DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 29 June 2016

Falling in Love - Bab 7

SEBAIK sahaja aku pulang daripada tempat kerja
dan setelah aku memulangkan semula kereta abah, isy... Tak
mau aku nak bawak kereta tu ke merata tempat dah. Aku
berjalan kaki sahaja menuju ke bengkel Jepah, bukannya jauh
sangat bengkel dia tu dengan rumah aku. Sebab itulah aku
ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja, di samping untuk
mengambil udara pada waktu petang-petang macam ni.
“Jepah... Macam mana baby aku ni? Dah okey ke
belum?” Soalku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam
bengkel Jepah. Dia yang tengah sibuk-sibuk repair kereta orang
lain, nampak terkejut. Hampir melompat dia daripada tempat
dia berdiri tu.
“Isy... Kau ni... Agak-agaklah. Cuba bagi salam, takdelah
aku terkejut. Nasib baik kepala aku ni tak terhantuk dengan
menda alah ni. Datang main terjah je kau ni Ja,” kata Jepah.
Aku ketawa terkekek-kekek. Memang buruk benar bunyinya tu.
Aku terus duduk di ruang menunggu yang dah disediakan.
“Macam mana?” Soalku lagi sekali.
“Kereta kau dah okey dah tu,” jawab Jepah sambil
memberikan kunci ‘baby’ku semula.
“Berapa nak bayar kau ni?” Tanyaku lagi sambil
mengeluarkan dompetku dan dok mengira-ngira not RM50.
Entah berapalah pulak Jepah nak caj aku ni? Jangan sampai
mencekik aku sampai kering kontang sudahlah… Huhuhu…
“Tak payah bayar, dah ada orang bayarkan tadi.
Cincailah…” Jawab Jepah sambil menyambung semula
kerjanya dok repair kereta orang lain pulak. Aku berkerut dahi,
isy... Takkan abah pulak yang bayar. Dahlah tadi dia bagi pinjam
kereta dia kat aku.
“Isy, janganlah macam tu… Biar betul ada orang
bayarkan ni?”
“Ha’ah. Tak payahlah... Tapi kalau nak jugak, weekend
ni kita pergi lepak pekena mapley sambil tengok Arsenal
dengan MU. Kau belanja. Boleh???” kata Jepah. Arsenal lawan
Manchester United. Hoh... Feveret mak cik jugak tu. Terutama
Manchester United. Ehehehehe…
“Okey... Nanti kau set time pukul berapa, eh?”
balasku. Aku terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan
enjin babyku. Pendrive yang sedia ada, aku cucukkan dan
berkumandanglah lagu-lagu kesukaan aku. Sah-sahlah aku
buka lagu Korea dan ala-ala indie sikit. Aku terus memandu
perlahan pulang ke rumah.
Setibanya aku di rumah, kebetulan pulak abah baru aje
selesai menyiram pokok-pokok bunga. Aku terus mematikan
enjin dan keluar dari ‘baby’ku dan terus menguncinya.
“Abah… Abah bayarkan repair kereta Cik Ja ke?”
soalku. Muka abah berkerut-kerut. Hah… Nampak sangat tu...
Aku pun ikut berkerut sekali.
“Dah lama abah tak pergi bengkel si Jepah tu,” jawapan
abah itu sudah cukup meyakinkan aku di samping riak wajahnya
tadi, bukan abahlah yang tukang bayar repair baby aku tu.
“Takkan Along pulak?” Soalku pula sambil menggosokgosok
daguku.
“Kau tau-taulah sendiri Along kau tu macam mana?”
balas abah pula. Memang... Memang aku tau sangat Along tu
macam mana. Prinsip kau-aku punya, aku-aku punya tu dah
lama sebati dalam hidup dia sejak azali lagi. Aduss… Jepah??
“Jepah?” Tanya abah.
“Kalau Jepah sponsor, hari ni dia tak bukak kedailah,
bah. Mahal repair kereta Cik Ja ni. Mau 1000 lebih jugak.
Jepah pun dah cakap bukan dia. Tapi ada orang lain yang dah
bayarkan,” balasku.
“Kalau macam tu, meh kita panggil Detective Conan,”
jawab abah pulak. Chet... Boleh melawak pulak abah ni.
Aku ketawa kecil, kalau Detective Conan tu boleh
wujud di alam realiti ni, boleh jugak aku terima. Petik jari
aje dia selesaikan masalah ni. Abah pun dah tutup paip pili
dan melangkah masuk ke dalam rumah. Aku pun ikut serta,
matahari pun sudah hampir merangkak turun dan bulan bakal
menggantikan tempatnya. Acecece... Bermadah pulak aku ni.
Itu tandanya maghrib bakal menjelang tiba, jadi aku
tak nak buang masa. Kena siap cepat-cepat untuk tunaikan
tanggungjawab aku pada-Nya.

No comments:

Post a Comment