DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 29 June 2016

Falling in Love - Bab 8

TELEFON bimbitku berbunyi lagu daripada
kumpulan M To M, Soundtrack daripada drama Lie To Me,
tanda ada mesej yang masuk. Aku yang baru je usai Solat Isyak
terus mencapai telefon bimbitku itu. Mesej daripada Jepah.
Pukul 9 kat mapley biasa kita lepak.
Kawan kau pun ada sekali ni nak tengok
bola dengan kita.
Aku berkerut dahi, musykil ni. Kawan aku yang mana
satu pulak ni? Bukan ke kawan aku tu kawan dia jugak ke? Aku
dengan Jepah ni, kawan-kawan kami semua satu sekolah je.
Takde sangat yang kat luar-luar ni melainkan kawan universiti
aku. Tapi... Semua dah kahwin, gatal-gatal semua nak kahwin
awal. Iyelah, study kat overseas, macam-macam godaan kut.
Itu yang menyebabkan ada sebilangan kawan-kawan aku yang
mula mengikat tali pernikahan terus. Tak mau tunang-tunang
dah. Tapi ada juga yang tunang dulu, itupun bila kami semua
dah berada di tahun akhir.
Haizzzz… Jodoh tak sampai lagi untuk aku. Aku jugak
yang tak kahwin lagi. Tak apalah, muda lagi. Bagi semua stabil
dulu, baru fikir pasal kahwin. Hmm... Takpelah... Abaikan saja.
Kita tengok sajalah siapa yang dimaksudkan oleh Jepah tu.
Aku terus menyarungkan jersi Manchester United
tanda pada malam ni aku akan menyokong Manchester United
habis-habisan. Aku terus mencapai telefon bimbit, wallet nipis
yang hanya sekadar boleh letak kad pengenalan, lesen memandu
dengan sekeping not RM50, kot-kot malam ni aku nak makan
besar, perut ni memang agak lapar jugak ni.
Okey semua dah cun, rambut okey. Baju okey, jeans
pun okey, barulah aku keluar dari bilik dan turun ke bawah.
Nampak abah duk tengok berita yang hanya tinggal beberapa
minit saja lagi nak habis tu. Pasti kejap lagi nak tukar channel
bola jugak tu sebenarnya.
“Nak pergi mana ni?” Soal abah sebaik sahaja kaki aku
mencecah ke anak tangga yang terakhir.
“Aik... Dah terang-terang orang pakai baju apa. Sahsahlah
nak pergi main bola!” Jawabku sambil memasukkan
telefon bimbit dan kunci rumah dalam poket jeans aku.
“Banyaklah kau nak main bola. Pegang bola tu pun
terketar-ketar, ada hati nak main!!!” Jawab Along yang baru aku
perasan pun ada juga kat sofa tempat abah duduk. Betul-betul
bersebelahan dengan abah.
“Pasal tulah bola tu disepak kat kaki. Bukannya
dipegang,” balasku pula. Memang betullah pun, aku ni sekadar
mampu untuk tengok. Kalau nak ajak main, nanti bukannya aku
sepak bola, tapi sepak angin. Lepas tu terus jatuh terlentang.
“Hurmmm... apa-apa ajelah kau ni, Cik Ja. Nanti jangan
lupa, tapau sikit apa-apa yang patut. Ayam Tandoori ke, teh tarik
ke, apa-apalah,” pinta Along. Wah... Penuh dengan demanding!
Mau tak berkerut-kerut dahi aku mendengarnya. Bukan main
kau pau adik kesayangan kau ni!
“Isy... Along ni… Entah apa-apalah... Macam orang ni
banyak duit je pun…” balasku.
“Memang banyak pun, tadi aku tengok kau bawak lima
puluh seketul.”
Isy... Macam mana pulak Along ni boleh tau aku
bawak RM50 sekeping ni. Ni tak habis-habis nak ‘pau’ aku je.
Isy... Dah kahwin pun nak pau aku jugak! Bini ada, pergilah pau
kat bini sendiri. Kerja pun lagi vogey-vogey daripada aku yang
tak seberapa ni. Nak jugak pau aku.
“Tolonglah, Cik Ja. Bukannya selalu aku nak pau kau
macam ni. Belanjalah sikit dengan abangmu ini,” rayu Along.
Along buat ala-ala muka kawan Shrek yang kucing
tu, Puss In The Boots tu. Muka bersinar-sinar macam penuh
dengan cahaya keimanan aje abang aku sorang ni. Hensem
sangatlah buat muka macam tu, tapi memang hensem pun!
Herkk... Puji abang sendiri pulak! Tak heranlah Kak Long pun
boleh cair dengan abang aku sorang ni.
“Hesy... yelah-yelah! Orang belikanlah apa-apa yang
patut!”
“Macam tak ikhlas je kau ni, Cik Ja. Takpelah…”
“Pulak… Orang belanja... Tapi dengan syarat.”
“Amende?”
“Pinjam skuter kau ek... Malaslah nak naik kereta.
Kan kerajaan suruh berjimat-cermat, jangan membazir harta
negara.”
“Banyaklah kau membazir harta negaralah, apalah...
Aku dah agak mesti ada muslihat yang tak berapa nak sembunyi
sangat. Sudahlah kau... Tu... Kunci aku kat tempat biasa, pergi
ambil.”
Ehehehehe… Gumbira di hati ini dapat naik skuter
kepunyaan Along. Memang aku stok malas nak bawa kereta pun
hari ni. Lagipun nak cari parking kat situ bukannya senang
macam petik jari je. Lebih baik aku naik skuter Along ni je.
AKU TERUS memarkirkan skuter kepunyaan Along berhadapan
dengan kedai mapley yang selalu menjadi tempat lepak aku
dengan Jepah bila ada perlawanan bola yang best-best macam
malam ni. Turun sahaja dari skuter, aku terus mengunci skuter.
Aku mencari kelibat Jepah di kedai tersebut. Kelihatan ada
seorang lelaki melambai-lambai ke arahku dan aku amat cam
wajahnya. Jepah! Aku terus menghampirinya.
“Dah lama ke kau sampai ni?” Soalku sebaik sahaja
melabuhkan punggungku. Kunci skuter aku letak di atas meja
tersebut.
“Takdelah lama sangat. Tapi, kawan kau lagi lama
tunggu kita,” jawab Jepah. Kawan aku?
“Kawan mana ni weh?? Aku betul-betul tak tau ni,”
balasku. Aku terus duduk bertentangan dengan Jepah.
“Kawan kau yang bayarkan repair kereta kau hari
tulah, pun,” jawab Jepah lagi. Kawan aku... Kawan aku... Yang
mana satulah yang si Jepah maksudkan ni? Aku tak dapat nak
teka langsung buat masa ni.
“Siapa?”
“Aku bukannya kenal dia sangat. Kau takkanlah tak
kenal dia.”
Kawan ofis aku ke?”
“Hurmm… Lebih kuranglah...”
“Lebih kuranglah??? Isy... Encik Ikmal ke?”
“Isy... si Kemal tu aku tau sangatlah pun. Tak payah
aku bagitahu kat kau pun, aku dah tahu sangat. Kalau dia,
mesti dia dah inform kat kau pasal malam ni,” balas Jepah lalu
menghirup teh tarik dia.
Isy… Bukan Encik Ikmal? Betul-betul aku tengah blur
tahap gaban ni. Kalau bukan Encik Ikmal, siapa pulak yang sudi
sangat-sangat nak tolong bayarkan kereta aku tu. Tambahan
pula sanggup jugak turun ke sini semata-mata nak tengok
Manchester United dengan Arsenal.
“Ye tak ye jugak. Isy... Siapa ni?”
“Apa-apa pun kau pergi orderlah dulu.”
“Dia pergi mana?”
“Tak taulah pergi mana. Tadi dia kata nak pergi tandas,
tapi ni dah lebih 10 minit dia pergi tandas ni. Bola dah nak start
ni.”
“Aneyy!” jeritku.
“Ye... Cik Ja maniss... Apa mau?”
“Macam biasa... Tambah air kosong eh.”
“Haa... tu dia,” tunjuk Jepah ke arah sorang lelaki yang
boleh tahan hensem jugak dari jauh dan baju yang dipakainya
pun sama dengan apa yang aku pakai sekarang ni. Baju
Manchester United tuhh…
Aku menoleh. Mau terbeliak jugak biji mata aku ni
sebenarnya.
“Pakat-pakat pakai baju sama nampak? Ermmm…
aku keseorangan ajelah jawabnya ni. Untunglah... Ada geng…”
rajuk Jepah. Isyy... Takde maknanya aku nak pakat-pakat pakai
baju sama dengan dialah. Bukannya dapat untung pun!

No comments:

Post a Comment