DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 25 February 2015

Setulus Kasih Indah - Bab 10

Indah memeluk Chae Young untuk kali yang terakhir. Kala itu hatinya sudah rasa sebak untuk meninggalkan Seoul.

“Don’t cry! I am not gonna stay there like forever.” 

Indah berbicara perlahan sambil mengesat air mata Chae Young.

Pelukan mereka terungkai apabila Sally datang memberitahu yang mereka harus masuk ke dalam balai berlepas segera.

“Take care of yourself and please give him this letter.”

Indah memberikan sekeping kertas putih yang sudah dilipat elok.

“I will give him this letter.”

Indah tersenyum lebar. “I will wait for you.”

Indah berjalan meninggalkan Chae Young. Dia cuba menahan air mata yang ingin keluar kerana dia tidak mahu Puan Sri Maria melihat kesedihannya. 

“Indah!”

Satu jeritan membuatkan langkah Indah terhenti. “Ji Min! What are you doing here?”

Kehadiran Ji Min yang memakai Hanbok dan cermin mata hitam serta tumit tinggi menyebabkan ramai peminatnya mula berkumpul. Indah menggeleng kepala melihat temannya yang seorang ini. Selalu buat kontroversi macam inilah.

“I heard you have a drama shooting, right?”

Ji Min memeluk Indah. Dia menangis tapi lebih kepada melalak. “Why are you leaving? How could you not tell me about this.”

Indah mengusap belakang Ji Min. Dia berbalas senyum kepada Chae Young yang berada di belakang Ji Min. Geli hati dengan Ji Min yang selalu buat kecoh macam ini dengan sikapnya yang selamba tu.

“I have an important job at headquarter. Don’t cry because I will come back here.”

Ji Min memukul lengan Indah perlahan. “You promise?”

“I am promise.”

Chae Young menarik Ji Min daripada memeluk Indah. Indah memberikan Ji Min skaf yang ada di lehernya untuk menutup muka Ji Min yang sudah sememeh dengan mekap dan  air mata. Mereka perlu melindungi imej Ji Min sebagai selebriti terkenal di Korea.

“Aish! Don’t cry anymore. You really look like a duck when you are crying.” Chae Young mengusik Ji Min. Makin kuatlah tangisan Ji Min apabila dikata begitu. Indah tergelak dengan telatah mereka berdua. “Alright, I am gonna go now. Take care, okay?”

“Okay,” jawab Chae Young dan Ji Min serentak.

Indah melambai buat kali terakhir dan dia segera masuk ke dalam balai berlepas. Dari jauh dia dapat melihat Ji Min dan Chae Young sudah dikerumuni peminat Ji Min dan wartawan.

“Nasib kaulah, Chae Young! Kena lari lagilah nampaknya.” Indah berbicara sendiri. 

Mereka bertiga sudah biasa hidup begitu. Memang susah untuk mereka bertiga mendapatkan privasi kerana percikan glamor yang memang ada dalam kerjaya mereka. Kadangkala mereka akan menyamar untuk mengelakkan diri daripada dikejar oleh wartawan namun ada juga beberapa kali mereka tertangkap. Maklumlah, orang cantik memang begitu! Indah tergelak sendiri apabila dia memuji diri sendiri.

“Aku lihat kau nampak gembira tinggal di Seoul.” Puan Sri Maria mula berbicara apabila Indah mengambil tempat di sebelahnya. Kabin kelas pertama ini tidak ramai penumpang. Hanya ada 5 orang sahaja termasuk mereka berdua.

“Hidup saya hanya saya sahaja yang tahu gembira ataupun sengsara. Puan Sri nampak saya gembira tapi Puan Sri pasti ke yang hati saya juga segembira luaran saya?” Indah bertanya sinis sambil menyandarkan kepalanya ke tempat duduk.

Puan Sri Maria menyilangkan kakinya. “Indah, apa kata kita buat perjanjian?”

Indah yang memejamkan matanya ketawa sinis. “Perjanjian?”

“Kau mesti jauhkan diri kau dari Rykal sepanjang kau berada di Malaysia. Tujuan kau hanya satu iaitu menaikkan kembali jualan syarikat.”

Indah membuka matanya lalu berpaling melihat wajah Puan Sri Maria. “Kenapa? Puan Sri takut saya akan goda Rykal? Puan Sri takut kalau Rykal masih tak boleh lupakan saya?” 

“Kau yakin yang Rykal masih tak lupakan kau?” Pertanyaan Indah dibalas dengan pertanyaan juga. Dia mahu menguji sejauh mana keyakinan Indah kepada Rykal sedangkan
dia tahu yang Rykal memang tidak pernah melupakan Indah. Indah senyap seketika. 

“Jika dilihat, saya rasa Puan Sri tidak perlu takut kerana saya pasti Rykal dah lupakan saya. 

Tapi  siapa tahu jika Rykal akan jatuh cinta kepada saya sekali lagi. Soal hati kita tidak boleh duga, kan?” Puan Sri Maria menjeling Indah. “Kau mesti jauhkan diri kau dari dia.”

“Apa yang saya akan dapat?”

“Hutang kau pada aku akan langsai. Kau juga bebas bekerja dengan siapa sahaja apabila keadaan syarikat sudah stabil.”

Indah tersenyum kecil. “Tawaran yang menarik dan menguntungkan.”

“Jadi kau setuju?”

“Ya, saya setuju tapi dengan syarat ada perjanjian hitam putih antara kita.”

“Kalau begitu, baiklah. Aku akan minta peguam aku siapkan dokumen. Sebaik sahaja sampai di Malaysia, kau akan tandatangan dokumen itu.”

Indah kembali melelapkan mata. Namun dia mendengar arahan yang Puan Sri Maria berikan kepada Sally. Rykal bangun daripada tidurnya apabila jam loceng di sisi katil berbunyi. Dia bangun dan bersandar di kepala katil. Comforter berwarna biru gelap itu ditarik supaya menutupi susuk tubuhnya yang terdedah. Rykal memandang ke sebelah apabila ada tangan yang melingkar di pinggangnya.

“Good morning, Suzy.” Dia menepuk pipi gebu perempuan yang tidur lena di atas katilnya.

Suzy yang berambut pendek itu bangun lalu meletakkan kepala di dada Rykal yang terdedah. Tangannya mengusap-usap dada Rykal. “Good morning, honey.” Rykal menangkap tangan Suzy yang sudah merayap ke tempat lain. “Bukan sekarang, Suzy. I perlu ke ofis sekarang ni.” 

Rykal bangun setelah memakai bathrobe untuk membalut badannya. Suzy yang ditinggalkan merengus geram. 

Amran tergamam apabila Chae Young datang ke rumahnya lalu menyerahkan surat. “Why she didn’t tell me about this?” Chae Young mengangkat bahu seraya meneguk cappucino yang dihidangkan oleh Amran. “I don’t know. I just know about this yesterday.”

Amran melabuhkan punggung di hadapan Chae Young.

“She leaving because of me?”

Chae Young tergelak. “No! She have a special job in headquarter.”

Amran mengurut dada tanda lega. Risau juga dia kalau Indah marahkannya tentang malam itu. Semenjak malam Indah menengkingnya, mereka berdua sudah tidak berjumpa kerana dia sibuk menguruskan urusan pembinaan cawangan restorannya yang pertama di sini.

Amran memandang Chae Young yang jelita di hadapannya. Melihat Chae Young tersenyum menikmati chicken pie yang dia masak menyebabkan hatinya gembira.

“How is it? Delicious?”

Chae Young mengangguk kepala sambil mengangkat ibu jarinya. “It's so yummy!”

Amran tersenyum lebar lalu mengesat tepi bibir Chae Young yang comot dengan sos yang ada di dalam pai. “You are so cute! Like a baby bunny.”

Chae Young tergamam dan matanya membulat.

Wajahnya sudah bertukar merah. “Thank you…” Hampir tidak kedengaran suara Chae Young. 



Indah tersedar daripada lenanya apabila Sally menggerakkan bahunya. Dia mengesat-ngesat matanya yang sedikit kabur dan dia memandang ke luar. Dia lihat Puan Sri Maria sudah pun berdiri di luar kereta. Sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan KLIA tadi. Dia mengekori Puan Sri Maria dan Sally dari belakang dan mereka dijemput oleh seorang lelaki tua yang berpakaian kemas dengan MPV Toyota Alphard berwarna  putih.

“Cepat turun! Aku dah panas ni menunggu kau dari tadi!” Puan Sri Maria memberikan arahan dengan suara yang kuat.


Indah menjuihkan bibirnya. Dia membetulkan rambutnya yang sedikit berserabai dan segera kakinya melangkah turun daripada MPV itu.


“Kita ada di mana ni?” Puan Sri Maria tidak mengendahkan pertanyaan Indah sebaliknya ditarik tangan Indah supaya berjalan cepat dengannya. Sally dan pemandu lelaki di belakang ditugaskan untuk mengangkat barang-barang Indah.


Mereka berempat menaiki lif yang mewah. Indah hanya mendiamkan diri di dalam lif memandangkan kepalanya masih mamai selepas bangun tidur tadi. Sampai sahaja di tingkat 5, dia sekali lagi ditarik namun bukan Puan Sri Maria yang menariknya tetapi Sally. Mereka berhenti di sebuah pintu rumah.


Sebaik sahaja pintu berwarna emas itu dibuka, Indah terkedu. “Ini penthouse siapa?”


Puan Sri Maria meletakkan kunci rumah itu ke atas meja bulat kaca yang ada di ruang tamu. 


“Ini penthouse aku. Kau akan tinggal di sini sepanjang bekerja di Malaysia.” Indah mengangkat bahunya. Nasib baik. Jika tidak dia mesti pening untuk mencari tempat tinggal sepanjang di Malaysia ini.

“Thank you, Puan Sri.” Indah mengucapkan perkataan itu dengan hati yang ikhlas kerana memang dia menghargai bantuan yang diterima ini.


Puan Sri Maria tersenyum sinis. “Aku fikir kau sudah lupa dengan perkataan itu sebaik sahaja kau bergelar pereka fesyen terkenal di Asia.”


Indah ketawa sinis. Nampaknya Puan Sri Maria tidak pernah penat untuk mencari pasal dengannya! 


“Saya masih ada rasa hormat dalam diri ini tapi suatu masa nanti kalau kesabaran saya diuji, mungkin rasa hormat ini akan hilang. Jadi Puan Sri patut berhati-hati dengan saya. Saya bukan lagi Indah yang dahulu.”


Puan Sri Maria merengus apabila diberi amaran begitu.


“Ini kunci kereta untuk kau. X-Trail warna hitam yang ada di parking nombor 3.”


Indah menyambut huluran kunci kereta itu. “Terima kasih sekali lagi.”


Sally datang menghampiri mereka berdua. “Puan Sri, saya keluar dahulu, ya. Barang-barang saya sudah letakkan di dalam bilik.”


“Kita balik sekarang!” Puan Sri Maria berjalan mendahului Sally. Indah menutup pintu sebaik sahaja mereka keluar.


Indah naik ke tingkat atas penthouse dan dia mula mengemas barang-barangnya. Selepas ini, dia bercadang mahu keluar untuk membeli barang-barang dapur. Jika tidak, mati kebulurlah dia malam ini.




Rykal menghentakkan tangannya dengan kuat ke atas meja kaca itu. Rasa sakit di tangan tidak dipedulikan dek hatinya sedang panas. Rykal memandang tajam stafnya yang hanya tunduk memandang meja.


“Macam mana perkara ini boleh terjadi?! Kau orang semua makan gaji buta ke apa?!” Rykal menengking pekerjanya. 


“Encik Rykal tidak boleh salahkan kami. Kami dah cuba sedaya upaya untuk tingkatkan jualan tapi keadaan pasaran yang tak menentu.” Farhan iaitu Ketua Strategi Pemasaran  bersuara namun tidak memandang Rykal walaupun sepicing. Rykal mengetap giginya. 

“Alasan! Kenapa jualan  syarikat lain tidak menurun seperti kita? I rasa you tak sesuai bekerja di sini, Farhan. You are such an idiot!” Sekali lagi suara Rykal melengking di dalam bilik mesyuarat itu. 

Farhan terkejut mendengar tengkingan bosnya. Dia hanya mendiamkan diri kerana takut dirinya dipecat. “Saya minta maaf, Encik Rykal. Saya akan pastikan bulan depan sale akan meningkat.”

“Jangan cakap sahaja. Kau mesti buat!” 


Setelah menenangkan diri beberapa saat, Rykal kembali bersuara. “Balqis, I nak you reka design yang baru dan hantar dekat I sebelum hujung minggu ni.” 

Balqis yang sedari tadi diam memandang Rykal dengan mata yang bulat. “Rykal… I mean Encik Rykal... Saya tak cukup masa untuk reka design baru. Hari ni dah hari Rabu.”

Rykal kembali naik angin apabila mendengar alasan Balqis yang dirasakan tidak relevan. 


“Kenapa you jadi fashion designer kalau kerja macam ini pun tak boleh buat? I tak nak dengar apa-apa alasan lagi, Balqis. By hook or by crook, I nak design tu ada atas meja I selewat-lewatnya Jumaat ni. Got it?” Balqis mengetap giginya. “Baik, Encik Rykal.” Rykal menunjukkan jarinya tepat ke arah Farhan.

“Aku nak kau rancang strategi pemasaran yang betul supaya collection kita kali ini berjaya. Faham?” 


Farhan meneguk liur apabila Rykal sudah memberikan arahan dengan wajah yang bengis. “Baiklah, Encik Rykal.”

No comments:

Post a Comment