DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 15 February 2015

Something Stupid - Bab 9

YEAYYY!” Jeritan mereka bergema. Tak mustahil jika satu UiTM boleh dengar! Zara, Nurul Ain dan Annur terkinja-kinja memegang kertas soalan terakhir mereka iaitu subjek MGT. Bahagianya rasa! Mereka hanya perlu mengemas dan menghantar borang clearance sebelum pulang ke rumah. 

Wee hee...
Irsyad hanya memerhati dari jauh. Dia tersenyum sendiri melihat betapa gembiranya Zara apabila ‘merdeka’. Comel betul. Mengikut perkiraan, cuma tinggal lagi tiga jam untuk Zara bersiap dan pulang. Dan dalam tempoh itulah dia perlu mencari idea untuk menumpangkan Zara pulang ke Kuantan. Lama dia menunggu Zara untuk keluar dari DSG itu. Ya, sudah dua jam dia menunggu kelibat Zara dari bangunan Audi yang berhadapan dengan Dewan Serba Guna itu. Melihat Zara berjalan pulang sendirian membuatkan dia terkejut. Eh? Kenapa sahabat yang lain menghala ke bandar ya? Kenapa Zara seorang sahaja yang mahu pulang ke kompleks? Hmm... Tak sabar nak balik mungkin.

Irsyad berjalan ingin mendekati Zara namun langkahnya mati apabila terdengar bisikan nakal budak lelaki di hadapannya.

“Aku nak kenakan Zara weh!” Si lelaki jambu bersuara. Dia memegang sebuah kotak. Cantik berhias. Sudah siap berbalut. Apa isinya? Terdetik juga persoalan itu dalam diri Irsyad. Nak kenakan apa? Berani betul! 

“Weh, kau nak kenakan apa?” Si lelaki skema ternganga-nganga.

“Katak... She hates frog and I love to see her in the most shocking time.” Lelaki jambu itu tergelak-gelak. Hanya lelaki jambu itu sahaja yang tergelak sedangkan rakan skemanya sudah berubah riak. Marah mungkin? Bukan lelaki skema itu sahaja yang berubah riak, Irsyad pun turut sama berubah riak.

“Weh, janganlah! Aku tak sukalah kau kenakan anak dara orang macam tu.” Lelaki skema cuba menahan. 

“Kau jangan takut... nanti cuti sem kot! Lepas ni, semester depan kita minta maaf ajelah! Buat penat aku kutip katak ni semalam.” Lelaki jambu itu berbunyi. Mendidih hati Irsyad mendengarnya. Ada hati nak kenakan ‘awek’ aku! Nak bagi katak? Ee... Irsyad sendiri pun geli dengan katak. Minta ampunlah!

“Tak payah buatlah! Kejam sangat tu! Dosa kenakan orang. Dosa menyeksa binatang tau.” Lelaki skema itu masih tidak berputus asa hendak membantah. Dia cuba merampas kotak berbalut cantik itu tetapi si lelaki jambu mengelak. 

“Kau diamlah!” Marah lelaki jambu itu. Dia mengejar langkah Zara dan meninggalkan sahabat skemanya. Irsyad turut berlari mengejar langkah lelaki itu. 

“Zara!” Panggil lelaki jambu itu. Zara berpusing.

“Eh... Nik! Kenapa?” Soal Zara ramah. Nik nama lelaki itu? Huh! Menyampah! Bisik hati Irsyad. Zara terkejut melihat kehadiran Irsyad selepas Nik. Ada apa pula lelaki ni?

“Saya ada hadiah untuk awak.” Nik bersuara. Tangannya menghulurkan kotak berisi katak itu kepada Zara. Zara tidak menyambut.

“Untuk apa?” Soal Zara pelik.

“Untuk meraikan hari last kita semester ni. Ambillah.” Nik masih setia menghulur. Baru lagi Zara hendak menyambut huluran itu, tiba-tiba Irsyad merampas kotak itu lantas mencampakkan kotak itu sejauh mungkin.

“Kau jangan ingat aku tak tahu tujuan kau nak bagi sampah tu kepada Zara! Kau blah sebelum aku hentak kau kat sini” Irsyad menjerkah Nik. Terhinggut bahu Nik dan Zara mendengarnya. Zara membuntangkan mata. Bukan main berlagak lagi Irsyad. Mana boleh dia mengugut Nik macam tu! Eee. Teruk betul. Hadiah yang berbalut cantik dipanggil sampah? Urghh

Nik terkocoh-kocoh lari meninggalkan Zara dan Irsyad. Zara mendengus. Dia menjeling Irsyad dengan tajam. Langkah kaki diatur dengan laju menuju ke kompleks. Jauhnya perjalanan ke kompleks. Lagi dua ratus meter mungkin. Irsyad mengejar Zara dengan laju. Tangan Zara dicapai. 

“Apa awak nak?” Serentak dengan jerkahan itu, Zara merentap tangannya dari pegangan Irsyad.

“Saya....” Belum pun Irsyad habis bersuara, Zara memotong.

“Awak nak cakap yang saya ni terlebih bongkak? Hadiah kecil macam tu pun, tak layak untuk saya terima? Macam tu?” Jerkah Zara. Dia berlari meninggalkan Irsyad. Kain baju kurungnya diselak tinggi sedikit agar kakinya boleh melangkah luas lantas dia berlari lebih laju. Lantaklah apa orang nak kata. Drama hindi sebabak atau apa, dia tak nak ambil peduli!
Padanya sikap Irsyad sudah melampau sangat! 

“Tu bukan hadiah! Tapi sampah!” Jerit Irsyad.

Malangnya, dalam cubaan dia hendak membela diri, dia hanya menyebabkan Zara bertambah membencinya. Hadiah daripada orang biasa digelar sampah! Bongkak gila! Kutuk hati Zara. Malas dia hendak berhadapan dengan orang macam Irsyad. Hidup rasa tak tenang jadinya! Irsyad menyepak batu di pinggir jalan itu sekuat hati. Argghh Kenapa lari lagi manusia bernama Zara ini? Niatnya suci! Hendak mengelakkan Zara dari menjadi bahan gelak rakan-rakannya. Ini balasan yang dia dapat? Kecewanya hati apabila dilayan dengan teruk oleh Zara. Dia memegang dadanya kuat. Rasa pedih... rasa tak dihargai dan terhina dilayan begitu oleh orang yang dicintainya.

Tiba-tiba, bahu Irsyad disentuh lembut dari belakang. Irsyad berpaling. Tersentak melihat gerangan yang memegang bahunya. Mata gadis itu berkaca. Shila! 


“PUKUL BERAPA nak bertolak ni? Borang clearance orang dah hantar tau!” Zara menelefon abangnya. Aiman sudah serba salah. Digaru-garu kepalanya yang tak gatal itu. Aduh, mana nak cari idea ni?

“Maaflah Zara, Iman ada exam ni. Err... Zara tumpang Ichat balik ke Kuantan boleh?” Aiman bersuara takut-takut. Dia faham betapa bencinya Zara kepada Irsyad walaupun tidak
diketahui apa sebabnya?

“Alaa... Apa ni Iman! Kenapa baru cakap? Kalau tahu awal-awal, tentu dah balik dengan Zati! Ni suruh balik dengan Irsyad. Macamlah Iman tak tahu orang tak suka dia tu.” Omel Zara geram. Teringat kejadian dua jam lepas. Eee... Menyampah jadinya dia pada sikap Irsyad. Betul-betul menguji kesabaran.
 
“Alaa... Trylah cari tiket kat bandar.” Pujuk Aiman lembut. Padahal dia sudah menyuruh agar Irsyad memujuk Zara sehingga berjaya.

“Cakap senanglah! Lecehlah macam ni!” Bebel Zara lagi. Kalau dia tak hantar borang clearance, tak apa juga. Ini dia sudah menyerahkan kunci kepada pihak UPK. Macam mana dia nak balik ke Kuantan?

“Ichat pun nak balik ke Kuantan. Tumpang dia sajalah.” Aiman memujuk lagi.

“Ah! Orang rela balik naik bas dari tumpang budak bongkak tu!” Marah Zara. Kaki dihentak-hentak kuat. 

“Janganlah macam tu.” Pujuk Aiman lagi.

“Habis tu nak macam mana? Tak pun, bagi Zaralah kunci kereta Iman. Nanti Zara ambil Iman aje, boleh?” Soal Zara yang sudah memegang lesen P kereta itu. Aiman terdiam lama. Alamak. Ini masalah yang sebenarnya. Sebab keretalah dia tidak dapat menghantar Zara!

“Err. Sebenarnya. Kereta Iman... rosak.” Tutur Aiman lambat-lambat. Takut adiknya melenting tak tentu fasal. 

“Oh! Jadi sebab itulah Iman tak dapat hantar ya?” Serkap Zara.

“Err, bukan. Iman ada exam jugak.” Aiman terpaksa berbohong. Lantaklah apa Zara nak fikir pasalnya. Yang pasti, dia mahu adiknya pulang ke Kuantan dengan selamat. “Habis tu, macam mana dengan Zara ni?” Soal Zara dengan nada sayu.

“Tumpang Ichat aje la. Hari ni aje.” Aiman memujuk. Zara mendengus. Talian dimatikan. Tumpang Irsyad? You wish, Iman! You wish! 


“BETUL KE kau nak tumpangkan dia?” Soal Aiman kepada Irsyad yang sudah siap berpakaian segak itu. Macam nak keluar dating pula! Irsyad mengangguk-angguk yakin. Memang dia hendak menumpangkan Zara. Janji haruslah ditepati. 

“Betullah. Kau jangan risaulah. Aku dah janji kan. Lagi pun aku nak balik Kuantan ni.” Irsyad bersuara. Tentang isu hadiah itu tadi, Irsyad malas hendak memanjangkan dan memburukkan lagi keadaan. Kalau buruklah yang difikir Zara, maka buruklah dia. Tak ada guna dia menerangkan kejadian itu sedangkan hati Zara menolak untuk mendengar alasannya. Niatnya kini, cuma mahu menghantar Zara pulang. Aiman berasa lega mendengarnya.

“Kau bawak kereta elok-elok. Pujuk dia tau? Aku takut nanti dia tumpang siapa-siapa. Hesy... Risau betul hati ni.” Berkerut-kerut dahi si abang yang risaukan adiknya.

“Iyelah Man. Berapa kali kau nak pesan ni...?” Soal Irsyad yang sudah mula naik bosan dengan pesanan yang sama dititipkan oleh Aiman itu. Macamlah orang nak bawa awek dia ke Lubnan sana! Risaunya macam apa.

“Hehehe. Aku risaukan dia.” Jujur sahaja jawapan yang diberi oleh Aiman. Irsyad menahan amarah. Tak boleh marah... tak kena tempat... tak kena masa... tak ada sebab... dia menyedapkan hati sendiri dengan alasan-alasan itu. Kalau ikutkan hati, diseligi-seligi kepala Aiman. Benci betul! 


LANGKAH KAKI Zara semakin cepat. Rasa diekori dan tidak selamat! Hendak berpaling? Dia takut! Kenapa dengan kereta belakang ni? Aku dah jalan dekat tepi jalan dah ni. Pergilah lintas! Jalan pun luas lagi! Irsyad di dalam kereta mencari akal hendak memperdaya Zara untuk pulang ke Kuantan bersamanya. Alamak. Kasihan pula gadis polos itu. Apalah rasanya kalau dia tahu yang aku bersekongkol dengan Aiman untuk menipunya?
Ah! Aku bukan buat benda tak elok! Niat aku baik. Aku cuma nak hantar dia balik sahaja. Aiman pun punya niat sebegitu. 

Kami lelaki yang baik... Irsyad menyedapkan hati sendiri. Kasihan pula dia melihat betapa gelabahnya Zara bila dia mengekori gadis itu dari belakang. Aduhai. comel betul Zara ni! Akhirnya Irsyad menekan honnya. Terhinggut bahu Zara akibat terkejut dihon. Alamak! Comelnya! Irsyad tersengih.

“Zara...” Panggilnya apabila cermin tingkap dibuka sedikit. Zara berpaling dan membuntang. Terkejut melihat Irsyad di situ! Kebetulan atau suratan? Suratan atau kebetulan? Aduhai Semakin laju Zara melangkahkan kakinya.

“Zara!” Panggil Irsyad dengan lebih kuat. Irsyad tidak berputus asa apabila Zara tidak mengendahkannya. Dia dah terbiasa.

“Zara, jom saya hantarkan awak balik Kuantan.” Ajak Irsyad.

“Tak nak!” Jerit Zara kuat. 

Eh! Makin laju dia jalan? Alololo! Comelnya. Kenapalah telatah Zara yang gelabah itu mencuit hatinya. Kenapalah dia boleh melupakan dengan mudah peristiwa Zara menjerkahnya disebabkan hadiah sampah itu tadi? Semuanya sebab Zara. Kerana gadis itukah? Memang sah kau dah jatuh cinta tahap petala tujuh ni, Irsyad!

“Zara!” Panggilnya lagi. Zara berpaling dengan muka yang sudah menyinga... alamak!

No comments:

Post a Comment