DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday 13 February 2015

Something Stupid - Prolog



 
ZARA berjalan lemah menuju ke bilik tidurnya.  Menggeletar badannya menyedari bahawa mereka bertemu kembali selepas enam tahun! Kenapa baru sekarang lelaki ini muncul semula? Kenapa baru sekarang Irsyad muncul untuk membuktikan kata-katanya? Setelah puas maruahku diinjak, kenapa baru kini Irsyad datang? Jangan pernah bermimpi untuk aku melihat muka kau lagi selepas pertemuan kita hari ini.

Zara menyeka air matanya. Pedih. Itu yang dia rasakan setiap kali melihat wajah lelaki itu. Lelaki yang telah meninggalkan kesan hitam dalam hidupnya dulu. Lelaki yang menyebabkan dia berhenti belajar... lelaki yang menyebabkan dia rebah, tiada keyakinan dalam hidup! Lelaki itu yang membuatkan dia derita bertahun lamanya! 

Munculnya lelaki itu pada hari ini menyebabkan dia dengan Aiman bergaduh. Belum pernah Aiman sekasar ini dengannya. Belum pernah Aiman meninggikan suara dengannya. Belum per nah dia ‘dicop’ sebagai perempuan yang tidak punya apa-apa oleh sesiapa dan hari ini, insan kesayangannya yang menyatakan begitu. Sungguh perit tak terkata hati ini. Hanya kerana Syed Irsyadul Firdaus! 

Dia baring lesu di atas katil. Mukanya menekup bantal. Tangisan yang dari tadi ditahan pecah juga. Kuat esakannya. Itu sahaja satu-satunya cara untuk dia kembali tenang. Sudah lama dia simpan air matanya. Sudah terlalu lama. Kenapa mudah sekali untuk dia menangis sebaik sahaja Irsyad muncul? Masih sayangkah Zara kepada Irsyad? Zara menggelenggelengkan kepalanya. Lelaki dayus seperti Irsyad tidak layak untuk dicintai dan disayangi! Lelaki dayus! Otaknya terkenang kejadian lampau yang berlaku pada enam tahun lepas. Cuti semester yang sepatutnya disambut dengan riang gembira bertukar menjadi tragedi! Tragedi buat dirinya. 


Enam tahun lepas...

“ZARA, JOM saya hantarkan awak balik Kuantan.” Tegur satu suara. Tak lain tak bukan, itu suara crush dia. Irsyad. Senyuman manis buayanya sentiasa ada sehingga menampakkan lesung pipitnya yang agak ketara di kedua belah pipi. 

Zara meneruskan langkah. Irsyad yang mengekorinya dengan kereta mewahnya itu langsung tidak dihiraukan. Pedulilah! Dia tidak mahu terikut dengan perasaan. Memanglah hati gembira jika Irsyad sudi menghantarnya pulang, tetapi bagaimana dengan nasib kekasih Irsyad? Lagi pula, Irsyad ini kelihatan seperti playboy! Banyak kawan perempuan. Zara tak terfikir untuk mengambil risiko untuk ‘bermadu’ dengan kekasih lelaki itu yang lainnya.

“Zara...” Panggil Irsyad lagi. Lembut. Zara mempercepatkan langkahnya. Sempatkah? Masih adakah tiket yang dijual hari ini? Sebenarnya dia langsung tidak membeli tiket pulang. Sepatutnya Aiman yang menghantar dia pulang pada hari ini. Namun, kereta Aiman pula rosak. Sudahnya, terpaksa dia menaiki kenderaan awam untuk pulang ke rumah.

“Naiklah Zara.” Irsyad mempelawa lagi. Zara buat tidak endah sahaja. Kaki dipercepatkan langkahnya. 

“Zara...” Panggil Irsyad tanpa jemu. 

“Saya balik naik bas.” Zara akhirnya bersuara. Irsyad tersenyum sahaja.

“Mana ada tiketlah cik kak!” Irsyad berkata sambil jemarinya mengetuk-ngetuk stereng perlahan-lahan. Langkah Zara terhenti. Matanya terbuntang. Inilah kali pertama dia hendak menaiki bas. Mana dia tahu segalanya tentang tiket? 

“Betul ke?” Soalnya terkejut. Irsyad mengangguk-angguk kepalanya yakin. Yakin sekali. Sedangkan semua itu sekadar satu pembohongan untuk dia menumpangkan si gadis berhati ais ini.

“Betullah. Kawan-kawan saya semuanya tak lepas balik. Diaorang pun kumpul orang untuk suruh pak cik van yang hantar balik.” Ujar Irsyad dengan muka serius. Zara bertambah cuak. Matanya memandang ke kiri dan ke kanan. Selepas itu, langkah diatur semula. Mungkin tiket bas ada yang kut!

“Awak nak ke mana? Jomlah naik kereta saya. Saya hantarkan. Kita sehala.” Dia masih tidak jemu memujuk. Zara menggeleng tanpa berpaling. Dia bimbang sekiranya kekasih Irsyad nampak mereka di situ. Sebolehnya, dia tidak mahu langsung ada musuh di mana-mana.

“Tak apalah. Terima kasih.” Ujar Zara acuh tak acuh. 

Akibat rasa geram tidak dilayan, Irsyad menghentikan keretanya di hadapan Zara, sekali gus mematikan langkah gadis itu. Zara berdecit geram. Orang tak nak, dia paksa! Bebel hati Zara.

“Heee... payah betullah nak pujuk awak ni. Saya bukan ajak awak pergi dating pun. Saya nak tolong awak. Saya pun nak balik Kuantan ni. Hala kita sama.” Bebel Irsyad geram. Beg yang dijinjit Zara dirampas selamba. Zara cuba merampas semula begnya namun Irsyad mengelak.

“Bagi balik beg tu!” Bentak Zara dengan gigi terkacip geram. Dia cuba merampas tetapi Irsyad memusing-musingkan badannya mengelak.

“Awak ni kenapa?” Jerkah Zara geram. Spontan itu tumbukan padu dihadiahkan ke bahu lelaki itu apabila dia lelah mencuba untuk merampas semula begnya. Irsyad rasa tercabar dijerkah sebegitu. Tak mengapalah. Sabar wahai hati. Bersabar...

“Saya nak tolong awak!” Irsyad membentak juga.

“Saya tak perlukan pertolongan awaklah! Ada saya minta tolong?” Marah Zara geram. Irsyad menahan dirinya daripada marah. Kalau tidak disebabkan dia ingin tahu lebih lanjut mengenai Zara, tidak ingin dia memaksa begini. Beg Zara dijatuhkan ke bawah.

“Awak nak balik sendiri, awak baliklah. Jalan kaki. Tiket bas dah tak ada. Pergilah tanya kaunter tiket kat bandar sana kalau tak percaya. Pandai-pandailah awak nak tumpang sesiapa.” Irsyad melangkah perlahan-lahan ke keretanya. Zara telan liur. Benarkah?

“Err... Irsyad...” Panggilnya perlahan. Irsyad berhenti melangkah. Senyum sendirian. Macam mengena sahaja jeratnya! Dia berpaling lambat-lambat ke arah Zara dengan riak serius.

“Kenapa?” Soalnya serius.

“Saya tumpang sampai bandar Kuantan boleh?” Soal Zara lambat-lambat. Irsyad tersenyum dan mengangguk. Dia kembali mengambil beg yang dijatuhkan tadi. 

“Jom!” Ajak Irsyad senang hati. Payah! Payah untuk dia mendekati gadis bernama Zara ini. Ini merupakan cara terakhir. Dia bakal menamatkan ijazahnya di UiTM Jengka itu. Jadi, payah baginya untuk berhubung dengan Zara lagi. Sekurangkurangnya, biarlah dia tahu di mana Zara tinggal. Boleh dia melepaskan rindu nanti.

AWAK NI dari tadi diam tu kenapa?” Soal Irsyad pelik. Sudah sampai di Gambang.

Zara tidak membuka mulut langsung. Cadangnya dia hendak meluah apa yang terbuku di hatinya semenjak pertama kali dia melihat Zara tetapi Zara... Gadis itu membatu sedari awal tadi.

“Awak bawak macam palesit.” komen Zara sambil mencekup tali pinggang keledar yang melekap di dadanya. Bimbang betul dia dengan cara pemanduan Irsyad. Padanya, 110km/j itu sudah cukup laju! Kalau Aiman bawa selaju ini, tentu percuma sahaja dia ‘seligi’. Irsyad tersenyum.

“110 ni standardlah. Kalau bawak 80, bila lagi nak sampai?” Soal Irsyad selamba. Dia memperlahankan  kenderaannya pada kelajuan 100km/j apabila menyedari tangan Zara mencengkam kuat tali pinggang keledarnya. Bibirnya mengukir senyuman. Comel! Segala-galanya tentang Zara begitu comel di matanya.

“Macam mana dengan exam, okey?” Soal Irsyad. Zara mengangguk sahaja.

“Kenapa tak balik besok aje?” Soal Irsyad lagi. 

“Sebab dah hantar borang clearance dekat UPK.” Ujar Zara sambil membuang pandang ke luar tingkap.

“Oh! Borang tu. Untunglah awak, dah boleh berehatrehat. Kami budak degree ni ada lagi benda-benda yang kena study.” Ujar Irsyad selamba. Zara angkat bahu. Tiada komen!
“Awak memang minat ke jurusan yang awak ambil sekarang ni?” Soal Irsyad lagi. Tidak mahu keadaan jadi kaku begitu. Zara angguk kepalanya sekali lagi.

“Minat.” Balasnya pendek. Kekok. Irsyad pula semakin tercabar bila Zara melayannya dengan endah tak endah begitu. Setahunya, tiada sesiapa berani melayannya begitu  melainkan Zara. Sebab itu dia rasa tercabar betul bila hanya Aiman yang mendapat perhatian Zara. Sepatutnya dia!

“Saya pun minat jugak. Tapi saya minat kat awak.” Irsyad berkata bersama gelak kecil. Zara menghadiahkan jelingan.

“Jangan main-main!” Marahnya. Irsyad tersenyum.

“Kalau saya cakap yang saya tak main-main?” Soal Irsyad.

“Merepek...” Omel Zara geram.

“Saya seriuslah Zara. Banyak tentang awak yang saya dah korek daripada Shila.” Terdengar nama itu membuatkan Zara tersedar. Shila. Kekasih Irsyad! Irsyad bercinta dengan Shila dan dalam masa yang sama boleh pulak lelaki itu selidik tentang dirinya? Teruknya!

“Oh!” Jawapan paling pendek yang diterima Irsyad. Irsyad menahan rasa geram.

“Contohnya, nama penuh awak, Nur Izzati Raudhah. Umur 18 tahun. Lahir lima hari bulan tiga. Asal Kuantan. Suka makan nasi goreng ikan masin. Minum air apple letak asam boi. Apa lagi ya? Hah! Suka baca novel. Melayu dan Inggeris...” Ujar Irsyad bersungguh-sungguh. Zara telan air liur. Banyak juga tentangnya yang Irsyad tahu.

“Betul?” Soal Irsyad. Zara hanya mengangguk. Tidak tahu hendak bereaksi bagaimana.

“Kan saya dah cakap! Banyak benda tentang awak yang saya dah korek. Saya minat awak dari sem lepas lagi. Saya ambil degree. Waktu saya nak habis sem, kan awak baru masuk UiTM? Saya nampak awak. Start dari situlah saya sibuk nak tahu pasal awak.” Cerita Irsyad ramah. Zara mula tak selesa. Tak selesa jika hal peribadinya dibincangkan.

“Tak payah minat sayalah.” Ujar Zara.

“But... Zara, I’m so madly in love with you. Sangat-sangat cintakan awak. Awak tak boleh nak halang sebab saya sendiri pun tak dapat nak halang perasaan ni.” Terluah juga akhirnya kata-kata yang terpendam sekian lama. Rasa bebas. Tenang sekejap sebelum kembali susah hati melihat wajah monyok Zara. Zara tidak mengertikah perasaan dia?

“Kenapa mesti saya?” Soal Zara mengeluh.

“Kenapa? Sebab awak ada Aiman?” Soal Irsyad sinis. 

‘Bukan... sebab awak ada Shila. Shila tu bestfriend saya. Saya tak sanggup nak khianati sahabat karib saya sendiri.’ Sambung hati Zara sebak. Salahnya juga kerana jatuh hati kepada kekasih sahabat karib sendiri. Kenapa Irsyad? Kenapa mesti saya?

“Sebab tu ke?” Asak Irsyad. Zara mengangguk lambatlambat.

“Err... ya!” Jawabnya.

“Aiman, Aiman, Aiman... Saya tak tahulah apa istimewanya sangat dia tu. Zarina pun suka dia separuh mati. Perempuan memang suka lelaki ‘budget cool’ macam Aiman tu ek?” Soal Irsyad dengan muka meluat. Zara tercengang. Abang aku dikatakan ‘budget cool’? Hatinya terasa dilapah.

“Hati-hati dengan kata-kata awak!” Zara mula nak melenting.

“Kenapa?” Soal Irsyad mengejek. 

“Saya tak suka awak mengata Aiman! Saya tak suka awak kutuk dia macam tu.” Bentak Zara. Tidak suka abang kesayangannya menjadi mangsa.

“Maaf. Saya cuma geram. Sebab dia ambil hati awaklah! Kalau dia nak ambil Zarina ke... siapa-siapa ke... saya tak kisah. Ini buah hati saya juga yang dia ambil!” Bebel Irsyad. Satu keluhan dilepaskan. Zara mematah-matahkan jemarinya. 

“Shut up and drive please!” Arah Zara geram. Sakit hatinya bersisa. Abangnya menjadi mangsa kritikan Irsyad. Sedangkan Aiman begitu mengagumi Irsyad. Air muka Irsyad berubah mendung. Geram dengan Zara yang sibuk hendak membela Aiman. Dia rasa tercabar. Layanan Zara pula semakin hari semakin kasar. Pagi tadi dia ditengking, sekarang ini dia diuji sebegini pula. Imannya sungguh goyah bila asyik diuji begini oleh gadis yang sama. Belum kira hari-hari sebelumnya! Tidak pernah Zara melayannya dengan elok sedangkan dia ikhlas hendak berkawan!

“Kenapa awak sombong dengan saya? Dengan Aiman awak okey aje?” Soal Irsyad lagi.

“Saya tak sukalah awak bandingkan diri awak dengan Aiman! Tolonglah!” Bentak Zara geram. Irsyad terdiam. Kaki menekan pedal minyak. Nak dia diam, mudah sahaja. Buat dia marah! Zara cuak.

“Jangan bawa laju! Seratus enam puluh dah tu!” Zara berkata dalam kelam-kabut.

“Diam!” Jerkah Irsyad geram. Zara terkedu. Tubuh Zara terdorong ke belakang dek momentum dan kelajuan kereta yang mencapai tahap maksima itu. Nampaknya Irsyad benar-benar rasa tercabar dengan sikapnya.

“Awak! Jangan macam ni! Saya takut.” Akui Zara. Badannya sudah mula menggeletar hebat. Tangannya tanpa sengaja terus memaut ke lengan Irsyad. Meminta simpati. 

“Awak tengok ajelah. Jangan banyak cakap!” Marah Irsyad.

Terperanjat Zara dengan tengkingan itu. Irsyad sebelum ini sentiasa berwajah manis dan memberi senyuman kepadanya. Tidak pernah sekali pun lelaki ini meninggikan suara dengannya.

“Awak...” Hanya itu yang dia mampu berkata. Dia menjadi takut tiba-tiba. ‘Apalah nasib yang bakal aku terima ni Ya Allah.’

RUMAH SAYA bukan kat sini! Kat belah sana!” Zara terjerit apabila Irsyad memandu laju melanggar lampu merah menuju ke Tanjung Lumpur. Rumahnya di Lorong Sri Setali sahaja!

“Diam! Awak yang buat saya marah! Jangan banyak bunyi!” Jerkah Irsyad geram. Geram bila Zara berterusan membela Aiman. Bengang bila Zara tidak suka mendengar dia bersuara. Bengang bila Zara tidak mengendahkannya dan bengang bila layanan baiknya tidak pernah dihargai oleh Zara. Zara tergamam. Air mata mula bertakung. Dia sepatutnya sedar diri. Dia hanya menumpang.

“Irsyad, saya nak balik.” Zara merayu. Air mata mula mengalir. Rayuan Zara itu menerbitkan senyuman sinis di bibir Irsyad.

“Baru sekarang nak merayu?” Ejek Irsyad geram. Sampai di rumahnya yang tersergam indah pada lewat senja itu, dia menarik lengan Zara keluar dari keretanya. Zara meronta-ronta mengelak.

“Cepat ikut!” Marah Irsyad geram. Rumah itu senyap tak berpenghuni! Gelap gelita. Zara jadi takut. Bagaimana dengan nasibnya?

“Irsyad, hantar saya balik, please! Apa kata keluarga awak nanti? Apa kata jiran-jiran awak?” Zara merayu-rayu. Irsyad tidak mengendahkan rayuan Zara itu. Tangannya berterusan mengheret si gadis sombong itu. Pautan Zara ke lengannya tidak diendahkan. Apa yang dia rasa kini ialah, sakit hati, sakit hati dan sakit hati!

“Keluarga saya tak ada. Awak tengok keliling rumah ni. Ada nampak orang lain tak?” Soal Irsyad sinis. 

“Apa kata kekasih awak nanti? Shila mesti kecewa!” Zara memberi alasan lagi. Irsyad tergelak sinis.

“Saya mana ada awek! Baru sekarang awak nak merayu? Saya buat baik dengan awak selama ni, tak pernah sekali pun awak pandang. Tak pernah sekali pun awak hargai. Saya sukakan awak! Tapi apa yang saya dapat? Layanan buruk daripada awak! Awak nak saya layan awak buruk jugak, kan? Itu yang awak nak selama ni kan?” Soal Irsyad menggertak. 

Lengan Zara dicengkam kuat. Zara menangis-nangis. Mendengar sahaja kata-kata terakhir yang keluar dari mulut Irsyad membuatkan Zara menggeletar hebat. Tubuh kecilnya dicempung secara tiba-tiba. Irsyad bagaikan sudah dirasuk! Dia tercabar dengan layanan Zara. Rumah yang gelap itu dibuka lampu. Terang. Keluarganya sedang bercuti ke Langkawi sekarang. Itu yang menyebabkan dia membawa Zara pulang. Apa yang terbuku di hatinya, dia mahu Zara rasa sakit dilayan buruk. Sama seperti dia menanggung sakit sepanjang tempoh dia mendekati gadis itu. Biar Zara rasa.

Zara meronta-ronta minta dilepaskan namun, Irsyad memeluk tubuh kecilnya dengan kemas sekali. Jeritannya langsung tidak dihiraukan oleh Irsyad. Lelaki ini memang binatang!

“Lepaskan aku!” Jerit Zara kuat. Dia mula menggunakan bahasa ‘aku’ dengan Irsyad. Irsyad tidak berkata apa. Tubuh Zara dibawa ke atas. Ke dalam biliknya. Di situ, sesi penyeksaan dan pengenalan kepada dunia layanan buruk bakal Zara terima. Itu balasan buat Zara!

“Lepas” Jerit Zara lagi. Tubuh kecil Zara dicampak ke katil. Bilik dikunci. Baju dibuka dengan muka bengis. Hari ini, Zara akan kenal erti layanan buruk yang sebenarnya daripada
lelaki bernama Irsyad! 

TOK! TOK! Tok! Bunyi ketukan pintu meleraikan ingatan Zara pada kejadian lampau. Dia menyeka air mata yang bersisa. Terasa jijik dirinya setiap kali teringat peristiwa itu. Begitupayahnya untuk dia melupakan peristiwa hitam itu. Enam tahun dia hidup dalam ketakutan dan tiada keyakinan diri.

“Adik, buka pintu ni.” Suara Aiman memujuk. Tangisan Zara kembali pecah sebaik sahaja mendengar suara itu. Suara Aiman memujuknya. Mungkin Aiman rasa bersalah. Mungkin... mungkin juga... Aiman ingin memujuknya supaya bersetuju dengan cadangan gila lelaki itu.
Tidak! Dia tidak akan sesekali mempertaruhkan dirinya untuk terlibat dengan lelaki bernama Irsyad itu lagi!

No comments:

Post a Comment