DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 17 February 2015

13 Ros Merah - Bab 7

SAYANGGGGGGGGG... apa yang you bagi kat I ni. Ni bukan ubat selesema yang I nak...” Suara nyaring Mimi terlantun.

Iqram telan nafas sabar. Nasib baik gelas yang dipegang tidak terpelanting dek gegar suara Mimi. Iqram telan liur. Terkejut sedikit dengan reaksi buah hati yang duduk setentang. Wajah Mimi yang jelas memerah ditatap. Marah la tu! Iqram cuba kawal diri. Bibir ditarik perlahan. Senyum terukir. Tak taulah senyum yang terbentang di wajahnya kala ini bagaimana rupanya. Harap manislah di mata Mimi. Biar Mimi tahu, Iqram langsung tidak terkesan dengan tindak balas Mimi yang tiba-tiba tadi.


‘Sayang punya pasal, tadah saja la, Iq. Nama pun cinta, kan. Cinta la sangat Iq. Jangan kau yang karam dek cinta sudahlah.’ Hati kecil laju sahaja melempar sindiran. Perlahan gelas diletakkan ke meja sisi. Mata bola pingpong Mimi makin besar. Dah besar macam bola golf pulak jadinya. Sengaja dibuntangkan demi menzahirkan rasa tidak puas hati yang pantas menjengah pintu hati terhadap Iqram. Namun reaksi yang ditayangkan tadi dirasakan Mimi tidak berbekas bila dilihat Iqram langsung tidak menunjukkan riak bersalah. Geramnya! Boleh je dia tayang muka tersenyum yang jelas begitu menyakitkan di mata Mimi. Hati menyumpah. Berkilo-kilo. 



‘Menyampah betul la dengan dia ni. Bukan tau nak ambik hati aku yang sedang merajuk ni. Boleh lagi dia tayang senyum tak bersalah. Helo Iqram Faysal... you ni memang tak reti nak pujuk perempuan, kan. Patutlah girlfriend-girlfriend you cabut. Aku ni pun kalau tak fikirkan poket kau yang tebal tu, memang dah angkat kaki.’ Bisik jahat makin kuat meradak pintu hati. Kesemua jari diramas-ramas. Kuat. Eei... Iqram tayang muka sehabis manis walaupun dia rasa memang gula pada senyum yang dilontar bagai tiada rasa. Lelah memang sudah capai tahap kapasiti maksima dek melayan kerenah Mimi yang terlebih sempadan. Namun digagahkan juga diri dek sayang yang menggunung terhadap Mimi. 

“Ubat selesemalah ni baby. Kan you yang minta I belikan tadi, hmmm. Demi you... sebab sayangkan you... sebab cintakan you, I carikan jugak tau. Minum okey?” Ditarik lebar lagi senyum. 

‘Senyum, Iq... jangan tak senyum. Kau kan sayang gila kat girlfriend kau yang meletup cantik ni. Mana nak dapat Iq... sudahlah aktres terkenal. Popular jangan cakaplah kan.’ Mimi silang dua tangan ke tubuh. Protes. Dengus kecil terluncur. Pantas tertangkap dek cuping Iqram yang duduk setentang. Tangan Mimi cuba diraih. Ditepis. Iqram geleng kepala. Dicuba lagi. Kali ni dia tidak ditolak. Lega. Dia memang kalah part-part memujuk perempuan ni. Entahlah. Dia memang tak suka sungguh. Dari dahulu lagi. Semua bekas kekasihnya memang ditinggalkan jika mula mempamer rajuk yang buat dia lelah dan menyampah. Tapi yang seorang ni, buat Iqram sakit kepala dek rajuk dia yang kadangkala melampaui batas. Wajah cantik Mimi terus dijamah. Telinga terdengar desir rasa tidak
puas hati yang terluncur dari belah delima nan mekar itu.


“Ni bukan ubat selesema la. Ubat dengan air takkan la you tak reti nak bezakan. Isy!” Mimi ketap bibir. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata manis Iqram. Marah kecil sengaja ditayang. Iqram dilihat mengerdipkan matanya. Menahan rasa mungkin. Mimi buat-buat tak nampak. Buat-buat buta! Bibir diarah ukir senyum. ‘Senyum Iq... senyum. Karang dia merajuk panjang, kau jugak yang pengsan. Tak ingat ke mesyuarat pasal AP(approved permit) kau nanti.’ Iqram pantas cantas kelopak marah yang mula nak berkembang dalam hati kala teringat mesyuarat yang perlu dihadirinya nanti. Nafas yang bersarang di dada dihembus keluar. Laju. Muka Mimi dipandang.


‘Nasib baiklah you ni girlfriend yang I paling cinta, Mimi. Kalau tidak...’ Tangan terus mengelus lembut jari-jemari halus Mimi. Kuku sederhana panjang yang dihiasi warna merah samar diusap perlahan. Mata dikalih ke wajah kelam Mimi. Bibir makin lebar tersenyum. Tercuit jugak dengan gelagat manja Mimi.


“Ini pun untuk selesema jugak, baby. Takkanlah I tipu you pulak. Minumlah dulu. Cuba ye. You tak kesiankan I ke. Susah payah I carikan untuk you. Siap mintak pengurus farmasi tu demokan kat I macam mana nak buat ni untuk bagi kat you.” Iqram tak putus asa. Dicapai gelas yang takzim di atas muka meja sisi lalu disua gelas yang di tangan kepada Mimi. Tangannya ditolak terus tanpa bicara. Iqram lepas keluhan kecil. Mata dihala ke wajah cantik setentang. Mimi lontar jelingan kecil. Tiada kompromi. ‘Tak faham ke orang tak nak? Tak nak la! Isy, bengap betul!’ Mimi lerai genggaman jari-jemarinya yang erat ditaut tangan Iqram. “You ni cakap je sayang kat I la... cintalah... macam-macam la lagi... tapi sebenarnya memang tak sayang kat I, kan. Menyampahlah kat you ni. Minta tolong sikit pun tak boleh nak buat. Ni... ni...” Jari telunjuk dihala ke muka gelas yang berisi cecair jingga yang kejap di genggaman Iqram. Mata dibulatkan lalu dihumban ke arah Iqram.


“Memang bukan ubat selesema. I taulah. I kenal ubat tu macam mana. I dah biasa makan. You sendiri yang mula-mula belikan pil tu untuk I, kan. Remember?” Mimi tala renungan biji mata golfnya ke arah Iqram yang tenang duduk setentang.


“Baby... minumlah. You need this. Please. Tak nak selesema you baik ke, hmmm.”


“I nak pil yang tu. You tak faham la. Isy... susah la you ni tau.”


“I tau you dah biasa dengan pil putih tu tapi hari ni pharmacist tu on emergency leave. So minuman yang ni alternatif terbaik untuk selesema you tu. Minum okey... I nak selesema you tu cepat baik. Tahu kan I sayang kat you.” Nada suara Iqram rendah sahaja. Gelas dihulur kembali ke arah Mimi. Bersungguh-sungguh. Mimi masih tidak endah. Gelas di tangan Iqram dibiarkan sahaja.


Mata Iqram ditala ke tangan Mimi. Gelas di genggaman jelas masih tidak bersambut. Iqram raup pangkal hidung dengan jari-jemari. Diletakkan kembali gelas terisi sekeping redoxon yang sudah larut di atas meja di sisi. Buih-buih halusnya masih kelihatan. Mata kembali dibawa menjamah wajah indah di depan. Dilepaskan nafas dalam-dalam. Bibir dikunci. Rapat. Sudah tidak mahu lagi memujuk. Dan dia memang pun tidak suka memujuk perempuan. Tapi kerana Mimi digagahi jugak. Sudahnya dia tahu, dia memang bukan ahli dalam memujuk perempuan.


Sekarang biar dia pula yang berdiam diri. Tidak mahu mengambil apa-apa langkah merayu. Mahu melihat sejauh mana rajuk sang kekasih di depannya ini mampu bertahan. Bukan dia tidak kenal dengan sikap Mimi yang adakala memang menjengkelkan namun kerana rasa sayang dan cintanya yang melimpah, semua itu dilemparkan jauh-jauh.
 

Jeda...

Kebisuan Iqram buat Mimi sedikit menggelabah. Wajah tidak beriak Iqram yang tenang di depan menyentap jantung yang tadi selesa berlabuh degupnya. Mata dipancar lagi ke wajah paling kacak yang pernah hadir dalam hidupnya dan bergelar teman lelaki istimewa sejak dia bergelar bintang terkenal. 


Mimi kemam bibir. Kepala ligat berfikir. Macam-macam sedang terbentang dalam hamparan minda.


‘Buatnya dia bosan dengan perangai mengada-ada aku... sikap diva aku, mampus! Mana nak cari boyfriend super kaya macam dia. Silap-silap langkah, dia kena sambar dengan betina lain... gigit jari la aku nanti. Isy, kau jangan sampai terlepas Iqram Faysal ni, Mimi. Kau yang rugi besar nanti. Dia ni lubuk emas kau, tau tak?’ Akal Mimi sedang rancak mengetuk fikiran agar dia pantas bertindak.


“Sayang... ” Mimi capai tapak tangan tegap Iqram. Dielus lembut. Diusap berkali-kali. Iqram angkat wajah perlahan. Dua pasang mata saling bertentang. Mimi ukir senyum. Senyum paling manis. Sebelah tapak tangan dibawa ke pipi Iqram.


“You jangan salah faham. I bukan marah you tau, sayang. Tak... I tak marah you sikit pun.” Jari-jemari Iqram terus dielus. Wajah tidak bereaksi Iqram makin menggusarkan perasaan Mimi. Isy, jantan ni... mengada-ada la pulak nak merajuk! Bibir makin lebar mengukir senyum. Tangan terus mengelus pipi Iqram. Memujuk.


“Kalau you rasa I macam marah you, I minta maaf, sayang. Maafkan I ye sayang. I tak sengaja. Bukan maksud I nak marah you.” Mimi tayang mimik manja dengan lenggok suara yang sengaja dilemah lembutkan. Iqram masih tidak berkutik. Hanya sinar mata coklatnya yang seksi itu masih menghala ke wajah Mimi. Hati sudah rancak ketawa. Haa, tau takut cik
aktres terbaik ni. Tu baru sikit tau Iqram Faysal keluarkan skill merajuk dia.
 


Senyum manis Mimi ukir terus. Tidak berhenti.“You dengar kan I kata masa I sampai awal pagi tadi. Iselesema. Teruk. I’m having a terrible flu. Faham kan, sayang?”

Jari-jemari Iqram digoyang lembut. Iqram angguk perlahan. Mimi lepas keluhan kecil. Sengaja mahu mengundang perhatian Iqram. Mata masih tidak berganjak daripada melontar pandangan ke wajah Iqram yang tenang. Jemari halusnya makin galak mengelus lembut ke wajah Iqram. Bekas-bekas cukuran jelas terasa di permukaan jari.

“I kan minta you belikan ubat selesema yang biasa I makan tu. Pil putih kecil tu, sayang. Bukan air oren ni. I tak nak yang ni. You tau kan perut I ni sensitif sejak lepas operation hari tu. Nanti I salah makan... kan dah susahkan you. I tak mahu susahkan you, sayang. I takkan susahkan orang yang I sayang.” Muncung Mimi dihala panjang sedepa diiring suara yang berlenggok manja. Gelas berisi cecair berwarna jingga berbuih yang berada di atas meja dijeling sekilas. Dua tangan disilang ke tubuh. Ada pulak bagi kita minum air oren. Dah la berbuih-buih semacam je. Bodoh betul!


Nafas Iqram laju menuruni halkum kala wajahnya dibelai dek jari-jemari halus Mimi. Sabar Iq. Sabar, bro! Girlfriend tercinta kau ni tak lari ke mana, kan. Debar jantung yang kencang berdegup dibawa lari ke arah lain. Fokus Iq... fokus! Tujuan kau kan nak bagi dia makan ubat selesema yang si pipi merah tadi cadangkan. Si pipi merah? Lampu dalam fikiran Iqram spontan terang-benderang. Kata -kata daripada gadis itu tadi kembali terngiang. Iqram ukir senyum. Gelas yang takzim berlabuh di  permukaan meja ditoleh sekilas. Dicapai lalu dibawa ke arah Mimi. Wajah cantik yang bersih tanpa palitan warna yang sering kali tidak lepas daripada permukaan licin di hadapannya ini ditatap. Bibir mengorak senyum. Nasib baiklah Mimi tu buah hati istimewa dia, kalau tak...


“You sayang I kan, baby?”
 

“Sayang... kenapa cakap macam tu. You tau kan hati dan perasaan I selama ni. Hanya you yang ada dalam hati dan jiwa I.”

“I pun sayang sangat kat you. Dan kalau betul you sayang kat I macam mana I sayang kat you... I nak you minum air dalam gelas yang I pegang ni.” Mimi ketap bibir. 


“Sayang... ala... ”

“Please... baby. You nak selesema you cepat baik, kan? I dah buat ni untuk you. Minum, hmmm.” Gelas di tangan dihulur. Dua pasang mata mereka bertembung. Perlahan-lahan gelas bertukar tangan. Mimi tenung gelas yang didakap dengan dua tapak tangan. Mata dibawa kembali ke wajah Iqram yang manis tersenyum. Kerdipan mata coklatnya yang cantik itu sudah beri isyarat yang mudah difahami maksudnya. 


Lambat-lambat dibawa pinggir bibir gelas melekat ke mulut. Ditelan liur. Eei, tak suka betullah kena paksa-paksa macam ni. Mata dipejam rapat-rapat saat gelas dicondongkan sedikit ke kawah bibir yang terbuka. Mata Mimi dilihat terbuka. Bulat. Gelas yang sudah kosong, kejap dalam dakapan dua tapak tangannya. Wajah Iqram ditala.


“Sayang...”


“Kenapa, baby?” Iqram cemas. Takkan ada tindak balas kimia pulak. Budak pipi merah tu nak kenakan aku ke? D... awak jangan nak buat hal benda-benda macam ni. Saya cari awak sampai dapat nanti.


“Sedaplah. Nak lagi. Bolehkan, sayang?” Mata berkelipkelip. Senyum manja dihampar. Bibir Iqram ukir senyum balas. Kepala dianggukkan. Lega teramat sangat. Mimi... Mimi...


“IQ...” WAJAH diangkat kala suara yang menyapa singgah di cuping. Mata ditala ke pintu bilik yang sedia ternganga. Dua senyum bergabung.


“Yup...”


“Macam mana meeting?” Dua ibu jari diangkat. Bibir makin lebar tersenyum.


“Ni Iqram Faysallah, Fir. Beres punya. Settle.” Firdaus balas dengan angkat dua ibu jari ke atas jugak. Dua senyum berbalas.


“Kau memang handal, Iq.” Senyum makin lebar dek pujian Firdaus yang merupakan pengarah operasi di NM Automobile Group of Companies. Firdaus yang merupakan teman paling akrab Iqram di dalam syarikat mula dikenali sejak di universiti lagi. Firdaus yang juga teman sama-sama berhiburnya ini sudah gantung lesen keluar malam sejak mendirikan rumah tangga dengan pilihan keluarganya. Memang mengejutkan kala Firdaus menghulurkan kad jemputannya dahulu. Tak sangka sungguh lelaki korporat moden seperti
Firdaus akan akur dengan jodoh pilihan keluarga. Namun Iqram dapat lihat sendiri betapa teman akrabnya ini cukup bahagia dengan isteri pilihan keluarganya. Kala ditanya, jawapan Firdaus cukup membuatkan Iqram terkesima. 


“Restu keluarga bro. Itu yang penting. Berkat. Perempuan ni memang senang cari. Petik jari je. Lagi-lagi kalau kita lelaki yang punya pakej lengkap. Bersusun yang nak himpit. Tapi nak cari isteri bukan senang. Hanya mata hati yang boleh kenal permata yang sebenar.”


Restu keluarga? Mata hati? Iqram tahu mama dan papa hingga sekarang tidak merestui hubungannya dengan Mimi namun dia tetap berkeras hanya mahukan Mimi. Mama dan papa tak berkenan sungguh dengan Mimi. Iqram sendiri tidak pasti apa yang tak kena dengan Mimi di mata mama dan papanya. Tiada cacat celanya buah hati kesayangannya itu.
 

Tak apa, nanti akan dipujuk mama untuk terima Mimi. Itu yang sering dipujuk oleh hatinya yang satu lagi kala hati yang sebelah mahu dia ikut keputusan mama dan papa. Masa masih panjang lagi. Dia akan pastikan mama dan papa akan terima jugak Mimi nanti. Dia akan pastikan mama dan papanya akan restui mereka berdua nanti. Iqram tala mata ke pergelangan tangan. Wajah Longines nan bulat dipandang sekilas sebelum kembali dibawa tatapan ke wajah bujur sirih Firdaus yang masih takzim di pintu.

“Jom lunch. My treat. Celebrate this win.”


“Hohoho...” Firdaus laju menggeleng. “Tak dapat la hari ni. Got appointment dengan orang rumah aku la, Iq. Dah janji. Karang dia merajuk, masak aku. Sorry bro.” Kepala Iqram digeleng. Senyum.


“Tak apa. Faham. Orang baru kahwin, kan. Mana boleh pisah lama-lama. Kalau dia merajuk, memang berteman bulan je la kau malam ni kat balkoni.” Pecah ketawa.


“Okey, aku chow dulu, bro. Have a nice lunch.” Firdaus angkat tangan sambil langkah diatur meninggalkan Iqram yang masih membuang pandang ke pintu. ‘Hmm... nak lunch kat mana aku ni.’ Iqram urut dagu. Mimi sudah berangkat ke Pangkor untuk shooting filem terbaharunya di sana. Itu yang diberitahu oleh Mimi itu kala Iqram menghantarnya ke lobi pagi tadi usai sesi memberi ubat selesema jingga yang rupa-rupanya cukup berkesan dan kena dengan lidah Mimi. Tiga keping redoxon sudah selamat dihirup Mimi. Dan kala menerima panggilan daripada buah hatinya itu usai tamat mesyuarat tadi, suaranya kedengaran sungguh ceria. 



DAMIA JENGUK kepala ke dalam pintu restoran yang tertera tulisan MAKANAN KAMPUNG. Ni kut restoran yang Ekin cakapkan tadi. Apasal macam tak ramai je. Tak best ke. Damia muncungkan bibir yang diketuk dengan hujung jari.

‘Ahh... belasah je la. Janji perut gua yang gila lapar ni tak buat konsert mak inang. Jom masuk Cik Damia Humaira. It’s makan time...


“D...” Uit! Sapa pulak yang panggil nama dia ni. Kepala laju je dipusing ke arah suara yang memanggil. Mata Damia bulat kala sesusuk tubuh tegak berdiri di depannya. Alamak... bingka ubi hangus ni rupanya. Eh, dari mana pulak dia datang ni. Takkan lelaki ini skodeng dia kut. Biar betul mamat ni. Sepasang mata coklat yang seksi itu ditatap tidak berkelip. Air
liur sudah laju menuruni lembah kerongkong.


“Hai D...” Iqram tala senyum ke arah si pipi merah yang sedang asyik memandangnya tidak berkelip. Damia tayang senyum paksa.


“Lu dari mana ni, bro?”


“Lunch ke?” Pertanyaan si pipi merah dibalas dengan pertanyaan.


“Lu tanya gua ke?” Jari telunjuk Damia dah cecah hidung. Iqram senyum.


“Ada sesiapa lagi ke kat sini, hmmm. Ke awak ingat saya tanyakan orang yang kat kaunter bayaran tu.” Bibir Iqram memuncung ke arah kaunter bayaran di hadapan yang dihuni dua orang gadis manis bertudung ungu. ‘Ciss! Dasar bingka ubi derhaka betul. Nak kenakan gua la tu.’


“Awak lunch break, kan.”


“Yup.” Damia laju atur langkah ke dalam restoran. Mata melilau. Apa yang best ek kat sini. Isy, apasal dia tak interviu Ekin tadi. Lembab betul otak dia ni. 


“Jom makan dengan saya.” Damia kelip bijik mata berkali-kali saat telinga tangkap kata-kata yang dilafazkan si mata coklat seksi di sebelahnya.

‘Makan dengan bingka ubi hangus? Ooo tidak... No no... karang gua kena gosip skandal dengan lu pulak. Apa barang kena gosip dengan boyfriend orang, kan. Gua tak main aar boyfriend orang ni.’ 


“Sorry aar bro. Gua tapau je. Nak makan kat pantri APAC.” Iqram senyum. 

“Hmmm... okey. Jom. Kita tapau sekali... nanti boleh makan sama-sama.” Damia kebil bijik mata lagi. ‘Lu biar betul bingka ubi.’

Iqram senyum. Seakan faham apa yang tertulis dalam fikiran si pipi merah di depannya ini.


“Jom la. Karang lambat. Awak tu mesti dah lapar, kan.” “Err... lu nak tapau? Lu nak makan dengan gua kat pantri?”


“Hmmmm...”


‘Hah, memang mampus gua! Sah kena gosip nanti. Pot, lu rasa okey tak kalau gua kena gosip dengan bingka ubi hangus mata coklat seksi ni beb?’


“Lu biar betul, bro.” Senyum. “Why not. Tapi... kalau awak takut kena gosip dengan lelaki paling handsome di Setia Heights ni, baik kita makan kat sini je. Macam mana?” Iqram angkat kening. Damia tala matanya yang bulat. Ciss, bedebah betul! Perasan tahap anak tangga Batu Caves. 



IQRAM URUT pelipis. Doa makan? Baca doa makan? Ahh sudah...

Damia tala dua tapak tangan yang sudah dirapatkan. Didekatkan ke wajah. Masih takzim menunggu. Mata menala barisan hidangan yang terbentang di tengah meja. 


‘Peergh... Sah gua terbaring tak sedar diri lepas makan ni karang. Gila sewel bingka ubi hangus ni oder tahap tak hinggat. Ingat mulut gua ni ada sepuluh apa.’ Mata kembali dihala ke wajah di depan yang diam. Ni apa kes, tak baca doa lagi ni. Takkan nak ambil wuduk dulu kut baru nak baca.

“Bro, cepat la baca. Gua dah gila lapar ni. Tak sabar nak ngap yang terbentang kat depan ni.”


Iqram lepas deheman kecil. Wajah si pipi merah di depan ditatap. Macam mana nak cakap ni. Nafasnya lintangpukang. Tak tentu hala. Malu... malu... 


“Err... D... saya...”


Damia kerut dahi. Biar betul bingka ubi hangus ni. Takkanlah kut... Doa makan je pun.


“Bro, lu nak kena ambik wuduk dulu ke baru nak baca doa ni?”


Kepala digeleng laju. Damia garu kening. Apa kes la pulak bingka ubi hangus ni. Takkan nak baca doa makan pun segan dengan dia kut. Dia nak makan ni. Karang dia lambat pulak. Isy, potong stim aar bingka ubi hangus ni. Dia dah la giler lapar ni.


“Err... sebenarnya... saya... saya tak tahu baca doa makan, D.” Iqram tala muka yang sudah merah menahan malu. Mata Damia terbuntang. Terkedu. Astaga!

No comments:

Post a Comment