DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 25 February 2015

Setulus Kasih Indah - Bab 6

Dua tahun kemudian…

Indah mengangkat wajahnya daripada menatap buku yang sedang dibaca. Dia memerhatikan pemandangan di hadapannya apabila terdengar suara yang bingit. Kelihatan ramai pelajar berkumpul di dataran yang berada di hadapannya. Indah segera bangun lalu menyapu daun-daun kering di punggungnya sebelum mengatur langkah mendekati kumpulan pelajar itu. Dia cuba menyelit-nyelit di antara mereka. Mulutnya ternganga apabila melihat seorang model terkenal di Korea Selatan berjalan penuh elegan masuk ke kawasan universiti. 

Dia memandang penuh kagum dengan pakaian yang digayakan model terkenal itu. Semuanya nampak sempurna terletak di badan model itu. Setelah kelibat model itu menghilang, semua pelajar berpecah kembali termasuklah dirinya sendiri. Dia berjalan perlahan merentasi dataran yang luas itu untuk ke pagar utama.

“Indah!”

Indah mengurut dadanya. Nasib baik aku tak ada sakit jantung! bisiknya dalam hati. Dia memberikan segaris senyuman kepada rakan sekelasnya, Kim Chae Young. “Where are you from?”

Gadis Korea yang memakai gaun mini paras lutut bersama sweater itu tersengih lantas menunjukkan beberapa buah buku di tangannya.

“So, you are from library. Have you had your lunch?” Chae Young menggeleng. “Not yet. Can you cook for me?”

Indah tersenyum kecil. “Urgh! I don’t like you, Chae Young.” 

Chae Young tergelak besar. Dia memaut bahu Indah. “I don’t like you too but I love your cooking. Hehehe…” 

Indah mencubit lengan Chae Young. “Seriously, I don’t know how I can be friend with you.”

“Hei, do you want to know who I meet just now?” 

“Who?” Indah menyoal sambil matanya meliar melihat jika ada bas yang lalu.

“I meet Park Ji Min. She is really a Goddess!” 

Indah tersenyum. Ada ke patut manusia disamakan dengan dewi? Tapi memang betul pun Park Ji Min itu cantik. 

“Yeah, I also saw her. Is she having a photoshoot at our campus?”

“Aniyo. I don’t think so. I saw her go into dean’s office.” 

“How come you don’t know? You are her number one fans, right?”

“Whatever. Indah, can you sew me a dress? I want to wear it at my cousin wedding next month.”

“Hmmm… Let me think first.”

Chae Young memaut lengan Indah lalu digoyang-goyangkannya bagaikan kanak-kanak meminta gula-gula. Dia mengerdipkan matanya.

“Alright. I will sew it for you.” Indah berkata dengan wajah yang ceria.

Chae Young terjerit keriangan. “Thank you so much, Indah. You know what, I really like the dress that you sew for me last time. It is so comfortable. You really have a talent, Indah.”

Indah tersenyum kecil dan dia menarik lengan Chae Young menaiki bas yang sudah berhenti di hadapan mereka. Indah mengambil tempat lalu dia membuang pandang ke luar.
Tiba-tiba sahaja dia rasa tidak sedap hati. Entah kenapa hatinya tiba-tiba sahaja rasa sedih dan galau. Ya Allah, Kau lindungilah nenek daripada sebarang musibah.

 

Puan Sri Maria berjalan laju menuju ke bilik Rykal yang terletak di tingkat tiga vila. Dia menjeling kepada Salmah, ketua pembantu rumah di vilanya. Sebaik sahaja lif yang mereka  naiki berhenti di tingkat tiga, dia terus membuka pintu bilik Rykal. Puan Sri Maria mengetap gigi apabila melihat dua orang yang sedang tidur berpelukan di atas katil.

“Muhamad Hadif Rykal!” Puan Sri Maria menjerit nyaring. Dia melangkah masuk ke dalam bilik anak lelakinya yang gelap-gelita itu. Alat kawalan yang berada di atas lantai dikutip lalu dia menekan butang berwarna hitam sambil menghalakan alat itu ke langsir bilik. Langsir bilik berwarna biru gelap terbuka perlahan-lahan dengan sendirinya. 

Rykal yang baru sedar daripada tidur bangun lalu bersandar di kepala katil. Dia mengadang tangannya di muka kerana tidak tahan dengan sinaran mentari yang masuk. Dia menguap lalu memandang mummynya. 

“Selamat pagi, mummy.”

“Siapa perempuan tu? Suruh dia bangun.” Puan Sri Maria menyoal dengan wajah yang menyinga. Rykal mengeluh. “Biarlah dia, mummy. Lagipun masih awal lagi ni... Rykal mengantuklah.”

Puan Sri Maria bercekak pinggang. Hatinya sudah semakin menggelegak dengan tingkah laku anaknya. “Rykal, mummy kata suruh dia bangun sekarang! Jangan sampai mummy hilang kewarasan.” Rykal mengeluh lalu dia menggoyangkan badan wanita di sebelahnya. Wanita yang tidur pulas itu mula tersedar lalu bangun.

“Good morning, baby.” Wanita yang berambut perang itu memberikan kucupan di bibir Rykal tanpa menyedari kehadiran Puan Sri Maria di dalam bilik itu.

Salmah yang malu melihat adegan itu berpura-pura melakukan kerjanya. Dia mengutip pakaian tuan mudanya dan wanita asing itu yang bertaburan di atas lantai. Dia semakin malu apabila melihat pakaian dalam milik wanita asing itu juga berterabur di atas lantai.

“Hei! Kau tak nampak ke aku berdiri dekat sini, perempuan?!” Puan Sri Maria menghampiri sisi katil Rykal lalu dia menarik lengan wanita berambut perang itu. Zara terjerit kecil seraya merentap tangannya.

“Sakitlah! Berani kau sentuh aku? Kau tu siapa?” Rykal mengeluh. Dia bangun dari katil dengan hanya berseluar boxer. Dia bercekak pinggang sambil memandang mummynya dan Zara silih berganti.

“Mummy, tolong keluar dari bilik Rykal. Janganlah buat kecoh pagi-pagi ni.” Rykal mengusap rambutnya yang kusut-masai itu. 

Zara menjeling dan tersenyum sinis kepada Puan Sri Maria. Dia menarik selimut rapat ke dada untuk menutup badannya yang tiada seurat benang. 

Puan Sri Maria merengus lalu menjeling anak lelakinya. “Baiklah, mummy akan keluar tapi mummy nak lagi satu jam kamu sudah siap untuk ke pejabat. Mummy juga nak kamu suruh perempuan ini balik.” 

Rykal merengus kasar apabila mummynya keluar. Dia memandang katilnya yang berselerak. “You dengar kan apa yang mummy I cakap? So, apa kata you pakai baju sekarang, lepas tu I akan hantar you dekat rumah.” 

Zara bangun bersama selimut yang dililit di dada. Tangan kiri digunakan untuk memeluk pinggang Rykal manakala tangan yang lagi satu mengusap wajah Rykal. “Last night was awesome. I love you, Rykal.” Jarinya berhenti di bibir merah Rykal lalu dia tersenyum menggoda. 

Rykal tersenyum sinis lalu mengalihkan jari Zara dari bibirnya. “Get dress now.” Dia melepaskan tangan Zara yang berada di pinggangnya. Rykal mengambil tuala lalu melangkah menuju ke kamar mandi.

Zara menghentakkan kaki. “Kenapa you tak pernah cakap cintakan I, Rykal? You tak sayangkan I ke?”

Rykal berpaling. “Zara, you tahu kan daripada pertemuan pertama kita dahulu lagi, I dah cakap yang I tak ada perasaan dekat you? Hubungan kita ini tak melibatkan perasaan langsung pun.”

Zara memuncungkan bibirnya. “Kalau you tak ada perasaan dekat I, kenapa you tidur dengan I? You are a jerk!”

Rykal merengus. “Jaga mulut you tu sikit! You fikir I tak tahu ke yang I ini bukanlah lelaki pertama yang tidur dengan you? Dulu, you tidur dengan lelaki lain pun you tanya mereka soalan ini ke?” 

Zara mengetap giginya. “Ya, memang I pernah tidur dengan lelaki lain selain you tapi hanya you sahaja yang I cinta.”  

Rykal ketawa besar. “You jatuh cinta dengan I walaupun kita baru sahaja berkenalan malam tadi? Zara, jangan nak buat lawaklah pagi-pagi macam ini. Sudahlah, I nak bersiap.” Rykal meninggalkan Zara bersama ketawa yang masih bersisa. 

Zara menyumpah Rykal dalam hatinya lalu dia mengambil pakaiannya yang sudah diletakkan di atas sofa oleh pembantu rumah Rykal tadi. Sambil menyarung pakaian, dia memandang sekeliling bilik Rykal dan matanya tertancap pada sebuah bingkai gambar yang besar. Gambar itu menarik perhatiannya. Gambar seorang gadis sedang memegang buku. Walaupun hanya dilukis menggunakan pensel, namun wajah gadis itu kelihatan sangat cantik. Zara menghampiri lukisan itu dan dia melihat setiap inci lukisan itu.

“I yang lukis itu.” Rykal bersuara sambil menolak pintu kaca yang menjadi laluan ke walk in wardrobe miliknya.

Zara melangkah masuk ke dalam walk in wardrobe Rykal dan dia terlopong melihat pakaian dan aksesori daripada pelbagai jenama antarabangsa yang ada di situ.

“Siapa perempuan tu?”

Rykal yang sedang tunduk memilih jam di sebuah kotak kaca memandang Zara sekilas. “Seseorang pada masa lalu.”

Zara mengangkat kening. “So, you cintakan dia ke?” 

Rykal tersenyum. “Sudahlah. Jangan cakap lagi pasal perempuan tu. You keluarlah, I nak bersiap.” Zara membuat muncung. Dia baru sahaja bercadang untuk mengorek rahsia tentang gadis misteri itu. Hebat sangatkah gadis itu sehingga Rykal melukis gambarnya? 

Indah memperlahankan lariannya apabila tiba di tepi Han River. Dia duduk melepaskan lelah di salah sebuah bangku. Huluran tangan yang memegang sebotol kecil air mineral disambut dengan senyuman.

“Terima kasih, Abang Am.”

Amran tersenyum lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Indah. Botol air mineral dibuka lalu diteguk air itu. Terasa lega kerongkongnya setelah berjoging satu jam tanpa henti. “Indah dah makin cergas. Abang pula yang semput nak kejar.”

Indah tergelak kecil. Dia menepuk lengan Amran. “Itulah abang, dah makin tua kena selalu exercise. Baru kekal fit.”

Amran mencuit hidung Indah. “Beza umur kita cuma tiga tahun sahaja, ya. Tak adalah tua mana pun abang ni.”

“Indah, esok abang kena pergi Jeollado. Abang ada festival masakan di sana selama tiga hari. Jadi Indah jaga diri, ya.” Amran berkata sambil merenung sisi Indah.

Indah tergelak kecil. “Abang Am, Indah dah besar. Tahulah Indah jaga diri. Abang itu yang kena jaga diri di sana. Jangan asyik sibuk memasak saja sampai lupa kesihatan sendiri.”

Amran mengangguk. “Ya, abang akan ingat pesanan Indah tu. Indah, Chae Young apa khabar? Kenapa dia tak ikut kita joging pagi ni? Dah lama abang tak nampak dia.” 

Indah mengangkat keningnya lalu berpaling memandang Amran. “Abang… Jangan cakap yang…” Amran mengusap-usap lehernya untuk mengelak pandangan Indah. “Apa?”

“Abang jatuh cinta dengan dia, kan?”

Wajah Amran sudah merah menahan malu. Ini kali pertama dia beritahu orang lain tentang perasaannya. “Tapi dia dah ada boyfriend, kan?”

Indah tersenyum. “Jadi betullah apa yang selama ini saya perhatikan? Saya dah syak apabila setiap hari abang hantar makan malam ke rumah kami. Hahaha…”

Amran membesarkan mata. “Hei! Makanan itu abang hantar ikhlas untuk korang berdua, ya. Memang tak ada niat lain pun. Abang kesian tengok korang asyik sibuk menjahit aje.” 

Indah mencuit pinggang Amran. “Yalah... Kesian dekat Chae Young, kan? Oh… Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.”

Amran menarik tocang rambut Indah. “Abang betul-betul ikhlas, ya.”

Indah menjelirkan lidah. “Nanti Indah beritahu minah Korea tu yang abang suka dia. Abang jangan risau, ya.” 

Amran menggoyangkan jarinya di hadapan Indah. “Tak payahlah, Indah... Abang tak nak.”

“Kenapa pulak tak nak?” Indah bertanya dengan nada yang perlahan. “Abang takut dia jauhkan diri dari abang nanti. Abang tak nak hubungan persahabatan kami menjadi jauh sebab perasaan abang ini. Lagipun dia dah ada teman lelaki, kan?” 

Indah menepuk dahi. “Abang, Chae Young itu tak ada teman lelaki pun. Tapi kalau kawan lelaki tu memang ramai. Indah kenal dia. Memang dia tak ada kekasih lagi. Kalau ada mesti dia dah beritahu Indah.” 

Amran mengeluh. “Tak apalah, Indah. Abang belum bersedia lagi nak beritahu dia pasal perasaan abang ini. Buat masa ini biarlah kami berkawan seperti biasa. Nanti bila abang dah bersedia, abang sendiri yang akan beritahu dekat dia.” 

Indah menepuk bahu Amran. “Jangan sampai abang jadi macam Indah. Tak sempat nak beritahu dekat si dia tentang perasaan kita.” 

Amran memandang Indah yang merenung jauh ke hadapan. “Indah tak hubungi dia?”

Indah menggeleng bersama ketawa yang dibuat-buat. “Biarlah dia bahagia dengan hidupnya. Baru semalam Indah baca berita pasal dia dalam Internet. Katanya dia bercinta dengan model terkenal.”

Amran tersenyum tawar. Dia tahu Indah sebenarnya sedih. “Indah, janganlah fikir semua itu. Lebih baik Indah tumpukan perhatian pada pelajaran. Nanti bila Indah dah jadi pereka fesyen terkenal, bolehlah Indah pikat dia balik.” 

Indah ketawa kecil. Dia masih memandang jauh ke Han River. Air mata yang bergenang cuba ditahan agar tidak jatuh. Dia menarik nafas panjang. 

Amran yang faham Indah perlukan masa untuk bersendirian bangun daripada duduknya. “Abang balik dahulu. Nanti Indah jangan lupa singgah rumah abang, ya. Abang nak kasi stok kimchi yang abang buat semalam dekat korang.” 

“Yalah, nanti Indah singgah.” Indah menjawab tanpa memandang Amran. Dia tidak mahu Amran melihat matanya yang berair. Amran berjalan meninggalkan Indah di situ setelah mengusap kepala gadis yang sudah dianggap sebagai adik itu. 

Indah tunduk mengesat air matanya yang sudah jatuh di pipi. Dia menahan sebak yang bertandang apabila setiap kali teringat Rykal.

“Saya tak sangka awak cepat sangat berubah. Baru dua tahun saya tinggalkan awak dan awak sudah temui pengganti saya secepat itu.” Dia berbicara seolah-olah Rykal ada di hadapannya.

Indah kembali teringat perjalanan hidupnya di Seoul ini. Setahun selepas dia belajar di situ, tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran Amran iaitu bos di kafe yang pernah dia kerja dahulu. Amran menjadi jirannya di Seoul. 

Menurut Amran, dia datang ke Seoul kerana mahu belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai seni kulinari masakan Korea kerana mahu menambah resipi yang ada di kafe. Hubungan mereka semakin rapat kerana Amran selalu mengambil berat tentang dirinya. Amran tahu yang dia dan Rykal sudah tidak bersama lagi tapi lelaki itu tidak tahu sebab sebenar dia meninggalkan Rykal. Tiada sesiapa pun tahu yang hatinya sudah dimiliki oleh seseorang termasuklah Chae Young.

No comments:

Post a Comment