DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 17 February 2015

13 Ros Merah - Bab 4

BIJI mata Damia yang sedia bulat macam bola ping-pong itu dah macam mahu deras je melompat keluar dari dasar kolam saat telinga menelan tiap butir kata-kata pembantu pengurus cawangan di sebelahnya ini. Lelaki muda yang segak berkemeja lengan panjang coklat muda yang dipadankan dengan jeans biru ditatap bagai mahu ditelan hidup-hidup.

‘Demang ni bukan boleh percaya sangat. Gua tahu aar lu dari dulu memang gila suka nyakat gua dengan berita-berita versi coca-cola terlebih gas lu tu, beb. Lu jangan main-main Demang. Lu belum tengok Tsunami gua lagi. Karang gua libas rambut karat berbelang lu tu, sah jahanam jambul Justin Bieber lu. Confirm leper macam roti canai sejuk beku dalam peti ais kat rumah gua yang awek lu rajin beli tu.’

“Dengar tak apa aku cakap ni, beb?” Mata bundar Daniel terjun terus ke kolam mata gadis cantik di depannya ini. Damia atau yang dia dan semua staf di sini panggil, D sedang menatapnya dengan pandangan yang tidak sukar ditelah maknanya. Bukan Daniel tak biasa dengan renungan D yang ala-ala tajam bak sebilah pedang ninja nan menikam hingga ke ulu hati.

“Lu tipu gua kan, beb? Lu... jangan main-main ek.” Telunjuk Damia lurus menghala ke hidung Daniel.

“Aku tak tipu, D! Sumpah!” Tangan kanan Daniel tegak separas bahu dengan wajah yang serius. Mata dikelipkan melihat reaksi Damia yang merenungnya tidak berkelip. D… nama panggilan buat si pemilik nama lengkap Damia Humaira ini adalah teman paling rapat Daniel di Apac Pharmacy, pusat farmasi paling terkenal di Kuala Lumpur. 

Dahulu, ketika mula-mula melaporkan diri ke pusat farmasi ini dan diperkenalkan oleh Ms. Ow pengurus merangkap ahli farmasi di sini kepada Damia Humaira memang Daniel terpegun tak terkata. Terbisu sungguh. 

Raut bujur sirih dengan sepasang mata yang bulat bercahaya itu memang sungguh-sungguh buat Daniel terkedu. Menawan habis woo. Cantik giler! Paling menyerlah tentulah sepasang pipinya yang merah semula jadi itu. Tak payah pakai blusher lagi. Sang Pencipta dah kurniakan kat Damia blusher semula jadi yang sangat memukau. Tulang pipinya yang tinggi
itu memang membuatkan wajah Damia cukup sempurna di mata setiap yang memandang.

Tapi itulah. Damia ni susah amat kalau lelaki nak masuk jarum. Siang-siang dia tepis habis. Siang-siang dia tolak dan cantas perasaan itu daripada menyusup masuk dalam ruang hatinya yang tertutup rapat. Haram tak bagi respons. Siap pasang mangga besar kapal Titanic gamaknya Daniel rasa. Dulu, bila Daniel terus terang cakap suka kat dia, selamba sahaja dia jawab.

“Lu jangan nak jiwang-jiwang curah perasaan kat gua ek, Demang. Gua tak minat jiwang-jiwang ni.”

Demang??? Ya, Damia panggil Daniel dengan nama itu. D-E-M-A-N-G. Sikit punya purbakala, kan. Memang sakit hati jugak masa tu. Sesedap oren mandarin je dia tukar nama orang. Bila ditanya kenapa nama tu, tanpa rasa bersalah dia cakap.

“Barulah nampak gempak dan unik sikit nama lu, bro. Ni, nama macam sotong patah leher je.”

Memang tak tahu nak kata apa bila dengar dia balas macam tu. Bersalah? Jangan haraplah muka Damia ni kalau nak rasa macam tu. Main jauh-jauh! Daniel senyum dalam hati bila ingat kenangan pasal sejarah nama panggilannya ini. Damia ini memang pakar menamakan orang. Daniel punya nama sikit punya macho dia cakap tak gempak dan ganas. Daniel Nufail tak gempak ke? Ada ke Damia kata macam sotong patah leher. Betullah kata Pot, teman serumah Damia yang sekarang jadi awek Daniel. Damia ni kalau cakap pasal mulut dia, syarikat insurans pun tak nak jual insurans kat dia.

“Lu biar betul Demang. Lu jangan nak main-main ek. Gua memang pantang orang cakap main-main dengan gua ni. Lu pun tau kan keganasan gua macam mana. Lu jangan cari nahas dengan gua, beb.” Damia masih cekak pinggang. Kertas kemasukan stok yang baru disemak, dihumbankan ke atas meja.

“Apa kes pulak gua yang kena pergi ke sana ni? Isy! Gua tak nak aar kerja kat sana. Super-duper berganda-ganda boring. Hutan bangunan korporat je kan sana tu. Baik gua kerja dalam gua tempurung macam tu!”

Daniel lepas keluhan kecil. Dua tangan disilangkan ke tubuh. Dilabuhkan duduk di tepi hujung meja. 

“Betullah D. Apa barang aku nak kelentong lu lak. Ni... kalau lu tak percaya, lu boleh tanya Ms. Ow sendiri. Aku memang dengar kelmarin dia cakap dalam telefon dengan HQ. Telinga aku ni masih power tau. Aku bukan spesies bini Pak Man Tempe. Memang nama lu yang aku dengar Ms. Ow sebut. Jelas dan terang. Damia Humaira. Mana ada lagi Damia Humaira kat sini. Lu sorang je. Lagipun memang aku tak dengar Ms. Ow sebut nama lain. Maknanya beb, memang dia confident kat lu aar. Peerghh... dahsyat aar lu beb.” Damia lempar dengusan. Dalam-dalam. Tubuh dibawa mundar-mandir. Tangan menggaru kepala.

“Isy... tak suka... tak suka!!! Tak suka aar macam ni. Gua tak suka kerja kat sana aarr!!!”

“Lu memang dahsyat aar beb. Double promotion tu. Terus naik jadi manager. Perghh. Tahniah D. Aku bangga la dengan lu, D.” Daniel tepuk tangan. 

“Dahsyat otak lu. Gua... gua macam tak percaya aar apa lu cakap ni, Demang. Eh, lu jangan nak konda kondi gua ek. Baik lu cakap betul-betul Demang. Entah-entah lu yang kena, tapi lu tolak kan, sebab lu tak nak jauh daripada Pot. Gua tau. Kan office Pot kat sini je. Lepas tu... lepas tu... Lu bagi nama gua kat Ms. Ow. Betul kan, Demang?” Damia hala telunjuk ke muka Demang.

Daniel geleng kepala sambil pandang wajah merah padam Damia. D... D... Daniel humban ketawa. Terkekehkekeh. Tertunduk-tunduk tubuhnya. Damia ketap bibir. 

‘Demang ni memang nak kena dengan gua. Jaga lu, Demang. Lu gelakkan gua ek.’ Mata menoleh ke arah peti sejuk kecil di belakang. Pantas ditarik tuala di atas peti sejuk. Daniel masih rancak ketawa. Damia sakit hati dengar bunyi ketawa Daniel yang dia tau memang mengutuk dirinya. Kerepek pisang punya Demang! Damia hayun tuala ke arah Daniel. Membalas bertubi-tubi ke lengan Demang dengan libasan tuala yang disambar tadi. Daniel tepis perlahan dengan ketawa yang makin kuat dan bertali-tali. Damia hembus nafas dalam-dalam. Libasan tuala sudah dihentikan. Mata lontar jelingan ke arah Daniel. Damia tengok Daniel sudah berhenti ketawa namun masih melontar senyum meleret.

‘Perli gua la tu. Nak kata gua perempuan emosi. Ahh... tak kira. Janji gua dapat balas geram gua kena gelak dengan lu!’ Daniel tarik senyum manis. Kepala digeleng halus. Dibetulkan tubuh yang tadinya bersilat menahan libasan balas dendam Damia.

“Dah lega dapat balas dendam kat aku?” Daniel angkat-angkat kening ke arah Damia. Sengih dilebarkan. Damia laju hayun semula tuala mencecah bahu Daniel. Wajah Daniel sedikit berkerut. Tapak tangan digosok pada bahu.

“Nasib baiklah kulit aku ni dah kebal tau, D. Kalau anak orang lain, mahu kena usung ke wad kecemasan. Giler ganas la lu ni, D. Siapalah yang malang jadi laki lu ni nanti.” Damia hala telunjuk ke wajah Daniel.

“Mulut lu macam puaka gua hantu tau tak?” Pecah ketawa Daniel lagi. Jeda sesaat. Damia labuh duduk di sebelah Daniel.

“Beb...”

“Hmmm...”

“Baik lu cakap.”

“Cakap apa...”

“Lu yang sebenarnya kena transfer ke cawangan sana tu, kan. Lu reject. Lepas tu lu suruh Ms. Ow cadang nama gua kat HQ. Kan, Demang? Baik lu terus terang dengan gua.” Dua biji mata Damia terjun ke wajah Daniel. Daniel ketuk kepala.

“Ek eleh lu ni, D. Bangang ke apa aku nak tolak kalau dapat offer pergi sana. Baek punyer offer tu. Giler best weh. Awek office sure ramai. Hari-harilah aku dapat cuci mata tengok paha gebu-gebu. Perrghh. Mesti aku nanti asyik kekurangan oksigen je kat sana. Aku rasa Ms. Ow mesti dah dapat baca apa dalam kepala ni. Tu pasal la dia tak calonkan nama aku gi sana.” Damia capai pembaris di atas meja lalu menghempasnya di atas bahu Daniel. Kuat.

“Otak karat lu ni, Demang. Nanti gua report kat Pot. Biar lu kena hentak dengan dia.”

“Haa... mula la tu nak komplot mengenakan aku. Apalah nasib aku ni. Hidup dikelilingi perempuan spesies ganas ngalahkan tentera Nazi.”

“Kurang ajar la tu. Gua belasah lu karang.” Damia tunjuk buku lima depan muka Daniel. Pecah ketawa Daniel untuk ke sekian lagi.

“Beb...”

“Apa...”

“Eh... lu agak, kan Demang... apasal gua ek. Supervisor lain kan ada. Ni alih-alih gua pulak yang kena handle branch sana. Weng apa Ms. Ow ni. Patut aar masa gua susun stok syampu tadi, Ms. Ow jenguk-jenguk gua... pastu senyum-senyum, beb. Gua pun heran. Apasal pulak bos skodeng gua. Gua bukan kaki curi tulang apa.” Daniel senyum.

“Pasal tu la dia pilih lu, beb. Lu tu pekerja jujur. Apa-apa pun aku ucap tahniah dulu. Caya la lu, beb.” Daniel hulur tangan. Pantas ditepis Damia dengan pembaris di tangan. 

“Otak lu nak salam-salam gua. Kasi bakar tapak tangan lu tu dengan besi panas seribu kali lagi baik tau. Tak takut api neraka ke hah.” Daniel tahan senyum. Kepala laju mengangguk dengan dua tapak tangan dihala ke dahi. Isy, Damia garu kepala yang tiba-tiba gatal. Kata-kata Daniel tadi sedang menari-nari dalam kepala Damia.

‘Apa kes pulak gua yang kena pergi. Ala leceh aar macam ni. Malas betul gua nak pergi sana. Dah la jauh satu hal. Semua pakat bangunan office je. Sendu punya irama aar. Tak ada hiburan nak cuci mata pun macam kat sini.’ Damia lepas keluhan. Kepala rancak memikir.

‘Lagipun nanti dah in charge branch gerenti gua kena pergi meeting buyers. Gua bukan kaki meeting-meeting ni. Gua rimas aar tercongok tengok orang bercakap entah apa-apa je. Eei... tak suka aar gi sana.’ Damia hala mata ke sebelah. 

“Beb...”

“Hmmm...”

“Boleh tak gua resign je?” Daniel lepas keluhan.

“Tau tak ni peluang keemasan untuk lu maju beb. Lu ingat senang ke nak dapat double promotion macam ni. Dah, jangan nak buat hal. Tunggu je Ms. Ow panggil dan bagi surat rasmi. Lu kena yakin. Aku tau lu boleh, D. Lu boleh. Lagipun mana tau, kot-kot kat sana lu jumpa mamat yang boleh buat mata lu tak berkelip bila pandang dia. Lu jumpa jodoh lu kat
sana ke. Mana tau kan. Ni semua kerja Allah.” Daniel angkat-angkat kening sambil tayang sengih lebar. 

Damia jelir lidah. Ketawa Daniel pecah lagi

No comments:

Post a Comment