DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 8 February 2015

Kurelakan Kasihmu - Bab 3

IRFAN menggeletar. Badannya menggigil melihat Najwa yang sudah pengsan. Wajah gadis itu kelihatan sungguh pucat, tubuhnya nampak lemah. Kini Irfan sudah sedarkan diri. Apa yang aku dah buat ni? Aku rogol dia? Irfan meraup wajahnya berkali-kali lalu memakai semula baju kemeja dan seluar panjangnya. Dia tidak menyangka yang dia tewas kepada hasutan nafsu dan juga syaitan.

Inilah kali pertama dia bersama perempuan dandengan cara merogol begini. Niatku hanya untuk menggertak dia dan menyedarkan dia bahawa dia tu adalah perempuan! Tapi, macam mana aku boleh lupa diri sampai sanggup merogol tomboy ni? Irfan terduduk di birai katil.

“Jantan tak guna... Kau... Kau rogol aku...” suara Najwa kedengaran terketar-ketar. Gadis itu baru terjaga daripada pengsan. Dia menatap tubuhnya yang terdedah itu. Tangannya terkapai-kapai ingin mencapai selimut bagi menutup tubuhnya itu yang sudah tiada harga lagi. 

Irfan cuba bertenang. Dia tidak boleh biarkan Najwa membuat laporan polis atau memberitahu sesiapa pasal perkara ini, termasuklah Arissa. Irfan segera bangun mencapai telefon bimbitnya. Dengan pantas dia mengambil gambar Najwa yang masih tidak memakai apa-apa itu. 

“Kau buat apa lagi tu?! Jangan ambil gambar aku... Tolonglah, aku merayu... Jangan... Cukuplah kau rogol aku...” rayu Najwa dengan lemah. Dia gagahi diri mencapai selimut lalu tubuhnya segera dibalut dengan selimut itu. 

“Ini sebagai jaminan yang kau takkan buat laporan polis atau beritahu sesiapa termasuk Rissa. Kalaulah kau bukak mulut, aku takkan teragak-agak sebarkan gambar-gambar bogel kau ni di internet...” ugut Irfan dengan wajah serba-salah. 

Dia tidak mahu mengugut Najwa begini selepas meragut kesucian gadis itu, tetapi demi menyelamatkan diri serta maruah keluarganya, dia sanggup berbuat apa sahaja. “Sial! Jantan keparat! Dayus! Tak guna! Sampah masyarakat!!” caci Najwa dengan tangisan yang bergema. Dia terasa api kebenciannya begitu meluap-luap terhadap Irfan ketika ini. Sakitnya hati dia sudah tidak dapat dibendung lagi. 

“Nah, duit ganti rugi... Sorry, aku kena pergi dulu. Ingat, kau jangan pandai-pandai nak beritahu sesiapa. Kalau aku dapat tahu kau beritahu orang, aku akan cemarkan maruah kau yang dah memang tercemar tu... Dan ambil kot aku tu sebab t-shirt kau dah terkoyak semalam tu kan... Ingat ye, jangan bertindak yang bukan-bukan lepas ni?” gertak Irfan lagi.

Dia mencampakkan beberapa not seratus ringgit ke arah Najwa yang kini meraung-raung bagai orang yang sudah kehilangan akal. 

“Sial! Aku tak inginkan duit kau! Aku tak ingin!!!!” bentak Najwa sambil menangis teresak-esak. 

Dia merasakan dirinya seperti seorang pelacur apabila diperlakukan begini. Sesudah tubuhnya dijamah, lelaki itu menabur wang pula. Ibarat dia sedang menjual diri dalam terpaksa.

“Habis tu, kau nak apa? Kau nak kahwin dengan aku? Hei, Rissa aje yang layak jadi isteri aku. Kau tak layak langsung! Ikut suka kaulah nak ambil atau buang duit tu. Bukannya berapa sangat pun, lima ratus ringgit aje... Aku pergi dulu...” pamit Irfan dengan lirikan sinis. Entah kenapalah dia perlu bercakap begitu dengan Najwa, dia pun tidak tahu. Egonya
lebih berkuasa ketika ini. 

Najwa hanya tahu menangis. Dia terbayang kembali wajah-wajah lelaki yang ingin merogolnya 7 tahun lepas. Dia telah diculik dan dibawa masuk jauh ke ladang kelapa sawit, ketika dalam perjalanan hendak pulang ke rumahnya. Kerana tiada sesiapa lagi yang boleh melindunginya, dirinya kerap diganggu oleh lelaki-lelaki tak berguna itu. 

Dulu, ayah dan juga adik-adik lelakinya selalu menjadi pelindung. Tetapi, selepas dirinya sebatang kara, lelaki-lelaki itu semakin berani sehingga sanggup menculik dan ingin merogolnya bergilir-gilir. Mujurlah ketika itu ada pihak polis yang membuat rondaan di sekitar kawasan ladang kelapa sawit berkenaan bagi mengesan serta memberkas penagih-penagih dadah yang berleluasa. Pihak polis terdengar jeritan Najwa dan terus bergegas menyelamatkannya. Kesemua lelaki yang menculiknya berjaya diberkas pihak berkuasa.

Najwa sangat bersyukur, namun dia terlalu trauma. Dia bertekad mengubah penampilan dirinya menjadi seperti lelaki dan berpindah ke tempat yang sesiapa pun tak akan mengenalinya. Suatu tempat di mana orang-orang di situ menganggapnya sebagai lelaki. Bersusah-payah dia hidup berdikari dengan penampilan diri begini tanpa ada gangguan lagi daripada lelaki jahat, tetapi dia berjumpa juga dengan lelaki seperti Irfan yang kuat ego dan juga jahat ini.

“Hoi! Kau mengelamun apa lagi tu? Aku pergi dulu! Bye... Ambil duit tu, rugi jugak kalau kau buang...” Irfan terus berlalu dari situ. 

Najwa terjerit-jerit sendirian melihat kelibat Irfan yang sudah menghilang dari sebalik pintu bilik itu. Ya Allah, ampunilah aku... Kerana telah melanggar hukum-Mu. Aku pasti, inilah balasan untuk dosaku, tidak bertudung dan berpakaian seperti lelaki. Apa yang Engkau telah nyatakan haram, aku telah menghalalkannya. Agaknya inilah pengajaran yang aku  dapat. Walau bagaimana sekalipun aku mengubah penampilan diri, aku tetap seorang perempuan.

Najwa membiarkan air matanya menitis deras ke pipi.  Wajah Irfan datang berselang-seli dengan wajah-wajah lelaki yang pernah cuba merogolnya suatu masa dahulu. Najwa menggigit bibirnya, dia meraung lagi dengan suara esakan yang menjadi-jadi. Rambutnya yang kusut masai dipegang dan ditarik-tarik dengan perasaan tertekan. Dia menjatuhkan pandangan ke tubuhnya yang kemerah-merahan akibat dikasari oleh Irfan. Air matanya meleleh lagi.

“Jantan sial!!” jerit Najwa lagi berkali-kali. Hanya itu sahaja yang dia boleh lakukan. Memaki hamun Irfan dan menangis semahu-mahunya mengenangkan nasib dirinya yang
malang ini. 

Tangan Najwa menggenggam selimut dengan erat lalu ditarik-tarik membaluti tubuhnya. Berlapis-lapis sudah rasanya dia membalut tubuhnya itu.

 
IRFAN KERESAHAN. Dia baru sahaja sampai di rumah. Sepanjang perjalanannya tadi, dia langsung tidak dapat menumpukan perhatian pada pemanduan. Mujurlah tidak kemalangan. Dengan cepat, dia mengatur langkah untuk  ke biliknya. Dia tidak mahu terserempak dengan abahnya. Bimbang orang tua itu akan banyak soal. Dan dia pasti takkan dapat menipu abahnya itu walau sekecil-kecil penipuan. Sejak kecil dia memang diasuh dengan baik oleh umminya supaya tidak menipu. Dan memang sejak kecil dia tidak biasa menipu kedua-dua orang tuanya itu.

“Assalamualaikum, Ir... Dah pukul berapa ni baru balik rumah?” kedengaran suara Tan Sri Haji Zainal menegur Irfan sebelum sempat dia naik ke tingkat atas. 

Habis berderau darah Irfan mendengar suara garau abahnya itu. Jantungnya sudah berdegup-degup tidak normal. Wajahnya dipalingkan menghadap abahnya yang sudah berada di sebelahnya. Orang tua itu masih berkopiah, barangkali baru selesai membaca al-Quran. Itulah rutin abahnya hampir setiap malam.

“Waalaikumussalam, bah. Hari ni Ir ada hal sikit. Ala, tak lewat pun ni, baru pukul 11 malam, abah...” 

“Lewatlah tu. Selalu kau tu balik awal... Pukul 8 dah ada kat rumah, makan malam dengan abah dan ummi. Tapi hari ni, tak ada pulak. Dah makan ke ni?” Tan Sri Haji Zainal sudah memulakan soalannya.

“Dah makan tadi, abah. Ir masuk bilik dulu, nak mandi. Badan rasa melekit-lekit dah ni. Jumpa abah esok masa sarapan pagi, okey?” ujar Irfan, ingin segera meminta diri. 

“Haii... Lain macam aje kau hari ni, Ir? Ada apa-apa ke? Selalu, kau berborak dengan abah dulu sebelum masuk tidur... Hari ni, adik kau si Alida tu aje yang temankan abah dengan ummi kau berborak. Dahlah dia tu sibuk tahun akhir kat kolej dia tu, kena pulak layan abah dengan ummi bercerita...” rungut Tan Sri Haji Zainal sambil tergeleng-geleng kepala.

“Hesy, abah ni. Sekali-sekala Alida yang temankan abah dengan ummi, okey apa tu. Sorrylah, esok Ir berborak dengan abah dan ummi. Ir janji! Goodnight, abah... Ucapkan pada ummi jugak, mesti dia dah tidur kan?” teka Irfan. Dia tahu, Puan Sri Hajah Zairiah itu memang suka tidur awal. Kadang-kadang, pukul 9 malam sudah terlena dibuai mimpi selepas menunaikan solat Isyak berjemaah bersama abahnya.

“Betul tu. Ummi kau dah lama dah tidur... Lepas kami solat Isyak lagi tadi... Hmm, okey... Jumpa esok...” balas Tan Sri Haji Zainal perlahan. Dia pelik melihat sikap anak lelakinya itu
yang tampak kelam kabut serta sedikit resah. Mungkin Irfan masih memikirkan tentang Arissa? 

“Pasal hal Rissa tu, betul kau nak putuskan pertunangan kau orang? Cadangan ummi kau, esok atau lusa kami akan ke rumah keluarga Rissa pulangkan cincin pertunangan tu. Tapi, ummi kau berharap sangat yang kau takkan putus tunang dengan Rissa. Kami malu jugak nak berdepan dengan keluarga Rissa tu nanti...”

Irfan menelan liur. Mana mungkin dia mampu berhadapan dengan Arissa lagi selepas apa yang berlaku tadi. Irfan menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskan dengan berat. Dia sungguh sayangkan Arissa, tetapi rasanya sekarang dia sudah tidak layak lagi untuk gadis itu kerana dia sudah mengotorkan dirinya selepas bersama gadis lain. 

“Ir serius, abah... Ir rasa, inilah jalan terbaik untuk kami. Kami dah bincang petang tadi... Ir dah bagi balik cincin tu, dia pun sama... Jadi, abah dengan ummi cuma pergi bercakap aje dengan keluarga Rissa pasal kami nak putus ni... Maafkan Ir, memang Ir dah tak boleh lagi dengan Rissa...”

“Apa masalah kau orang ni? Cuba beritahu abah, mungkin abah boleh tolong bagi pendapat dan pandangan?” 

“Tak payahlah, abah. Rissa tak ada salah apa-apa pun. Cuma Ir ni aje yang dah tak boleh bersama dia...” kias Irfan dengan wajah sugul. 

Hatinya sungguh berat untuk melepaskan Arissa pergi daripada hidupnya namun dia terpaksa juga demi rasa malu dan bersalahnya terhadap Najwa. Irfan sungguh keliru tentang apa yang perlu dibuat olehnya ketika ini. Dia buntu, sangat buntu. Tan Sri Haji Zainal berkerut dahi. Salah Irfan ke sampaikan hubungan Irfan dan Arissa terputus di tengah jalan? Dia cuba mencari sinar daripada wajah anak lelakinya yang nampak semakin gelisah itu.

“Salah Ir ke hubungan Ir dengan Rissa putus tu? Apa yang Ir dah buat pada Rissa?” korek Tan Sri Haji Zainal. 

“Nothing, abah. Janganlah risau. Mungkin kami tak ada jodoh. Ir naik dulu bersihkan diri. Nak solat Isyak lagi... Ir belum solat, abah...” pamit Irfan dengan wajah serba-salah. Janganlah abahnya itu terlalu memaksa sehinggakan dia terpaksa menceritakan perkara yang baru terjadi tadi. 

“Belum solat? Oh, okey... Cepat-cepat solat, dah lewat pun ni... Orang solat awal waktu, kau solat dah dekat tengah-tengah waktu...” leter Tan Sri Haji Zainal sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Irfan menarik nafas lega lalu segera berlari naik ke biliknya. Namun jauh di sudut hatinya, perasaan bersalah begitu menebal mengenangkan Najwa yang ditinggalkan begitu saja selepas dia puas meragut kesucian gadis itu. Ya Allah, kenapalah aku boleh lupa diri tadi? Kenapa aku boleh termakan dengan hasutan iblis dan nafsu? Why do I lose myself? Tak cukup merogol dia, aku ambil gambar dia dan ugut dia lagi? Ya Allah, ampunilah aku...

Benarlah, jangan berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram. Dah tentu syaitan akan mengambil kesempatan menghasut serta menggoda dengan penuh bersungguh-sungguh kerana itu adalah peluang untuk menyesatkan anak-anak Adam. Dari duduk, Irfan berdiri. Dia mundar-mandir pula di sekeliling biliknya yang luas itu. 

Kerana ego yang menggunung dan rasa tercabar si tomboy memporak-perandakan hubungannya dengan Arissa, dia sanggup butakan hati memerangkap Najwa ke bilik hotel itu berdua-duaan dengannya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh lupa diri selepas ternampak bahu dan dada putih gebu Najwa tadi padahal niatnya hanya ingin menggertak dan menyedarkan Najwa tentang fitrah gadis itu diciptakan sebagai perempuan.

Dia langsung tidak terfikirkan caranya yang memang nyata salah itu. Akibat terlalu mengikut kata hati yang ego dan tercabar, disertakan pula nafsu yang mengiringi, syaitan yang bersorak-sorak gembira kerana berjaya menghasutnya habishabisan, dia sanggup memilih jalan yang tidak elok begini. 

Sejahat-jahat dia, dia tidak pernah berzina dengan perempuan sebelum ini. Sejahat-jahat dia, hanya mulutnya sahaja yang jahat. Dia akui dia memang ego serta tidak suka mengalah kecuali mengalah dengan kedua orang tuanya. Arissa sahaja yang memahami dia selama ini.
 
Tetapi kerana Najwa, Arissa berubah. Itulah yang membuatkan Irfan rasa tercabar. Seorang tomboy sahaja sudah berjaya merubah Arissa? Namun Irfan menyesal kini dengan perbuatannya ke atas Najwa. Dia tidak tahu apa yang patut dibuat olehnya. Dia buntu walaupun berasa sungguh bersalah selepas menyedari dirinya telah merogol seorang gadis. 

Telefon bimbitnya dicapai. Gambar-gambar bogel Najwa yang diambilnya dipadam kesemuanya. Aku bukan sekeji ini untuk mengugut gadis itu dengan gambar-gambar macam ni! Aku menyesal! Irfan menggigit bibir menahan rasa di hati. Kemudian mencampakkan telefonnya ke atas katil. 

Irfan mencapai tuala mandi. Dia ke bilik air membersihkan diri walaupun dia yakin yang dirinya takkan bersih lagi kini selepas apa yang telah dia lakukan. Ya Allah, patutkah aku menikahi Najwa? Irfan menggigit bibirnya. Tanpa sedar, dinding bilik air itu ditumbuknya berkali-kali. Dan air matanya mengalir seiring dengan pancuran air yang sedang membasahi seluruh tubuhnya.

“Kau tak payahlah kahwin dengan budak tomboy tu... Kau tak bersalah pun, kau dah ajar dia jadi perempuan. Kira okeylah tu... Membimbing dia balik ke fitrah dia sendiri...” bisikan suara halus kedengaran di cuping telinga Irfan. 

Syaitanlah yang berbisik dengan tujuan untuk menghasut Irfan daripada membuat perkara kebaikan. Sekali Irfan berjaya disesatkan, berkali-kali lagi syaitan ingin terus menyesatkan Irfan. Tapi, aku dah rogol dia! Aku berdosa! Teriak hati Irfan.

“Kau bukan rogol dia... Tapi kau ajar dia...” Bisik syaitan lagi, cuba menghasut seboleh-bolehnya. 

Tak! Takkk... Aku rogol dia! Aku dah rogol tomboy tu! Irfan menutup kedua belah telinganya. Dia terus menangis dan terduduk di atas lantai. Pancuran air dibiarkan terus membasahi badannya...

NAJWA BERJALAN lemah menuju ke keretanya. Sakit masih terasa di bawah ari-arinya. Semua mata yang memandang ke arahnya seolah tertanya-tanya apakah yang sedang dia alami ketika ini kerana tangisan masih setia menemaninya. Kesakitan masih terasa menggigit-gigit setiap inci tubuhnya yang dikasari selama berjam-jam tadi. Dia hanya dapat melihat kerakusan lelaki itu sambil mengalirkan air mata tanpa dapat berbuat apa-apa kerana dia terlalu lemah.

Rambutnya dibetul-betulkan sebaik sahaja dia memasuki kereta. Namun selepas itu, dia menggosok-gosok pula kepalanya sehingga rambutnya kembali menjadi tidak terurus. Dengan sepenuh perasaan, dia menangis teresak-esak  di tempat duduk pemandu itu. Bangunan hotel yang tersergam indah di hadapan matanya kini dipandang dengan pandangan penuh rasa kebencian. Benci kerana di hotel itulah dia diperangkap dan dirogol tanpa belas kasihan. 

Najwa menarik nafas dalam-dalam. Dia mula menghidupkan enjin kereta dan memandu ke sebuah tebing tinggi. Sebaik sampai, dia turun dari kereta dan menghampiri tepi tebing itu. Cahaya lampu jalan menerangi tempatnya berdiri. Pandangannya dihalakan ke bawah. Di bawah tebing itu terdapat cenuram-cenuram yang amat menggerunkan. 

Najwa meletakkan tangannya ke penghadang di tepi tebing itu. Penghadang yang dibina oleh kerajaan bagi mengelakkan kemalangan. Najwa cuba berdiri dengan teguh walaupun dia masih terasa sakit. Dengan sekuat hatinya, dia menjerit dan meraung-raung melepaskan perasaan tertekannya. Sesudah puas menjerit dan meraung, Najwa menangis semula. Dia memandang pemandangan kota raya Kuala Lumpur yang sungguh indah dari tebing tinggi itu. 

Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini... Ampunilah segala dosa-dosaku... Aku bermohon dari-Mu, tabahkanlah hatiku... Bantulah hamba-Mu yang sungguh lemah ini... Najwa berdoa dengan sepenuh hati. Air mata usah dikata lagi, memang sentiasa menghiasi wajahn

No comments:

Post a Comment