DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 17 February 2015

13 Ros Merah - Bab 5

DAMIA mendongak ke atas memandang pada nama Apac Pharmacy yang tertera di permukaan kaca di atas premis di depannya ini. Cukup besar. Cukup jelas. Kepala menjenguk ke dalam cermin kaca yang menabiri premis di depannya ini. Dua belah tangan ditekap ke cermin dengan mata dirapatkan ke cermin juga. Matanya melilau melihat suasana kelam di dalam. Boleh tahan gak branch ni. Kepala diangkat kembali. Dihala mata ke jalan raya di hadapan yang mulai sibuk dengan kereta yang memasuki bangunan-bangunan sekitar. 

Dimuncungkan sedikit bibir dengan jari kanan mengetuk lantai dagunya yang berlekuk. Kepala diangguk-anggukkan perlahan. Mata Damia dihala memandang kawasan sekitar. Bangunan-bangunan pejabat pencakar langit yang saling berdiri rapat antara satu sama lain ditatap kagum. Cantik gak tempat ini. Area orang korporatlah katakan. Betullah kata Daniel yang Damia akan merasai kehidupan dan suasana kerja yang baru. Dikelilingi masyarakat korporat yang lebih sofistikated dan lebih bagus. Damia sudah jauh dari dunia kompleks membeli-belah yang sangat membingitkan. Damia cebik bibir. Bingit ke?

“Gua okey je beb dengan tempat lama. Best woo. Sure gua giler boring nanti kat sini sebab gua bukan biasa dengan suasana aman damai ni.”

“Boring apanya lagi ini Humaira?” Uit... Mata Damia terkebil-kebil. Suara abah malam tadi kembali menjelma kat telinga. Abah ni... tau-tau je bila kepala dia ada sentimen kurang vitamin C ni.

“Boring tu sebab kepala otak awak yang cakap macam tu. Bila fikir boring, fikiran awak dah hantar maklumat kat otak awak yang tempat baharu ni boring walhal awak tak pergi pun lagi. Tak alami pun lagi suasana kerja kat tempat tu.”

“Abah ni... abah tak faham aar hati Humaira. Tempat tu memang giler boring, abah. Bangunan je kiri dan kanan. Macam kena penjara je kiri kanan tau tak, bah. Dah la jauh dari
rumah orang tu.”

“Abah bukannya tak faham. Tapi awak tu yang tak faham. Kerja tu kat mana-mana pun tak apa, Humaira. Lagipun tempat baharu awak tu taklah jauh sangat, kan. Nak dekat, awak buat je khemah kat depan tempat kerja baharu awak tu. Senang kan. Celik je mata, nampak tempat kerja awak.”

“Abah ni... suka aar buat Humaira nak bertukar jadi gunung berapi.”

Ketawa abah di hujung talian buat Damia tambah sakit hati. Abah ni, isy...

“Niat kita kerja tu yang penting. Lillahitaala. Ingat apa janji awak waktu dapat kerja dahulu? Ingat tak? Ke awak dah lupa janji sendiri. Janji tu amanah kepada diri sendiri. Ingat tu Humaira.” Abah memang panggil Damia dengan nama Humaira. Itu nama kedua Damia. Damia Humaira. 

Hanya abah sorang sahaja sebab nama Humaira tu pun abah yang letak kat belakang nama Damia yang mak pilih dari awal-awal lagi. Kata mak, memang asal nama Humaira tu tak ada dalam perancangan mak dan abah. Cuma lepas Damia lahir je abah letak nama tu sekali. Dan dahulu bila mak cerita rahsia di sebalik nama tu, Damia sengih sorang-sorang.

“Ingat... abah.” Damia angguk-angguk kepala perlahan dengan Nokia yang melekat di telinga. Macamlah abah ada kat depan mata dan boleh nampak dia angguk kepala. Tapi kalau abah kat depan mata memang sah-sah Damia dah kena gelak sakan dengan abah. Mesti abah akan cakap.

“Budak jenis dalam hati ada taman bunga memang macam tu. Aksi luaran je ganas kalah naga lebih tapi dalam lembik macam agar-agar.” Tu memang modal abah dari dahulu kalau nak menyakat Damia. 

‘Abah, orang bukan agar-agar aar. Orang ni kuih abuk-abuk tau. Kenyal tapi best dimakan.’

“Janji.” Kata abah tu terngiang-ngiang lagi kat cuping telinga.

Damia tahu janjinya kepada abah dan mak dahulu. Damia dah janji yang dia takkan mengalah walau apa pun kesukaran yang akan dihadapi nanti jika diterima bekerja di sini. Yelah bukan senang dulu nak dapat kerja. Dia pun bukan pandai mana pun. Takat lulus SPM je. Dan malam tadi bila abah kembali mengingatkan janjinya itu, Damia rasa dia macam nak terjun dari tingkap je. Dia dah lupa janji yang dibuatnya sendiri. Buat malu betul aar lu ni Damia...

“Usahlah fikir nak berhenti. Bukan senang nak cari kerja sekarang, Humaira. Awak tu kena bersyukur kepada Allah awak tu ada kerja. Dapat bos yang baik. Tengok dia naikkan pangkat awak sampai jadi pengurus. Sekejap je awak dah jadi pengurus. Ni nak berhenti pulak awak. Kat luar tu berbaris yang menganggur. Kalau awak tu berhenti hari ini, hari ini juga kompeni awak boleh dapat ganti. Diaorang tak ada masalah cari ganti. Tapi awak dah menganggur tu nanti nak buat apa? Nak cari kerja lain? Sementara tak dapat kerja tu awak nak buat apa? Takkan nak tanam anggur kat dalam bilik. Abah bukan tak tahu vitamin M dalam badan awak tu cukup banyak. Terlebih-lebih lagi kalau dah duduk kat kampung ni nanti. Nak awak tolong abah kat kebun pisang? Abah suka dapat pekerja free ni. Abah bolehlah lepak.”

Kebun pisang??? Kepala Damia laju digeleng. Abah mesti buli dia nanti. Last-last dia yang jadi pekebun pisang paling cun dalam sejarah penanam pisang di Nusantara. Dan abah pulak dapat anugerah mandur paling bahagia. Isy, tak mau aar dia kena buli dengan abah. Abah tu pembuli tegar lagi kejam.

“Faham tak apa abah cakap ni, Humaira?” Kata-kata abah cecah telinga lagi.

“Ya, abah... orang faham.”

Pesan abah malam tadi melekat lagi kat kepala Damia. Waktu dia mengadu kat abah rasa macam nak berhenti kerja sahaja sebab kena pindah ke sini biarpun dinaikkan pangkat sebagai pengurus, abah dah bagi tazkirah baek punyer. Siap dengan ugut lagi suruh Damia kerja kat kebun pisang kalau berhenti kerja nanti. Abah dia memang champion baca hatinya. Tengoklah hari ini. Kalau tak sebab ayat power abah, dia memang dah bagi surat cinta kat Ms. Ow hari. 

Senyum di bibir terukir tanpa sedar saat mata memandang kembali premis di depan. Premis yang bakal menjadi pejabat baharu Damia.

‘Okey Damia Humaira... selamat datang ke Apac Pharmacy Setia Heights yang indah dan permai. Ini office baru lu, beb. Inilah tempat baru lu. Inilah port lu cari rezeki halal. Sungguh permai kan, beb?’ Damia garu kepala. Permai? Ek eleh, apa barang permai cermai ini. Ingat dia stok awek versi keroncong apa. Dia suka gempak aar. Sini macam sendu... layu
je. 

Tapi... takpe. Nanti dia akan gempakkan suasana kat branch ini. Damia ukir senyum lebar. Mata bercahaya. Gempak? 

‘Lu bukan stok ghazal ke Damia. Warisan generasi lu tu beb. Lu jangan nak lupa susur-galur dan asal usul lu pulak. Harus lu kena belasah dengan gambus abah lu nanti. Ingat beb, lu kan pewaris. Kesian kat abah lu.’ Damia garu kepala yang tidak gatal. Ni yang dia lemah ni. Abah, apasal masa zaman abah dulu muzik rock tak mengganas ek. Tidak abah mesti sekarang jadi rocker otai paling peergh punyer.

Pintu kaca yang masih berkunci ditatap sekilas. Kepala sedang ligat memikirkan sesuatu. Mata dibawa laju menoleh ke pergelangan tangan kiri. 8.20 pagi. Kening dikerut sedikit.  Uit, apasal yang tak buka-buka lagi tempat ni. Lagi sepuluh minit je waktu operasi bermula. Takkan sekor umat pun tak sampai lagi. Duduk kat Afrika Timur apa diaorang semua ini. Dia yang duduk tanah Greenland pun dah sampai awal. Mangkuk tingkat berkarat betul aar diaorang ni!

“Err... ni... ni kak Damia Humaira ke?”

Kepala Damia yang memandang ke pintu kaca di depan laju berpusing ke arah suara di sebelah yang menyapa. Raut wajah bertudung yang teragak-agak memandangnya, Damia pandang tidak berkelip.

“Ye... saya Damia. Panggil Kak D je. Ni... ” Damia hala tapak tangan. Hulur salam.

“Saya Ekin.” Huluran salam Damia disambut. Senyum Damia dan Ekin bertaut. “Sorry ye Kak D. Ekin lambat. Pergi klinik dulu hantar mak. Demam. Kak Dina, pharmacist kat sini cuti kecemasan. Uncle dia accident semalam. Selalu dia yang buka pintu sebab dia selalu awal. Sales assistant sorang off day, sorang mc sejak semalam. Demam.” Bibir bentuk huruf O. Damia angguk kepala...

“Tak apa aar. Nak buat macam mana, kan. Semua tu perancangan Allah.” Matanya tengok jari-jemari Ekin laju hala kunci ke arah pintu kaca. 

Ekin ajak Damia masuk. Pintu kaca ditolak perlahan. Premis yang kelam diselongkar dengan pandangan mata. Setiap sudut dan rak-rak kaca diteliti. Kaki melangkah ke dalam. Mata kagum dengan landskap susunan barangan kesihatan dan penjagaan diri dalam premis ini yang nyata sangat menarik. Ekin sudah laju ke belakang tadi. Katanya mahu membuka suis lampu dan penghawa dingin. Damia terus berjalan dari satu rak ke satu rak. Dan sekelip mata suasana yang tadinya kelam sudah terang-benderang. Ada alunan muzik instrumental yang beralun. Walla, premis ini ada muzik latar aar, Demang... peerghh.

“Kak D... tolong bukakan pintu kat depan tu.” Jerit Ekin disambut dengan suara yang sama naik. Dan saat tubuh mahu berpusing, telinga menangkap bunyi pintu ditolak dan derap tapak kasut melangkah masuk. Laju. Seperti tergesa-gesa. 

“Hello... anybody in? Ekin? Dina?”

Damia pusing kepala memandang ke arah pintu. Dan saat matanya menangkap susuk tubuh lelaki berkemeja putih berjalur biru lengkap bertali leher biru gelap dengan jeans biru yang sedang berdiri di depan pintu sedang memandang tepat ke arahnya, mata Damia bulat tidak berkelip. ‘Apa kes pulak bingka ubi hangus ini ada kat sini. Takkan dia...’ Kata-kata Damia mati bila telinga terus disapa lagi.

Mata Iqram terhenti berkelip seketika bila tengok figura yang tidak jauh berdiri di depan dan sedang melontar pandang ke arahnya. 

“Hey…it’s you! Yeah... I remember. It’s you. Da... Da... isy...” Damia tengok dari jauh muka yang dia cukup kenal. Mana boleh tak kenal. Muka yang humbankan dia dalam lopak lumpur. Sampai mati pun dia akan ingat muka bingka ubi hangus ni! Dan lelaki itu dilihat memetik-metik jari sambil memejamkan mata seketika. Seakan cuba mengingati. 

Damia hala langkah ke depan. Dua pasang mata saling memandang. Bibir di depan yang mengukir senyum lebar dibalas dengan kening yang diangkat. Dan sepasang mata bulat berwarna coklat itu bercahaya. Jernih. Damia gosok pangkal hidung beberapa kali. Lelaki di depannya ini masih menjual senyum. Apasallah mata bingka ubi hangus ni mengancam sangat ek.

‘Pot, gua rasa kalau lu ada depan bingka ubi hangus ni sekarang, konpem lu ceraikan Demang dengan talak tiga beb...’ 

“Bro... lu nak ap...”

“Ada customer ke Kak D?” Dan sapaan Ekin menyebabkan pertanyaan Damia terputus. Dua pasang mata saling menghala ke arah Ekin yang menghampiri. Damia tengok Ekin senyum kat bingka ubi hangus di hadapannya. 

“Eh, abang Iqram rupanya. Awalnya dah datang. Nak beli ubat ke abang Iqram? Kak Dina tak ada hari ni. Cuti kecemasan.”

“Ooo... ye ke.”

Abang Iqram? Sah pelanggan tetap ni. Damia tenung wajah lelaki di hadapannya ini. Walla dia baru ingat bingka ubi hangus yang humban dia kat lopak lumpur ni nama dia Iqram. Tapi Iqram apa ek. Ala dia ada sebut aar masa dia call Ms. Ow hari tu. Isy, apasal dia tak ingat ni ek. Damia kerut dahi. Cuba ingat kembali. Ala, dia lupa la pulak. Kepala digeleng. Tak kisahlah. Apahal pulak dia sibuk nak ingat nama penuh bingka ubi hangus ini. Dia takde kena-mengena pun.

“Ni siapa Ekin?” Iqram hala kening ke arah si gadis berpipi merah di hadapan. Iqram tidak mungkin lupa wajah ini biar agak lama jugak selepas insiden yang menemukan mereka berdua. Senyumnya dan senyum Ekin saling bertaut. Bebola mata dihala kembali ke wajah si pipi merah. Sungguh dia lupa nama si pipi merah ini tapi wajah cantik dan sepasang pipi nan merah itu masih melekat dalam ingatan. Dan sungguh Iqram tidak sangka setelah lebih dua bulan berlalu, mereka dipertemukan kembali.

“Ni kak D... pengurus baru kat branch kami. Kak D ni HQ yang hantar ganti pengurus lama yang dah berhenti.” Hmmm... D... Tapi D... D apa ye. Isy apasal boleh tak ingat nama dia ni. Iqram ukir senyum lebar sambil angguk kepala. Tangan dihulur kepada si pipi merah di hadapan. Mata dihala ke wajah cantik yang memandangnya dengan penuh selamba sahaja. Langsung tidak beriak. Seperti tidak pernah bertemu sebelum ini. Ke, si pipi merah ni masih marah lagi kepadanya kerana peristiwa itu. Peristiwa yang menemukan mereka berdua secara tidak sengaja. Tapi takkanlah dia masih marah lagi kepada Iqram. Isy, biar betul ni. Rasanya dia memang sungguh-sungguh sudah minta maaf kepada si pipi merah ni. Direnung wajah gadis di hadapannya. Tangan masih takzim menunggu huluran salamnya disambut. 


“Hai D. Nice meeting you. I’m Iqram. Just call me, Iq, hmmm.” Ek eleh bingka ubi hangus ni. Nak berkenal-kenalan lak dengan dia. Ingat ni ruangan mari berkenalan ke. Damia masih hala pandangan ke arah huluran tangan Iqram. Nak salam-salam dia pulak. Ada je tangan yang nak kena patahkan dengan dia ni karang. Damia jeling lagi pada tapak tangan yang dihulurkan lelaki di hadapannya ini sebelum mata diangkat memandang wajah itu.

“Bro... lu pernah rasa tak tangan lu kena bakar dengan api?” Ekin sembunyi senyum.

Iqram kerut dahi. Tak faham apa yang dimaksudkan dengan kata-kata si pipi merah di depan. Cuba diraih jawapan dengan isyarat ke arah Ekin. Senyum Ekin yang kian melebar membuatkan Iqram tambah bingung. Tangan kena bakar dengan api? What the he... 

“I don’t understand what do you mean, D.” 

‘Wah, wah. Bukan main manja lagi lu sebut nama gua ek bingka ubi hangus. Ingat gua awek lu ke lu nak panggil gua macam tu. Gua tak patahkan kaki lu dah bagus tau. Jangan nak sebut nama gua macam kasanova terhangat jual minyak attar ye.’ Damia silang dua tangan ke tubuh. Dihala lontaran bebola matanya ke wajah lelaki di depan.

“Bro... lu ni dulu subjek agama SPM dapat taugeh ek?” Ketawa Ekin pecah. Tertunduk-tunduk tubuhnya. Bergegar. Damia tayang sengih selamba. Iqram terpinga-pinga.

‘Taugeh???’

No comments:

Post a Comment