DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 17 February 2015

13 Ros Merah - Bab 2

“CIK cakap apa tadi? Boleh tolong ulang? Saya tak faham maksud cik.” Iqram beranikan diri bersuara seraya melontar renungan ke arah wajah ketat gadis di depannya ini. 

Sepasang mata itu tidak berkelip memandang. Sudahnya Iqram pulak yang terkedu. Tidak terkata lalu gagal menyambung bicara. Mata bulat yang bersinar itu sungguh tajam menatap dan pandangan itu terus terjun ke dasar hati lelakinya. Namun, selamba sahaja mimik  wajahnya. Dengan bersandar di tepi Lexus Iqram bersama dua tangan yang  bersilang di tubuh kecilnya dalam keadaan seluarnya yang separuh lencun dan berpalit lumpur basah, gadis itu jelas sedang menguasai situasi. Macam gangster betul cik pipi merah ni. Tak padan dengan perempuan!

Mata masih terus melatari wajah di depannya saat ini. Menunggu dia memberi jawapan balas. Namun masih diam. Iqram sudah resah. Kepala runsing memikirkan habuan yang bakal diterima daripada Mimi nanti. Janganlah buah hatinya itu merajuk lagi. Iqram benar-benar mahu menyelesaikan hal ini secepat mungkin. Dia mahu segera ke hospital. Buntu dia dibuat si pipi merah ini. Sudahlah tadi huluran maafnya tidak bersambut. Dibalas pula dengan kata-kata yang sungguh di luar akal fikiran waras. Garangnya dia ni! Air liur ditelan lagi bila memikirkan hal tadi. Kenapalah muka lawa-lawa macam ni tapi garang. Kalau sweet kan ke bagus. Sayang betul la! 

Tadi dia dengan penuh hormat meminta gadis di depannya ini bergerak ke kawasan lapang di hadapan, tidak jauh dari tempat mereka mula-mula berdiri tadi agar mereka boleh berbincang dengan lebih tenang tanpa gangguan bunyi kenderaan yang lalu-lalang. Iqram fikir hanya ini sahaja cara terbaik untuk dia menyelesaikan perkara ini setelah beberapa pelawaan awalnya untuk menghantar gadis ini ke klinik ditolak mentah-mentah. Langsung tidak ada tolak-ansur.

“Gua cakap tak payah. Gua bukan cedera parah pun. Lu ni leceh aar, bro.”

Hairan benar Iqram dengan sikap gadis ini. Boleh dengan selamba sahaja dia kata yang dirinya bukan cedera parah pun yang perlu dihantar ke klinik. Buang masa sahaja! Aduhai, Iqram sungguh mati kutu. Tidak terkata apa dah. Yang bercalar-calar kat tapak tangan yang jelas ada carik-carik luka tu bukan cedera ke namanya cik pipi merah? Lukisan cat merah ye. Namun dia lega akhirnya apa si pipi merah ini mahu menurut cadangannya untuk berbincang bagi menyelesaikan hal yang berlaku.

Bukan Iqram tidak dengar apa yang disebut si pipi merah ini tadi. Jelas di telinga setiap patah ayat yang keluar dari mulut gadis ini. Dan dia sememangnya sungguh terkejut bila diminta berbuat demikian. Biar betul! Dahlah dia tidak pernah terjebak dalam kemalangan selama ini, dan kali pertama terkena dek kecuaiannya, Iqram dihidangkan dengan sesuatu yang sungguh di luar akal warasnya. Gadis yang sedang berdiri di depannya ini memandang tajam ke arahnya membuatkan Iqram tidak keruan. Memang lain macam sungguhlah!

“Apa lu cakap? Suruh gua ulang? Ulang?” Damia jegil biji mata.

‘Ulang? Bingka ubi hangus ni suruh gua ulang apa gua cakap tadi.’ Damia betulkan sandar. Ditegakkan badan betul-betul setentang dengan lelaki di hadapannya. 


‘Ni yang gua malas nak deal guna bahasa sekolah kampung gua ni. Susah sangat ke nak faham ayat gua. Gua bukan guna bahasa melayu sastera pun. Bahasa Afrika lagi la bukan. Lu jangan nak main-main dengan gua bingka ubi hangus. Lu nak rasa ke kena swing dengan gua apa. Tangan gua dah lama tak makan muka orang pun. Lu jangan spoilkan hari jumaat gua dengan buat dosa belasah orang.’ Damia meramas-ramas jari-jemarinya.

“Lu sekolah kat mana bro? Uganda? Ke... kat Antartik?” Damia selamba melantun balas jawapan. Mata dicerlung ke arah wajah bujur sirih di depannya. Apasallah muka gempak macam ni boleh lembab otak. Tak rock betul!

“Saya...” Iqram hembus nafas. Fuh. Gila punya ganas cik kak ni. Nak cakap macam mana ni. Fikiran laju mencari idea. Dan sesuatu terus terlintas di kepala. Kepala dianggukkan. Sambil dua tapak tangan dihala ke arah gadis di hadapan yang sedang tajam merenungnya.

“Okey... okey... macam nilah. Why not, saya hantar cik ke klinik dulu, dapatkan cuti sakit. Then after that saya hantar cik ke tempat kerja, boleh?” Damia mendengus.

‘Ek eleh bingka ubi hangus ni. Balik-balik tu. Tak boleh jadi ni. Lagi-lagi klinik. Klinik, Klinik. Tak faham bahasa betul la bingka ubi hangus ni. Ni yang gua nak marah ni.’ Damia ramas jari-jemari. Sengaja dikuatkan bunyi jari-jemari yang meletup kala diramas dengan kuat. Damia ketap gigi. Geram. Nafas turun naik menahan rasa yang membuak-buak di dalam. 

“Lu...” Damia tuding jari telunjuk tepat ke wajah lelaki di depannya itu. 

“Faham tak apa gua cakap tadi? Lu dengar, kan.” Lima jari kiri digerakkan ke wajah lelaki di depannya.

“Bak sini telefon lu. Cepat bagi gua. Jangan nak buang masa gua. Tau tak gua dah lambat? Lu pun sama, kan. Karang tak sempat lu tengok bini lu kat wad bersalin, lu pulak yang kena
angkut masuk wad kecemasan.” Damia tadah tapak tangan. 

“Err... cik... ma... macam ni...”

“Cepat!” Mata Damia terbuntang. Bulat. Suara naik satu tangga. Iqram terkebil-kebil. Terkejut disergah. Liur ditelan pahit.

“Err...” Tangan kanan menyeluk poket. Perlahan-lahan ditarik keluar iPhone. Dihulurkan ke tangan gadis di depannya itu.

Damia belek telefon yang baru bertukar tangan. Walla, iPhone 5 tu. Mata dilontar ke wajah di depan yang memandangnya tidak berkelip. Bibirnya menguntum senyum kecil.

“Gua bukan nak rembat telefon lu pun kalau itu yang ada dalam kepala lu sekarang ni. Gua bukan muka rembat harta benda orang okey. Lu tak payah risau. Walaupun gua miskin kedana gua tak hadap harta orang. Mak abah gua tak ajar gua jadi kaki rembat. Gua ingat lagi dosa pahala.” Iqram geleng kepala. Senyum halus terpancar.

‘Never in my mind la cik kak pipi merah.’ Damia tenang menekan nombor di lantai telefon miliklelaki di depannya itu.

“Gua tekan nombor bos gua, lu cakap macam yang gua cakap kat lu tadi. Lu ingat kan apa gua cakap kat lu tadi?” Dan lelaki itu dilihat mengangguk laju.

“Pandai pun lu. Gua ingat lu stok mamat lembab tadi. Harap muka je giler gempak. Potong stim lu tau tak.”

Lembab? Potong stim? Iqram geleng kepala lagi. Namun aneh dia sedikit pun tidak marah kala ini. Bibir menguntum senyum lagi. 


Damia jongket kening saat mata menangkap senyum yang terukir di bibir lelaki di depannya itu. 

‘Ek eleh, boleh senyum pulak lu kena kutuk dengan gua. Weh bro, cover baek nampak!’

“Lu tahu tak, gua ni dah lambat masuk kerja. Bos gua sedang tunggu gua tau tak. Lu ada fikir tak dengan baju gua kotor macam ni, seluar gua yang dah wassalam lu dah simbah air lopak berlumpur, lu nak suruh gua pergi kerja. Lu fikir la sikit bro.” Damia letak telefon di telinga seketika sebelum dihulurkan pantas kepada lelaki di depannya itu.

“Haa... cakap.” Dia berbisik perlahan. Telefon bersambut. 

“Nama bos cik?” Perlahan Iqram bertanya. 

“Ms. Ow...”

“Nama cik?” Iqram bertanya lagi sebelum telefon dihala ke telinga.

“Apasal pulak lu nak tau nama gua?” Damia bulatkan biji mata namun suaranya masih diperlahankan. 

“Nak ke tak ni suruh saya cakap dengan bos cik?” Giliran Iqram jegilkan biji mata. Awak ingat biji mata awak je boleh bulat ye. Saya pun boleh ye cik pipi merah. 


‘Eh... eh, berani pulak nak jegil-jegil biji mata dengan gua bingka ubi hangus ni. Gua swing sebijik karang tercampak terus ke Ghana!’

“Cik?” Iqram lontar suara lagi.

“Damia Humaira.” Damia ketap bibir. Iqram senyum. Sempat dikenyitkan matanya. Damia
Humaira. Hmmm... sweet.  

“Hai morning. Is this Ms. Ow?” Iqram angguk sambil tabur senyum. Damia cebik. Berlagak je cakap omputih terlebih keju.

“Great. Hai Ms. Ow, this is Iqram... Iqram Faysal. I’m actually Damia Humaira’s friend. Well… actually she...” Damia buntang biji mata. Iqram kenyit mata lagi. 


‘Gua korek bijik mata lu baru tau. Banyak handsome kenyit mata kat gua. Dua kali pulak tu! Err tapi memang giler handsome pun bingka ubi hangus ini. Eh... jap jap. Bingka ubi hangus ni sebut apa tadi kat Ms. Ow. Friend? Friend??? Weh bingka ubi hangus, bila pulak lu jadi kawan gua? Gua tak fren lagi dengan lu okey. Sila hantar request kat FB gua.’



IQRAM BERDEHEM perlahan. Gadis di depannya ini dilihat melontar dengus. Tangan cik pipi merah dilihat memusing-musing laju batang tubuh gelas sirap limau yang sudah kosong. Gelas jus oren di depan Iqram ditatap sekilas. Sudah separuh diteguk. Gelas sirap limau gadis di depannya itu sudah awal-awal licin. Dia hanya mampu menggelengkan kepala melihat aksi bersahaja si pipi merah ini tadi kala menghabiskan minuman. Mahu ketawa, lepas dia bimbang bakal dihumban dengan jelingan garang si pipi merah ini. Yelah, nanti tak pasal-pasal pulak dia kena sembur di depan orang ramai di kafetaria ini nanti. Si pipi merah ini bukan boleh diagak kata-kata yang bakal keluar dari mulutnya yang comel tu.

“Lu tak faham ke gua cakap. Gua boleh balik sendiri. Lu tak payah aar nak buang masa hantar gua balik pulak. Gua kan dah tak ada apa-apa. Lu pun dengar tadi nurse kat unit kecemasan tu cakap gua luka sikit je. Leceh aar lu ni. Mengelabah lebih. Lu memang suka gabra tak tentu hala ek?” Damia humban kata-kata tidak puas hati.

Disebabkan lelaki itu sudah menyelesaikan masalah Damia daripada dimarahi pengurusnya kerana terpaksa cuti kecemasan hari ini, Damia terpaksa akur menurut ‘perintah’ lelaki itu yang tetap bertegas mahu membawanya membuat pemeriksaan. Damia lalu dilarikan oleh Lexus hitam gempak lelaki itu ke kaunter kecemasan di hospital ini tadi. 


Cakap pasal Lexus hitam lelaki itu, Damia sengih dalam hati. Seronok jugak dia tadi. Merasa jugak naik Lexus hitam yang giler gempak tak terhingga tu. Menangis Pot ni kalau tau dia naik Lexus. Tapi tadi Damia terkejut jugak. Lelaki itu siap bukakan pintu untuk Damia.

Walla weh, bingka ubi hangus ini memang jenis stok hormat awek. Siap ambik jaket dia alaskan tempat duduk bagi Damia tadi. Damia perhatikan jaket dia. BMW tu! Peerghh. Sah mahal... dan sah jahaman jaket tu sebab seluar Damia kan bersalur lumpur likat. Kalau dia bagi jaket tu kat gua wajib gua rembat. BMW, beb. Lu mampu?

Dalam kereta tadi pun Damia berbalah lagi dengan bingka ubi hangus tu. Damia cakap turunkan Damia kat stesen teksi yang berdekatan. Damia boleh balik. Tak payah nak buat pemeriksaan ni bagai. Boring la masuk hospital ni. Macam bau dettol je. Tak suka aar! Namun lelaki itu tetap bertegas. Nak jugak seret Damia pergi unit kecemasan. Bimbang jika Damia mengalami apa-apa luka dalaman. 


Kata lelaki itu... eh jap jap, nama dia tadi yang dia sebut masa telefon Ms. Ow tadi Iqram, kan. Iqram... Iqram apa ek? Ah... lantak la Iqram apa pun, dia peduli apa. Lelaki itu bukan ada apa-apa pun dengan dia. Kata lelaki itu dia tidak mahu nanti kalau apa-apa yang terjadi kepada Damia kesan daripada kecuaiannya tadi, dia bakal didakwa pulak di hari kemudian. Mana tau Damia buat report kat polis dia langgar Damia pastu lari. Ek eleh bingka ubi hangus tu. Ingat dia ni kaki balai polis ke nak report-report bagai. Tak kuasa aar bro. 

Iqram geleng kepala. Mata masih tidak berkalih melihat gadis di depannya itu.

“Nak balik macam mana kalau dah macam ni, hmmm?”


Mata disusuri ke arah pakaian Damia. Damia Humaira. Baru sebentar tadi Iqram tahu nama cik pipi merah di depannya itu. Cantik. Secantik orangnya. Cuma tak sangka pulak si pembawa nama yang cantik ini yang setaraf dengan wajah yang dikurniakan punya sifat yang sangat bertentangan. Ganas tahap langit tujuh lapis!


“Bro, tadi lu kata lu memang nak ke hospital ni, kan. Gua tau mesti bini lu nak bersalin ni. Sekarang kita dah settle. Gua dah tak ada apa-apa. Tengok… gua okey, kan?” Damia goyang dua tangan dan tubuh dipusingkan ke kiri dan kanan. 


“Takat baju dengan seluar gua ni, takde hal. Gua kan nak balik rumah je.” Damia berdiri dari duduk lalu dengan selamba memusingkan tubuhnya ke kiri dan kanan. Langsung tidak mempedulikan mata-mata di kafetaria yang memandang aksinya.


 Iqram geleng kepala memandang gadis di depannya itu. Dengan isyarat tangan, dia mengarahkan gadis itu duduk kembali.


“Ingat teksi nak bagi ke naik kalau pakaian dah kotor macam tu?”


“Berani la teksi tu tak nak ambik gua. Memang cari nahas dengan gua. Harus bertong-tong gas gua maki dia nanti sampai berkudis telinga dia tau tak.” Fuh! Iqram senyum dalam hati. Memang ganas berganda-ganda kan awak ni cik pipi merah.


“Dah, dah. Sekarang bagi gua duit tambang teksi. Dua ketul... eh eh...” Damia geleng kepala spontan. “Dua ketul  tak cukup. Ti... tiga ketul la. Gua balik sendiri. Cepat.” Damia selamba tadah tapak tangan. Iqram terpempan. Tambang teksi? Dua ketul? Tiga ketul? What the hell is that. Iqram geleng. Gosh... from which planet does she belong???

No comments:

Post a Comment