PANTAS sekali Fazila berjalan menuju ke tempat parkir bagi kenderaan kakitangan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Hujan yang mula merintik turun membuatkan dia makin cepat mengatur langkah. Baru sebentar tadi dia menerima pesanan daripada Professor Ruquiyah melalui seorang temannya yang meminta dia menunggu professor tersebut untuk pulang ke rumahnya. Ini adalah kali pertama dia akan ke rumah Professor Ruquiyah. Entah mengapa hatinya berdebar tidak keruan. Takkanlah hati ni berdebar bila pertama kali berjumpa dengan anak-anak Professor Ruquiyah. Aduhai... dia sendiri tidak mengerti kenapa hatinya asyik berdebar-debar sejak menerima pesanan daripada prof itu melalui kawan sekuliahnya sebentar tadi.
Dia menunggu di ruang parkir berteduh milik kakitangan peringkat pengurusan tertinggi fakulti. Kalau menunggu di kawasan terbuka pastinya dia lencun jika hujan tiba-tiba jadi lebat nanti. Matanya melilau mencari kereta Professor Ruquiyah di tempat parkir, namun tidak dia temui. Hampir lima minit dia menunggu, tiba-tiba sebuah kereta Suzuki Swift masuk ke tempat parkir dan berhenti betul-betul di hadapannya. Dalam renyai hujan yang turun ketika itu dia cuba mengintai ke dalam kereta, cuba mengenal pasti siapa pemandunya. Namun tidak dia kenali lelaki muda yang tersenyum memandang padanya. Siapa?
Tiba-tiba hujan lebat turun tanpa diduga. Dan spontan juga lelaki itu membuka cermin sebelah penumpang dan mengarahkan dia masuk ke dalam kereta. Dalam keadaan teragak-agak Fazila menggelengkan kepalanya. Lalu pintu kereta di sebelah penumpang terbuka dan suara lelaki yang dia kira beberapa tahun lebih tua daripadanya itu menegurnya lagi. Kali ini bagaikan sedikit memaksa.
“Kalau tak nak basah, masuk...”
“Suka hati sayalah... kalau basah kenapa pulak awak nak susah... senang-senang je awak nak paksa saya masuk kereta orang yang saya tak kenal...” Jawab Fazila separuh marah juga.
“Amboi... sombongnya... awak jangan nak cari pasal ye. Nanti tak pasal-pasal pulak kakak saya marahkan saya sebab awak basah. Dahlah panjang lebar je dia pesan kat saya tadi, suruh saya hantarkan awak ke rumah dia...” Owh... adik Professor Ruquiyah rupanya, bisik Fazila dalam hati. Boleh percaya ke ni...
Hujan makin lebat, angin yang bertiup kencang memburukkan lagi keadaan. Tempias mula membasahi pakaiannya. Buku di tangannya juga mula lembab dek tempias.
“Masuklah...” Seakan membentak, lelaki itu bersuara lagi.
Dan bila kilat mula memancar, Fazila bagaikan terlompat. Dia sudah tidak mampu untuk terus berdegil. Spontan dia membuka pintu kereta dengan lebih luas dan masuk. Guruh yang berdentum menyebabkan dia kecut perut. Matanya menjeling sekilas ke wajah lelaki di sebelahnya itu. Sinis senyumannya membuatkan hati Fazila jadi menyampah. Ada riak sombong yang terlihat di situ.
“Masuk jugak ye... ingatkan lebih rela basah tadi...” Sindir lelaki yang mengaku adik Professor Ruquiyah itu. Macam manalah wanita sebaik Professor Ruquiyah tu punya adik yang sebegini sinis sindirannya.
Sebentar kemudian, telefon tangan lelaki itu berlagu syahdu. Irama lagu Aku Yang Tersakiti nyanyian penyanyi Indonesia, Judika, berkumandang di ruang sempit dalam kereta itu. Wahhh... jiwang jugak mamat ni... bisik Fazila dalam hati. Cepat-cepat lelaki itu mengangkat telefonnya. Dan sambil itu dia mula memandu kereta keluar dari kawasan parkir. Antara percaya dengan tidak, jantung Fazila berdebar bagaikan baru sahaja lepas berlari pantas sejauh 100 meter. Betul ke dia ni adik Professor Ruquiyah? Bisik hatinya lagi.
Selepas dia berbual seketika melalui telefonnya, lelaki yang masih belum dia kenali namanya itu menghulurkan telefonnya itu kepada Fazila. Berkerut kening gadis itu untuk cuba memahami. Lelaki itu tidak berkata apa-apa tetapi dia menyuakan telefon itu ke muka Fazila. Tanpa sepatah kata Fazila menyambut telefon itu.
“Helo...”
“Helo Fazila...” Kedengaran suara riang Professor Ruquiyah menyapanya dari hujung talian.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam... prof... ya saya ni...”
“Ini, saya nak beritahu. Adik saya yang datang ambil awak ni tau... kebetulan dia nak balik ke rumah. Saya ada hal sikit, kena pergi hantar suami saya kat airport Senai. Tak apa, kan?”
“Aaa... a... hmmm...” Gumam Fazila dibuatnya. Apa yang dia boleh perkatakan lagi.
“Nama dia Amir Hamzah. Dia okey... nanti dia hantar ke rumah. Hujan lebat kat sana, kan?”
“Ha’ah...” Jawab Fazila ringkas. Belum sempat dia menyambung kata-katanya, suara Professor Ruquiyah menerjah lagi ke telinganya.
“Ha... sampai kat rumah nanti dia akan kenalkan dengan anak-anak saya. Lepas anak-anak saya siap buat latihan nanti, dia akan hantar awak balik. Kalau nak tidur kat rumah saya pun tak apa. Esok boleh pergi kampus dengan saya. Kalau nakkan pakaian spare, tanya pada bibik ya? Okeylah, kalau ada masalah, nanti call saya. Awak kena beli handphone ni... susah
betul saya nak hubungi awak. Okey ye, bye...” Lalu telefon terus ditutup dan tinggallah Fazila yang masih tercengang, tak sempat menjawab. Senyum simpul Amir Hamzah buat Fazila makin tercengang jadinya.
“Hmm... kakak saya la tu... so persuasive... like always...” Kata Amir sambil tergelak. Kereta yang dipandunya mula meluncur laju meninggalkan kampus UTM.
ANAK-ANAK PROFESSOR Ruquiyah yang hanya dua orang itu sudah menantinya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah teres mewah tiga tingkat milik Professor Ruquiyah. Masing-masing tersenyum menyambutnya. Kelihatan bagaikan teruja dengan kehadirannya. Perlakuan spontan mereka bagaikan membawa rasa lega di hatinya. Sekurang-kurangnya dia seperti diterima dengan baik dalam pertemuan pertama ini.
Harap semuanya akan jadi baik sehingga akhirnya. Fazila memberikan senyuman paling manisnya untuk Saiful Bahari dan Saidatul Batrisya. Masing-masing dalam tingkatan satu dan darjah lima. Kelihatan begitu sopan sekali kedua-duanya. Sebaik sahaja mereka diperkenalkan oleh adik Professor Ruquiyah yang dikatakan namanya Amir Hamzah itu, keduanya bersalaman dengan penuh santun sekali. Terus ingatan Fazila kembali kepada adik-adiknya di kampung.
Untuk pertemuan pertama ini mereka tidak begitu menekankan tentang aktiviti pembelajaran. Lebih merupakan sesi perkenalan yang agak panjang. Fazila dibawa melawat
sekitar dalaman rumah berkembar tiga tingkat yang terletak di Mont Callista, Taman Pulai Bayu, kira-kira 7 kilometer dari kampus UTM Skudai.
Terpegun dia melihatkan kemewahan hiasan dalaman rumah yang bercirikan moden kontemporari itu. Terdapat lima bilik, termasuk satu bilik kecil yang diduduki oleh bibik mereka, yang terletak di tingkat paling bawah, searas dengan garaj yang mampu memuatkan empat buah kereta.
Di aras satu terdapat ruang tamu, dapur dan bilik tidur tetamu. Bulat mata Fazila melihatkan kemewahan perabut-perabut kontemporari yang digunakan di semua ruang tersebut. Di aras dua pula terdapat tiga bilik tidur, dua bilik tidur kecil dan satu bilik tidur utama. Sekali lagi dia terkesima melihatkan keindahan bilik anak-anak pensyarahnya itu. Berlatarkan rona biru, semua alatan lainnya juga biru di dalam bilik Saiful Bahari, yang lebih mesra membahasakan dirinya Epul.
Manakala bilik Saidatul Batrisya atau Eisya pula berona merah jambu. Dari dindingnya, membawa ke cadar, selimut, malah perabotnya juga terdiri daripada pelbagai rona merah jambu. Kombinasi yang cukup menarik.
“Pinky girl...” Usiknya sambil mencubit pipi gebu Eisya.
Eisya tergelak perlahan sambil membuka pintu almarinya. Sekali lagi Fazila terpaku melihatkan pakaian yang penuh di dalam almarinya yang kebanyakannya berwarna pink pelbagai rona, ungu dan juga putih. Memang anak gadis ini kelihatannya terlalu obses dengan warna pink.
“Mama la kak... ikut sangat semua yang dia nak... sampai seluar dalam pun pink...” Kata Epul sambil cemberutnya menampakkan rasa boringnya dia terhadap kegemaran adiknya itu.
“Alah... abang jelesss...” Kata Eisya sambil menjelirkan lidahnya.
“Kan bilik Epul pun cantik... biru semuanya,” kata Fazila separuh memujuk.
“Epul tak sukalah kak... tapi mama kata dia nak biru... kenalah ikut...”
“Ehh... ya ke... habis Epul suka warna apa?”
“Hitam... nampak ghotic sikit... tapi mama tak bagi...”
“Takkan nak letak hitam... gelaplah jadinya nanti...” Kata pinky girl, menyampuk.
“Kalau padankan dengan warna terang, putih ke... kelabu ke... mesti cantik... nanti kang Eisya yang jeles tengok bilik abang...” Kata Epul pula. Kali ini dia pula yang menjelirkan lidahnya kepada si Pinky Girl.
Fazila hanya tersenyum melihatkan kerenah kedua-dua remaja itu. Untuk komen lebih-lebih dia tidak mampu. Kehadirannya terlalu baru di sini untuk melakukan sebegitu. Nanti tak pasal-pasal ada yang tidak suka dengan mulut celuparnya.
Sesekali tanpa bisa dia kawal perlakuannya, Fazila terjengah-jengah. Mencari-cari wajah yang menghantarnya ke sini lewat petang tadi. Namun sedikit pun tidak kelihatan kelibat pemilik wajah itu. Setelah sama-sama masuk ke rumah dan memperkenalkan Fazila dengan kedua-dua orang anak saudaranya dan juga bibik mereka, dia hilang entah ke mana. Mungkin dia tidak tinggal di sini. Dan mungkin pertemuan tadi adalah yang terakhir buat mereka. Entah mengapa bagaikan ada sesuatu yang menjerut perasaannya saat dia memikirkan hakikat itu.
SELEPAS MAKAN malam, Fazila, Epul dan Eisya terus berlalu ke bilik Eisya untuk menjalankan aktiviti mereka. Epul kelihatannya seperti tidak mahu kalah dalam pertelingkahan bersama adiknya untuk sama-sama belajar di biliknya. Pada mulanya dia kelihatan sungguh tidak berpuas hati. Namun setelah Fazila berjanji supaya mereka akan belajar di bilik Epul pula dalam kunjungannya yang akan datang, barulah anak muda itu diam daripada terus bertelingkah meskipun kelihatannya seperti masih belum berpuas hati.
Fazila menyemak satu persatu buku Epul dan Eisya untuk mengetahui setakat mana perkembangan mereka. Dia agak terperanjat melihatkan kebijaksanaan anak-anak itu. Setiap latihan yang dia berikan dapat mereka sempurnakan tanpa perlu dia menunjuk ajar. Untuk apa dia ke sini sebenarnya kalaulah kedua-duanya sebenarnya tidak perlukan bantuan daripada dirinya. Agak hairan dia dengan permintaan Professor Ruquiyah untuk dia menjadi guru tuisyen untuk anak-anak itu.
“Kenapa ye bibik? Epul dengan Eisya tu kan pandai, tapi kenapa prof nakkan mereka tu tuisyen dengan saya lagi bik?” Tanya Fazila malam itu sementara menunggu waktu Amir Hamzah kembali untuk menghantarnya pulang. Itupun dia hanya mendengar kata-kata bibik yang menyampaikan pesan anak muda itu yang menelefon bibik semasa Fazila sibuk dengan Epul dan Eisya tadi. Hatinya kembali berdebar sejak pesanan itu sampai ke telinganya. Sungguh dia menyangka yang mereka tidak akan berjumpa lagi. Rupa-rupanya memang Amir Hamzah mengotakan kata-kata kakaknya petang tadi.
“Alah neng Ila... nak Epul dengan nak Eisya itu sebenarnya perlukan perhatian... Mamanya sering saja sibuk... ke sana, ke mari enggak tentu waktunya... ada ketikanya ditinggalkan sama bibik hingga berminggu-minggu gitu... waktu puan perlu kerja di kejauhan... mereka perlukan teman sebenarnya. Itu katanya puan pada bibik...” Terang dan jelas sekali bibik menerangkan duduk perkara sebenarnya.
“Selalunya kalau keluar, Professor Ruquiyah dengan suaminya sama-sama tak ada ke?”
“Enggak... puan saja yang sering keluar... bapaknya jarang sekali...”
“Owh...” Angguk Fazila. Dia tahu Professor Ruquiyah sering kali keluar outstation.
Kajian yang dijalankannya menyebabkan dia banyak terlibat dengan jabatan kerajaan dan juga jabatan berkanun yang terlibat dengan penjagaan alam sekitar. Malah projek yang sedang Fazila jalankan bersama Professor Ruquiyah juga merupakan salah satu daripada projek berkenaan dengan mereka bentuk satu sistem yang dapat memastikan persekitaran kerja di dalam makmal adalah selamat daripada bahaya keracunan gas untuk mereka yang bekerja di makmal. Fazila tahu kajian ini tidak mudah. Tetapi dia tetap ingin menerima cabaran ini.
“Bapaknya enggak sering keluar. Sesekali dia ke Kuala Lumpur atas urusan kerjanya. Namun jarang sekali gitu. Mungkin sebulan hanya dua tiga kali gitu. Itupun enggak lama...”
“Owh...”
Masing-masing diam seketika. Fazila meneguk milo panas yang bibik sediakan untuknya tadi. Masih lagi panas dan tidak mampu untuk dia teguk sekaligus. Lalu dia menghirup perlahan-lahan. Ingin sekali dia bertanyakan tentang Amir Hamzah, namun hatinya cuba menahan diri daripada kelihatan keterlaluan. Namun akhirnya dia tidak mampu mendiamkan diri. Dia perlu tahu, walau dia tidak pasti kenapa, tetapi dia perlu tahu.
“Hmmm... adik prof tu...” Dia akhirnya membuka mulut. Tetapi dia diam kembali. Bukan mudah rupanya mengatur kata untuk menyelidiki tentang seseorang.
“Oh... ya... nak Amir ya... dia lagi sedang belajar... juga di UTM... katanya sedang bikin PhD. Apa gaya gitu ya sebutannya?” Pertanyaan bibik itu sebenarnya satu jawapan bagi Fazila. Amir Hamzah pelajar PhD di UTM? Hmmm...
“Ohhh...” Panjang sekali ohnya itu.
“Neng enggak pernah ketemu dia di UTM ya?”
“Tak.. saya baru sebulan masuk... dia... dah berapa lama belajar?”
“Enggak silap bibik... sudah lebih satu tahun... dulu kerjanya arkitek... gaya gitu ya disebutnya?” Tergelak lagi si bibik sambil minta dibaiki cara sebutan perkataan yang disebutnya dalam loghat Indonesianya sebentar tadi.
Fazila hanya tergelak mendengarkan kata-kata bibik itu. Teringat dia pada cerita-cerita dari seberang yang emak selalu tontoni. Dia tidak pernah mengikuti kerana tidak berkesempatan.
“Dah kerja... kenapa pulak sambung belajar lagi ye bik?” Setelah pertanyaan itu melepasi bibirnya barulah dia sedari, tidak seharusnya dia bertanyakan soalan sebegitu.
Kenapa pula dia harus tahu tentang itu? Bukankah nanti dikatakan orang ‘busy body”?
“Enggak tahu neng... katanya saja... mahu terus sambung... hingga habis...” Fazila mengangguk perlahan. Berkira-kira untuk bertanyakan jurusan apa si Amir Hamzah itu belajar, namun dia menahan bibirnya daripada terus menyoal siasat bibik. Kalaulah bibik tersilap cakap pada lelaki itu yang dia asyik bertanya tentang dirinya, habislah...
“Nak Amir bilang sebentar lagi dia datang, ngantarin Neng Ila pulang... ngapa enggak tidur di sini aja?”
“Ehhh... takkanlah Ila nak tidur kat sini bik... Hmmm... dia... tinggal kat sini jugak ye bibik...” Tanpa sedar keluar lagi soalan tentang Amir Hamzah. Entah mengapa semuanya
berkisar tentang lelaki itu.
“Owh... nak Amir ya... enggak... dia enggak tinggal di sini. Dia menyewa bersama teman-temannya di kampus...” Kata bibik sambil menjuihkan bibirnya.
Fazila menganggukkan kepalanya. Takkanlah dia perlu tahu di kolej kediaman mana si Amir Hamzah itu menginap. Tidak... dia tidak perlu tanyakan tentang itu.
“Tapi kenapa dia nak susahkan dirinya... ambil dan hantar Ila pulang...”
“Itu kakaknya ya... dia enggak pernah buat kakaknya kecewa...”
Tersenyum kembali bibir munggil itu mengingatkan kata-kata Amir Hamzah di dalam kereta petang tadi tentang Professor Ruquiyah yang begitu suka memaksa.

No comments:
Post a Comment