DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 11 February 2015

Hantu Punya Bos - Bab 8

MACAM mana kau dengan hantu tu?” soal Diela sambil mengunyah sandwic sardin yang baru dihidangnya. Dia duduk berhadapan dengan Abby yang sedang menyapu sardin hancur ke atas roti kepingnya.

“Hantu?” soal Abby sambil lantas menjongketkan keningnya. Apa yang pelik sangatnya? Dia ada terserempak dengan hantukah tadi? Rasanya, memang tak ada. Minta-mintalah dijauhkan terus!

“Itu Encik Arrayyan Zainuddin la!” Diela bersuara geram. Sebijik macam orang Bangla. Terbahak Abby dengan kata-kata Diela itu. Apa pasal pula Diela nak tahu tentang bos lamanya? Sudah naik rindu ke? Hehehe. Mungkin juga. Sehari tak dijerkah, mungkin hidup Diela tidak sempurna agaknya.

“Hantu tu? Tak menghantui aku sangat pun. Dia, tak macam kau cakaplah. Memetir. Tak ada pun. Dia tegas biasa-biasa aje dengan aku. Tak adalah sampai terhinggut bahu. Tapi, ada juga macam yang kau cakap tu, dia suka cari kesalahan orang.” Abby berkata sambil membelek-belek kukunya. Sandwic sardin di tangan kanan disuap ke mulut dengan penuh selera. Omnomnom! Berselera.

“Dia dah cari kesalahan kau ke?” Diela mula berminat mendengar kata-kata Abby itu. Mencari kesalahan orang. Itu memang sifat semula jadi bos lamanya. Abby mengangguk dengan mulut penuhnya. Sesudah ditelan sandwicnya, dia bersuara.

“Ada. Kau tau tak, ada ke patut tadi, dia panggil aku semata-mata untuk tanya kenapa aku semakkan pandangan mata dia? Dia kata aku macam beruk banyak kutu. Beruk?! Dia samakan aku dengan binatang berkutu tu. Gila tak handsome! Eee, aku rasa Encik Arrayyan tu tak cukup karanlah! Dia lahir punggung keluar dulu atau apa? Perangai macam tahi! Boleh dia kata aku menjawab? Dah dia tanya, takkan aku tak jawab? Nanti kalau aku tak jawab, apa yang dia kata? Dia mesti anggap aku biadab pula ya dak?” Abby menyoal Diela. Diela mengangguk-angguk tanda setuju. Memang kalau berhadapan dengan Arrayyan, menjawab salah, tak jawab pun salah! Jadi, kuranglah rasa hairan Diela di situ.

“Aku rasa, bos tu ada masalahlah. Sebab dia dah terlewat kahwin, dia jadi macam tu. Kurang kasih sayang,” ulas Diela sambil mencemikkan mukanya. Abby mencebikkan bibirnya. Tak rasional langsung. Lewat kahwin? Kurang kasih sayang? Berperangai macam tu? Abby tak rasa ada kaitan langsung dengan perangai gila Arrayyan tu.

“Kurang kasih sayang apa? Aku rasa dia tu terlalu dimanjakan. Sampai tak pandai nak respect orang. Setiap masa dia nampak dia yang perfect.” Abby mengemukakan pendapatnya. Diela menjongketkan bahunya. Mungkin juga. Logik pendapat Abby itu. Arrayyan kan anak orang kaya. Biasa bermanja-manja ni?

“Apa kata, kau mengurat bos tu. Dan tanya dia, kenapa dia jadi macam tu?” Diela memberi cadangan gila. Hampir sahaja Abby tercekik anak tekak sendiri akibat terkejut. Nak mengurat untuk apa? Untuk mati cepat dijerkah setiap hari atau apa?

“Kau nak aku mengurat bos? Maaf! Dia bukan taste aku. Wandi itu taste aku. Tak minat aku lelaki yang sentiasa seluk poket seluar macam Arrayyan tu. Lepas tu, tilik kasut dia. Sekejap-sekejap tilik kasut yang hitam berkilat tu. Itu lelaki ego namanya. Macam sakai. Kau tahu sakai tu macam mana?” soal Abby. Diela menggeleng-gelengkan kepalanya lurus tanda tidak tahu. 

“Macam kau!” Ambil kau, Diela. Abby tengah bengang, boleh dia kemukakan cadangan gila seperti itu? Diela terkujat. Cis! Apa pula dia dikatakan sakai? Sangat tak patut.

“Hish. Percaya aje aku dengan kau,” marah Diela. Nak tergelak juga dia melihat muka merah padam Abby itu. Baru sehari bekerja dengan Arrayyan, terus Abby rasa meluat. Bahaya betul!

“Sebab tu aku kata kau sakai. Mana boleh kau nak suruh aku mengurat dia. Eee. Orang mental pun belum tentu nak lelaki yang macam itu.” Abby mengutuk lagi. Diela terkekeh-kekeh ketawa. Memang betul! Siapalah nak orang macam Arrayyan itu? Suka mencari kesalahan orang, bajet diri kacak, sempurna. Sentiasa nak merendah-rendahkan orang lain. Husss!

“Sorry, okay? So, keseluruhan kerja kau macam mana?” Diela mengubah topik.

“Aku okey aje kerja kat situ. Tak ada masalah. Lagipun aku diterima dengan baik oleh pekerja kat situ. Bos tu sikap dia, kerek ajelah. Dengan pekerja lain aku okey.” Abby memberi kesimpulan. Diela mengangguk-angguk tanda berpuas hati dan bersetuju dengan Abby.

“Mesti Azham dan Suzanna layan kau okey, kan? Dengan Kak Rozie. Betul tak?” soal Diela teruja. Dia tahu, muka itulah yang selalu membantunya dan memberi ucap selamat bagi yang baru bekerja di Syarikat Avaloft itu. Abby mengangguk-angguk dan tersenyum. Benar kata-kata Diela. 

“Dia orang baik sangat dengan aku,” ujar Abby bersama senyuman senang hati. Benar, Azham dan Suzanna memberikan layanan terbaik kepadanya juga Kak Rozie. Rasa selesa berbual dengan mereka bertiga. Kalau pekerja lain, Maira yang nampak kurang senang sedikit dengan kehadirannya tetapi apa dia kisah? Dia bukan bekerja untuk disukai semua orang. Dia hanya bekerja untuk buat yang terbaik bagi membantu ibu dan bapanya. Itu sahaja. 

“SAYA panggil awak tadi kan, Cik Abby kenapa awak tak masuk?!” Meninggi suara Arrayyan menyoal Abby dengan mata yang sudah membuntang. Geram! Kalau boleh ditelan gadis bermata besar itu, sudah pasti dia sudah melakukannya. Dia sendiri pun berasa aneh dengan dirinya. Jika dia menatap anak mata Abby yang besar itu, secara automatik, matanya turut membesar.

Bengang dia dengan Abby usah dikata. Ada ke patut, Abby buat-buat bodoh dengan tidak menghiraukan panggilan dia ke dalam bilik pejabatnya? Eee, memang cari masalah. Hajat hati, dia hendak membebani gadis itu dengan tugas-tugas yang banyak sehingga gadis itu berasa serik lagi untuk melawan katanya, alih-alih, dia dikenakan semula oleh gadis itu. Sakit betul hatinya. 

Boleh Abby buat tak tahu saja terhadapnya? Eee, benar-benar mencabar minda. Siap boleh berborak bagai dengan Azham dan Suzanna. Lagi sakit mata Arrayyan melihatnya. Pakai Eye Mo pun tentu tak jalan! Makan gaji buta! kutuknya dalam hati.

“Saya minta maaf bos, tadi saya...” Baru lagi dia hendak mengemukakan alasannya, Arrayyan pantas mencantas.

“Saya tak nak dengar sebarang alasan lagi! Awak ni Abby... banyak betul alasan, kan?” Arrayyan semakin menjegilkan matanya. Dah hampir terkeluar biji matanya akibat membuntang melebihi had. Alahai. Susahlah macam ni. Abby menggaru-garu belakang telinga comelnya. Dia menelan liur. Hendak jawab apa kalau dah Arrayyan tidak mahu mendengar penjelasannya?

Tadi dia hendak merujuk kepada Azham dan Suzanna mengenai dokumen yang dipegangnya. Selama dia bekerja ini, itulah pertama kali dia terpaksa mengendalikan dokumen seperti itu. Dokumen yang Arrayyan renyuk dan contengkan semalam. Ada beberapa patah perkataan yang dia tak dapat lihat dengan jelas disebabkan sudah diconteng oleh Arrayyan. Dia perlu mengetahui apa isi kandungannya supaya tidak terdapat sebarang kesalahan taip.

“Maaf bos, tapi saya...” Belum pun Abby melindung dirinya, Arrayyan sudah memotong.

“Saya apa?!!” jerkah Arrayyan kuat sehingga Abby melatah.

“Saya manalah tahu awak tu apa?!!” jerkah Abby pula. Kali ini bahu Arrayyan terhinggut. Terperanjat. Rasanya inilah julung kalinya dia dijerkah semula oleh pekerja bawahannya sepanjang dia bekerja di sini. Dia terdiam. Bukan Arrayyan sahaja, seluruh pejabat di situ terdiam. Bunyi cengkerik pun tak ada! Cengkerik pun tahu takut dengan Arrayyan.

Semua pakat terkejut dengan jerkahan Abby. Sejujurnya, siapalah yang berani melawan bos segarang Arrayyan? Mereka yang melihat berusaha menahan tawa. Kelakar melihat bahu Arrayyan terhinggut kuat dengan jerkahan Abby yang kuat itu. Jelaslah, Abby melatah!

“Ya Allah bos! Saya minta maaf! Sumpah tak sengaja.” Abby meminta maaf secepat mungkin. Badannya ditunduk-tundukkan beberapa kali dan tangan kanannya menekup mulut yang menjerkah Arrayyan tadi.

“Awak ni memang dah melampau awak tahu, tak?!” Arrayyan menjerkah semula. Geram betul dia melihat reaksi pekerjanya yang berusaha menahan tawa sehingga bergegar-gegar
badan.

“Saya tahu. Eh, tak! Eh, saya tahulah!” Abby melatah lagi bila mendengar suara kuat Arrayyan menyapa gegendang telinganya secara paksa itu. Arrayyan menjegilkan matanya dan menghampiri Abby dengan riak mahu menelan Abby hidup-hidup di situ juga tanpa sos dan kicap. Azham tiba-tiba menghalang bosnya.

“Erk, bos! Jangan marah dia. Dia ni hanya melatah.” Azham bersuara kalut. Suzanna turut melindungi Abby. Arrayyan menghentikan langkahnya. Baru lagi dia hendak menengking Abby betul-betul di telinga, mujur Azham dan Suzanna menghalang. Arrayyan mendengus  kasar. Dia berpeluk tubuh. Kuat. Rahangnya bergerak-gerak. 

Nampaknya dia sedang berusaha menahan amarahnya agar tidak sampai ke tahap paling teruk. 

“Maafkan saya bos, saya melatah teruk.” Abby meminta maaf. Matanya sudah berkaca-kaca. Rasa bersalah pula kerana berlaku biadab terhadap Arrayyan meskipun tanpa disengajakannya.

“Hm. Lain kali, saya tak nak awak ulangi perangai awak ni. Mana kerja yang saya suruh awak buat semalam?” Arrayyan menyoal Abby dengan suara tertahan-tahan. Penumbuk digenggam kuat. Bengang kerana tidak berjaya menjerkah gadis itu untuk ketiga kalinya.

“Err. Saya tengah buat kerja itulah tadi.” Abby bersuara takut-takut. Arrayyan mendengus. Memang Abby ni banyak sungguh alasannya. Jangan tanya kenapa jika suatu hari nanti dia mengikat mulut si Abby tu dengan tali rafia. 

“Kenapa lembab sangat buat kerja?” Arrayyan mula mendengus geram.

“Saya tak tahu perkataan yang bos dah conteng tu.” Abby menjawab takut-takut. Sejujurnya, dia tak berapa nak faham sangat perkataan yang bercetak dengan warna hitam itu dan diconteng juga dengan dakwat pen hitam! Siapa suruh Arrayyan conteng sesuka hati? Mulalah menyusahkan orang! bebel Abby dalam hati.

“Sekarang awak nak salahkan saya? Awak ni! Kalau sekali saya soal, macam-macam jawapan awak reka, kan? Tak nak jadi penulis novel ke? Boleh jadi sebijik novel ni nanti.” Arrayyan menyindir geram. Kalau Abby itu semut, memang dia sudah sembur guna Shieldtox sampai tak meninggalkan kesan. Sakit sungguh hati melihat wajah Abby. Wajah yang menduga kesabarannya.

Baru lagi hari kedua Abby bekerja di situ, hidupnya sudah merana sungguh! Sakit hatinya dengan kepetahan Abby menyangkal setiap amarahnya sehingga dia rasa tidak selamat lagi menjadi bos di situ. Helo? Encik Arrayyan Zainuddin rasa tak selamat disebabkan seorang perempuan macam Abby?

“Betul bos, tadi Abby menyoal kami tentang perkataan-perkataan yang dah tak nampak akibat diconteng itu. So, kami sama-sama hendak membantu dia.” Azham bersuara. Suzanna mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan kata-kata Azham itu. Kasihan kepada Abby apabila berlaku jujur pun tetap juga dimarahi.

“Awak ada bos, Abby. Apa yang awak tak faham, sepatutnya, awak terus tanya saya.” Arrayyan mengendurkan suaranya meskipun dia masih berasa bengang dengan Abby. Beria-ia Azham melindungi Abby membuatkan dia naik meluat dengan gadis cantik itu. Perangai tak serupa bikin!

“Saya minta maaf, bos. Tapi bos kan tak suka diganggu. Diela pernah cakap dengan saya yang bos tak suka diganggu. Saya tengok tadi, kepala bos asyik ke bawah menghadap dokumen. Diela pernah cakap, kalau bos berkeadaan macam tu, jangan sesekali pergi cari penyakit kalau tak ada penyakit. Dia cakap, kalau teringin telinga comel saya ni tercabut, barulah masuk. Eh, takkan saya nak masuk pula ya dak? Rosaklah telinga saya ni nanti.” Abby menjawab dengan petah. Pekerja lain semua menunduk dan tersenyum-senyum. Masing-masing terhibur mendengar jawapan Abby itu.

Arrayyan mendongkol marah. Geram sungguh dia dengan Abby. Kalau setiap hari macam ini, mahu dia berbaring di katil hospital selama sebulan! Sakit hati. Sakit hati sesungguh-sungguhnya dengan Abby! Anak dara siapalah melawan kata begini? Miss Excuses! 

“Eee! Awak ni kan, memang menjawab aje pandai! Saya pecat awak nanti! Apa lagi yang Diela dah burukkan saya?” Arrayyan mengamuk. Diela berani mengutuk dia? Mentang-mentanglah dah berhenti kerja. Dah selamatlah tu, kononnya! bentak hati Arrayyan geram. Kalau dia jumpa Diela ini memang dia akan cekik kuat-kuat!

“Eh, Diela tak pernah memburukkan bos. Dia kata, bos sangat tegas dan berkaliber. Itu sahaja,” bohong Abby apabila menyedari yang dia sudah terlepas kata. Habislah aku kalau bos tahu! Lagi habis kalau Diela tahu! Diela dahlah suka merajuk bukan main lama lagi.

“Ya Allah Ya Tuhanku, sabar ajelah aku.” Akhirnya Arrayyan mengalah. Dia mengurut-urut dadanya. Cuba bertenang sebaik mungkin. Mana boleh dia berasa kalah dengan seorang gadis seperti Abby? Ini memang karut! Berpeluh-peluh dia berhadapan dengan Abby. Gadis itu pula nampak tenang sahaja. Tak boleh jadi betul!

“Maafkan saya, bos.” Akhirnya Abby meminta maaf. Alamak! Apa pasallah mulut aku cabul semacam aje hari ni? Dahi tak gatal digaru-garu. Bila dah kalut, macam-macam yang nak digarunya!

“Dahlah, siapkan cepat. Kalau pukul dua ni nanti, masih lagi tak siap, saya potong gaji awak! Dahlah menjawab setiap patah kata saya. Memang sangat melampau!” bebel Arrayyan garang. Pekerja-pekerja lain yang sedang tersengih melihat adegan sebabak itu masing-masing beriak selamba apabila Arrayyan merenung mereka seorang demi seorang. Takut.

“Dan kau orang, kalau sibuk nak gelakkan aku, baik kau orang keluar!!” jerkah Arrayyan kuat apabila sebahagian daripada pekerjanya tergelak-gelak. 

“Keluar!!” Abby pula menyergah Arrayyan. Bukan dia sengaja tetapi dia melatah! Semua pekerja yang menahan tawa tadi akhirnya tergelak juga. Ada yang memegang perut, ada yang menepuk meja dan menghentak kaki. Abby nampaksuasana macam di zoo pula. Menakutkan!

“Aku potong gaji kau orang semua dua puluh peratus!” Arrayyan berkata sambil berjalan pergi ke biliknya. Semua terdiam mendengar kata-kata Arrayyan itu. Dia sempat menjeling Abby dengan jelingan maut. Geram kerana latahan Abby itu berjaya membuatkan dia kelihatan seperti seorang bodoh. Bodoh di mata pekerja lain.

‘Hantu punya bos!’ maki Abby dalam hati.

GEDEGANGG!!! Pintu terkatup rapat dan kuat. Arrayyan mengamuk. Bahu semua pekerja terhinggut hebat dek bunyi kuat hempasan pintu itu. Abby berasa bersalah apabila pekerja mula bersoksek-soksek mengenai gaji mereka yang bakal dipotong oleh Arrayyan. Semua menunjukkan riak sedih. Abby rasa bertanggungjawab. Memang dia bertanggungjawab kepada kejadian itu. Sebab latahan dialah, pekerja semua terpaksa berhadapan dengan masalah gaji. Dia akhirnya membuat keputusan untuk bersemuka dengan Arrayyan. Apa nak jadi pun jadilah!

No comments:

Post a Comment