DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 15 February 2015

Something Stupid - Bab 5

IRSYAD menapak ke Dataran Integrasi dengan malas. Kalau diikutkan hati, malas sungguh dia hendak menemani Shila ke situ. Mentang-mentanglah ada karnival yang dianjurkan oleh pihak UiTM di situ. Tegak terus telinga Shila mendengar promosi dan jualan yang terdapat di situ. Dialah yang menjadi mangsanya.

“Cat, Shila nak baju tu.” Shila mula merengek. Irsyad mengeluh perlahan. Adoi... Ini yang dia tak berapa berkenan dengan perangai Shila. Suka sangat ‘mengepau’ dia. Bukannya Shila tiada duit. Sibuk juga gadis itu hendak menghabiskan duit poketnya. Tapi, dalam membentak pun, Irsyad hulurkan juga duit. Permintaan Shila tidak akan sesekali ditolak.

“Yeay! I know that you’re the best. I love you, Ichat! Like a lot!” Jerit Shila gembira apabila baju sudah menjadi miliknya.

Irsyad tersenyum sahaja. Janji Shila gembira. Shila memang gadis periang. Tidak dapat disangkal lagi. Cuma, sewaktu di dalam kelas sahaja gadis itu agak serius. Itu menurut kata Shila sendirilah.

“Wowowow.” Terdengar suara gadis seperti terperanjat akan sesuatu.

Mereka berpaling menghadap datangnya suara itu. Irsyad rasa suara itu seperti suara Zara! Ya! Memang Zara! Wajahnya sudah pucat lesi. Apa tanggapan Zara nanti mengenai dia dengan Shila? Gadis kecil di hadapan mereka itu tidak berkelip memandang dia dan Shila silih berganti. Zara terdengarkah apa yang diucapkan Shila tadi? Gulp! Melihat dari air muka Zara, Irsyad tahu Zara dengar semuanya. Zara terkejut. Dalam Irsyad mempamerkan kesungguhannya untuk berkenalan dengan dia, Irsyad boleh berpacaran dengan Zarina dan Shila serentak! Itu yang dia tidak faham. Apa Irsyad ingat dia sanggup jadi kekasih lelaki itu yang ketigakah?

“Hai Zara.” Tegur Shila ramah.

Terkejut melihat wajah sahabat karibnya di situ. Zara tersenyum sumbing. Melihat pautan kemas tangan Shila di lengan Irsyad menyebabkan Zara rasa... ‘okay, this is too much!’. Dia rasa sakit mata, sakit hati! Kenapa? Dia pun tak tahu. Apa yang pasti, hatinya sakit melihat kemesraan itu. 

“Oh! Hai! Beli baju?” Soal Zara sekadar berbasa-basi.

Sudah terang lagi bersuluh mereka di kedai baju. Memang sudah jelas tadi Shila membeli baju dan dia juga tidak buta untuk melihat siapa gerangan yang membayar baju Shila itu. Irsyad memandangnya tidak berkelip. Zara tidak faham dengan Irsyad. Irsyad ingat dia boleh berkawan dengan semua orang dengan cara peluk-peluk lengan begitu agaknya. Siapa
sebenarnya kekasih hati Irsyad, Zara pun tak tahu. Irsyad terlalu ramai pendampingnya.

“Yeap. You buat apa kat sini? Beli baju jugak eh? Want to join us?” Soal Shila yang sememangnya ramah itu. Zara  cepat-cepat menggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau dengan
melihat sahaja membuatkan biji matanya bernanah, takkan dia mahu mencari penyakit dengan menyertai pasangan dua sejoli itu? No! Dia masih mahu menjaga perasaan sendiri!

“ I’m just checking around. Nothing to buy. Tak apalah, you shopping aje dulu. I nak tunggu si Nurul Ain.” Ujar Zara memberi alasan. Nurul Ain? Entah masa bila pula dia berjanji dengan rakan sebiliknya itu pun dia tak tahu. Yang pasti, dia ingin beransur-ansur lenyapkan diri dari situ.

“Oh! Ruginya you! I ingatkan baru nak ajak you paw si Irsyad ni.” Shila berkata selamba sambil tergelak jahat. Irsyad sudah menggelabah. Apa tanggapan Zara nanti?

“Zara, can we talk?” Soal Irsyad tiba-tiba. Zara berkerut. Talk? Selama ini mereka tidak pernah ‘talk’ pun. Secara tidak sengaja dulu adalah sekali! Itu pun hanya cakap ‘apa’ dan ‘tak apa’ sahaja rasanya. Bercakapkah kalau begitu? Depan Shila pun boleh dia buat perangai buaya dia. Muka Shila tenang sahaja. Tiba-tiba Zara teringat sesuatu. Irsyad tahu nama dia? Sejak bila? Kalau dia yang tahu nama Irsyad, itu bukanlah perkara yang aneh kerana dia tahu nama Irsyad memang sering meniti di bibir pelajar UiTM, lebih-lebih lagi dari bibir pelajar perempuan. Eh, tapi! Ya, mungkin Irsyad tahu baru tadi. Shila ada menyebut namanya tadi... Zara berfikir sendiri. Aduhai Zara, kau ni kenapa? Kepalanya diketuk perlahan. Baru nak perasan jadi ‘tumpuan’ si crush sekejap, terus lenyap angannya.

“Tak apalah, saya busy. Daa.” Zara melambai Shila dan terus menghilangkan diri. Lantaklah apa yang Irsyad nak kata. Golongan playboy harus dijauhi. Harus! Irsyad mengeluh perlahan. Kenapa? Kenapa mesti Zara melayannya dengan buruk? Dan kenapa setiap kali dia cuba mendekati Zara, pasti muncul pelbagai dugaan? Aduh! Dia cuma hendak menerangkan kedudukan sebenar. Dia hendak memberitahu segalanya tentang dia, Zarina, Kay, Shila... dia tidak mahu Zara memandangnya serong lagi. 


ZARA MENGELUH. Aduhai, kenapalah crushnya itu boleh berada di situ juga? Bersama Shila pula tu! Kenapa hati ini rasa cemburu sangat melihat kemesraan mereka. Ingat Zara, dia tu cuma crush kau sahaja. Bukan kekasih! Crush! Lantak dialah kalau dia nak keluar dengan sesiapa pun! Dia bukan pakwe kau! Zara bermonolog. Cuba menyedapkan hati sendiri.

Tak sangka betul dia bahawa Shila akan membuat kenyataan dan pengakuan dari hati ke hati di tempat terbuka seperti ini. Gila betul! I love you! Bagai berulang tayang kata-kata itu di telinga Zara. Ah! Benci! Benci! Benci! Lebih mengejutkan lagi bila bibirnya secara tidak langsung tersebut ‘wowowo’ akibat terlalu terkejut tadi. Tak sangka selama ini telahannya betul. Irsyad dan Shila memang berpacaran. Tapi, apa pula kedudukan Zarina? Irsyad juga sering keluar makan dengan Zarina di bandar! Aduh! Pening... pening!

Sambil meredakan perasaannya yang berkecamuk, dia mencuci mata melihat pakaian-pakaian yang dijual di situ. Matanya tertancap pada sehelai baju yang tergantung. Boleh tahan cantik. Dia memegang dan membelek baju itu dengan teliti sekali. Hmm... not bad! Bukan menanyakan harga. Si penjual menjawab dengan ramah. Hmm... tidaklah mahal mana pun. Cantik pun cantik! 

Disebabkan hati mula berkenan pada baju itu, terlupa terus dia kepada Irsyad dan Shila tadi. Dia membelek lagi pakaian yang lainnya.

“Err... bang, yang ni ada warna lain tak?” Soal Zara penuh minat. Abang yang menjaga gerai itu tersenyum dan mengangguk. Alahai! Manisnya muka dia. Sempat lagi Zara memuji di dalam hati. 

“Ada, nak warna apa? Kat sini ada warna kuning, merah, hitam, putih dan biru muda saja, dik.” Kata lelaki itu ramah. Sempat dia mengenyitkan mata kepada Zara. Zara menjeling terbalik. Spesies gatal! Dia paling benci lelaki dari spesies ini! Miang!

“Warna pink takkan tak ada?” Soal Zara dengan muka berkerut. Warna merah jambu jugalah yang dicarinya. Warna merah jambu sahaja yang masih belum disebut oleh si penjual. Zara berdoa sangat agar warna kegemaran dia itu ada. Entah kenapa dia begitu berkenan pada warna itu. Meskipun ramai yang berkata bahawa warna itu terlalu keperempuanan dan lembut, dia tetap juga meminatinya. Malah, obses! Hampir setiap peralatannya berwarna merah jambu. Gajetnya juga semuanya berwarna merah jambu. Padanya, warna merah jambu itu dapat menyejukkan matanya.

“Ada tadi tapi sekarang dah habis. Hehehe.” Bercanda pula dia! Ingat kelakar sangatlah!

‘Hahaha! Joke all you want!’ Bebel Zara di dalam hati dengan sinis sekali. Dia mendengus. Tak ada pula warna kegemarannya. Hatinya sudah terpaut benar pada baju itu. Bukan senang untuk dia jatuh cinta pada sehelai baju! 

“Warna merah ada kan? Saya nak tengok boleh?” Soal Zara. Padanya biarlah warna merah jambu tiada asalkan warna merah masih ada. Merah campur putih kan, tetap jadi merah jambu. Hahaha.

“Ada, kejap abang ambilkan ya. Tunggu tau cik adik manis, intan payung, sayur keladi.” Pandai pula si penjual bermain kata. Kedengaran dengusan kasar menyapa telinga Zara. Dengusan itu di belakangnya! Dengusan seorang lelaki. Bukankah sepatutnya Zara yang mendengus kasar mendengar ayat penjual baju itu? Dia berpaling. Eh? Sejak bila Irsyad berdiri di belakangnya? Dan Irsyad sedang memerhatikan dia tidak berkelip! Mana perginya kekasih awal dan akhir lelaki itu tadi? Shila mana?

“Awak berkenan kat baju ni eh?” Soal Irsyad sambil tersengih dan menunjukkan baju yang dipegang Zara itu. Zara mengangguk sahaja. Awek hilang sekejap, terus sahaja merayap dekat sini? Dasar lelaki! Kutuk hati Zara.

“Hmm... Hmm...” Sahutnya perlahan dengan mahu tak mahu. Lantaklah kalau Irsyad nak kata apa. Dia tidak mahu dituduh cuba menggoda kekasih orang. Kekasih Shila pula tu! Selama ini Shila begitu baik dengannya. Tidak mungkin dia rela dituduh sebegitu oleh orang yang sudah berbuat baik dengannya!

“Saya belikan untuk awak. Saya belanja nak?” Soal Irsyad menawar diri untuk membayar harga baju itu. Zara menggeleng-gelengkan kepalanya. 

“No thanks. I’m not as poor as you think.” Jawab Zara endah tak endah. Oh! Kali ini berapa patah perkataan yang kau dah ‘talk’ dengan dia ya Zara? Hati Zara menyoal. Irsyad masih lagi tersenyum biarpun nada sinis yang diterimanya tadi itu membuktikan bahawa Zara tidak sudi melayan kewujudannya di sini. Dia cuba menahan getaran hati. Terbakar? Tentu sekali! Dia sememangnya sudah terbakar dengan layanan dingin Zara terhadapnya. Kut ya pun bencikan dia, tak perlulah Zara tayang sangat perangai tak suka dia tu!

Menjeling terbalik dan buat muka meluat. Sungguh Irsyad tercabar melihat riak Zara itu. Tapi, dah namanya anak jantan, buat apa nak mengalah terlalu awal? Irsyad tidak berputus asa. Padanya, lelaki yang mudah mengalah ini merupakan lelaki yang pengecut. Dan dia bukan pengecut! BUKAN!

“I’m not saying that. Saya cuma menawarkan perkhidmatan percuma kepada awak. Lagi pun tak salah kalau saya belanja awak.” Tutur Irsyad sambil tersenyum manis. Wah!  Terpegun Zara melihat senyuman lelaki itu. Lelaki ini memang kacak! Puji hatinya.

“Sorry, do I know you?” Soal Zara setelah menyedari bahawa dia tidak sepatutnya melayan perasaan kepada kekasih teman karib sendiri. Dia tidak mahu menjadi perhatian di situ. Berdiri sahaja Irsyad di sini sudah cukup membuktikan betapa popularnya lelaki itu. Ramai yang mencuri pandang ke arah mereka dan Zara langsung rasa tak selesa! Ini tak kelakar! Kalau gosip sampai ke telinga Shila, dia boleh mati berdiri di situ! Riak Irsyad berubah serta-merta mendengar soalan sinis daripada Zara itu. Sungguh dia rasa tercabar. Walau bagaimana remuk sekalipun hati dia, dia tetap cuba berlagak tenang. Buat muka tembok sajalah, Irsyad! Hanya itu semangat yang ditiupkan buat dirinya sendiri. Selama ini dia tidak pernah menerima sebarang penolakan. Apa yang dia nak, semuanya dia akan dapat. Tetapi, bila berhadapan dengan Zara, dia menjadi lelaki yang gagal! Inilah kali pertama dia merasa gagal setelah berhadapan dengan situasi ditolak oleh gadis yang sama berulang kali. Dia menerima penolakan Zara ini sebagai satu cabaran buatnya!

“Oh! Maaf, saya tak perkenalkan diri saya. Nama saya Muhammad Irsyadul Firdaus bin Rosli.” Irsyad menghulurkan salam perkenalan sambil mengukir senyuman. Salamnya tidak
bersambut.

“Sorry? Bukan Syed Irsyadul Firdaus ke?” Soal Zara pelik. Setahu Zara, nama lelaki itu bermula dengan gelaran ‘Syed’ di hadapannya dan bukannya Muhammad. Irsyad tergelak kecil menampakkan lesung pipitnya yang tidak berapa ketara. Manis!

“So you know me. You know me!” Ujar Irsyad sambil tersengih. Air muka Zara berubah. Oh Tuhan! Malunya...  nampak sangat yang aku ambil tahu pasal dia! Do I know youlah sangat! Sekarang, ambik kau. Kan dah terkena kat batang hidung sendiri. Bebel Zara di dalam hati.

“Okay, whatever. Abang, mana dia baju yang saya minta?” Soal Zara separuh menjerit kepada abang gerai yang tak muncul-muncul itu. Lama betul! Dia cuba mengawal rasa malunya.

Malunya. Rasa macam nak pergi ke tapak pelupusan sampah dan minta dilupuskan sekali dengan sampahsampahnya. Kenapa mulut dia boleh menjadi ‘secabul’ itu untuk menyoal Irsyad tadi? Irsyad hanya tersenyum. Comelnya Zara. Dalam endah tak endah Zara itu, ada juga hal tentang dia yang Zara ambil tahu rupa-rupanya.

“Kejap dik, abang tengah cari lagi ni. Tadi ada. Tunggu kejap ya!” Laung si penjual pula entah di mana. Zara mendengus geram. Lambat sangat!

“So, Nur Izzati Raudhah, friends?” Soal Irsyad sambil tersenyum manis. Zara terbelalak.

“Macam mana awak boleh tahu nama saya? I mean, nama sebenar saya?” Soal Zara terkejut.

“I just knew it.” Balas Irsyad yang masih tersenyum itu. Murahnya senyuman dia! Zara menelan liur. Aduhai. Dia dah buat muka handsome dia dah!

“Hmm... Sorry... Macam mana boleh tahu?” Soal Zara tidak berpuas hati.

“Trust me, I’m a good spy.” Ujar Irsyad sambil mengangkat keningnya. Dia... dia sedang menggodakah? Zara menelan liur yang semakin payau. Kesat! Urgh! Kenapa mesti dia jatuh cinta berkali-kali kepada kekasih Shila ini? Tak sukanya Tetapi benarkah Irsyad sedang menggodanya? Atau ini semua perasaan dia sahaja?

“Hmm... whatever Mr... Spy.” Zara menjawab malas-malas. Setiap kali dia terasa bahagia, cepat-cepat dia ingatkan diri sendiri bahawa kebahagiaannya akan membawa penderitaan
kepada Shila! No! Dia tak sanggup! Irsyad, tolonglah berhenti buat saya rasa macam ni! Rayu hati Zara.

“So, friends?” Soal Irsyad sekali lagi. Mereka sudah berbual dengan agak ‘mesra’ seperti ini. Mungkin Zara sudi berkawan dengannya. Teringin benar Zara menyambut huluran itu dan pekik sekuat hati bahawa mereka akan bergelar kawan. Tiba-tiba muncul pula wajah sugul Shila dalam bayangan Zara. Zara menelan liur.

“I don’t need to be anyone’s friend I guess.” Zara menolak lantas menapak ke dalam gerai itu dengan keluhan hampa. Jangan kocakkan jiwa aku! Aku tak mahu dibebani rasa bersalah pada sahabat karib sendiri. No! Benda itu takkan terjadi.

Irsyad yang ditinggalkan Zara di luar hanya menunduk. Jemari yang menghulur salam perkenalan tadi digenggam kuat. Tidak bersambut. Suatu hari nanti dia akan pastikan huluran itu bersambut! Malu sungguh mukanya apabila huluran tangan tidak disambut. Ada beberapa pasang mata yang memandang. Tak apa, Zara. Saya takkan berputus asa. Bila saya kata ‘nak’, saya mesti dapat! Itu nekad dan azam Irsyad. 

Beberapa minit kemudian, Zara keluar dengan satu beg plastik di tangan. Sudah berjaya mendapatkan apa yang dia nak. 

“Saya tak puas hati, kenapa awak tak nak berkawan dengan saya? Apa salah saya?” Soal Irsyad tidak berpuas hati. Dia berpeluk tubuh di hadapan kedai itu. Sanggup dia berjemur di tengah panas semata-mata menantikan Zara. Zara pelik. Tak serik-serik lagikah Irsyad ini?

“Kenapa tak nak berkawan dengan saya? Lets be friends!” Ajak Irsyad sedikit mendesak. Zara berkerut. Apa ni? Sampai mendesak bagai! Bahaya betul.

“When I said no, it means no! Absolutely NO! Tang mana yang awak tak faham tu?” Soal Zara tegas. Dia tidak boleh berhadapan dengan situasi ini. Mana Shila? Shila patut tahu dengan siapa dia berpacaran. Shila patut tahu Irsyad ini jenis lelaki yang bagaimana. Irsyad rasa tercabar. Terasa malu. Tebal mukanya berinci-inci dek soalan sinis Zara itu!

“It’s okay now. Saya dah faham. You are too ‘friendly’ to be my friend. Sorry for that.” Irsyad berkata perlahan sebelum melangkah pergi. Sumpah dia terasa seperti diperbodohkan Zara. Seperti memperbodohkan diri sendiri juga. Niatnya suci. Kenapa Zara sentiasa memanaskan hati dia dengan kedinginan dan kata-kata sinis begitu. Apa salah dia? 

Zara menelan liur. Tidak menyangka bahawa Irsyad berkecil hati. Tak sangka. Betul ke? Dia melilau memandang sekeliling. Ramai gadis yang menjadi penonton sedari tadi memandang ke arahnya dengan pandangan tak puas hati. Ada yang tersenyum sinis dan mengutuk Zara secara berdepan. Bagi mereka, salam yang dihulurkan oleh Irsyadlah merupakan salam yang paling dinanti. Pada mereka, Zara bodoh kerana melepaskan peluang keemasan yang tak mungkin akan datang kepada mereka.

Zara mengeluh perlahan. Terlalu sombongkah dia? Dia berlagak sombong hanya kerana mahu menjaga sekeping hati seorang sahabat karib... kasihan Shila.

No comments:

Post a Comment