang lagi tu. Kalau Datuk ada apa-apa nak tanya, call je saya.” Sopan Izzara menuturkan kata-katanya. 

“Okay, then. Apa-apa nanti saya akan call Cik Izzara ya. Kalau boleh hal macam ni, saya prefer handle sendiri. Tak nak menyusahkan setiausaha saya. Sebab dia pun banyak kerja lain nak dibuat. Okeylah, saya minta diri dulu ye, Cik Izzara.” 

“Biar saya hantar Datuk ke main entrance. Mari, Datuk.” Izzara mempersilakan Datuk Ghazali ke pintu utama Exellent Investment Berhad itu. 

“Hmm, kalau boleh tak payahlah panggil saya Datuk. Cik Izzara ni dah macam umur anak-anak saya je. Panggil uncle pun tak apa.”

“Uncle pun tak payahlah nak bercik-cik dengan saya. Panggil Zara je.”

“Anyway, dah lama ke Zara bekerja di sini?” 

“Hmm, dah hampir tiga tahun lebih jugaklah. Nak cari experience dulu selok-belok hal business ni. Especially bab-bab marketing ni, uncle.” Balas Izzara.

“Uncle bangga dengan anak muda macam Zara ni yang ada wawasan untuk meningkatkan mutu kehidupan sendiri. Yang rajin menimba pengalaman untuk berjaya dalam hidup.

Cuma uncle nak nasihatkan Zara, nak berjaya dalam hidup ni harus kena ingat akhirat juga. Maksud uncle, kita nak cari pengalaman dan nak berjaya dalam hidup, jangan terlalu mengejar tuntutan duniawi sehingga kita lupa tanggungjawab kita kepada Allah. Jangan sampai kita mengabaikan perintah atau suruhan-Nya. Yang penting solat lima waktu tu. Jangan jadikan alasan kita sibuk dengan kerjaya kita sampai satu tahap kita mengabaikan perintah Allah dan malas berdoa kepada-Nya. 

Jangan ambil mudah tuntutan kita sebagai hamba-Nya. Barulah hidup kita seimbang. Dan satu lagi, kita harus bersyukur dengan setiap kurniaan dan rezeki yang Allah bagi pada kita.
Jangan mengeluh atau merungut kalau kita tak dapat apa yang kita inginkan. Dan jangan jadikan setiap dugaan dan ujian Allah itu membuatkan kita putus asa untuk berjaya.”

“Hmm… uncle minta maaflah kalau uncle terlebih bercakap dan buat Zara rasa tak selesa. Uncle cuma nak berkongsi nasihat sebab Zara dah macam anak uncle. Malah, dengan anak-anak sendiri pun uncle suka nasihatkan mereka. Terpulang pada Zara kalau nak ikut ke tidak nasihat uncle ni. Kita sebagai hamba-Nya tak kira tua atau muda, haruslah saling
ingat-mengingati antara satu sama lain. Demi kebaikan kita bersama.” Panjang lebar nasihat serta pesanan Datuk Ghazali kepada Izzara. Dan Izzara mendengarnya dengan penuh minat. 

“Thanks for your great advice, uncle. Zara kagum dengan uncle. Walaupun tak sampai sejam kita bertemu ni, Zara dapat rasakan yang uncle ni seolah-olah macam papa Zara yang suka menegur dan bagi nasihat pada anak-anaknya. Insya-Allah, Zara akan pegang nasihat dan pesanan uncle ni. Thanks again, uncle. I’m really appreciate it.” Ucap Izzara ikhlas.

“My pleasure. Hmm… kejap ya. Uncle nak call driver uncle. Dia tunggu kat kereta tadi.” Balas Datuk Ghazali sambil mendail nombor telefon pemandunya. Tak sampai lima minit, sebuah kereta BMW X5 tiba di perkarangan pintu masuk Excellent Investment Berhad.

Datuk Ghazali melangkah masuk ke dalam kereta. Mata Izzara menghantar pandangan ke arah BMW X5 yang bergerak keluar dari perkarangan pejabatnya. Hatinya masih kagum dengan Datuk Ghazali.

“Faith is not complete without good character and good character will not be benefit without faith.” Bisik Izzara sambil melangkah masuk ke pejabat. Ketika dia melintasi kaunter penyambut tetamu, Fifi memanggilnya. Lalu Izzara mengatur langkah ke arah Fifi.

“Ada apa, Fifi?”

“Zara, pagi tadi ada client nak jumpa you. Faris beritahu yang you tak masuk pagi tadi. Ada appointment kat luar. I dah beritahu client tu. Tapi dia cakap pukul 3:00 petang nanti dia datang lagi.” 

“Oh, tak apa. Kalau dia datang, nanti call extension I ye Fifi. Thanks.”

“ZARA, YOU dari mana?” Damia bertanya kepada Izzara yang baru masuk.

“Client I datang tadi. Buat transfer shares.” Jawab Izzara yang sudah tersandar lega.

“Eh, Zara… I dah tengok video lelaki yang nyanyi lagu ‘sayang’ tu. Memang kelakarlah video tu! Kalau you tengok tadi just tersengih-sengih je. Tapi I gelak tergolek dibuatnya. Tak boleh blah betul lelaki tu siap buat aksi macam tu. Sengal, kan? Hahaha.” Damia ketawa kecil bila menceritakan tentang video yang kononnya ditengok oleh Izzara tadi. Senang betul nak
mengauta si Damia ni! 

“I kan ala-ala sopan-sopan daripada you. So, I boleh control gelaklah bila tengok video tu. You tu lainlah. Tak boleh tengok yang kelakar sikit, mulalah ketawa you yang ala-ala
langsuir tu keluar... hehehe.”

“Puihh... sopan konon! Nak termuntah hijau I dibuatnya. Poyo je you ni, Zara oi!” Balas Damia dengan mencebik bibirnya. 

“Eh, betullah I ni sopan plus ayu-ayu gitu! Sebab tu boyfriend I sayangkan I...”

“Uweek! Tiba-tiba I rasa betul-betul nak muntah hijaulah.” Sela Damia sambil menunjukkan aksi nak termuntah.

Izzara hanya mampu tersengih melihat aksi rakan sekerjanya yang agak nakal itu.

Belum sempat Izzara membalas kata, bunyi deringan telefon di meja mengganggu perbualan mereka. Lantas Izzara menjawab dan dia dapat mengagak siapa yang membuat
panggilan tersebut. 

“Zara… client you dah ada kat depan ni.” Maklum Fifi. 

“Okey, suruh dia duduk dulu ye. Thanks, Fifi.” Ucap Izzara lembut. Kemudian dia mencapai pen dan planner lalu dia mengatur langkah keluar menuju ke kaunter penyambut
tetamu.

Sampai sahaja di kaunter penyambut tetamu, pandangan Izzara tertancap pada sekujur tubuh tegap yang duduk di ruang menunggu. Lelaki tersebut yang leka membaca surat khabar The Star itu tampak segak dengan memakai jeans Levi’s dan t-shirt Hackett Polo berwarna putih. Lalu Izzara mengatur langkah ke ruang tersebut walaupun hatinya sudah
tidak keruan setelah melihat raut wajah kacak itu. Dia kenal lelaki yang berkaca mata itu. Daddy Rania Arissa! 

“Assalamualaikum.” Izzara memberi salam kepada lelaki yang masih leka membaca surat khabar itu. Masih tidak menyedari yang Izzara sudah berdiri di hadapannya.

“Waalaikumussalam.” Jawab Ghaz Khuzairi perlahan. Serentak kepalanya mendongak. Memandang ke arah suara yang memberi salam. Melihat saja wajah di hadapannya, jantungnya saat itu bagaikan hilang rentak. Dia terpanar seketika. Terpegun apabila melihat Izzara yang cantik dan begitu sofistikated penampilannya.

‘Cantiknya dia! Patutlah Rania jatuh sayang dengan Zara ni. Cantik dan lembut saja wajahnya.’ Serentak hatinya berbisik memuji ciptaan Tuhan yang sangat sempurna dimatanya. Bukan sahaja Rania, entah-entah dia sendiri pun berkenankan Izzara tu!
Izzara yang memakai persalinan daripada ZARA itu memang nampak cantik dan ayu penampilannya. Tambahan pula blazer berwarna hitam itu menampakkan lagi imej korporatnya. Mahu tak terpegun Ghaz Khuzairi apabila melihat Izzara yang bertambah jelita dengan senyuman bersahaja di bibir nipisnya itu. Aduhai...

“Kenapa tak call dulu before nak datang? At least saya boleh arrange time nak jumpa. Jadi tak adalah nak susahkan awak datang banyak kali.” Sapa Izzara. Ghaz Khuzairi seperti tersedar daripada khayalannya apabila mendengar suara lembut Izzara yang memecah kesunyian tika itu. Lalu dia tersenyum. Geli hati pada diri sendiri yang sempat berkhayal seketika tadi. 

“It’s okay, Zara. Saya minta maaf sebab ganggu masa awak. Actually, name card yang awak bagi tu tercicir mana entah. Sebab tu saya tak call awak nak datang ni. Nasiblah, firm ni quite famous jugaklah. Senang saya nak cari.” Kata Ghaz Khuzairi yang semakin lebar senyumannya. Dia rasa sangat lega apabila Izzara masih ingat dirinya dan seolah-olah senang menerima kedatangannya.

“La... name card tu tercicir ke? Tapi tak apa. At least awak jumpa jugak ofis ni. Hmm, Rania Arissa mana? Dia tak ikut awak hari ni?” soal Izzara.

“Saya cari company address ni pun kat Google. Tu yang boleh sampai sini ni. Actually, Rania kat tadika. Jadi, dia tak ikut sekali.”

“Eh, dia kat tadika? Berapa umur Rania tu?” soal Izzara hairan. Pada tekaannya umur Rania Arissa tu mungkin baru 4 tahun. Tapi takkan dah sekolah tadika kut? Kalau dia ke nursery
tu, makes sense jugaklah.

“Rania tu baru 4 tahun.Tadika tu memang ambil budak yang berumur 3 dan 4 tahun jugak. Kadang-kadang bila saya cuti atau ada hal lain, saya tinggalkan dia di daycare sebelah petang. Lepas kelas pagi dia. Tapi kalau saya kerja, saya hantar ke rumah parents saya sebab malam tak ada sesiapa temankan dia di rumah.” Izzara keliru. Pelik! Eh, dia ni kerja apa?

“Hmm… Ghaz, saya tanya sikit boleh? Awak kerja apa ye? Saya confuse sikit. Kenapa sampai kena hantar Rania ke rumah parents awak, kalau awak kerja.” Ghaz Khuzairi tersenyum geli hati melihat muka keliru Izzara. Dia membetulkan posisi duduknya dan memandang semula ke arah wajah jelita itu. 

“Saya kerja dengan MAS. Kadang-kadang kena fly seminggu jugaklah. Sebab tu saya kena tinggalkan Rania kat rumah parents saya. Lagipun diaorang boleh hantar dan jemput Rania di tadika tu.”

“Oh, awak ni pilot la ye?” soal Izzara polos. Patutlah kacak dan berkarisma. Puji Izzara dalam hati. Hesy, terpuji pulak mamat ni kacak. Kalau Qaleef tahu ni, mahu merajuk setahun si buah hatinya tu nanti! 

“Haah. Itulah, kadang-kadang saya kasihan dengan Rania tu. Selalu kena tinggal. Tapi nak buat macam mana, kan? Dah tugas saya macam tu. Tapi dia anak yang baik dan sangat
faham. Tak banyak kerenah bila saya tak ada.”

“Rania memang budak baik. Comel pulak tu. By the way, Rania okey ke?

“She’s fine but she needs you, Zara. Dia selalu tanya pasal awak.” Izzara terdiam. Dia cuba memahami perasaan anak kecil itu. Ghaz Khuzairi mengeluarkan sekeping gambar berukuran pasport dari wallet Braun Buffel miliknya. Gambar tersebut disambut Izzara tatkala Ghaz Khuzairi menghulurkan  kepadanya. Tiba-tiba jantungnya serasa mahu gugur.

1 comment: