DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 15 February 2015

Something Stupid - Bab 7

SEPERTI yang dijanjikan oleh Aiman, mereka keluar pada malam itu ke kedai makan di B5. Ramai juga orang di situ. Mereka memilih gerai di hujung sekali. Aiman selalu melepak di situ. Zara menurut sahaja. Hmm... Entah apalah khabar berita Irsyad dan Shila sekarang ini ya? Tentu mereka berdua sedang berbahagia. Makan bersuap.

“Zara nak makan apa?” Soal Aiman apabila pelayan kedai makan itu menghampiri mereka untuk mengambil pesanan. Zara masih lagi terpinga-pinga. Oh! Makan apa rupanya... itulah... sibuk sangat memikirkan Irsyad. Khayal lagi! Zara pula berusaha memerah otaknya. Dia nak makan apa ya? Biasanya dia hanya makan di cafe atau dewan makan yang terdapat di kompleks siswi sahaja. Tak payah order, pelbagai jenis lauk ada dijual di situ dan dia hanya tinggal pilih sahaja. Sekarang, berbeza benar! Sukarnya nak buat pilihan untuk benda yang tak ada kat depan mata. 

“Err... Nasi goreng...” Leretnya tak sudah. Dia meminta nasi goreng sebab perutnya terasa lapar. Tapi nasi goreng apa yang sedap? Nasi goreng belacan? Dah lama tak makan. Tapi, macam tak nak makan pulak hari ni. Nasi goreng lada hitam? Wuishh! Panas pulak badan malam nanti. Nasi goreng kampung? Alaa... Dah jemu pun. Nasi goreng cina? Nasi goreng pattaya? USA? Apa ni!

“Ikan masin.” Aiman akhirnya membantu dia membuat pilihan apabila perkataan ‘goreng’ itu dileret hampir dua minit lamanya. Zara mengangguk-anggukkan kepalanya. Ya! Fuh! 

“Nasi goreng ikan masin?” Soal pelayan wanita itu meminta kepastian dan soalannya dibalas dengan anggukan Aiman. Zara mengeluh. Apa keslah dengan aku hari ni? Kenapa otak tak pandai nak berhenti memikirkan Irsyad? Apa istimewanya lelaki tu?

“Bagi dua.” Ujar Aiman selepas itu.

“Minum?” Soal si pelayan lagi. Muka pelayan itu sudah nampak kebosanan melayan kerenah Aiman dan Zara. Ambil pesanan untuk mereka berdua pun macam ambil pesanan untuk dua belas orang.

“Teh ais dengan Carrot Susu.” Aiman membuat pilihan untuk adiknya. Nanti dileretkan lagi. Macamlah dia tak kenal adiknya itu. Leret bukan main panjang, Tetapi akhirnya, menu biasa aje yang dia pesan Setelah pelayan tersebut pergi, Aiman memandang wajah adiknya.

“Memang cadang nak mintak pelayan tu maki Zara kat sini ke apa?” Sindir Aiman. Dia pula yang berasa geram dengan Zara akibat lewat meminta pesanan. Mujurlah bergelar adik. Kalau kawan, sudah lama dia terbalikkan meja itu.

“Alaa... Biarlah. Kita sebagai pelanggan perlu membuat keputusan yang bijak. Tak boleh tergesa-gesa. Dan dia sebagai seorang pelayan, dia perlu banyak bersabar. Kalau tak  pelanggan lari.” Si adik mula berceloteh menegakkan haknya. 

Aiman menggeleng-gelengkan kepalanya. Serentak itu, dirunyai-runyaikan rambut Zara. Ada sahaja alasannya!

“NAK MAKAN apa ni Shila?” Soal Irsyad sambil menyeluk poket seluar. Dia memandang ke kiri dan kanan. Amboi, bukan main ramai lagi orang di KFC itu. Shila pula dilihatnya dari tadi duduk tak diam. Sekejap pandang jam, sekejap dia berSMS. Naik rimas Irsyad melihatnya. Entah berSMS dengan siapa entah! 

“Apa kata, Ichat belanja Shila makan dekat B5 aje? Murah dan lebih cepat sikit kut. Tak payah beratur panjang macam ni.” Shila tiba-tiba buat perangai. Irsyad mengeluh. Cis! Kenapalah tak cakap awal-awal. Kan senang kalau dari tadi gadis itu memberikan cadangan itu kepada dia. Bukannya apa, mereka berdua dah beratur panjang menunggu giliran. Alihalih, bila dah hampir sampai di kaunter, Shila beri idea tak bernasnya itu.

“Habis tu? Rugi masa kita beratur tadi!” Balas Irsyad tidak berpuas hati... lagi dua orang sahaja yang mereka perlu tunggu untuk mendapat giliran.

“Ala, Ichat beli ajelah set dinner plate, bungkus, then kita pergi join Zara makan kat B5.” 

Ujar Shila tidak lama kemudian. Irsyad tersentak apabila nama Zara menyapa cuping telinganya. Zara pun ada dekat bandar? Dia buat apa? Dekat B5? Shila tahu dari mana? Oh, kalau dia tahu, dari awal lagi dia ikut sahaja ke mana Shila nak pergi.

“Oh, tadi Shila berSMS dengan Zara ke?” Soal Irsyad dengan penuh minat. Terpasak elok kakinya di bumi apabila nama Zara menjadi bualan. Bolehlah dia menghadap Zara. Rindu juga hendak mendengar suara Zara. Sudah lama dia tidak menegur Zara semenjak kejadian salam perkenalan dia ditolak dulu.

“Hmm. Shila saja tanya dia kat mana? Dia dengan Aiman makan kat B5. Shila nak siasat hubungan diaorang yang sebenarnya! Jealous hati Shila ni menengok ramai yang suka kepada Zara. Shila pulak kat sini tak ada yang nak pandang pun. How sad.” Luah Shila jujur. 

Mendengar sahaja nama Aiman, terus semangat Irsyad luntur. Apa pasallah Zara dengan Aiman ni tak boleh berpisah walau sekejap? Langsung tak ada ruang dia untuk mengurat Zara. Bodoh punya Aiman! Menyibuk Hatinya menjerkah geram.

“Diaorang tu couple. Tak payahlah kacau.” Irsyad berkata setenang yang boleh. Ah! Kalau ikutkan hati, hendak sahaja dia mengamuk. Tapi, untuk apa? Untuk perasaan yang tak berbalas inikah? Wajarkah?

“Hmm. Zara tak pernah komen apa-apa pun pasal hubungan diaorang setiap kali Shila ejek diaorang berdua. Dia cakap BFF aje.” Shila tidak berpuas hati. Irsyad tersenyum sinis. BFF sampai rapat macam tu? Orang gila pun tak mahu percaya!

“Biarlah mereka! Jangan nak menyibuk!” Irsyad sudah meninggikan suaranya. Tertekan bila mengenangkan hubungan Aiman dan Zara. Shila terperanjat apabila disergah begitu. Amboi kau? Biar betul? Apa pasal garang sangat ni? Tak ada sebab dia terkena amukan Irsyad. Pelanggan di KFC yang lain terperanjat dengan suara Irsyad yang tiba-tiba meninggi itu memandang mereka berdua. Malu muka Shila jadinya!

“Ah... Ichat tak nak pergi sudah. Biar Shila aje yang pergi.” Shila mula merajuk. Geram pula dia dengan sikap Irsyad. Tiba-tiba jadi garang macam tu, dah kenapa? 


“HEY BABY...” Tegur Shila lantas menepuk bahu Zara yang sedang khusyuk makan itu Zara tersentak. Eh! Shila buat apa kat sini? Takkanlah masih tidak berputus asa mahu mengajak dia makan KFC kut? Tadi, waktu berbalas SMS dengan Shila, gadis itu kata mereka ada di KFC. 

“Hey. You dah siap makan kat KFC ke?” Soal Zara terkejut. Amboi, cepat betul! Aiman di sebelah Zara hanya menghadiahkan senyuman menawan kepada Shila. Comel!

“Join kami?” pelawa Aiman.

“Eh? Ichat pun ada? Duduklah Chat!” Pelawa Aiman setelah menyedari kewujudan Irsyad di belakang Shila. Tersejat sekejap darah Zara mendengar nama itu. Gulp! Dah lama dia tak ditegur Irsyad. Malah, kalau bersua muka pun, Irsyad buat tak nampak sahaja. Kadang-kadang terseksa juga batin dia bila tidak ditegur Irsyad! Ah! Sudahlah, Zara! Mungkin kemarahan Irsyad masih bersisa dengan layanan acuh tak acuhnya dulu.

“Tak ganggu ke?” Soal Irsyad lantas mengerling ke arah Zara yang menyuap makanan semakin lambat. Gadis itu tertunduk-tunduk bagaikan tidak rela dia menyertai mereka. Nampak sangat tak suka aku ada kat sini. Fikir Irsyad.

“Tak. Kami baru nak makan ni pun. Duduklah.” Ajak Aiman dengan seikhlas hati. Irsyad bersalaman dengan Aiman. Dia duduk bertentangan dengan Zara yang duduk bersebelahan dengan Aiman itu. Shila pula, dengan bungkusan KFCnya mengambil duduk bertentangan dengan Aiman iaitu bersebelahan dengan Irsyad. Pandangan Shila menakutkan Zara. Silih berganti Shila memandangnya dengan Aiman. Macam tak puas hati sangat. Irsyad pun begitu juga. Aduh! Sebu perut! 

Kenapa pula Aiman mengajak Irsyad duduk sekali? Takkanlah dia nak menghadap muka Irsyad sampai habis makanan? Perut yang lapar sudah tidak terasa lagi. Entah dia boleh makan dengan tenang atau tidak bila diperhatikan begitu oleh dua makhluk ‘asing’ ini.

“Best ke makan kat sini? Macam bising aje? Crowded satu masalah lagi.” Shila memberi komen dengan muka tak bersalahnya.

Zara memandang Aiman yang pada ketika itu sedang memandangnya juga. Mereka tersenyum menghantar isyarat, ‘biasalah, anak orang kaya, kan?’

“Tadi Shila jugak yang ajak ke sini.” Rungut Irsyad geram apabila mendengar komen Shila itu. Banyak cengkadak betullah kalau berurusan dengan orang perempuan ni. Spontan dengan itu lengannya dicubit Shila.

‘Hesy! Tolonglah jangan beritahu tentang perkara itu di hadapan Zara dan Aiman. Nampak sangat aku nak menyiasat mereka!’ Hati Shila memekik geram. Siaplah kau balik nanti! Zara yang ternampak adegan manja itu hanya menjeling ke langit. Sumpah dia rasa mual! Salahkah dia berasa sakit hati dengan Shila yang tak berniat hendak menyakitkan hatinya? Kenapa Shila nak dera hati dia di situ? Kalau ikutkan hati yang membara, tentu sahaja dilambung makanannya itu ke arah Irsyad dan Shila. Tetapi, waraskah dia kalau dia berbuat
begitu tanpa orang lain tahu puncanya?

“Best makan kat sini. Murah pun murah. Err, anyway, happy birthday, Shila. Sorry lambat wish. I pun baru tahu tadi.” Aiman bersuara.

Shila tersipu-sipu. Oh, Aiman pun tahu pasal birthday dia. Wahh! Tentu Zara yang cerita. Tiba-tiba rasa bangga apabila Aiman tahu mengenai tarikh hari lahirnya. Aiman kan... budak suam-suam di kolejnya? Walaupun tidak hot macam Irsyad, sekurang-kurangnya adalah si suam ini yang tahu mengenai hari lahirnya.

“It’s okay. Thanks.” Ucap Shila sambil tersenyum manis. Irsyad mendengus tidak senang.
 
‘Awek secomel-comel manusia dah ada kat tepi, boleh lagi mengayat? Tengoklah Zara, orang yang kau cinta tu menggatal depan mata kau, boleh kau buat buta?’ Hatinya berdetak tak puas hati... kasihan Zara jatuh cinta pada orang yang salah!

Zara yang mendengar dengusan Irsyad itu mengerling lelaki itu. ‘Apa pasal tak puas hati sangat? Abang aku tegur macam tu aje pun awek kau! Wish birthday aje pun. Tak luak pun!’ Hati Zara marah. Suasana di meja makan tu jadi canggung apabila Irsyad dan Zara berbalas pandangan tak puas hati sesama mereka. Shila mengangkat keningnya menyoal Aiman.

‘Kenapa dengan diaorang ni?’ Aiman mengangkat bahu tanda tidak tahu. Pelik juga dia apabila Zara menjeling Irsyad dengan tajam dan Irsyad pula membuat muka serius. Mata Irsyad masih tidak lari daripada merenung Zara. Zara pun sama.

“Erkh, hahaha! Jom makan KFC. Yummy, yummy!” Shila cuba menceriakan suasana itu namun tak berjaya. Panahan mata mereka... tak terganggu sedikit pun dengan suara Shila. Mereka masih merenung tanpa suara. 

“Jom! Yeehaa!” Aiman bersuara pula. Keadaan masih sama. Shila tersenyum memandang Aiman.

“Okay... this is, awkward...” Shila menyanyi lagu ‘awkward’ tu.

Aiman tersengih mendengar nyanyian sumbang Shila. Apa kena dengan budak dua orang ni sebenarnya? Itu dia tak tahu... nanti dia akan siasat! Kenapa Zara selalu mengelak daripada bertemu Irsyad?

No comments:

Post a Comment