TANAH kampung Tasek, Ipoh aku jejaki. Ayam dan itik mula menjerit nyaring tatkala aku menyeberangi titian berhampiran reban ayam dan itik kesayangan opah. Sambutan di luar jangkaan begitu mengujakan. Semangat untuk aku terus menyakat, biar bias rindu ini sedikit terhapus dengan kehadiran mangsa-mangsaku. Aku semakin galak mengacah sehinggakan jeritan ayam dan itik itu memecah kesunyian halaman rumah wanita berusia 70-an itu.
“Mak! Opah! Maira dah balik!” jeritku sengaja memberi kejutan kepada opah dan emak yang sememangnya kurindui. Hampir enam bulan juga aku tidak menjengah mereka kerana sering dihambat dengan kertas kerja yang kadangkala memeningkan kepala. Memikirkan itulah periuk nasiku, aku pendamkan segala kerinduan ini.
Aku memeluk mereka berdua yang sedang tercengang melihat batang tubuhku. Aku tahu emak tidak menyangka aku akan balik ke kampung kerana baru semalam aku bercakap dengan emak di telefon. Sedikit pun tidak aku beritahunya akan kepulangan aku ini. Mahu memberi kejutan dan ternyata kejutan yang kuberikan memang tepat. Malah bukan sahaja mereka yang terkejut. Aku juga diberikan kejutan dengan cubitan pertama singgah di pahaku.
“Aduh opah! Sakitlah. Opah ni bukan nak sambut Maira dengan kuih ke, teh O ke apa, ini sambut cucu kesayangan opah ni dengan cubitan. Tak patut tau!” Aku sedikit merajuk dengan tindakan spontan opah yang tidak disengajakan itu. Emak hanya menggelengkan kepala melihat keletahku.
“Ala... kesiannya cucu opah ni. Hah, itulah kak long... suka sangat kejutkan opah. Moh ke sini opah cium sikit. Nape pulang tak beritahu. Alih-alih dah terpacak kat depan mata. Mananya opah tak terkejut. Opah dengan mak kamu ingatkan ular ke apa duk kacau ayam itik kat reban tu tadi. Rupanya kamu…” panjang pula bebelan Opah.
Layan sajalah. Dah memang salah aku. Aku hanya diam sambil tersengih. Pandai-pandai pergi terkam ayam itik opah tu kenapa? Dah tentu mereka fikir yang bukan-bukan. Cik ular
dengan cik biawak tu bukan kira waktu nak baham ayam itik opah pun.
“Moh ler kite naik, apa lagi tercegat kat situ. Kamu dah tak ndok naik rumah opah ni yer. Rumah opah ni buruk, tak sama macam rumah kamu kat Kuala Lumpur tu.” Opah berjalan mendahului aku dan emak yang masih lagi tercegat di situ.
“Tok sah nak ambik hati ngan opah kamu tu Maira. Takkan tak tahu perangai opah kalau dia dah terkejut. Yang kamu ni pun satu. Balik tak khabor.” Emak dah mula nak menyambung tazkirahnya.
“Mak... dahagalah. Air kelapa muda ada?” aku sengaja mengalih topik. Langkah mula diatur menuju ke serambi rumah opah. Beg pakaian aku taruk aje di lantai serambi. Perasaanku berkobar-kobar untuk melihat kebun kesayangan opah, lebih-lebih lagi teman tapi mesra opah, itik serati dan ayam belandanya.
“Kelapa muda apa pagi-pagi ni Maira? Mengarut aje kamu ni!”
Aku hanya tergelak kecil lalu melencong menuju ke pokok kelapa yang aku tanam bersama arwah atuk dulu. Dah lama benar tidak menyentuhnya.
“Hei! Tengok tu... nak merayap ke mana pulak budak ni.”
“Kejap mak. Maira nak peluk pokok kelapa. Dah lama Maira tak tengok.” Sentuhan itu bagaikan aku memeluk tubuh atuk.
“Apa kena la budak sorang ni, mengalahkan budak-budak. Pokok kelapa tu punya la besar. Tak nampak-nampak lagi, rabun tahap apa kamu ni Maira?” Aku ketawa besar apabila emak bersungut dengan perangai nakalku.
“Ala... mak ni. Maira nak bercakap dengan pokok tu sekejap. Dah lama tak tanya khabar, nak juga Maira belai dia. Kan sentuhan Maira ni dah lama ditunggu-tunggu.” Sengaja aku mengusik emak. Emak meninggalkan aku di laman lalu naik ke rumah. Tentu ada kerja yang hendak dibuatnya. Batang pokok kelapa aku peluk erat. Rindunya. Jika ada mata memandang, sudah tentu mereka menganggap aku sudah gila. Ulas bibirku tidak lekang dengan senyuman. Bayangkan ini Kamil Hakim. Adakah aku juga mampu memperlakukan begini kepadanya. Jika ditakdirkan dia menjadi milikku... Ah! Otakku sudah melencong ke lain. Aku tonyoh kepala sendiri dengan jari sambil tergelak-gelak sendirian.
“MANA ANAK bertuah kamu tu Zainab? Merayap ke mana, tak nampak batang hidung? Balik jauh-jauh tak sempat naik rumah, dah lesap. Kalau ya pun nak ke mana, naik la dulu.
Macam dah takde hari nak merayap.” Kedengaran suara opah bertanyakan tentangku kepada emak. Sudah tentu opah akan membebel sakan.
“Maira ada kat depan tu mak. Tak ke mana pun. Biarlah mak... bukan selalu pun dia balik kampung. Rindu sangat suasana kampung la tu.”
“Maira balik sorang aje ke?” pertanyaan opah menarik minatku. Langkah kakiku semakin dipercepatkan. Akhirnya aku memanjat tangga rumah, mengintip perbualan mereka.
“Yalah mak... nak balik berapa orang? Nak kata ada anak-anak, cucu mak belum berumah tangga lagi.” Hampir aku ketawa mendengar jawapan emak. Bersahaja emak mengenakan opah.
“Isy... mak dengan anak pun sama aje. Itu aku tahulah. Maksud aku, kawan dia tu. Zie...”
“A’aa ya tak ya juga. Lupa nak tanya.”
“Lama ke dia balik ke sini? Nanti kita boleh la bincang pasal kahwin si Imah tu malam ni.” Ujar opah dengan sengihan memanjang. Oh patutlah opah suka sangat aku pulang kali ini. Rupanya ada perkara yang hendak dibincangkan.
“Nanti la dulu mak. Budak tu tak panas punggung lagi, esok aje kita bincang.”
“Tunggu esok buat apa? Imah tu pun dah lama bertunang. Dah patut kahwin pun. Dia tunggu siapa lagi? Kalau ada yang dah berkenan, suruh aje lelaki tu masuk meminang.” Berdegup jantungku mendengar saranan opah. Apakah ini waktu yang sesuai untuk aku bercerita tentang Kamil Hakim kepada mereka? Aku cepat-cepat gelengkan kepala. Kamil Hakim belum meluahkan rahsia hatinya kepadaku. Mana mungkin untuk aku menyatakan perhubungan ini kepada opah dan emak.
Aku lihat emak hanya diam. Mungkin dia juga runsing memikirkan kehendak opah untuk menikahkan aku dahulu sebelum Imah atau lebih tepat lagi suara hati emak, cucu dengan opah degilnya pun sama aje.
BULAN BERSINAR di jagat raya menemani gelap malam yang semakin beransur sepi. Sesekali hembusan nafas sang alam menampar lembut pipi menghadirkan kedinginan hingga ke tulang. Jendela aku kuak untuk menikmati nikmat alam. Nun di hujung sana dedaun kelapa sesekali terbuai perlahan-lahan seakan-akan menari rentak inang menggamit rasa ketenangan. Dalam diam aku memanjat syukur kepada Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat yang tidak terhitung ini.
Ah! Aku terlupa lagi. Leka sungguh dengan alam yang sudah lama tidak menjadi penemanku. Baru aku teringat bungkusan hadiah untuk emak. Lalu dengan langkah sedikit panjang aku menghampiri beg yang masih belum aku buraikan isinya.
Aku mulai bersimpuh di hadapan emak yang sedang leka dengan sulaman baju kurung yang ditempah orang kampung. Itulah satu-satunya kepandaian emak yang tidak diwarisi oleh anak-anaknya.
“Untuk mak...”
“Apa ni?” Emak memandang ke arahku dengan riak hairan. Direnungnya bungkusan itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum.
“Buah tangan untuk mak.” Ujarku sambil mengerling ke arah opah yang sedang memerhati. Aku hadiahkan opah dengan kenyitan mata, sengaja menyakat opah dari jauh. Opah buat muka seposen.
“Kenapa membazir ni? Kan elok kalau disimpan duit tu.”
“Ala mak ni, bukan selalu Maira belikan. Sampai hati mak tak sudi terima pemberian Maira.” Sengaja aku perlahankan suara, kononnya hatiku terusik.
“Ala... ala... merajuk pulak dia. Terima kasih nak...” ucap emak sambil membuka bungkusan yang kuberikan. Ada senyuman di hujung bibirnya.
“Sepasang sutera ungu yang boleh membuat emak kelihatan lebih muda dan semakin muda,” usikku sambil mencium pipi emak. Emak seakan terharu, namun aku cepat-cepat berkalih pula ke arah opah. Bimbang rasa terharu itu merayap pula kepadaku.
Aku biarkan emak leka menatap kain pasang yang aku belikan untuknya.
“Opah sihat?” Aku cuba mengambil hati opah lalu mendekatinya. Tangan tuanya kugenggam erat.
“Cucu bertuah! Dah nak masuk subuh, baru tanya opah sihat ke tak? Dari tadi asyik duk berkepit dengan pokok kelapa aje. Pokok kelapa tu ada khabor pada kamu dia sihat?” Aku ketawa mendengar rajuk opah yang sengaja dipaparkan.
“Nah! Ini untuk opah. Maira tak pernah lupa pada opah kesayangan Maira ni. Harap opah suka.” Opah aku hadiahkan sehelai selendang sulaman. Tersenyum juga opah menerima huluranku walaupun mulutnya terkumat-kamit marahkan aku hadiahkannya tudung baru.
“Maira bukan sengaja opah. Dah lama tak bercakap dengan pokok kelapa tu. Dulu arwah atuk ada cakap, pokok pun tahu bahasa kita, belaian kita. Itu yang Maira duk praktik sejak dulu. Tengok buah kelapa tu pun lebat, kan mak.” Jawabku tidak mahu kalah dengan opah. Emak hanya memekakkan telinga. Mungkin malas melayan loyar burukku yang sudah lama tidak kedengaran.
“Imah bila balik? Kan mak cakap semalam dia ke Kelantan.”
“Lusa dia sampai la tu. Ni kamu cuti berapa hari?” tanya emak.
“Hmmm... kalau cuti dua hari, baik tak payah balik.”
Opah bingkas bangun membiarkan kami terpinga-pinga. Mungkin rajuk atau rindu membuatkan opah begitu.
“Apa la opah ni, Maira cuti empat hari. Maira tahu cucu kesayangan opah ni dah lama tak balik kampung. Sesekali balik tu, mesti opah nak bermanja dengan Maira, kan... kan... betul
tak?” usikku sambil memeluk opah dari belakang. Aku tahu adakala opah kurang mesra denganku kerana aku pernah menolak hasratnya dan wasiat arwah abah untuk menyatukan aku dan anak kepada cucu saudaranya yang telah lama merantau. Pun begitu hasrat opah tidak berkubur begitu sahaja. Tempatku telah digantikan dengan Imah dan Imah tidak menentang cadangan itu. Dia menurut tanpa membantah malah menerimanya dengan hati terbuka.
AKU MULA melangkah menuruni anak tangga simen yang sedikit sejuk. Tangga yang dahulu asalnya daripada kayu telah berganti dengan tangga batu hasil daripada persepakatan aku dan Imah. Sepohon bunga mawar merah sedang berbunga mekar di tepi pagar tempat opah menanam sayur-sayurannya. Harum asli itu menyuntik masuk ke dalam rongga hidung membuatkan mataku masih lagi terpaku pada pokok renek yang berduri itu. Inilah hasil usaha Imah. Kelopaknya mekar semekar hatinya barangkali.
Aku tersenyum mengingatkan Imah. Namun terbetik rasa sayu, dia masih belum mampu mencapai impiannya disebabkan aku. Aku mendekatkan hidung pada kelopak mawar yang sedang berkembang. Nyata harumannya semakin menusuk ke kalbu. Maha Kaya Allah yang menjadikan pokok sekecil itu mampu menghasilkan bau yang cukup harum. Aku beristighfar beberapa kali menginsafi diri. Betapa kerdilnya diri yang tidak punyai apa-apa. Yang masih lagi lalai dengan urusan dunia. Puas menghidu bau yang tiada akhirnya, aku berlalu melewati pagar kebun sayur opah. Langkah kaki terhenti. Aku melabuhkan punggung duduk di atas sebatang pokok kelapa yang semakin mereput, namun masih mampu menampung berat badanku.
Keriuhan ilai tawa angsa dan ayam opah bersatu membentuk irama yang lama tidak menjamah telinga membuatkan aku terbuai oleh kenangan. Di sinilah arwah atuk selalu mengajar aku mengayuh basikal tuanya pada waktu petang. Walaupun aku agak penakut tetapi atas dorongan dan tunjuk ajar daripada atuk, aku berjaya juga membawa basikal tuanya ke sekeliling kampung pada usia 8 tahun.
“Hah! Kak Maira!!!”
“Oh! Pocot!” sergahan adik bongsuku menyentak tangkai hati. Nafasku tercungap-cungap menahan debar. Aku berpaling dengan mata membulat. Dia ketawa besar.
“Bukan salah orang Kak Maira terkejut. Itu salah diri sendiri, siapa suruh duduk termenung macam orang mati suami? Haaa... ini mesti kepala kat sini, hati kat sana, kan? Kak Maira kena beritahu Acu, siapa yang duk melekat kat hati kak sekarang ni?” Pandai pula dia main serkap jarang, tapi serkap jarangnya tidak mengena sebab sekarang ini aku bukan teringatkan Kamil Hakim pun.
“Dah! Jangan nak mengarutlah Acu. Awak tu budak lagi, awak apa tahu pasal cintan-cintun ni? Kak Maira pun belum terjatuh cintan lagi, awak dah tahu semua ni ya? Jangan sampai awak kahwin dulu dari kak…” usikku.
“Uwekk!!! Orang cakap kat dia... dia cakap kat kita pulak. Dahlah... malas layan Kak Maira ni. Mak mana?” masam wajahnya apabila aku mengusiknya begitu. Baru aku tahu dia sudah ada perasaan rupanya. Daripada seorang kanak-kanak sudah menjadi remaja. Cepatnya waktu berlalu, bersama usia Acu mengiringi tempoh pemergian abah.
“Hah, nak mengelatlah tu. Mak ada kat dalam, entah dari tadi buat apa tak tahu.” Jawabku.
“Opah?”
“Pergilah tengok sendiri kalau nak tahu.” Aku menolak badan adik bongsuku yang mulai menyendeng. Badannya yang sedikit berisi terasa berat pula untuk ditolak.
“Tanya sikit pun tak boleh.”
“Sikit konon... tapi Acu kira tak, dah berapa soalan Acu tanya kak?”
Adikku hanya ketawa lalu dia segera berlari naik ke rumah. Aku kembali menyambung aktiviti mengelamunku yang terganggu sebentar tadi setelah tubuhnya hilang di sebalik dinding kayu itu.
“Assalamualaikum.” Tegur satu suara yang amat aku kenali. Kelembutan suaranya amat terserlah. Aku berkalih pandang melihat batang tubuh Imah yang sudah terpacak di hadapanku.
“Waalaikumussalam. Imah!” jeritku seperti orang lupa ingatan. Badannya yang sedikit berisi mengejutkan aku.
“Makin berisi akak tengok Imah. Apa rahsianya?” usikku sambil mencucuk pinggangnya. Imah tidak sempat mengelak, nasib baik dia tidak tersungkur dengan gurauanku yang sedikit kasar itu.
“Apalah kak long ni, balik tak beritahu Imah. Ni nasib baik Imah tergerak hati nak balik awal tau. Kalau tak, hmmm... raya baru jumpa muka kak long ni.” Lembut suaranya menuturkan kata.
“Wah dah pandai main gerak hati sekarang ni... ada kuasa psikik ke?”
“Ngada-ngada la kak long ni. Apa mimpi kak long balik ni? Ni mesti tak lain tak bukan nak beritahu mak yang pakwe kak long nak masuk meminang, kan? Alahai, seronoknya Imah.” Pandai pula dia mengusikku. Satu perkembangan yang baik.
“Amboi-amboi! Dia pulak melebih. Yalah kan, kalau kak long kahwin, Imah pun dapat kahwin jugak, kan. Bukan ke ini yang Imah nanti-nantikan dari dulu. Dah tak sabar rupanya
dia. Maklumlah buah hati pengarang jantung dah balik sini.” Usikku.
Imah hanya ketawa. Wajahnya bertukar kemerah-merahan. Mungkin malu dengan gurauanku, pun begitu kata-kataku tidak dibangkang, tidak pula diiakan.
“Hoi minah pinggitan! Dah puas bergelak ketawa kat situ? Tak nak naik rumah? Ketawa tak ingatkan adik pun...” terjahan suara yang sengaja menyakitkan hati kami membuatkan aku dan Imah berlari mendapatkannya. Entah bila dia berdiri di situ memerhatikan kami. Beg pakaian Imah masih berada di tanah. Acu ketawa sakan melihat kami berkejaran cuba menangkapnya.
Halaman rumah menjadi riuh dengan suara kami ditambah pula itik dan ayam opah yang turut serta memeriahkan acara menangkap Acu. Memandangkan Acu merupakan atlit di sekolahnya, kami akur dengan kelebihan yang ada padanya. Kulihat Imah menyandar pada pokok kelapa meredakan lelah. Aku juga hampir tersungkur apabila terlanggar pelepah kelapa. Mulut emak dah opah sama rancak dengan kebisingan suara kami mengejar Acu. Adik bongsuku yang sememangnya licik berjaya melepaskan diri sambil ketawa mengekek. Akhirnya kami mengalah.
“Apalah Kak Maira ngan Kak Imah ni. Baru berlari sikit dah pancit, itulah malas sangat bersenam. Hah... tengok sekarang siapa yang susah. Diri sendiri juga yang susah, kan... hahaha...” Acu ketawa melihat kami berdua keletihan. Masih sempat berbangga diri. Memang nak kena betul adikku yang seorang ini. Tunggu... ada ubi ada batas ada hari boleh kubalas.
“Mana aci. Acu lari pakai kasut sukan, tengok akak ni pakai selipar aje. Kak Imah tu cuba Acu tengok, tumitnya dua inci. Macam mana nak kejar?” Aku tak mahu kalah di depan Acu, alasan yang kuberikan itu logik juga.
“Kalau dah tak mampu nak kejar orang, jangan cipta banyak alasan la kak. Nak tahu tak, ramai orang yang tak berjaya, bersikap macam akak ni la.” Aku tersentap, apakah yang bercakap itu adik bongsuku. Wah kata-katanya berisi. Belum pernah aku mendengar dia berhujah begitu.
“Amboi-amboi! Sedapnya mulut dia kalau bercakap. Baik... akak nak tengok keputusan PMR Acu nanti macam mana. Hebat ke tak, boleh kalahkan kami berdua ke tidak, jangan sampai masanya nanti macam-macam alasan Acu berikan.” Aku mencabar Acu dengan cara lain.
“Okey... orang sahut cabaran akak. Alamak!” Acu menundukkan wajahnya, kakinya sedang menguis tanah yang dipijaknya. Imah dan aku saling berpandangan.
“Hah! Apa pulak kali ni? Nak cipta alasan ke?” tegur Imah yang sedari tadi hanya menjadi pendengar pada perbualan kami.
Acu masih memandang ke bawah. Diam. Lalu dia menggelengkan kepalanya.
“Dah tu kenapa tunduk aje.” Aku dan Imah saling berpandangan. Hairan juga dengan sikap Acu yang tiba-tiba diam.
“Kak... kasut Acu dah koyak…” lalu kakinya diangkat separas lutut, ternampak jelas ibu jari kakinya tersembul dari robekan kasut yang sudah kelihatan lusuhnya. Aku dan Imah tidak dapat menahan tawa.
“Hah padan dengan muka awak tu, tadi berlagak bukan main lagi. Tengok... Tuhan balas cash punya.”
RUANG DAPUR yang dulunya sepi kini riuh. Ada sahaja perkara yang hendak dibualkan, sesekali bebelan Opah hanya menjadi bahan lucu bagi kami.
“Imah kita nak masak apa hari ni?” Aku mula bertanya setelah tersedar bawang yang aku kupas sudah melebihi daripada yang sepatutnya.
“Kenapa tanya Imah pulak? Kak long yang nak masak, kan.”
“Alamak! Giliran kak long ke?” Aku menggaru kepala. Menu apa pula hendak aku masak. Bawang bukan main banyak lagi telah aku kupas. Macam nak buat kenduri aje. Imah ketawa
kecil melihat wajahku yang berkerut. Opah hanya menjeling, sengaja menambahkan rasa takutku.
“Kak long mana reti masak. Imah la yang masak ek. Dah lama akak tak makan masakan Imah. Teringin la.” Aku cuba memancing simpati Imah. Kalau kena gaya, memang menjadi. Imahkan lembut hati. Takkan dia sampai hati tengok kakaknya itu memujuk rayu.
“Ha... dah! Jangan nak cari alasan. Banyak la kamu punya cengkadak. Kalau tak nak belajar dari sekarang, bila lagi nak belajar? Makan aje tahu. Nanti kalau bersuami, hari-hari nak makan luar ke? Jangan sampai suami cari lain sudah.” Opah mula berpidato. Imah dan emak hanya tersengih sambil menjongketkan bahu tanda tidak mahu masuk campur urusanku dengan opah.
“Acu mana mak?” soalku sebaik sahaja menyedari adik bongsuku tidak turut serta kali ini. Selalunya pantang nampak orang berborak atau melakukan kerja bersama, pasti tersembul mukanya. Kedatangannya bukan untuk menolong tetapi untuk melambatkan segala kerja orang dengan celotehnya.
“Entah la... tadi ada kat depan tu. Bising mulutnya cari jarum tak jumpa. Bila mak tanya, nak buat apa dia diam aje.”
“Adalah benda dia nak buat tu. Budak tu bukan minat sangat nak menjahit pun. Kalau yang penting aje baru la dia terhegeh-hegeh mencari.” Wahh! Satu perkembangan baik. Opah mempertahankan Acu. Aku menyambung memotong kangkung yang berlonggok di atas meja.
“Kak! Akak!” Laung suara Acu kedengaran sedikit keras. Terperanjat kami dibuatnya.
Aku segera berlari mendapatkan Acu. Sampai sahaja dihadapannya aku melihat dia tersengih kelucuan memerhatikan keadaanku yang berdiri tercungap-cungap di hadapannya.
“Itulah akibatnya kalau dah malas nak menjaga kesihatan. Berlari sikit pun dah lelah.” Aku terpinga dengan kata-kata adikku. Gemuk sangat ke aku ni sampai nampak sangat tercungap-cungap?
“Kenapa jerit panggil akak tadi?” Aku memarahi Acu sebaik sahaja mendapati tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Acu menyambung kerjanya. Kasut yang koyak tadi berada di tangannya. Jarum yang telah berisi benang itu dicucuk berhati-hati ke atas permukaan kasut. Aku memerhatikan caranya. Seakan kukenali kasut yang berada di atas ribanya itu. Setahuku itu merupakan kasut pemberianku sempena hari lahirnya dua tahun lepas. Terharu dengan sifat kasih sayangnya pada barang pemberian orang. Aku sebak.
“Kak tak dengar ke telefon kak duk menjerit dari tadi?” Acu bersuara tapi tangannya masih lincah menjahit kasutnya yang terkoyak itu.
Aku segera dapat menangkap bunyi handphoneku. Sayup-sayup aku mendengar nada Dealova berkumandang. Aku segera mendapatkan telefonku di dalam tas tangan. Sebaik sahaja telefonku berada di genggaman, nada dering itu terhenti. Tidak sempat aku menyambut panggilan yang entah daripada siapa.
10 miss call tertera di skrin segi empat itu lalu aku menekan scroll. Nama Kamil Hakim terpapar jelas. Tiba-tiba perasaan kecewa menjerut hati. Rasa kecewa itu muncul kerana tidak sempat menyambut panggilannya. Aku menanti beberapa saat lagi kalau-kalau dia akan membuat panggilan sekali lagi. Ternyata hampa. Aku tidak menyangka perbuatanku diperhatikan Acu.
“Itulah kak, lain kali bawak telefon tu. Jangan suka tinggal merata-rata. Kan dah melepas. Ini mesti bakal abang ipar orang, kan kak.”
Aku berkalih memandang adikku. Malu juga dengan telahannya yang tepat mengena. Tapi… betul ke kami bercinta? Aku tanyakan pada diriku sendiri. Aku tidak berani meletakkan nama pada perhubungan kami ini. Kamil Hakim juga tidak pernah menyatakan isi hatinya kepadaku setelah perhubungan yang suatu ketika dulu hambar menjadi semesra ini. Aku merenung wajah Acu yang leka menyambung jahitannya.
“Maira, kenapa dengan adik kamu tu?” jeritan emak dari dapur menyedarkan aku. Aku tahu emak juga berasa bimbang dengan laungan adikku yang tidak cukup akal tu.
“Takde apa-apa mak. Acu ni saja nak kenakan Maira.” Acu ketawa kecil dengan jawapanku, lalu aku hadiahkan dia dengan jelingan tajam.
“Buang ajalah kasut tu. Buat apa lagi jahit. Beli baru aje. Acu kan banyak duit. Tu dalam tabung dah penuh, bila lagi nak kempiskan.” Cadangku apabila aku kasihan melihat tangannya terkial-kial menjahit kasutnya yang robek sepanjang dua inci itu. Acu hanya menjuihkan bibirnya. Aku kenali adikku ini sangat penjimat orangnya.
“Orang takkan buang hadiah pemberian kak, kasut ni boleh pakai lagi, bukan koyak teruk pun. Akak intip tabung orang ek? Orang bukan tak nak belanja duit tu, banyak keperluannya
nanti kalau orang nak masuk U. Orang tak nak susahkan mak, Kak Imah, atau opah.” Tutur adikku petah. Aku kagum dengan sikapnya, kecil lagi sudah pandai memikirkan masa depannya.
“Akak?” soalku setelah namaku tidak disebutnya.
“Akaklah orang yang Acu nak susahkan...” Acu ketawa di hujung katanya.
Aku sengaja membulatkan mata, berlagak seperti berada dalam kemarahan.
"Maira! Kamu buat apa lagi kat situ? Nak curi tulang ke? Baru suruh masak, mulalah tu cari alasan nak larikan diri.” Jeritan Opah membuatkan kakiku segera berlalu meninggalkan Acu keseorangan, bertemankan kasut kesayangannya. Dia ketawa sakan melihat kekalutanku. Ingatkan bolehlah curi tulang, tapi nampak gayanya terpaksalah aku tunjukkan skil memasakku yang sudah lama tidak dipraktikkan ini. Entah sedap, entahkan tidak masakan
aku nanti. Tawakal ajalah.

No comments:
Post a Comment