DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 8 February 2015

Kurelakan Kasihmu - Bab 2

IRFAN duduk berteleku sendirian. Hidupnya sunyi tanpa Arissa. Tiada lagi SMS atau panggilan telefon daripada gadis itu. Walaupun dia anak seorang Tan Sri dan ramai perempuan yang gilakannya, Arissa tetap gadis teristimewa dalam hidupnya. Kehadiran gadis itu banyak mengajarnya erti perasaan dicintai dengan sepenuh hati. Cinta sebenar yang memang miliknya seorang. Tetapi akhirnya, gadis itu tegar menghancurkan segalanya? Irfan menghentakkan penumbuknya ke dinding batu bilik. Dadanya bergelora hebat. 

Telefon bimbitnya berbunyi nada deringan mesej. Sudah lama dia menunggu mesej tersebut masuk. Selepas membaca mesej itu, dia terus ke komputer ribanya, membaca isi kandungan email yang dihantar oleh orang yang menghantar mesej ke telefonnya tadi. Lama dia memerhatikan gambar-gambar yang dihantar bersama dengan beberapa butiran mengenai lelaki yang bersama Arissa tempoh hari. 

Betapa terkejutnya Irfan selepas mengetahui bahawa ‘lelaki’ itu sebenarnya adalah seorang perempuan. Maknanya, tomboy? Atau pengkid? Berani dia goda Arissa? Rampas Arissa daripada aku? Irfan terduduk di birai katil. Dia menatap wajah Arissa yang sedang tersenyum di dalam potret gambar di atas meja berhampirannya. Rissa sayang, Rissa tinggalkan Ir kerana si tomboy tu? Irfan terasa sayu. 

Irfan meraup wajahnya berkali-kali sebelum bangun merapati dinding. Dia bersandar di situ seketika sebelum mengerutkan dahi berfikir mengenai Arissa dan juga tomboy tak guna itu. 

“Aku mesti ajar pengkid tak guna tu! Ya, aku mesti ajar dia! Aku paling benci dengan lelaki atau perempuan yang teringin mengubah jantina, macam tak sedar diri. Pengkid tu mesti tahu yang dia hanyalah seorang perempuan yang lemah. Takkan dapat melawan kudrat lelaki macam aku!” kepala Irfan terangguk-angguk. Hatinya sudah dikuasai nafsu serta syaitan. 

Irfan berbaring di atas katilnya, berfikir lagi. Satu rancangan perlu diatur untuk mengajar pengkid atau tomboy yang bernama Najwa itu. Irfan berkalih kedudukan, dia mengiring pula ke sebelah kiri. Dahinya berkerut seribu tanda sedang berfikir dengan ligat. Lama juga dia berfikir, akhirnya dia mendapat suatu idea untuk mengajar Najwa. Bibirnya terus mengukir senyuman penuh muslihat. 

IRFAN MERENUNG jauh ke wajah Arissa yang baru sahaja datang di meja yang didudukinya. Suasana restoran makanan segera itu agak sibuk dengan orang ramai serta bising dengan suara kanak-kanak. Arissa duduk di hadapan Irfan dengan wajah mencuka. Apa lagi yang lelaki ini mahukan daripadanya? Arissa menundukkan wajah apabila Irfan masih merenungnya bagai ada makna tersirat itu. 

Dia sebenarnya tidak mahu datang tadi selepas menerima panggilan daripada lelaki itu. Dalam tidak mahunya, dia datang juga kerana jauh di sudut hatinya, dia terlalu rindukan Irfan. Dan dia berharap, Irfan akan merayu-rayu ingin kembali bersamanya.

“Cantik Rissa hari ni? Berseri-seri lagi tu... Mesti sebab dah berbahagia dengan ‘boyfriend’ baru Rissa tu, kan?” getus Irfan separuh mengejek. 

Arissa mengangkat mukanya dengan pantas. Dia tidak percaya Irfan masih meraguinya dan masih suka menyakiti hatinya yang sedia luka ini. Matanya terasa panas kerana ada air jernih yang bergenang. Hatinya sakit mendengar ejekan Irfan tadi.

“Nak jumpa saya buat apa ni, Ir? Saya sibuk... Tolong cepat sikit...” bidas Arissa dengan berani. Dia cuba menahan perasaan sayunya.


“Sibuk? Walaupun sibuk, Rissa sanggup jugak datang jumpa Ir ni... Thanks a lot!” ujar Irfan bangga. Dia tahu, Arissa merinduinya daripada riak wajah gadis itu. Sebab itulah gadis itu sudi datang berjumpa dengannya. 


“Cepatlah cakap, Ir... Awak nak apa ni? Kalau tak ada apa-apa, baik saya balik aje...” gesa Arissa lagi separuh mengharap. Dia amat berharap Irfan akan memintanya untuk kembali semula dalam hidup lelaki itu. Irfan tersenyum sinis. Dia mengeluarkan sebuah kotak baldu kecil dari dalam kocek seluarnya. Kotak yang berupa kotak cincin.


“Nah, Rissa ambik balik. Ir pulangkan cincin tunang kita...” ucap Irfan dalam hati yang sangat berat. Namun kerana ego, dia paksakan juga dirinya. 


Hampir terjatuh air mata Arissa melihat kotak cincin itu yang telah disorongkan ke arahnya oleh Irfan. Air muka lelaki itu selamba sahaja, bagai tiada apa-apa pun perasaan ketika memutuskan tali pertunangan mereka secara rasmi hari ini. Mungkin benar, Irfan sudah tidak sayangkan dia lagi. Arissa gagahi dirinya mengambil kotak kecil berwarna merah hati berbaldu itu.

“Okey... Kalau macam tu, saya pun nak pulangkan jugak cincin saya...” ujar Arissa sambil menanggalkan cincin yang masih tersemat kemas di jari manisnya lalu disorongkan ke arah Irfan. Dan kini lelaki itu beriak sedikit terkejut. Irfan tidak menyangka, Arissa sanggup menerima segalanya apabila dia memutuskan tali pertunangan mereka.  


Dia cuba membuat wajah selamba sambil mengambil cincin yang Arissa berikan padanya.

“My parents will talk to your parents shortly... Mungkin dalam sehari dua ni...” balas Irfan.


“Now, let’s eat. Ir dah pesankan makanan kegemaran Rissa ni. Untuk kali terakhir kita jumpa ni, jom makan samasama... Ni, air milo ais... Your most favorite...” kata Irfan, dengan sengaja melayangkan tangannya ke arah milo ais tersebut sehingga tertumpah di atas ribaan Arissa.


“Opss! Sorry!”


“It’s okay... Saya ke tandas kejap...” balas Arissa lirih. 


Dia bangun menuju ke tandas berhampiran. Memang dia berhajat untuk ke tandas dan menangis sepuas-puas hatinya untuk masa sekarang. Air matanya sudah tidak dapat ditahan lebih lama. Dadanya terasa sungguh sebak melihat Irfan begitu bersahaja bagai tiada apa-apa perasaan lagi terhadapnya. 

Irfan tersenyum sinis selepas Arissa berlalu. Dengan pantas, dia mencapai beg tangan Arissa. Telefon bimbit gadis itu diambilnya cepat-cepat lalu dimatikan dan disimpan di dalam kocek seluarnya. Ini adalah sebahagian daripada rancangannya untuk mengajar Najwa nanti. Selepas meletakkan semula beg tangan Arissa di tempat asal, Irfan terus selamba mengunyah makanan yang terhidang. 


Dia yakin, selepas ini Arissa takkan pulang ke rumah dan akan ke suatu tempat yang biasa gadis itu pergi jika menghadapi tekanan perasaan. Dan rancangannya pasti akan berjaya jika gadis itu tidak pulang ke rumah. Irfan tahu, Arissa sedih. Irfan cuma hendakkan Arissa merayu-rayu kepadanya ingin kembali. Dia akan tunggu sehingga gadis itu merayu kepadanya barulah dia akan menerima Arissa semula. Egonya sebagai lelaki terlalu menggunung tinggi. Dia tidak akan kalah!
 



NAJWA BERLARI-LARI anak merentasi koridor hotel bertaraf lima bintang itu. Hatinya begitu risaukan Arissa. Sudah banyak kali dia menelefon serta menghantar SMS kepada gadis itu, satu pun langsung tidak sampai. Telefon Arissa sudah dimatikan rasanya. Najwa juga telah ke rumah Arissa namun gadis itu tiada di rumah.

Dia sungguh risau selepas menerima suatu panggilan telefon yang menyuruhnya datang ke bilik 1520 di hotel berkenaan seorang diri tanpa memberitahu sesiapa atau pun pihak polis. Kalau tidak, nyawa Arissa yang akan melayang. Najwa percaya, Arissa telah diculik lelaki berkenaan dan dengan berbekalkan pengetahuan silatnya, Najwa memberanikan diri menjejakkan kakinya ke hotel itu. 


Pintu bilik suite 1520 itu pantas diketuk berkali-kali. Setelah agak lama mengetuk pintu berkenaan, akhirnya pintu bilik itu terbuka sedikit demi sedikit. Wajah Irfan menjelma di ruangan mata Najwa. Terkejutnya Najwa bukan kepalang. Pantas sahaja lelaki itu mengunci pergelangan tangannya lalu dirinya ditarik dengan cepat memasuki bilik itu. 

“Woi! Kau ni apahal? Kau dah gila ke culik tunang sendiri??” bentak Najwa dengan lantang.
 

Irfan tertawa besar. Dia mengilas tangan Najwa dan menguncinya kemas-kemas. Tubuh gadis tomboy itu dipeluknya dari belakang, bagi memastikan Najwa tidak dapat berbuat apa-apa. 

“Apa maksud kau ni? Aku culik Rissa? Mana ada...?”

“Kau yang culik dia, suruh aku datang sini kan? Kau memang dah gila!” tempik Najwa sambil cuba untuk menyiku perut Irfan namun tidak sampai. Lelaki itu tertawa lagi.


“Aku tak ada culik sesiapa pun. Apa yang kau merepek ni?” beritahu Irfan dengan sinis.


“Habis tu, apa kau nak daripada aku? Kau jangan pandai-pandai, aku tahu silat. Kau jangan merendahkan kebolehan silat aku!” ugut Najwa seboleh-bolehnya. Irfan tertawa besar sekali lagi.


“Hei! Kau ingat setakat bersilat tu, kudrat kau boleh lawan kudrat aku ke? Sedarlah diri sikit yang kau tu hanya seorang perempuan yang lemah! Okey, kita cuba lawan... Cuba kau buka langkah silat kau?” Irfan melepaskan tubuh Najwa. 


Najwa pelik bagaimana lelaki itu boleh tahu bahawa dia adalah seorang perempuan. Hmm... Mungkin Arissa yang beritahu agaknya? Najwa sudah bersedia dengan langkah silatnya. Dia berasa sungguh tercabar. Irfan hanya tertawa melihat. Setakat silat gayung tu, apalah sangat? Aku ada tali pinggang hitam dalam taekwondolah. Tak takut langsung...

“Wei, sudah-sudahlah tu... Bosan aku tengok... Lemah sangat!” kutuk Irfan.

“Kau cakap aku lemah? Ambik ni!” Najwa mula menyerang namun pantas sahaja tubuhnya dikunci lagi oleh Irfan. Memang kudrat dan kemahiran lelaki itu lebih hebat. Irfan memeluk pula tubuh Najwa dengan erat. 


“Kau tak payah cuba. Aku ada black belt dalam taekwondo... Sekarang, biar aku ajar kau cara-cara nak jadi perempuan! Sebab kau tu bukan lelaki, ada hati nak jadi lelaki? Kau nak bukti yang kau tu perempuan?” bisik Irfan ke telinga Najwa.

“Diam!! Kalau kau tak tahu pasal diri aku, kau diam!!” teriak Najwa dengan suara yang agak kuat. 


Kisah hidupnya yang penuh penderitaan kembali terlayar di ruangan matanya. Tanpa sedar, air mata mengalir deras ke pipinya yang sudah kemerahan menahan geram.

“Aku tahu pasal diri kau. Kau tu perempuan yang nak jadi lelaki, kan? Biar aku buktikan yang kau tu adalah perempuan! Ni buktinya!” Irfan bertindak rakus. Dia mengoyak baju t-shirt hitam yang dipakai Najwa. Habis ternampak bengkung yang dipakai gadis itu. Bahu dan dada putih melepak gadis itu terserlah.


Najwa mulai kalut. Dia terbayang semula kisah silam yang menyebabkan dia terpaksa merubah penampilan diri sampai macam ini. Selepas ahli keluarganya meninggal dunia dalam kemalangan itu, dia kerap kali berjumpa dengan orang  yang ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana pada masa itu dia memang seorang gadis yang digilai ramai. Paras rupanya yang jelita serta kulitnya yang putih menggebu sentiasa membuatkan ramai lelaki ingin mendekatinya, malah ada yang ingin merogolnya.


Sebab itulah dia bertekad untuk mengubah penampilan diri dan berpindah dari kampungnya ke tempat yang tiada sesiapa pun mengenalinya. Apa yang dia harapkan, hidupnya akan lebih selamat jika dia begini kerana hidupnya sebatang kara. Dengan usahanya dan modal daripada harta peninggalan arwah emak dan ayahnya, dia berjaya membina sebuah butik sendiri di Kuala Lumpur ini.


Tidak terduga, dia berjumpa semula dengan kawan baik sewaktu persekolahannya iaitu Arissa. Dia tidak boleh berpura-pura tidak mengenali gadis itu kerana Arissa memang seperti adiknya sendiri. Bersama Arissa membuatkan dia terasa  seperti bersama dengan ahli keluarganya sendiri. 


“Kau tu perempuan! Kau nak aku buktikan lagi ke?” pekikan Irfan mengejutkan Najwa daripada lamunannya tentang masa lalu.

“Tolonglah jangan... Aku merayu pada kau...” rayu Najwa dengan linangan air mata.


“Oh, pandai pulak kau merayu? Kau takut ke? Kau kan ada semangat lelaki dalam diri kau. Buat apa kau nak takut? Kita kan sama-sama ‘lelaki’. Apa kau nak takutkan?” kata Irfan sambil memegang bengkung di badan Najwa. 


Berkali-kali pipi gadis itu ditamparnya apabila gadis itu ingin melawan serta melarikan diri. Dengan pantas, dia merungkai ikatan serta balutan bengkung itu daripada tubuh Najwa. Naluri lelaki Irfan berkocak hebat melihat  tubuh Najwa yang segar itu. Kulit gadis itu yang halus dan putih melepak, menambahkan keinginannya. Irfan sudah dikuasai nafsu serta iblis yang menghasut.

Air mata Najwa terus mengalir laju apabila Irfan bertindak mencumbui lehernya serta mengangkatnya ke atas katil.


“Tolonglah! Tolong jangan buat aku macam ni! Tolonglah...” Namun Irfan bagai tidak mahu peduli lagi. Entah apalah yang merasuk lelaki itu sehinggakan rayuan Najwa langsung tidak didengarinya. Najwa ingin menjerit tetapi tangan Irfan menutup mulutnya, sehinggalah dia lemah dan tidak berdaya untuk menjerit lagi.


Ya Allah… Adakah ini balasan-Mu untukku kerana murka dengan diriku yang mengubah penampilanku menjadi lelaki dan tidak menjaga auratku sebagai perempuan? Ya Allah, ampunilah aku... Dan air mata Najwa terus mengalir tanpa jemu...

No comments:

Post a Comment