DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 15 February 2015

Something Stupid - Bab 6

“ASSALAMUALAIKUM miss!” Pembelajaran di dalam kelas Miss Hazirah terganggu dengan kemunculan seorang lelaki.

Irsyad! Serta-merta pen yang Zara pegang itu terlucut jatuh. Kuatnya aura Irsyad. Terkejut. Dia sedang berfikir soal Irsyad sebenarnya. Tentang penolakannya yang membawa seribu rasa kesal dan terkilan dalam diri. 

Terkilan kerana dia terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri untuk insan bergelar kawan. Tentu Irsyad tidak mahu memandang wajahnya lagi selepas ini. Selepas peristiwa semalam, Zara tidak yakin bahawa Irsyad akan menegur dia lagi. Salahnya juga. Apalah salahnya dia menyambut huluran Irsyad? Kawan sahaja! Tapi, tegakah dia hendak memendam rasa sampai bila-bila sesudah mereka bergelar kawan? 

Mata dia tidak habis-habis mencuri pandang ke arah Irsyad yang kelihatan segak berbaju kemeja berwarna kelabu bertali leher putih itu, gulp. Nampak macam ahli korporat pula.  Rambut Irsyad hari ini bergaya sekali. So handsome! Wait a minute. What? Zara, sedar tak yang kau puji tu, kekasih kepada perempuan yang ada di sebelah kau! Zara cuba mengingatkan dirinya agar tidak terjebak dengan sebarang rasa terhadap Irsyad. Shila di sebelah dipandang lama. Shila leka memandang Irsyad di hadapan dengan senyuman. Senyuman manis pula. Hati Zara sakit lagi... cemburu kerana bukan dia di tempat Shila. Shila beruntung. Beruntung sangat...

“Waalaikumussalam. Yes Irsyad, what can I help you?” Soal Miss Hazirah yang mengajar subjek BEL atau English itu. 

Cis! Miss Hazirah pun dah kenal siapa Irsyad. Memang popularlah nampaknya lelaki itu di UiTM ini. Zara tertunduk-tunduk apabila perasan mata dia dan Irsyad bertamu seketika. Kantoi yang dia sudah merenung muka Irsyad tadi. Aduhai. Kenapa tak jaga mata ni Zara? Zara bermonolog lagi. Wajah Irsyad berubah tegang tatkala memandang wajahnya. Irsyad masih marah... fikirnya. 

“I’m looking for Shila.” Kata Irsyad sambil melilau mencari kelibat Shila.

Pandang sana dia nampak Zara, pandang ke laluan lain, matanya masih tak jemu nak pandang Zara. Comel sungguh Zara pada hari itu. Gadis itu memakai skarf yang bereben besar di rambut perangnya. Comel! Sudahlah Zara memakai kaca mata jernih berbingkai besar. Rambut perang beralun gadis itu di biarkan lepas tanpa bertocang. Comelnya! Macam anak patung!

Sekali lagi Irsyad meneruskan pencarian Shila. Rasanya tidaklah ramai anak murid Miss Hazirah. Tapi, kenapa mata asyik nampak Zara sahaja? Di mana pula perginya budak bertuah itu? Zup sana zup sini, dammm. Jumpa pun Shila. Tepi Zara aje pun. Aduh! Kuat betul aura Zara sehinggakan dia tidak perasan Shila yang memandangnya dengan penuh berharap. Jangan kantoi yang dia sibuk merenung Zara sudah. Mahu kecoh satu kampus itu nanti. Jangan buat main dengan Shila.

“Yes, there you are!” Irsyad tersengih apabila terjumpa kelibat Shila. Dia memetik jarinya kegembiraan setelah akhirnya terjumpa si Shila. Zara mengetap bibir mendengar betapa gembiranya Irsyad dapat bertemu kekasih hati. 

“Can I borrow her for a second?” Soal Irsyad penuh berharap.

Miss Hazirah mengangkat bahu. Dia seperti sedang berfikir-fikir... nak bagi ‘pinjam’ ke tak nak? Nak bagi ke tak nak? Zara menahan dengusan. Cemburunya! Kenapa rasa cemburu itu tak mahu pergi dari hatinya? Hendak mendengus, bimbang Shila dengar pula. Niaya nanti.

“Just one second.” Balas Miss Hazirah akhirnya memberi kata putus bersama senyum menyakat. Shila sudah tersengih lebar. Dia bangkit menghampiri Irsyad.

“Okay, my bad. Can I have her for two or three minutes?” Soal Irsyad pula tersengih malu. Kalau sesaat aje, apa yang boleh dia cakap kepada Shila?

Ayat Irsyad buat Zara rasa meluat. Can I have her? Have her? Borrow sudahlah! Macam apa je. Terserlah perangai buaya platinum dia kat situ. Dasar lelaki! Pantang ada perempuan comel, sibuk nak menggatal.

‘Tapi Zara, kau tu... comel sangat ke sampai Irsyad tak putus asa nak menegur.’ Otaknya mula berfikir. Zara PERASAN! Caps lock! Kemudian dia tersenyum hambar. Ya, dia mudah
perasan semenjak ditegur Irsyad dulu. Shila bangkit dan berjalan ke arah Irsyad dengan sengihan lebar. 

Mulut yang bersoseh, usah katalah! Pelajar perempuan yang paling ramai bersoseh. Aduhai. Cemburu sungguh Zara jadinya. Hey Zara, dia crush kau aje, remember? Hatinya cuba ditenangkan sebaik mungkin. Pen yang jatuh tadi diangkat dan dia berpura-pura tekun menyalin nota. Nota apa? Miss Hazirah tak ada pun suruh salin apa-apa. Lantaklah! Lukis gambar kartun pun okey. Asalkan, jangan menyibuk hal Shila dan Irsyad!

Hasilnya, dia melukis gambar kartun lelaki. Berotot tetapi muka macam lanun. Siap bertanduk lagi. Di sisinya terdapat seorang gadis comel. Sah! Memang Irsyad dan Shila... hahaha!

“Sweetnya!” Ramai pula mulut yang memuji betapa manisnya hubungan Irsyad dan Shila. Zara dengar. Kenapa dia mesti rasa terbakar? Eee... Zara!

Beberapa minit kemudian, muncul semula Shila dan Irsyad. Shila dilihat sudah tersengih sehingga ke telinga. Irsyad tersenyum sahaja. Amboi bahagianya muka! Hesy! Sakit pulak hati ni tengok!

“Thanks miss.” Ucap Irsyad penuh hormat. Dia meminta diri. Miss Hazirah menyambung pelajaran. Shila pula mengambil tempat duduk di sisi Zara dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

“Irsyad kirim salam dekat you. Zara cuba you tengok, apa yang I dapat tadi.” Tunjuk Shila.

Dihulurkan jam tangan berjenama Rolex di tangan. Zara menjawab salam yang dihulurkan dengan riak pelik. Shila ni, takkan tak cemburu kut? Pakwe kirim salam kat perempuan lain? Nak kata adik-beradik, muka tak sama. Nama pun lain. Shila tak ada ‘Sharifah’. Sepatutnya ada. So, mereka bukan adik beradik. Sangat bukan!

Dan ‘I love you’ semalam membuktikan segalanya. Oh. Tentu sahaja Shila bersikap terbuka. Dia kan budak bandar. Tapi, Irsyad sudah tidak marah kepada diakah? Ada pula salam yang dikirim...

“Siapa bagi? Wow! Seriously. Gorgeous!” Puji Zara walaupun sakit hatinya. Dan... bodohkah dia kalau masih menyoal Shila tentang si pemberinya sedangkan sudah jelas lagi bersuluh siapa pemberinya? 

“Mama bagi kat I. Suruh Irsyad yang tolong pass kan. Sweet kan? Irsyad nak belanja I makan KFC malam ni. Sambut birthday I. You nak join? Jomlah join sama-sama.” Ajak Shila ramah. Zara menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak mahulah! Hubungan mama Shila dengan Irsyad nampaknya sangat baik. Hmmm... dan Zara tidak menyangka, bukan Irsyad yang beri.

“Ruginya you tak join. Bukan selalu dapat peluang macam ni.” Shila membakar dalam ramahnya. Zara menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak mahulah! Ingat dia tu teringin nak memandang Shila dengan Irsyad nanti? Buat hangit mata sahaja!

“Tak apalah. I dah janji dengan Aiman nak keluar sama-sama malam ni.” Ujar Zara sambil tersenyum. Sejak bila dia berjanji dengan abangnya? Bab-bab nak lepaskan diri, kau memang terror ya, Zara!

“Aiman... Aiman... Aiman. You dengan dia ada apa-apa ke?” Soal Shila yang sudah naik bosan mendengar nama Aiman yang selalu disebut oleh Zara itu. Bila ditanya, Zara hanya tersengih-sengih. Tidak mengiakan dan tidak juga menafikannya. Zara tersenyum kelat.

“Mana ada apa-apalah. Kami BFF.” Jawab Zara cuba melepaskan diri. Oh! Shila terangguk-angguk tanda faham. Ya ya aje dia tak ada apa dengan Aiman? Hati si Shila meragui katakata Zara.

“You nak keluar kat mana?” Soal Shila selepas itu. Macam nak menyiasat sahaja. Zara terdiam. 

“Kat bandarlah.” Jawab si Zara dengan lurusnya. Shila pula sudah tepuk dahi. Apa masalah Zara ni? Apa pasallah lurus bendul sangat ni?

“Maksud I, bandar kat mana? Makan ke? KFC jugak or, kat mana-mana?” Soal Shila. Alamak! Macam mana dia nak keluar jika belum berjanji dengan Aiman lagi?

“Erm... I rasa dekat gerai area B5 kut? Makan-makan kat situ.” Jawab Zara pula. Malunya. 
Apa pasal boleh jadi lurus bendul sangat dia hari ini? Mujur Shila bersabar sahaja.

“Ruginya kalau you tak join kami.” Shila masih rasa tak puas hati bila Zara tidak mahu mengikut mereka malam nanti.

MALAM ITU jenuh Zara memujuk Aiman untuk makan bersama di bandar. Takut dituduh menipu pula walhal memang dia menipu tadi. Buatnya si Shila pergi ke B5 dan dia tiada di sana, mana pula dia nak cari jawapan? Si Aiman ni pelbagailah alasannya apabila diajak Zara keluar. Namun bila Zara sudah merajuk, mulalah terhegeh-hegeh dia nak memujuk.

Pelik dia dengan Zara. Biasanya gadis itu agak liat untuk keluar malam dengannya. Selalunya bila diajak makan malam di luar, berjuta-juta alasan yang Zara bagi. Malas, alasan yang utama.

“Sayang Aiman intan payung sorang ni, jom... jom... jom.” Aiman memujuk Zara. Zara di hujung talian sudah terkekeh-kekeh ketawa. Alahai. Comel! Kalau Aiman ada kekasih nanti, sudah tentu kekasihnya tak dapat nak merajuk lama-lama. Pandai betul dia berlawak dan memujuk.

“Berikan alasan, kenapa Zara beria nak ajak Iman keluar makan?” Soal Aiman. Zara bungkam. Nak beritahu sejujurnya atau tipu sunat sahaja? Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Nak cakap apa ni?

“Err... dah lama kita tak makan kat luar.” Zara beralasan.

“Tak ada alasan lebih kuno dari tu?” Soal Aiman dengan nada sarkastik. Zara gigit bibir. Aduhai. Aiman bukannya budak kecil untuk dia menipu begitu.
 
“Betullah!” Zara cuba meyakinkan Aiman.

“Jangan nak tipu. Aiman malas keluarlah macam ni!” Si abang mula memberontak bila tahu si adik tidak berkata jujur dengannya. Zara mengeluh.

“Tadi, orang tipu Shila. Dia ajak join sambut birthday dia dekat KFC. Ada si Irsyad tu sekali. Tak naklah. Tak selesanya rasa. Takkanlah orang nak menghadap dua orang tu bercinta aje? Mestilah nampak sangat kewujudan orang kat situ sekadar menyemakkan mata diaorang, kan? Terkebil-kebil tengok diaorang suap-menyuap. Orang pulak, siapa nak suapkan? 

Orang cakaplah yang orang dah janji dengan Iman yang orang keluar makan dengan Iman kat B5. Takut kalau dia check betul-betul kat B5 tu nanti.” Zara memberitahu lambat-lambat. Sengaja dia menggunakan bahasa ‘orang’ untuk meraih simpati Aiman. Aiman di hujung talian sudah tergelak sakan mendengar cerita Zara. Entah apa yang lucunya, dia pun
tak tahu. 

“Itulah, menipu lagi! ” Ejek Aiman.

“Iman ni!” Marah Zara.

“Patutlah macam tak ada mood aje. Buah hati dia dating dengan awek... kesian dia kena pendam rasa...” Ejek Aiman. Zara mendengus. Aiman suka mengejek dia dengan Irsyad. Tambah-tambah selepas kes dia menolak salam perkenalan daripada Irsyad dulu. Memang kecoh satu universiti menyatakan betapa bodohnya Zara dan betapa kasihannya Irsyad. 
Aiman juga mendapat tahu hal itu lantas dia diejek.

“Iman...” Zara mula hendak menangis diejek begitu. Aiman juga perasan Zara yang selalu menjadi pemerhati dalam diam itu. Dia tahu adiknya menyimpan rasa kepada Irsyad. Zara sahaja yang ego tak bertempat.

“Yalah... yalah. Okey... Kita pergi makan ya, intan payung.” Pujuk Aiman. Zara tersenyum kemenangan.

No comments:

Post a Comment