DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 28 June 2016

Akad Kedua - Bab 12

SEORANG lelaki keluar dari perut teksi. Jaket
kulit hitam gelap diselempangkan ke bahu. Dia mengukir
senyum penuh bermakna. Sepanjang langkahnya untuk ke
ruangan lif, beberapa orang wanita dan lelaki yang mungkin
kakitangan di syarikat itu menegur dengan memberikan
senyuman kepada lelaki itu. Lelaki itu pula membalasnya
dengan mengangkat tangan dengan sebaris senyuman yang
sememangnya seperti gula. Manis!
Sampai di aras tiga, dia terus menuju ke meja kerja
seseorang.
“Hai sayang...” tegur lelaki itu kepada Haifa.
Haifa tiba-tiba terpempan. Dahi dikerutkan seraya
otak ligat berfikir. Suami dia ke datang ofis ke? Tidak lama, lalu
dia mendongakkan kepala melihat orang yang memanggilnya
dengan gelaran seperti itu. Bagaikan ada spring di kerusinya,
terus Haifa melantun berdiri.
“Eh, Encik Irsyad! Bila balik Malaysia?” tanyanya
sebaik sahaja melihat Irsyad berdiri betul-betul di hadapannya.
“Pagi tadi,” jawab Irsyad dengan senyuman.
“Erm... datang sini nak jumpa Datin ke?” soal Haifa.
“Taklah... nak jumpa Kak Ifa la, my sweetheart.”
Matanya dikenyitkan kepada Haifa.
Haifa tersenyum malu.
“Ada aje Encik Irsyad ni. Dari dulu sampai sekarang,
suka benar mengusik. Tak pernah berubah,” ujar Haifa.
“Tak akan berubah. Streslah akak. Kat sana bukan
boleh usik sesiapa pun. Tunggu balik Malaysia aje nak usik
akak dan semua staf kat sini,” balas Irsyad.
“Urm yalah… demi Encik Irsyad, kami rela jadi
bahan usikan. Owh ya, ni mesti nak surprisekan Datin, kan?”
teka Haifa. Memang itu yang selalu dilakukan oleh Irsyad
apabila pulang ke Malaysia sehinggakan Haifa sendiri sudah
sedia maklum akan apa yang mahu dilakukannya.
Irsyad tersengih lalu menganggukkan kepalanya.
“Bijak akak ni, kan?”
“Of courselah. Lagipun, ini bukan kali pertama. Dah
banyak kali pun. Nak jumpa Datin tu boleh, tapi Datin masih
ada dalam conference room. Encik Irsyad tunggu di bilik
Datin ajelah ya?” suruh Haifa.
“Lama tak?” soal Irsyad.
“Dah tak lama kut,” balas Haifa sekadar menduga.
“Okey… thank you sayang,” balas Irsyad sebelum
berlalu pergi. Haifa tersenyum kecil sambil menggelengkan
kepalanya.
SATU PER satu fail dan dokumen diambil dari atas meja
dan disusun ke atas rak yang sedia berdiri di sebelah meja
kerja Datin Azizah. Manakala kertas yang berselerakan
dirapikan dan diletakkan di tepi meja. Tanpa disedari, segala
tindak-tanduk Dhia diperhatikan seseorang yang masuk
secara senyap dan duduk di sofa yang terdapat di ruangan
bilik itu.
Irsyad menyilangkan kaki. Sambil menongkat dagu,
dia memerhati seorang gadis yang bertudung litup sedang
sibuk mengemas bilik kerja mamanya.
Dhia tersenyum tanda puas hati. Setelah itu, buku
notanya diambil dan mula mengatur langkah untuk keluar.
Kaki tiba-tiba membuat brek mengejut dan perlahan-lahan
mengundur selangkah ke belakang. Kepalanya segera
dipusingkan ke kanan.
Irsyad terus mengukir senyum. Sehabis manis dia
tayangkan. Matanya yang sepet itu menjadi semakin sempit.
Dhia mendekati lelaki yang tidak dikenalinya itu.
Sedikit pun dia tidak membalas senyuman yang diberikan.
“Assalamualaikum?” Salam diberikan teragak-agak
kerana wajah lelaki itu kelihatan seperti cina.
Irsyad bangun berdiri.
“Waalaikumussalam.”
'Islam rupanya.' Desis Dhia dalam hati.
“Sejak bila encik masuk ke dalam bilik ni, ya?” soal
Dhia. Sungguh dia tidak sedar ada orang lain dalam bilik itu
selain daripada dirinya.
“Owh, saya sebenarnya...” Belum sempat Irsyad
menjawab, Dhia memintas.
“Wait a minute... encik ni siapa? Dapat izin daripada
siapa masuk ke dalam bilik ni?” soal Dhia lagi. Rasanya soalan
ini yang penting untuk lelaki itu jawab.
“Awak tak kenal saya ke?” tanya Irsyad semula.
Dhia menggeleng perlahan. Memang langsung dia
tidak pernah berjumpa dengan lelaki ini.
Irsyad berdiri tegak. Kedua tangannya dimasukkan
ke dalam poket seluar jean yang dipakai.
“Hairan ya, semua pekerja di syarikat ni kenal saya.
Tapi, awak tak? Isy, pelik ni. Serius ke awak tak kenal saya?”
Irsyad masih lagi tidak percaya.
Dhia laju menggelengkan kepala. Dalam kepala
mula ligat berfikir. Dalam masa yang sama, apabila tengok
cara lelaki itu tanya, macam dia itu orang penting syarikat
ini saja.
“Maafkan saya kalau saya tak tahu siapa sebenarnya
encik, sebab tu la saya tanya. Lagipun, saya baru aje dua bulan
kerja di syarikat ni,” kata Dhia, jujur.
Irsyad menganggukkan kepalanya.
“Ya, saya tahu.” Wajah Dhia ditenung bagaikan
mahu tembus.
Dhia kerutkan dahi. Dia tahu???
“Syad!” Datin Azizah menjerit riang setiba saja
masuk dan melihat lelaki itu.
“Mama... how are you?” Irsyad memeluk mamanya,
erat.
Dhia memalingkan sedikit wajahnya.
“Mama?” bisik Dhia sendiri. Terkejut mendengar
lelaki itu memanggil Datin Azizah, ‘mama’.
'Jangan-jangan dia ni…'
Dhia cepat kalih ke belakang melihat bingkai gambar
Datin Azizah bersama tiga orang anaknya yang tergantung
di dinding. Nampak saja wajah lelaki ini sebiji sama dalam
gambar itu, terus dia menggigit hujung bibirnya.
'O-M-G! Anak Datin Azizah rupanya.'
“Alhamdulillah, baik sangat. Lega hati dapat tengok
Syad depan mata mama tau,” ujar Datin Azizah. Tersenyum
lebar dia memandang wajah anaknya itu.
“Erm... Syad tahu. Dah dapat lihat dari wajah mama
tu. Berseri-seri aje,” balas Irsyad, lalu turut tersenyum
gembira.
“Dhia...” panggil Datin Azizah.
“Ya, Datin.”
“Kamu berdua dah berkenalan ke?” tanya Datin
Azizah sambil memandang dua wajah di hadapannya silih
berganti.
“Belum lagi, Datin.” Dhia membalas.
Datin Azizah tersenyum.
“Kalau macam tu, biar saya kenalkan. Ini anak saya
yang sulung, Irsyad. Satu-satunya anak lelaki harapan saya.
Syad, inilah...”
“Dhia Irdina binti Rahman. Setiausaha peribadi
mama yang baru,” ujar Irsyad, biarpun belum sempat
mamanya memperkenalkan setiausahanya itu. Kelihatan
Irsyad seperti sudah mengenali Dhia. Lalu, dia mengalih
pandangan memandang Dhia.
“Betul tak, Dhia?” Irsyad meminta kepastian kepada
Dhia.
Dhia hanya mengangguk kecil, lalu membalas
pandangan Irsyad.
“Selamat berkenalan Encik Irsyad,” ucap Dhia. Kini
sebaris senyuman diberikan kepada Irsyad. Alamak! Cairlah
pula Irsyad melihat senyuman manis itu.
“Sebelum saya keluar, Datin dan Encik Irsyad nak
minum apa-apa tak? Saya boleh buatkan,” pelawa Dhia.
“Irsyad?” tanya Datin Azizah. Hairan melihat
anaknya diam sahaja di sebelah.
“Tak, kut. Syad dah minum sebelum datang sini
tadi,” beritahu Irsyad kepada mamanya.
Datin Azizah memandang Dhia yang sedang
menunggu jawapan.
“Tak perlulah Dhia.”
Dhia tersenyum faham.
“Kalau macam tu, saya keluar dulu.” Pintu bilik
ditutup cepat. Dhia memejamkan matanya. Sungguh!
Mukanya terasa tebal beratus-ratus inci.
“Aduh, malunya!” Buku yang dipegang dihantukkan
perlahan ke dahi. Macam mana dia boleh tidak tahu lelaki
tadi itu anak Datin Azizah? Sah-sah dalam bilik Datin tu ada
gambar lelaki itu. Huwarghhh...
Datin Azizah duduk di kerusi meja kerjanya. Dia
mengulum senyum.
“Ehem, suka ke?” tuduhnya setelah melihat cara
anaknya memandang Dhia.
“Mama? Syad pandang aje. Tak cakap apa-apa pun.
Mama suka serbu melulu, kan?” nafi Irsyad yang sudah
mengambil tempat duduk di hadapan mamanya.
“Kenapa? Tak betul ke apa yang mama cakap? Sekilas
ikan di air, mama dah tahu mana jantan dan mana betina.”
“Yalah, tapi janganlah samakan Syad dengan ikan.
Apalah mama ni,” balas Irsyad yang masih keras menafikan
tuduhan mamanya.
“Itulah... duduk di negara barat lama sangat,
sehinggakan pepatah Melayu pun dah tak ingat.” Datin Azizah
menggelengkan kepala.
Irsyad diam. Tidak mahu membalas. Dia tahu,
mamanya tidak suka dia tinggal di sana dan sering
memujuknya untuk terus tinggal di Malaysia seperti dulu.
“Itu ke setiausaha baru yang mama asyik promote
pada Syad?” tanya Irsyad. Dia hanya mahukan kepastian.
“Yalah, siapa lagi? Cantik, kan?” soal Datin Azizah
semula.
“Manalah tahu orang lain. Mama tu kan, setiap
kali dapat setiausaha yang cantik dan single aje, mulalah
nak kenenkan pada Syad,” ujar Irsyad yang sudah bosan
dikenenkan ibunya. Biarpun berjauhan, mereka sering
berhubung melalui telefon dan selama itu jugalah pelbagai
perkara diceritakan oleh mamanya. Termasuklah calon isteri.
Salah satunya ialah Dhia.
“Tapi, yang ini bukan setakat cantik aje Syad. Baik
bahasa dan budi pekerti. Mama suka,” kata Datin Azizah.
“Sebelum ni pun, itu jugak yang keluar dari mulut
mama. Syad dah tak makanlah dengan ayat-ayat tu,” balas
Irsyad yang sudah terlalu bosan mendengar benda yang sama.
“Itulah... susah kalau cakap dengan orang yang
nak membujang sampai ke tua ni. Ada aje modal dia nak
menjawab,” perli Datin Azizah.
Membulat mata Irsyad mendengarnya. Takdelah
sampai tahap tu!
“Mama... tolonglah jangan cakap lagi pasal kahwin.
Syad balik ni pun sebab rindu pada mama. Kalau macam ni,
terpaksalah Syad balik sana semula sekejap lagi,” ugut Irsyad.
Mukanya sudah dimonyokkan.
“Okey, okey. Mama minta maaf. Kita tukar topik.”
Datin Azizah terpaksa beralah. Baru saja dia dapat melepaskan
rindu berjumpa dengan anaknya itu, takkanlah dah nak balik
sana?
“Syad dari airport, then terus ke sini ke?” soal Datin
Azizah.
“Haah... letih sangat ni. Berbelas jam atas flight tu,”
adu Irsyad sambil mengurut bahu sebelah kirinya.
“Erm, kalau macam tu apa kata kita balik rumah?
Nanti Syad boleh rehat dan mama akan masak makanan
paling spesial untuk kita lunch sama-sama hari ni, okey?”
Datin Azizah memberi cadangan. Kelihatan seperti dia mahu
meluangkan masa bersama anak yang dirinduinya itu di
rumah.
“That’s a good idea, mama. Syad pun rindu sangat
nak makan masakan mama,” balas Irsyad yang sudah
tersenyum suka.
“Jom,” ajak Datin Azizah. Beg tangannya dicapai dan
sama-sama dia berjalan beriringan dengan anaknya sambil
berpelukan, keluar dari biliknya itu.
“AKAK MINTA maaflah. Akak betul-betul lupa yang Dhia ada
kat dalam bilik Datin tadi,” kata Haifa yang merasa bersalah
menyuruh Irsyad menunggu di bilik Datin Azizah.
“Takpelah kak. Benda dah lepas pun. Cuma sekarang
ni Dhia rasa malu sangat sebab tak kenal siapa dia. Kalau
akak nak tahu, dia boleh tahu nama penuh Dhia tau. Hairan
betullah,” beritahu Dhia.
“Mungkin Datin pernah beritahu Encik Irsyad pasal
Dhia, kut?” teka Haifa.
“Entahlah, kak. Mungkin. Tapi, untuk apa?” tanya
Dhia sendiri.
“Dhia...”
Dhia segera bangun. “Ya, Datin.”
“Saya nak balik. Awak tolong batalkan semua
program dan mesyuarat untuk hari ni, kecuali yang penting
sahaja. Dan jangan lupa untuk ingatkan saya ya?” pesan Datin
Azizah yang berdiri agak jauh dari meja kerja Dhia.
“Okey, Datin. Nanti apa-apa hal saya telefon ingatkan
Datin,” balas Dhia.
Irsyad sempat lagi mengenyitkan mata kepada Dhia
sebelum memeluk pinggang Datin Azizah dan melangkah
pergi.
Dhia mendorongkan wajahnya ke belakang. Terkejut
dengan perbuatan Irsyad. Sakit mata ke apa dia ni?
“Encik Irsyad tu memang suka mengusik, Dhia.
Tambah-tambah dengan pekerja kat sini,” ujar Haifa yang
sudah tersenyum melihat riak wajah Dhia.
Dhia duduk kembali di kerusinya. Malas mahu
mengambil serius hal itu.
“Muka dia macam cina la, kan kak?” soal Dhia
meminta pendapat.
“Mestilah... arwah suami Datin tu kan mualaf,”
beritahu Haifa.
“Maksud akak... Cina masuk Islam?”
Haifa mengangguk.
“Dahlah... jom sambung buat kerja. Akak nak pergi
fotostat ni sekejap. Nanti, kita pergi lunch sama-sama ek,”
kata Haifa, lalu pergi ke ruang fotostat.
Dhia menghela nafas. Dibuka buku yang tercatat
jadual aktiviti Datin Azizah dan melakukan tugasnya seperti
apa yang disuruh.

No comments:

Post a Comment