DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 25 February 2015

Setulus Kasih Indah - Bab 7

Indah menyusuri jalan yang sesak di Dongdaemun itu dengan penuh rasa kagum. Dia tidak pernah rasa tidak rasa kagum setiap kali berjalan di situ kerana dia suka melihat fesyen-fesyen terkini di Korea. Dongdaemun tidak pernah sunyi. Itulah yang dia suka. Indah berjalan-jalan di kedai kain itu. Sementara menunggu Chae Young memilih fabrik untuk dibuat dress, dia mengambil kesempatan untuk mencuci mata. Ada satu fabrik yang menarik perhatiannya. Dia memegang fabrik itu untuk merasai sendiri kelembutannya. Dia dapat bayangkan bagaimana rupa pakaian yang akan dia jahit menggunakan fabrik itu.

“Indah, saya tak tahulah fabrik apa yang sesuai. Apa kata awak sahaja yang pilih?” Chae Young merungut menggunakan bahasa Korea.

Indah membulatkan mata. “Really? Are you sure?”

Indah bertanya meminta kepastian. Yalah, dia takut jika fabrik yang dia pilih nanti tidak sesuai pula dengan kehendak Chae Young. Dia cuma tukang jahit sahaja. Yang tukang pakainya Chae Young. Jadi mestilah fabrik itu harus sesuai dengan kehendak Chae Young.

Chae Young mengangguk. “Yeah sure. I know you have a great sense when it comes to fashion. I believe you.” 

Indah tersenyum. “How about this?” Indah bertanya lalu menunjukkan fabrik yang sedang dipegang. 

Chae Young tersenyum lebar. “It is beautiful. Indah, you are really a gifted fashion designer. It looks elegant and glamorous.”

“So, you like my choice?”

“Of course! Lets get the bill.”

Setelah siap urusan di kedai kain, mereka berdua berjalan-jalan di sekitar Dongdaemun untuk mencuci mata. Malam Sabtu begini memang ramai orang di situ. 



Rykal meneguk minuman keras di meja kaunter yang ada di kelab malam itu. Masuk kali ini sudah dua gelas dia teguk. Rykal tersenyum lebar apabila melihat seorang perempuan seksi datang menghampirinya. Dia tahu yang malam ini dia akan pulang bersama seseorang. Gadis seksi itu datang lalu duduk di atas paha Rykal.

“Hai! I Shasha.”

Rykal tersenyum. Dia sudah biasa digoda begitu.

“Rykal. Nice to meet you.”

Shasha tersenyum menggoda. “Nice to meet you too. You seorang sahaja ke?”

“Yup. Lelaki macam I tak ada girl yang sudi temankan.” 

Shasha tersenyum gedik mendengar kata-kata Rykal. Dia memainkan jarinya di butang baju kemeja Rykal. 

“Kalau you nak, I boleh temankan. Sampai esok pun boleh.” Rykal tersenyum. 

Ikan sudah menawarkan diri masakan kucing boleh lepaskan peluang? “Boleh juga. Bertuah I malam ini ditemani perempuan secantik dan seseksi you.” 

Shasha mencubit lengan Rykal diiringi ketawa gedik.

“Tipulah you ni.”

Rykal mengangkat bahu. Dia meneguk minuman keras yang masih berbaki di dalam gelas untuk kali terakhir. Lalu dia keluar dari kelab malam itu dengan Shasha di sampingnya. Tidak susah untuk dia mendapat one night stand. Bagi Shasha pula, dia berasa bangga kerana dapat menggoda jejaka hot stuff di kelab itu. Sebenarnya sudah lama dia perhatikan Rykal. Cuma dia tiada peluang mendekati jejaka itu kerana setiap kali ada sahaja perempuan lain yang caras laluannya. Malam ini dia puas kerana dapat menawan hati si jejaka kaya.

“Puan sri, saya tak dapat kejutkan tuan muda kerana semalam…” Salmah menundukkan badannya. Dia rasa takut untuk memandang wajah Puan Sri Maria.

Puan Sri Maria yang sedang menikmati sarapan pagi mengangkat kening. “Dia bawak lagi ke?” 

“Ya, Puan Sri…”

Puan Sri Maria menghentakkan sudu dan garpu yang digunakannya. Berdenting bunyi kutleri itu berlaga dengan pinggan. Puan Sri Maria mengelap mulutnya dengan napkin yang ada di atas riba lalu dia bangun segera. Napkin yang sudah digunakan dilempar ke atas meja dengan kasar. Salmah mengekori dari belakang tanpa bersuara. Dia tahu yang Puan Sri Maria sedang marah. 

Puan Sri Maria mengetuk pintu bilik anak lelakinya berkali-kali. “Rykal! Buka pintu ni.”

Ketukan itu berhenti apabila muncul Rykal yang seperti biasa hanya memakai boxer. Rykal menguap besar. “Apa ni, mummy? Hari ini hari Ahad. Tak boleh biarkan Rykal tidur lama sikit ke?”

Puan Sri Maria menolak tubuh Rykal yang berada di muka pintu. Dia masuk ke dalam bilik Rykal kemudian terus menuju ke katil anak lelakinya. Selimut yang bergumpal direntap sedikit dan terserlah wajah perempuan yang sedang tidur pulas. Puan Sri Maria terkejut apabila melihat wajah itu. 

“Rykal!” Puan Sri Maria menjerit.

Rykal datang dengan wajah yang masam. “Ada apa, mummy?”

“Kamu tahu tak siapa dia ni?”

“Nama dia… Shafa atau Shasha. Rykal pun tak ingat sangat nama dia. Jumpa pun dekat kelab malam tadi.” Puan Sri Maria mengeluh. 

“Rykal! Perempuan tu anak kawan mummy.” 

Rykal mengerutkan kening. “So?”

Puan Sri Maria merengus lalu menarik Rykal ke balkoni. “Macam mana nanti kalau kawan mummy tahu yang Rykal dah tidur dengan anak dara dia?” Rykal tergelak kecil lalu dia merebahkan diri di atas kerusi malas yang ada di balkoni. Tangannya didepakan ke belakang bersama kaki yang digoyangkan.

“Mummy, dia bukan ada dara lagi pun. Rykal bukan lelaki pertama yang tidur dengan dia. Jadi tak payahlah nak risau sangat.”

Puan Sri Maria terkaku. Dia fikir selama ini Shasha gadis yang baik. “Tapi mummy tetap tak suka dengan perangai Rykal yang bertukar-tukar perempuan. Apa yang tak kena dengan kamu, Rykal?” 

Rykal memejamkan matanya. “Mummy, tolong jangan nak membebel. Rykal penatlah. Rykal perlukan rehat.” Puan Sri Maria mengetap gigi. “Penat pergi clubbing? Penat layan perempuan?”

Rykal membuka matanya dan dia bangun. “Mummy, ini hidup Rykal. Pandailah Rykal nak uruskan. Tak payahlah mummy nak masuk campur pulak. Bukannya Rykal abaikan syarikat pun.” 

Puan Sri Maria merengus. “Mummy dengar kamu nak buka cawangan baru di Seoul. Kenapa kamu tak berbincang dengan mummy?”

Rykal menepuk dahi. “Mummy, please! Jangan masuk campur dalam urusan syarikat, boleh tak? Rykal CEO, jadi Rykal tahu buat keputusan yang terbaik.” 

Puan Sri Maria bercekak pinggang. “Rykal jangan lupa yang mummy pemegang saham terbesar dalam syarikat itu. Sebagai presiden syarikat, mummy juga berhak untuk membuat keputusan.”

“Baby… Good morning.” Suara serak Shasha mengganggu perbualan mereka.

Puan Sri Maria menjeling Shasha. Shasha yang kaget mula pucat-lesi. “Eh, Auntie Maria buat apa di sini?” 

Puan Sri Maria tergelak kecil. “Ini rumah auntie, mestilah auntie ada di sini. Shasha pulak buat apa di sini? Tak jumpa jalan balik rumah ke semalam?” Puan Sri Maria menyindir gadis itu lalu dia meninggalkan bilik anak lelakinya. 

Shasha sudah ketakutan. Memang dia tidak pernah tahu yang Rykal ini anak Auntie Maria. Nampaknya tembelang dia sudah pecah! Melepaslah peluang dia nak jadi menantu wanita kaya itu.

Rykal memandang Shasha. “You tak cakap pun yang you kenal mummy I?”

Shasha memandang Rykal. “I pun sebenarnya tak tahu yang you ni anak Auntie Maria. Kenapa you tak beritahu  semalam?” 

Rykal mendekati Shasha lalu pinggang wanita itu dipaut. “Macam mana nak beritahu kalau semalam I dah tergoda dengan you?” Rykal mengenyitkan matanya.

Shasha tergelak manja lalu dia mencium bibir Rykal tanpa segan silu. “Yeah, me too. You terlalu menggoda untuk ditolak.”

Rykal tersenyum nakal. “You bersiaplah. I akan hantar you balik.”

Shasha memuncungkan bibirnya. “Kenapa awal sangat? I tak puas lagi nak bersama dengan you.” 

Rykal mencuit hidung Shasha. “You kenal mummy I macam mana, kan? Dia akan mengamuk kalau nampak you masih ada di sini.”

Shasha mengeluh. “Okey.”



Indah memberikan Amran sebuah Tupperware yang berisi ayam goreng berempah. Dia menggoreng dengan cara masakan Melayu.

Amran memandang Tupperware itu dengan kening yang terangkat. “Apa ni?”

“Hari itu kata nak suruh Indah goreng ayam berempah untuk abang. Itulah ayamnya. Indah dah buatkan.” 

Amran tersenyum lebar. “Terima kasih, Indah! Dah lama abang teringin nak makan ayam goreng style Malaysia ni. Indah memang adik yang terbaik.” Amran mengangkat ibu jarinya.
Indah menjuihkan bibirnya. 

“Hmmm… Pergi sana tu jangan lupa belikan Indah hadiah, ya.”

Amran mengusap kepala Indah. “Ya, abang ingat. Tak payahlah asyik ingatkan. Nanti abang tak beli betul-betul baru tahu.”

Indah mencubit pinggang Amran. “Abang tak beli, Indah bocorkan rahsia abang dekat Chae Young.” 

Amran membesarkan matanya. “Jangan berani, ya. Siaplah Indah kalau bocorkan, abang cili-cili mulut tu dengan lada dekat Seoul ni.”

Chae Young yang berdiri di sebelah mereka berdua mengerutkan kening. Nasib baiklah minah Korea ni tak faham bahasa Melayu. Kalau tidak, memang bocorlah rahsia Amran tu.

“Amran, take care of yourself, okay?”

Amran tersenyum lebar kepada pujaan hatinya. “I will. You too take care, okay?”

“I will. Don’t worry about me.”

Indah tersenyum-senyum kepada Amran. Sukalah tu!

“What about me?” Indah sengaja bertanya.

Amran menjeling sekilas. “I think you should go back to your physiatrist hospital. You should get your treatment because you are mad.”

Sekali lagi Indah mencubit pinggang Amran. Chae Young dan Amran ketawa besar melihat wajah Indah yang sudah monyok. “I am not crazy, okay?”

Amran melambaikan tangannya apabila kereta sahabatnya sudah sampai. Indah dan Chae Young membalas  lambaian lelaki itu bersama senyuman yang manis. Mereka berada di luar sehinggalah bayang kereta yang dinaiki Amran hilang.

“Indah, I think Amran act really like your brother. He is very caring and responsible towards you.” 

Indah tersenyum. “Yes, I know that. Sometimes I wish that he is really my brother.”

Chae Young mengangguk. “Me too. I wish I have a brother like him. He is very kind and I think the girl that capture his heart are so lucky.” Ada keluhan kecil yang terbit dari bibir Chae Young pada akhir ayatnya itu. Indah memandang pelik. “Why are you sighing?”

“Nothing.” Chae Young tersenyum hambar.

 

Setelah menghantar Shasha pulang, Rykal kembali ke vila keluarganya. Dia bercadang untuk melukis hari ini. Sudah lama dia tidak melukis dek sibuk dihambat dengan kerja-kerja di pejabat.

Sewaktu dia dalam perjalanan ke kotej yang dijadikan bilik lukisannya, dia terserempak dengan pereka fesyen terkenal iaitu Tony Ang yang baru keluar dari sebuah lagi kotej.

“Tak sangka boleh terserempak dengan you dekat sini. Apa khabar?” Tony Ang mendekatinya lalu bersalam.

“I baik. You pulak apa khabar?”

“I pun baik. Lama kita tak jumpa ya, Encik Rykal.”

“Ya, lama kita tak jumpa. Seingat I kali terakhir kita jumpa sewaktu minggu fesyen Kuala Lumpur tahun lepas, kan?”

Tony Ang yang berperwatakan lembut itu bertepuk tangan. “Ingat pun you. I fikir you dah lupa. Maklumlah, business tengah maju, kan... Banyak duit masuk.”

Rykal tergelak kecil. “Adalah sikit-sikit. Macam mana dengan business you?”

Tony Ang mengeluh. “Biasa-biasa sahajalah. I punya business tak sebesar you punya business, maaa. You tauke besar. I ni cuma tauke kecik-kecik sahaja.”

Rykal menepuk bahu Tony Ang. “You ni suka merendah diri. I dengar you punya jenama sudah dipasarkan di US bulan lepas. Tahniah, ya.” Rykal bersalam dengan jejaka jambu berbangsa Cina itu.

Tony Ang tersenyum sambil memintal-mintal hujung skaf polka dot yang terlilit di lehernya. 

“Apalah sangat jenama I itu. Masih tak boleh tandingi kehebatan jenama syarikat you. You punya jenama sudah bertahun-tahun jadi jenama antarabangsa.”

“I dulu pun macam you jugak, maaa. Kita semua sama sahaja. Bermula dari bawah.”

Tony Ang mengangguk. “You ni memang ahli perniagaan yang terbaik. Walaupun muda sudah ada empayar perniagaan sendiri. I salute sama you.” Rykal ketawa besar. “Lupa I nak tanya, kenapa you datang ke sini?”

“I datang jumpa mummy youlah. Dia mahu I reka satu baju untuk dia, maaa. You tahu tak I rasa berbesar hati tau bila bekas model terkenal Malaysia mintak I jahitkan baju dia.” Rykal tersenyum. Memang itulah hobi mummynya. Fesyen dan kecantikan adalah nombor satu pada mummy. Sebab itulah orang tidak percaya jika mummy mengatakan yang mummy sudah berusia 50 tahun.

“Rykal, I balik dahululah. I lupa yang I kena balik Penang petang ini juga. Ada birthday party untuk kakak I.”

“Yalah. Drive carefully.”

“Hei, jangan lupa kalau ada peluang business ke, call I terus. Boleh kita bekerjasama.”

Rykal kembali meneruskan perjalanannya ke kotej yang dinamakan Pelangi. Langkahnya terhenti apabila melihat pembantu rumahnya sibuk mengeluarkan lukisan-lukisannya dari Pelangi.

“Lily, siapa yang benarkan awak bawak keluar lukisan saya ini?”

Lily terkebil-kebil apabila disoal secara tiba-tiba. “Errr… Saya tak tahu, tuan muda. Puan Salmah yang suruh kami keluarkan.” Lily menyebut nama ketua pembantu rumah di vila keluarganya. 

Rykal mengerutkan kening. “Mana Salmah?”

Lily menunjuk ke dalam kotej. “Puan Salmah ada di dalam.”

Rykal berjalan masuk ke dalam kotej namun dia kembali berpatah balik ke arah Lily. 

“Berhenti buat semua kerja ni. Jangan buat apa-apa selagi saya tak beri arahan.”

“Baik, tuan muda.” Lily mengangguk faham.

Rykal masuk ke dalam kotej dan tanpa disuruh, Salmah mendekatinya. “Siapa yang beri awak arahan untuk buat semua ini? Siapa?”

Salmah menunduk. “Puan Sri yang suruh kami keluarkan lukisan-lukisan ini.”

Rykal merengus. “Mummy mana?”

“Rykal cari mummy ke?” Puan Sri Maria keluar dari sebuah bilik yang Rykal jadikan stor untuk menyimpan kamera dan alat-alat melukisnya.

“Ya. Rykal nak tanya kenapa mummy buat macam ini?” 

“Rykal, mummy dah beri amaran dekat kamu kan supaya putuskan hubungan dengan perempuan miskin ini? Tapi kenapa kamu degil?” Rykal bercekak pinggang. 

“Mummy, Rykal dah tak berhubung dengan dia selama dua tahun. Apa lagi yang mummy tak puas hati?” 

Puan Sri Maria mendekati anak lelakinya. “Tapi Rykal tetap tak lupakan dia. Mummy tak suka semua itu. Ingat Rykal, dia tidak setaraf dengan kita.”

“Mummy please… Rykal memang dah tak ada perasaan dekat dia tapi biarlah lukisan ini semua ada di sini. Ini kenangan Rykal dengan dia.”

Puan Sri Maria tertarik dengan bicara anaknya. “Rykal dah tak ada perasaan dekat dia? Rykal pasti?” Rykal mengeluh. “Siapa yang tak kecewa kalau ditinggalkan tiba-tiba. Mummy tolonglah jangan kacau lagi urusan hidup Rykal. Rykal dah besar dan Rykal tahu uruskan kehidupan Rykal sendiri.”

Puan Sri Maria tersenyum. Dia menepuk bahu Rykal. “Baiklah. Mummy tak akan kacau hidup Rykal. But please… I beg you, Rykal... Forget her.”

 

Indah leka menggunting fabrik yang akan digunakan untuk menjahit pakaian rekaannya. Setelah selesai, dia meletakkan fabrik itu ke replika patung badan manusia yang terletak di tepi work stationnya. Jarum peniti disematkan di setiap lipatan fabrik untuk membentuk jumpsuit yang akan dijahit. Satu sapaan membuatkan Indah berpaling.

“Hi! My name is Park Ji Min. I am a new student here. May I know where is my work station?” Mulut Indah ternganga. Matanya tidak berkedip melihat model terkenal di hadapannya. Dia tersedar apabila Park Ji Min melambaikan tangan di hadapannya. 

“Sorry. I am amazed by your beauty. You look so beautiful in reality.” Indah memuji gadis yang kelihatan ramah itu.

Park Ji Min tersenyum. “Thank you. You really look beautiful too. Are you Chinese?”

Indah menggeleng. “Nope. I am a Malaysian.”

“Really? I thought you are Chinese because you really looks like Chinese girls.”

“Hahaha…”

“Anyway, may I know where is work station number nine?”

“Number nine? Here…” Indah menepuk meja di sebelah work stationnya. Dia tersenyum girang. Nampaknya Ji Min akan menjadi temannya.

“Oh… Thanks.” Ji Min meletakkan beg tangan serta buku rujukan miliknya di atas meja. Dia melihat Indah yang kembali membuat kerja. Hatinya tertarik melihat ketelitian Indah ketika membuat kerja. Dia juga memandang Indah dari atas hingga bawah.

“I like your fashion. You really look like a fashion designer.”

Indah tersenyum. “Thanks. I design this on my own.” Ji Min membulatkan mata dan dia segera mendekati Indah. Baju Indah dipegang dan dirasa serta dilihat dengan teliti.

“Wow! I really amazed by your skills.” Indah tersipu malu. “Hahaha… You are funny.”

“I am serious, okay.”

“Oh! I think you must meet my best friend, Chae Young. She is your biggest fan.” Indah menepuk dahinya. Dia baru teringat kepada Chae Young yang belum masuk bengkel kerana berjumpa dengan presiden persatuan pelajar. 

Ji Min membesarkan matanya. “Can’t wait to see her.”

No comments:

Post a Comment