“KENAPA ni, Ad? Kau okey ke?” tanya Arissa sebaik sahaja Najwa meluru ke arahnya lalu memeluk tubuhnya dengan agak kuat. Tangisan halus kedengaran dan bahu Arissa terasa basah dengan air mata Najwa.
“Rissa, kenapa aku call kau tak dapat-dapat?” soal Najwa dengan suara tangisan yang sungguh memilukan.
“Laa... Habis tu kau menangis ni sebab tak dapat call aku aje? Rindu sangat ke ni?” Arissa tersenyum kecil sambil mengusap-usap belakang Najwa dengan lembut.
“Handphone aku hilang. Tak tahu letak kat mana... Jadi, aku bercadang hari ni nak pergi beli handphone baru. Kau nak follow tak? Bagus jugak aku guna handphone baru dengan nombor telefon baru, tak payah lagi risau kalau-kalau si Irfan tu akan call aku lagi. Manalah tahu, nanti dia cari aku balik...” terang Arissa bersama sebuah keluhan kecil.
Najwa yang mendengar nama Irfan disebutkan oleh Arissa, terus berubah wajah. Hatinya sakit, jiwanya bagai dihiris-hiris. Tanpa dipinta, air matanya mengalir lagi. Dia sebak apabila peristiwa dua malam yang lepas kembali berputar dalam benaknya. Kerakusan Irfan masih terlayar di ruangan matanya yang dipenuhi oleh air jernih.
“Hey, what’s wrong with you today? Baru dua hari tak jumpa aku, kau dah rindu sangat macam ni ke?” usik Arissa dengan tujuan untuk menceriakan suasana. Najwa melonggarkan pelukan. Dia bertatapan dengan Arissa lalu mengesat air mata di pipinya. Dia tidak terkata
apa-apa, hanya mampu mendiamkan diri. Dia masih teringat ugutan Irfan supaya tidak mendedahkan peristiwa itu kepada sesiapa terutamanya Arissa. Lagipun, jika dia menceritakan kepada Arissa tentang perbuatan jahat Irfan, tentu Arissa akan bersedih. Najwa sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk menyembunyikan rasa kesedihannya ini.
“Yes, I’ve been missing you a lot, honey... Sebab tulah aku menangis ni. Sebab terlalu rindukan kau...” ujar Najwa bersama sebuah senyuman pahit.
Memang dia amat memerlukan Arissa bagi melepaskan perasaan sedih yang terbuku di hatinya ini. Biarlah walaupun Arissa tidak tahu tentang penderitaannya, asalkan dia berasa sedikit bahagia dapat bersama Arissa yang sudah seperti adiknya sendiri itu.
Arissa tersengih lebar. Jemari halusnya meniti di bawah mata Najwa yang sembab. Pelik juga Arissa, takkanlah Najwa menangis berhari-hari kut kerana rindukan dia? Kesan sembab pada mata Najwa itu memang agak teruk. Tentu Najwa menangis tanpa henti ni. Tapi, sebab apa? Tak logik juga dia menangis sebab rindukan aku... Arissa mulai terasa pelik dan bersimpati melihat wajah murung sahabatnya itu. Senyumannya tadi terus mati.
“Kenapa mata kau sembab sangat ni? Kau menangis sebab ada masalah, kan? Bukan sebab rindukan aku sangat tu...” teka Arissa dengan tiba-tiba.
Najwa tergeleng-geleng. Memanglah sembab sebab dah dua hari dua malam dia menangis bila saja ada peluang dan sebaik terjaga daripada tidur. Najwa cuba tersenyum lagi. Namun senyumannya tetap senyuman pahit. Tanpa sedar, air matanya keluar lagi apabila sebak kembali memenuhi ruang dadanya.
“Tak ada apa-apalah, Rissa. Aku teringat sangat dekat keluarga aku sejak kebelakangan ni. Kau aje yang aku ada... Aku dah anggap kau macam adik aku, Rissa. Bila dengan kau, aku rasa selesa sangat. Macam bersama dengan keluarga aku...” dan air mata kembali membanjiri wajah Najwa. Ada sebab lain lagi dia menangis begini dan Arissa takkan tahu sebabnya.
“Shh... Sabarlah, Ad... Jangan terlalu menangisi orang-orang yang dah tiada ni... Nanti kau ganggu ketenangan roh mereka di alam sana... Nanti mesti roh ahli keluarga kau terseksa dek air mata kau ni... Shh... Sudahlah, lagipun dah lama pun kemalangan tu. Kau sabarlah...” getus Arissa, kembali memeluk Najwa dengan penuh perasaan simpati.
Kasihan Najwa hidup sebatang kara selepas kehilangan keluarga tersayang. Syukurlah aku masih punyai keluarga serta ibu dan ayah... Alhamdulillah... Arissa turut terasa sayu. Najwa terangguk-angguk. Bahu Arissa kembali basah lenjun dengan air mata Najwa yang bagaikan tidak mahu berhenti itu.
Ya Allah, sesungguhnya aku sebatang kara dan anak yatim piatu. Hanya kepada-Mu aku bermohon perlindungan serta kasih sayang. Hanya kepada-Mu, Ya Allah… Sesungguhnya dugaan-Mu ini terlalu besar untuk aku hadapi. Kuatkanlah hatiku, tabahkanlah diriku dalam menempuhi sisa-sisa hidupku yang masih panjang ini. Doa Najwa penuh tawaduk di dalam hati.
“Rissa...” panggil Najwa lalu melepaskan tubuh Arissa. Sahabatnya itu memandang wajahnya sambil teranggukangguk.
“Temankan aku shopping. Aku nak beli pakaian... Aku nak jadi perempuan balik... Ajar aku pakai tudung balik, dah lupa dah macam mana...”
Arissa sedikit terkejut mendengar kata-kata Najwa itu namun selepas itu dia tersenyum penuh kesyukuran. Alhamdulillah...
“Okey... Eloklah tu, aku pun nak beli handphone baru ni... Alhamdulillah, Wawa... Kau dah kembali kepada diri kau yang asal... Wawa yang pernah aku kenal dulu memang sangat manis berbaju kurung dan bertudung litup...”
“Janganlah puji sangat, kembang pulak aku nanti...” Najwa cuba berseloroh. Mereka berdua tertawa bersama selepas itu. Namun wajah Najwa berubah serius semula selepas tawa mereka berdua reda.
“Alhamdulillah, aku sedar dah sekarang siapa diri aku yang sebenarnya. Allah sentiasa memberikan petunjuk... Lumrah manusia, bila dah dalam kesusahan, barulah mereka akan sedar dan selalu ingatkan Allah...”
Arissa memeluk lagi badan Najwa walaupun kurang mengerti akan maksud kata-kata Najwa tadi. Dia hanya mampu berharap, Najwa tidak bersedih lagi. Ya Allah, Engkau lindungilah anak yatim piatu ini. Bahagiakanlah dia selalu... Amin...
Seminggu berlalu...
IRFAN TERASA mahu gila kini. Setiap hari dia dihantui rasa bersalah. Wajah Najwa kerap kali muncul dalam mimpi dan anganannya. Walaupun ketika berjaga begini, Najwa juga yang memenuhi ruang kotak fikirannya. Kerja-kerjanya banyak yang terbengkalai kerana dia tidak mampu menumpukan perhatian. Irfan memandang kosong kertas kerja yang berselerakan di atas meja kerjanya. Bunyi interkom mengejutkan Irfan.
“Encik Irfan, Tan Sri nak jumpa...” suara Mimi iaitu setiausahanya kedengaran jelas.
“Okay... Thanks...” sahut Irfan dengan lemah.
Tentu abahnya ingin bertanya pasal kertas kerja yang disiapkannya baru-baru ini yang mempunyai banyak kesilapan. Irfan melangkah perlahan menghampiri bilik Tan Sri Haji Zainal. Selepas mengetuk pintu, dia masuk lalu duduk di kerusi berhadapan dengan abahnya.
“Abah panggil Ir?”
“Abah nak tanya ni. Kenapa banyak sangat kesilapan dalam kertas kerja usahasama dengan Jaya Holdings ni? Kau tahu tak, projek ni bernilai ratusan juta ringgit? Jangan buat main-main! Kau sebagai Pengarah Urusan sepatutnya menunjukkan contoh yang baik. Apa dah jadi dengan kau sejak kebelakangan ni? Sebelum ni, kerja-kerja kau semua tak ada masalah. Tapi beberapa hari ni... Macam-macam hal timbul! Mana lagi kertas kerja untuk projek lain yang abah suruh kau kaji dan buat? Esok kau dah kena bentangkan dalam meeting, tahu??” tegur Tan Sri Haji Zainal dengan tegas.
Irfan menarik nafas panjang. Dia langsung tidak boleh memandang wajah abahnya yang sedang marah itu. Hatinya gundah-gulana. Banyak perkara yang berada di dalam fikirannya. Terutamanya perkara berkaitan Najwa.
“Abah... Maafkan Ir... Nanti Ir siapkan...”
“Tell me, what happen with you? Sejak kebelakangan ni, abah tengok Ir macam ada problem. Nampak kau macam tertekan sangat. Cuba beritahu abah problem kau tu?” soal Tan Sri Haji Zainal. Sudah lama dia ingin bertanya Irfan tentang perubahan sikap anak lelakinya yang sungguh mendadak sejak kebelakangan ini.
“Tak ada apa-apa, bah...” balas Irfan, mulai terasa menggigil. Bimbang abahnya bertanya lebih lanjut. Peluh sudah kelihatan merenik kecil di dahinya walaupun penghawa dingin begitu kuat.
“Ni mesti ada sesuatu. Daripada wajah Ir, Abah dapat rasakan ada sesuatu yang kau sembunyikan daripada abah. Pasal Rissa ke ni?” desak Tan Sri Haji Zainal lagi dengan asakan soalannya. Wajahnya mulai berkerut memandang wajah Irfan yang kegelisahan.
“Bukan, abah. Bukan pasal Rissa...” dalih Irfan.
“Habis tu? Sebab apa? Jangan main-main dan sila tumpukan perhatian bila bekerja! Lagipun, abah ada hak untuk tahu masalah anak-anak abah sebab abah adalah bapak kau orang. Faham?” marah Tan Sri Haji Zainal lagi.
“Fa... Faham, abah...”
“Kalau faham, bagitahu abah sekarang ni jugak! Apa masalah kau yang kau runsingkan sangat tu? Ingat abah tak perasan gelagat kau yang selalu resah dan gelisah? Kau ada buat salah kat sesiapa ke?” teka Tan Sri Haji Zainal dengan lancar sekali. Nada ketegasan kedengaran begitu nyata.
Irfan mulai panik. Apa yang perlu diperkatakannya sekarang? Sudahlah dia tidak mampu untuk bercakap bohong pada abah dan umminya. Apatah lagi untuk menghancurkan hati kedua orang tuanya itu. Jika dia berbohong, hatinya yang semakin tidak senang nanti. Jika dia bercakap benar pula, tentu hati abah dan umminya hancur lebur selepas tahu bahawa dia telah merogol seorang gadis gara-gara sakit hati dan ego. Bibir Irfan sudah terketar-ketar.
“Abah, Ir... Ir...”
“Apa dia?” soal Tan Sri Haji Zainal dengan lantang. Dia bagai dapat menghidu sesuatu yang tidak baik daripada nada suara anak lelakinya itu. Pernah dulu sewaktu anak lelakinya itu masih kecil, Irfan berkelakuan begini semasa memecahkan pasu bunga Puan Sri Hajah Zairiah. Selepas ditanya berkali-kali barulah Irfan membuka mulut.
“Abah tolong bertenang dulu... Ir... Ir dah buat...” kata-kata Irfan terhenti seketika. Badannya semakin menggigil, bibirnya terketar-ketar. Aura abahnya yang sedang menunggu pengakuannya itu sedikit sebanyak membuatkan dia kecut perut.
“Kau buat apa sampai berkelakuan macam ni?” desak Tan Sri Haji Zainal lagi. Dia cuba bertenang dengan beristighfar panjang.
“Ir... Ir dah... Ir dah rogol orang, bah...” akui Irfan dengan hati yang berat.
Dia memejamkan matanya sambil menahan sebak. Air mata terasa memenuhi kelopak matanya ketika ini. Pipinya terasa panas apabila air mata itu tumpah.
Tan Sri Haji Zainal terdiam dan tergamam. Matanya membulat selepas mendengar pengakuan Irfan. Bagaikan tak percaya, dia terduduk di kerusinya sambil terus beristighfar
tanpa henti.
Ya Allah! Benarkah anak yang telah aku didik dengan didikan secukupnya ini telah melakukan maksiat seperti itu? Merogol gadis? Ya Allah! Air mata seorang ayah kini mengalir menangisi perbuatan terkutuk anaknya sendiri.
“Ir... Ir... Abah tak sangka Ir jadi macam ni. Tak cukup lagikah abah dengan ummi didik Ir selama ni? Apa yang dah jadi pada kau, nak? Kenapa kau hancurkan hati abah macam ni? Tahu tak dosa merogol tu terlalu besar? Secara tak langsung, kau dah menganiayai gadis tu... Kau ragut permata dia, nak... Kenapa kau buat macam tu?!” tangis Tan Sri Haji Zainal dengan penuh perasaan kecewa.
Irfan juga turut menangis teresak-esak. Inilah kali pertama dia melihat air mata meniti di pipi abahnya. Tidak pernah sekali pun abahnya itu menangis walau sebesar mana pun dugaan yang menimpa. Abahnya seorang yang sungguh tabah dan bersabar. Kali ini, air matanya tumpah kerana aku?
Ya Allah, dosaku bertambah kerana telah membuat bapaku menangis begini. Ampunilah aku... Irfan terus menangis.
“Abah, maafkanlah Ir. Ir pun tak tahu apa yang jadi malam tu... Ir lupa siapa diri Ir, abah. Tak tahu kenapa Ir boleh bertindak kejam macam tu...”
“Tak payah mintak maaf dengan abah! Mintak maaf dengan Allah dan juga gadis yang kau dah aniayai tu... Abah nak kau kahwin dengan dia! Kau kena cari dia sampai dapat! Kau kena kahwin hanya dengan gadis tu! Apalah salah dia sampai kau sanggup rogol dia?” tegas Tan Sri Haji Zainal sambil mengelap air mata terakhirnya. Mujurlah isterinya tidak mendengar pengakuan Irfan tadi. Jika tidak, tentu wanita itu akan berasa sungguh sedih dan malu. Malu kerana anak lelaki yang mereka didik sebaik mungkin itu telah melakukan perkara terkutuk.
Irfan terkedu dalam tangisan. Betul juga apa yang Tan Sri Haji Zainal katakan itu. Apalah sangat salah Najwa sehingga dia boleh menghukum gadis itu seperti itu? Masih terngiang-ngiang rayuan Najwa yang meminta supaya dirinya dilepaskan. Namun entah apalah yang sudah merasuk hati Irfan ketika itu? Jangankan kata rayuan, tolakan gadis itu juga dibalasnya dengan kekasaran. Yang penting dia dapat memuaskan nafsunya yang begitu memuncak ketika itu. Irfan terdiam tanpa sebarang kata-kata…
ARISSA MEMBUKA sampul surat merah hati yang ditinggalkan oleh Najwa kepadanya. Dengan esakan kecil, dia membaca surat yang ditulis sahabatnya itu. Arissa tidak menyangka yang Najwa telah berpindah lagi serta pergi begitu sahaja tanpa memberitahu sesiapa. Butik perniagaan milik gadis itu juga telah dijual kepada orang lain. Arissa sebak lalu menangis.
Assalamualaikum...
Rissa... Kau janganlah sedih. Aku perlu pindah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...
Aku tahu kau sedih, tapi janganlah sedih... Kau tetap sahabat baik aku dunia akhirat, adik aku yang amat aku sayangi... Insya-Allah, kalau ada jodoh nanti, kita jumpa lagi... Aku pasti, kita mesti akan jumpa lagi jika diizinkan oleh Allah SWT... Kau jaga diri baik-baik... Jangan lupakan aku, tau? Bila kau dah jumpa aku balik nanti, sure kau terkejut punya sebab aku dah jadi betul-betul macam aku yang lemah-lembut dulu. Aku takkan brutal lagi macam Ad yang kau baru kenal hari tu... Aku akan jadi Wawa buat selama-lamanya, sampailah aku mati...
Aku tahu kau sedih, tapi janganlah sedih... Kau tetap sahabat baik aku dunia akhirat, adik aku yang amat aku sayangi... Insya-Allah, kalau ada jodoh nanti, kita jumpa lagi... Aku pasti, kita mesti akan jumpa lagi jika diizinkan oleh Allah SWT... Kau jaga diri baik-baik... Jangan lupakan aku, tau? Bila kau dah jumpa aku balik nanti, sure kau terkejut punya sebab aku dah jadi betul-betul macam aku yang lemah-lembut dulu. Aku takkan brutal lagi macam Ad yang kau baru kenal hari tu... Aku akan jadi Wawa buat selama-lamanya, sampailah aku mati...
Salam sayang daripada aku... Najwa.
Arissa mengelap air matanya. Wajah Najwa yang manis bertudung kelmarin sewaktu mereka makan tengah hari bersama kembali terbayang-bayang. Senyuman manis gadis jelita itu memang terlalu indah. Ada cahaya yang terbit daripada wajah yang tersenyum itu. Namun di sebalik senyuman Najwa, Arissa tahu ada duka yang tersimpan di dalam hati gadis itu.
Arissa terpaksa pasrah menerima kejutan kali kedua Najwa ini. Dulu, kejutan pertama adalah sewaktu Najwa berpindah mengejut dari kampung mereka. Kini, entah ke mana pula kawannya itu berpindah.
Ya Allah, walau di mana dia berada, Engkau lindungilah dia... Sesungguhnya dia keseorangan dalam dunia yang penuh cabaran ni... Aminn... Arissa mengelap lagi air mata terakhir yang tumpah. Selepas itu dia melipat surat berkenaan dengan kemas.
No comments:
Post a Comment